Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang penjenayah yang masih kekal dengan sabitan kesalahan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan kuasa.
Proses perbicaraan kes Najib telah melalui Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan jenayah serta hukuman yang telah dijatuhkan.
Panel tiga hakim kanan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun (keseluruhan 72 tahun) serta denda RM210 juta ke-atas Najib kerana jenayah yang dilakukan ketika penjawat jawatan perdana menteri Malaysia.
Ketika mengekalkan sabitan kesalahan Najib pada 8 Disember 2021, panel hakim Mahkamah Rayuan merumuskan bahawa jenayah yang dilakukan Najib telah memalukan negara atau 'a national embarrassment'.
Proses terakhir perbicaraan jenayah dalam sistem kehakiman Malaysia adalah rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Najib adalah penjenayah dengan sabitan kesalahan-nya kekal sehingga Mahkamah Persekutuan bersidang dan mempertimbangkan rayuan.
Najib kini bebas dan belum menjalani hukuman penjara kerana Mahkamah Rayuan telah membenarkan hukuman ditangguh sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan, dengan jaminan wang RM 2 juta.
Setakat ini belum ada pengumuman akan bila Mahkamah Persekutuan akan bersidang dan mengakhiri kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Media antarabangsa turut mengikuti kes ini yang berkait rapat dengan skandal kleptokrasi terbesar dunia - 1MDB yang turut di-siasat pihak FBI dan Jabatan Peguam Negara di Amerika Syarikat.
Inilah fakta akan kedudukan Najib sebagai penjenayah selaras dengan undang-undang negara kita.
Jadi, bagaimana Najib dibenarkan masuk dan duduk bersama-sama DYMM Yang DiPertuan Agong di-majlis berbuka puasa DYMM Yang DiPertuan Agong bersama anggota kabinet, orang kenamaan dan perwakilan asing di dalam Istana Negara?
Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Hakim Negara juga hadir dalam majlis berbuka puasa itu.
Menurut laporan Berita Nasional Malaysia - BERNAMA - majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persoalan yang ditimbul bukan berniat menghina individu atau mana-mana institusi tetapi lebih kepada mempertahankan kesucian institusi-institusi serta kedaulatan undang-undang yang menjadi antara paksi utama negara kita.
Ramai yang amat terkejut dan menimbulkan persoalan kenapa DYMM Yang DiPertuan Agong di letakkan didalam keadaan serba salah (awkward position) kerana terpaksa duduk di meja utama (high table) bersama seorang penjenayah.
Pelbagai teori dan andaian mula bermain di hati dan pemikiran umum kerana 'penjenayah duduk bersama Agong di hadapan perwakilan asing dan Ketua Hakim Negara'.
Apakah ada mesej yang ingin di sampaikan?
Siapa yang memastikan agar Najib dilihat bersama di high table untuk tatapan pegawai tertinggi negara serta wakil kedutaan asing ?
Kejadian ini harus disiasat kerana kita mesti bertindak mempertahan serta melindungi DYMM Yang DiPertuan Agong dan Institusi Raja-Raja Melayu dari sengaja di-aibkan pihak tidak bertanggungjawab..
Institusi Raja-Raja Melayu harus dipertahan dan dikekalkan kerana inilah satu-satunya institusi yang menjadi tunjang sistem Raja Berperlembagaan yang kita terima dan amalkan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kita tidak boleh alpa jika ada percubaan untuk mengaibkan Institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan peribadi mana-mana pihak dari luar istana.
Mungkin Majlis Raja-Raja juga harus mengambil maklum akan perkara ini. Ini adalah sesuatu yang serius dan mampu menimbulkan kecurigaan rakyat.
Anggapan serta tanggapan negatif akan perkara ini harus diperbetulkan segera.
Kedaulatan undang-undang tidak boleh dipermainkan atau diperlihat seperti dipermainkan secara terbuka.
Sejujurnya catatan ini adalah untuk menyampaikan persoalan umum dan bukan berniat menghasut atau mencerca.
Assalamualaikum.
75 comments:
Sadly, I don’t see any future in this beloved country when the elites are colluding among them to pilfirage her. You just cannot rely on the government, the opposition as well as the Raja-raja to uphold just and the sanctity of the law.
Adakah isi tersirat yang ingin disampaikan oleh institusi Raja-Raja Melayu? Adakah baginda sekalian memandang ringan jenayah yang membebankan rakyat?
Malaysia tahan airku semua boleh.?
Tidak Kira perompak@penjenayah sekali pun..pembesar2 melayu ape sudah jadi.??
Perompak kayangan no 1 Malaysia.?
Disgraceful. High time to put the thief in Sg Buloh. No future for this country with him moving around.
Kelihatan sangat memalukan sebuah Negara yang berdaulat di mata dunia.Apakah Malaysia punya prinsip dan kedaulatan undang- undang.Sungguh pelik, satu- satu nya Negara yang pelik dimuka bumi.
The country has gone to dogs.
Sad to say this, sayangnya Negara ini bila sudah kedaulatan undang-undang negara diperlekehkan
Very embarrassing !!! How can a person who has been found guilty of a crime he has committed is still free and it is very surprising that he is still given a place to be in the parliament hall with DYMM? !!!
Alhamdulillah...
Fikir sendiri.
Adakah negara semakin dihormati atau ditertawakan?
Memalukan
Betul. Membebankan. Inilah bendanya. Hutang. U ambil duit tinggal taik kpd negara.
In PRU 15, ingat ingatlah. Future generation will be shackled in debt. Nauzubillah.
Aiyoh, sudah dapat malu kuat dan hebat, sekarang tambah malu lagi!!! Nanggis!!!!!
Hai,APA sdh jadi kepada kedualatan undang undang Dan pelembagaan malaysia.adakah kehakiman Malaysia sdh pincangke?sampai Ada hati untuk mempesendakan Agong Dari puak puak tertentu.Harap lah kerajaan dapat tangkap orang yg ingin memalukan Agong Malaysia yg berdaulat
It already has many years back and now it's fast tracking to the drains.
Tak bolih pikiaq. Penasihat kpd YDPA ni ada brain ke? Atau bukan penasihat tapi *punahsihat*
I ALWAYS SAID IN MY COMMENTS
IN OUR YOU CAN SAY ANYTHING UNTIL THE COWS COME HOME
BUT TAIL END SATU KALI DUA/ DUA KALI SATU.
THIS IS WHAT OUR COUNTRY'S STAND NOW
WHO CARES AND NO MORAL VALUES!!!!!
Yes, you are very right,
Birds of a feather.
Tak apa yg nk di malu2 kan Ini Semuanye Keluarga Malaysia π²πΎ π π Kalau Dah Satu Keluarga apa yg Dia Semuanye rasa Malu paham2 jaa laaa kita sendiri rasa jijik mcm najis
the agong shud know & shud not ve allowed this.im disgusted.next election vote these UMNO GOONS OUT!!!
It a great disgrace to the law of the country .The person who arrange the sitting shd be giving a stern warning for not respecting our king n those vvip.If tis is happening where is justice?
Menanggong biawak hidup!!!
Well said
orang melayu mudah baik hati dan mudah lupa..takpe
Satu dunia tahu, tak malu ke ? Kalau tak tahu malu bukan manusia normal...
Who are the criminals.
Kemaluan paling besar
This shows how weak our leadership.... And further testify they are all just his slave. BosKu he is the REAL KING... CASH IS KING! Shameless
Another 'laughing stock' incident not only among rakyats but world community.
If even the king is oblivious to protocol..what hope is left for us...!!!
Bguslaa pencuri pun ko sanjungπ¬π¬
It is OUR MONEY thats paying for the dinner!! π
If action is not enforced on such issues, then we are in the waiting for a second Sri Lanka situation.
Birds of the same feather..Is the conclusion to contemplate, all related cousin's and among one big family, what's the big deal? Even high level civil Servents are relatives and cousins so all in the family, isn't this the message for the world?? Othwrwise, I just can't imagine we are a nation of dumbfools who don't care what the world thinks or says or even worst than we can say..As a Malaysian it beats me too...! We are indeed a Strange Country!
....owhhh...selagi x disimpan di sungai buloh....
Fully agreed.
Uphold what is right and what is wrong. That is the purpose of the country's institutions.
Inilah nila setitik
Tak payah lah di laung²kan lagi rukun negara...memalukan
Kedaulatan negara sudah hancur memalukan umno punya pasal
satu kempen kesedaran rakyat besar beaaran perlu diadakan, biar tahu malu, biar rakyat tahu Rakyat adalah Boss, bukan hamba kpd perkianat negara
If opposition also cannot rely on, then what?
22 months cannot achieve much.
GE15 is still out of reach.
Let's hope for GE16
Why is this convict allowed in in the first place,'s a convicelt and should be t
He's a convict and should be treated like one
Oh dear, what's going to happen to our country. Penjenayah masih diangkat dan ditatang sebegitu rupa.
Sangat memalukan
Disgraceful.Hingga 7 keturunan.
Laws in bolehland only for the marhaens,the criminals in another dimension.Disgrceful!
That's why they don't like if Raja Nazrin jd Agong...depa x boleh nak buat sesuka hati. Sadisss btoiii. YDPA dah mcm boneka
Penjenayah "national embarassment" or not, he's still respected. That's the reason why he was invited.
Or semua sama2 dapat habuan?
DSN adalah hasil fitnah Dan busuk Hati dari puak PH yg xtahu bersyukur hanya yg buta Hati saja sanggup mencemuh pada DSN yg d jadikan kambing hitam dlm situasi ini... Moga Allah swt akan menunjukan kebenarannya .. insyallah..
Sekarang saya faham kenapa orang kata otak bawah lutut.
Sungguh hebat kerajaan Malaysia. Melakukan tindakan yg tak skan di buat oleh mans kerajaan di dinia ini. Dengan menjemput seorang pesalah menghadiri jamuan diraja merupakan suatu tindakan yg tidak pernah dilakukan dimana mana negara di dunia. Syabas Malaysia. Hebat2.
Penjenayah Yang tiada Maruah . Tiada Rasa Malu pada diri sendiri.
Malaysia da tak kisah walaupun da jatuh hukum bersalah , masih dapat layanan VIP.
APA kata mereka Yang pernah menjadi penjenayah. Mereka Akan Memberi contoh pada Najib.maksudnya mereka pun harus dapat layanan Sama . Layanan VIP.
Perkara ini amat memalukan Makaysia
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga...wise old Malay saying forgotten by those in power whose names and positions are equally spoiled.
Kehadiran Jib dan Rosmah bak kata terpalit tahi pada institusi perundangan dan kedaulatan negara. The world is laughing at us all
Bonnie and Clyde..Malaysian chapter
Ingat kita masih ada mahkamah akhirat...yg di tuduh dah yg sepatutnya dituduh semua akan terjawab di sana ..
Well, a sizeable number of citizen are aware that Apanama is the Chief Conspirator for 1MDB. Only the moronic like yours is playing ignrant
Amiinn! Allah akan berpihak kpd orang yang benar. Tak lama lagi pesalah2 yang sebenar akan dilondehkan InsyaAllah!
when a clown got invited to the palace to dine with the king, the palace become a circus....the palace , in this situition, is not ignorant of this fact..if by so doing, the institution is just testing the resolve of the raayat or rather to soften future blows for a possible ' royal pardon' of this very national badut, the palace is highly mistakened and ill advised..in this days and age of connectivity and openness without borders it is threading in dangerous water....public opinion on the relevency of the monarchy is at stake..just my humble opinion
ALL OPPOSITION MONKEY NOT ONLY ENVY BUT FEEL ITCHY IN THEIR BACK... ������
Apa lagi nangis ke luas2. Menjerit le. Penjenayah. Penjenayah. Penjenayah.
Sadly the present King is being made into a puppet by this Umno bigots.
Hope the King will wake up from his Pekan dreams.
kalau otak bawah lutut kira ok lagi...tapi penjilat ni dah masuk kategori takdak otak...apa la nak jadi dgn penjilat² najis ni?
Oh Malaysia Ku.........
He s the AGUNG and can do as he pleases.
Abg Jib
When clown moves into the palace he dosent becomes a king..the palace becomes a circus...Turkish proverb.
Tak ada pulak NGO Melayu yg nak melaung kat depan pintu Istana nak bantah... mana? Mana? Tak dpt duit ke????
Tak peka kepada sentimen rakyat
Ramadhan is about forgiveness and brotherhood in Islam.
There's no law against Agong inviting Najib and Rosmah for breaking of the fast.
Protocol cleared the invitation.
Hang apanama?
Those who bring disrepute to the country are certainly NOT patriotic. What are we teaching our children. Even the Rukunegara will be seen as a joke.
Institusi Raja Raja melayu perlu memelihara kedaulatan YDPA.
Post a Comment