Kita kembali kepada asal |
Sistem Raja Berperlembagaan sudah tidak relevan. Kita sudah boleh kembali kepada sistem Raja dengan kuasa mutlak atau Beraja Mutlak - Monarki Mutlak.
Sistem Beraja Mutlak - Absolute Monarchy adalah sistem asal yang di-amal bilamana Raja dan Sultan berkuasa penuh atas segala urusan dalam dan luar negara.
Segala kuasa pentadbiran serta kuasa-kuasa lain yang berkaitan seperti kewangan, pertahanan dan keselamatan akan dipegang oleh DYMM Yang DiPertuan Agong diperingkat persekutuan.
Diperingkat negeri kuasa boleh dikembalikan kepada Raja dan Sultan.
Sudah ada pun negeri yang secara dasarnya telah mengembalikan segala kuasa kepada istana. Ketua kerajaan yang dipilih rakyat pun begitu cekap dan tuntas dalam melaksanakan arahan istana.
Rakyat pun nampak senang serta sering mendapat pelbagai bantuan serta buah tangan. Beras sekampit pun diberi percuma. Apa lagi yang rakyat mahu?
Malaysia sudah boleh menggantung perlembagaan-nya dan kembalikan kuasa mutlak serta segala hak kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
Tidak perlu lagi rakyat gundah gulana memikirkan siapa yang mempunyai majoriti di Dewan Rakyat dan siapa pula yang akan jadi Perdana Menteri.
Wakil-wakil rakyat pun tidak perlu lagi melompat kesana-sini.
Buat persidangan khas dan mansuhkan sahaja perlembagaan. Kembalikan kuasa kepada Raja dan Sultan.
Tidak perlu lagi dicadangkan nama sipolan dan sipolan untuk jawatan perdana menteri atau mentri besar. Segalanya adalah kuasa mutlak Raja.
Kita kukuhkan Institusi Raja-Raja Melayu dan serahkan kuasa kepada Sultan dan Raja. Tidak perlu lagi pilihanraya, kecil ataupun besar.
Perlembagaan kita pun seolah-olah sudah lapok dan sering diperlekehkan dari segenap sudut.
Kedaulatan undang-undang pun makin hilang daulatnya bila saban hari dipermainkan secara terbuka.
Apa gunanya undang-undang jika yang berkuasa serta berpengaruh dilihat duduk diatas undang-undang?
Apa guna-nya perlembagaan jika ianya dayus dan tidak berupaya mempertahankan kewujudan-nya sebagai asas kerajaan dalam sistem Raja Berperlembagaan?
Perlembagaan serta undang-undang yang tidak dipatuhi sendiri oleh mereka yang memegang amanah rakyat hanyalah cebisan kertas yang tiada nilainya.
Lebih elok jika kita kembali ke zaman dimana perlembagaan dan undang-undang tidak tersurat.
Kuasa Raja adalah kuasa mutlak dan Raja tidak perlu tunduk kepada perlembagaan persekutuan mahupun undang-undang. Titah Raja adalah undang-undang.
Sistem demokrasi dengan Raja Berperlembagaan sudah tidak mampu mentadbir urus negara in dengan baik. Kita semakin tercorot di pentas dunia.
Kembalikan Sistem Beraja Mutlak. Biar Raja bebas lakukan apa sahaja.
DAULAT TUANKU!
Test
ReplyDeleteSinis. Sekarang pun apa bezanya? Raja sudah boleh melakukan apa sahaja dia mahu. Want land? No problem. Logging? no problem. Ask anything. No problem semuanya.
ReplyDeleteYang menanggung problem adalah rakyatdan negara.
https://www.malaysiakini.com/news/471953
ReplyDeleteSalam Tuan APANAMA!
ReplyDeleteSudah sekian lama saya tidak dapat masuk ke blog Chedet,samada melalui PC atau pun h/phone.
Apa yg. berlaku?Minta penjelasan.
Terima Kasih!
serambichedet.com
DeleteSalam!
ReplyDeleteTerima banyak kepada anda yang menghantar 'serambichedet.com'.
Tulisan idea yang paling bodoh sekali. Sistem Raja dan raja rajanya sekali harus dimuseumkan. Bukan diberu kembali kuasa mutlak.
ReplyDeleteAntara sebab kita dijajah adalah kerana raja raja kita menhkhianati amanah mereka. Contohnya ialah apabila seorang Temenggong ingin jadi Sultan, maka Singapura dijual.
Aduhai tuan, yg sebenarnya dia menyindir,pukul anak sindir menantu
Delete