POLIS menolak permohonan Kumpulan Media Karangkraf untuk menganjurkan acara debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. - Datuk Hasnan Hassan
IPOH: Polis menolak permohonan Kumpulan Media Karangkraf untuk menganjurkan acara debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dicadangkan diadakan pada Sabtu ini. - BH
Padang Rengas pun tak selamat jugak? |
Menepati jangkaan ramai, debat yang dinanti-nanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ini besar kemungkinan akan dibatalkan.
Ini kali kedua debat yang tertumpu kepada skandal 1MDB dibatalkan atas alasan keselamatan dan sebab-sebab teknikal yang lain.
Debat #Nothing2Hide pertama di antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 5hb Jun, 2015 dibatalkan pada minit-minit terakhir apabila Najib tidak muncul. Alasan keselamatan juga digunapakai walaupun venue debat adalah di PWTC Kuala Lumpur.
Kegagalan Najib untuk berdepan dengan Dr Mahathir dalam wacana/debat #Nothing2Hide itu masih mencerminkan kebaculan presiden Umno itu hingga ke hari ini.
Besar kemungkinan debat/wacana di Padang Rengas pada kali ini akan dibatalkan, atas alasan yang sama, melainkan Nazri berjaya meyakinkan pihak Polis untuk memberi kelulusan.
Sebenarnya halangan dari pihak berkuasa ini sudah dijangkakan dari titik permulaan lagi kerana pengalaman #Nothing2Hide pada tahun 2015. Mana mungkin ada tempat yang 'lebih selamat' dalam negara kita jika PWTC dimana ibupejabat Umno tersergam pun boleh dianggap tidak selamat untuk program wacana mengenai 1MDB.
Halangan terhadap wacana berkenaan skandal 1MDB ini bertambah jelas apabila menteri kerajaan dan jurucakap Umno 'memutuskan' hubungan dengan Nazri. Mereka membuat kenyataan bahawa Ahli Parlimen Padang Rengas ini tidak mewakili kerajaan ataupun Umno dalam wacana/debat ini.
Rakyat nampak akan kegusaran dipihak pendukung Najib dalam kerajaan dan pengampu tegar presiden dalam Umno. Kegusaran akan perbincangan terbuka skandal 1MDB Najib Razak amat ketara.
Namun penganalisa dan pemerhati politik menyimpan sedikit harapan apabila Nazri memberitahu media bahawa beliau telah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan pihak KDN tidak mempunyai apa-apa halangan atau masalah dengan wacana/debat bersama Dr Mahathir di Padang Rengas.
-
Menurut Nazri, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, beri jaminan akan meluluskan permohonan permit daripada pihak penganjur.
“Ya betul. Baguslah sebab saya sudah jumpa dengan TPM (Zahid) pada Khamis lepas di Parlimen.
“Jadi dia tahu tentang perbahasan ini dan dia kata dia akan bagi jaminan bahawa permit akan diberi. Sebab itu saya tidak bimbang sangat, dia sudah beritahu awal-awal akan bagi permit,” katanya kepada FMT.-
Hari ini lain pula certitanya, lebih kurang seperti #Nothing2Hide pada tahun 2015. Nampak seolah-olah janji Timbalan Perdana Menteri pun sudah tidak boleh dipegang.
Ada rakan yang berpendapat Nazri tidak berani berdepan dengan Dr Mahathir dan telah menggunakan pihak berkuasa untuk membatalkan wacana/debat ini. Saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini.
Pada pendapat saya inilah perbezaan diantara Nazri Aziz dan Najib Razak. Nazri bukan bacul.
Nazri mungkin sedang cuba untuk menegakkan benang yang basah demi kelangsungan politik dan untuk menyelamatkan Najib dari dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi Nazri Aziz yang saya kenali bukan jenis manusia bacul yang mengharapkan jurucakap seperti Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan untuk melindunginya.
Oleh sebab inilah saya berpendapat wacana/debat di antara Dr Mahathir dan Nazri berkenaan skandal 1MDB dan jenayah Najib boleh dan akan diteruskan dengan perancangan yang lebih baik.
Jika Ahli Parlimen Padang Rengas tidak berjaya meyakinkan pihak Polis mungkin debat/wacana ini boleh diadakan ditempat/tarikh lain dalam keadaan yang lebih 'selamat'.
Jika perlu kita boleh mengadakan wacana/debat ini disalah sebuah dewan didalam kawasan Ibupejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Kita sewa dewan dari PDRM, soal keselamatan tidak mungkin muncul dalam kawasan Bukit Aman.
Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pun boleh turut serta dalam wacana/debat yang dicadangkan di Bukit Aman ini... jika Najib bukan bacul.
p/s
Yang pasti Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersedia sejak sebelum #Nothing2Hide yang pertama pada tahun 2015.

18 comments:
Phew lega Najib. Kalau diteruskan berak kapur dia.
Mungkin demi menghormati Tun? Tidak mahu aib terbuka?
BERAKHIR SEBUAH DRAMA
Saya tidak pernah teruja dengan sahutan Menteri UMNO, Nazri Aziz untuk berdebat dengan Dr Mahathir. Betul, tidak teruja sikit pun.
Daripada awal lagi saya melihat tindakan Nazri menyahut cabaran Dr Mahathir tidak lebih sebagai drama.
Nah, hari ini polis tidak memberi permit acara debat itu. Ayat klise polis adalah faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Tengok, betul tak semua itu drama?
Semua orang tahu malah Nazri sendiri pun tahu kalau diteruskan debat, Nazri akan menjadi "makanan" Dr Mahathir.
Seorang mahaguru silat pasti tahu kelemahan anak muridnya. Dr Mahathir adalah guru politik Nazri, rahsia kelemahan Nazri dalam tangan gurunya.
Debat dijangka 25 Mac ini di Padang Rengas, kubu Nazri sendiri. Nazri terpaksa sahut cabaran apa lagi dalam kubunya sendiri.
Maka terselamatlah Nazri daripada dimalukan dalam kubunya sendiri.
Hendak tahu kenapa debat di negara kita selalu saja gagal di adakan dan polis tiba-tiba muncul dengan kuasanya?
Sebabnya bila debat terbuka banyaklah yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat akan terburai. Fakta yang disembunyikan juga akan terdedah.
-ku seman- ex utusan
KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PERAK
BERTARIKH 21 MAC 2017
Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato' Seri Mohamad Nazri Bin Abdul Aziz.
1. Pihak polis telah menerima permohonan berkenaan daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf.
2. Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan antara Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Tun Mahathir Bin Mohamad akan diadakan pada 25/3/2017 jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar.
3. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar selaku Pegawai yang Menjaga Daerah Polis Kuala Kangsar telah menerima permohonan tersebut pada 20/3/2017 jam 3 petang daripada penganjur diatas mengikut peruntukan dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
4. Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017.
5. Alasan-alasan penolakan permohanan tersebut adalah seperti berikut:-
5.1 Kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan.
2.2 Tempat perhimpunan yang dipilih iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ianya merupakan satu tempat larangan di dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012).
2.3 Pihak polis telah menerima bantahan - bantahan secara bertulis iaitu 8 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ini merupakan bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dalam APA 2012.
2.4 Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan / dialog seperti ini tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan.
3. Pihak polis mengalu-mengalukan semua pihak supaya akur kepada arahan KPD ini dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ianya diteruskan.
DATO' PAHLAWAN DCP HASNAN BIN HASSAN
PEMANGKU KETUA POLIS PERAK
21 . MAC . 2017
Menteri Kabinet pun terkejut dan berkata 'we are not a police state'. (Saksikan video diatas) Saya berharap Datuk Seri Nazri dapat merasakan apa yang dialami rakyat sejak kebelakangan ini. Malaysia sebenarnya semakin mundur dibawah Najib.
Malaysia bukan negara polis, Nazri tetap hadir 25 Mac
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz kecewa dan terganggu dengan tindakan polis yang menolak permohonan penganjur bagi perbahasan antaranya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu ini.
Katanya, tidak ada alasan bagi polis untuk menolak permohonan itu kerana perbahasan itu bukan perhimpunan awam tetapi adalah wacana.
“Sejak bila kita jadi police state? Sejak bila hak individu boleh dihalang oleh orang lain.
“Ini bukan negara polis, ini Malaysia,” katanya dengan nada marah, kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Debat berkenaan dijadualkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar dan bakal menyentuh isu berbangkit dalam negara seperti skandal 1MDB dan Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
“Saya agak terganggu. “Saya minta kepada Sinar Harian sebagai penganjur untuk teruskan penganjuran perbahasan ini.
“25 hari bulan saya datang juga, saya tidak mahu negara ini menjadi negara polis. Saya akan datang,” katanya.
Nazri juga menolak alasan perbahasan itu akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, sebagai seorang menteri, beliau bukan mahu menghasut mana-mana pihak bagi menimbulkan pergaduhan.
“Saya menteri, kalau pembangkang nak menghasut...
“Saya menteri , Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri,” katanya sambil memberi jaminan tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Nazri yang terkenal dengan kelantangannya yang ada kala dianggap celupar oleh pihak lawan juga berikrar dirinya tidak akan bertindak kurang ajar ke atas bekas perdana menteri itu.
“Sebab itu saya ada cakap dengan orang Umno, jangan datang.Saya dah nampak dah ura-ura kata polis nak tahan, sebab tu saya kata jangan datang.
“Saya beri jaminan tidak ada benda yang tidak diingini akan berlaku. Saya bukan nak bertinju dengan Mahathir. Bukan nak maki hamun, saya cuma nak adakan wacana.
“Takut saya kurang ajar kut? Tapi saya tak akan kurang ajar, dia (Dr Mahathir) boss saya dulu.
Saya ingin beri jaminan (ini) kepada polis, tidak ada alasan bagi polis untuk menolak perbahasan ini,” katanya.
Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata beliau telah menghubungi Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan juga menerima surat kebenaran berkenaan.
“Saya tak faham kenapa pihak polis menolak hak saya. Dia kata ada beberapa (alasan)
“Sejak bila kita jadi negara polis? Sejak bila hak individu boleh dihalang oleh orang lain,” katanya.
Mengulas dakwa terdapat persatuan atau NGO yang cuba menghalang perbahasan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau tidak tahu siapa mereka itu dan mengapa suara mereka begitu penting.
"Siapa NGO ini? Saya ahli parlimen sana (Padang Rengas) selama 22 tahun. Saya tidak fikir hendak berlaku pergaduhan, malah jika pengundi saya datang, mereka akan pastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
"Kalau nak dengar NGO yang meletakkan hak itu lebih dari hak kami berdua, ini tidak betul. Macam saya ini komunis, pengganas ke. Saya menteri dan Tun Mahathir bekas pm. Apa kesalahan atau hasutan yang boleh kita buat?" soalnya.
Ha ha ha. Najib berak kapor!
Memang seperti yg dijangka.. debat ni akan melondehkan byk pihak tu sebab mesti digagalkan :)
Tun Mahathir : Saya beri tempuh hingga tengahari esok sapaya Datuk Seri Mohammed Nazri untuk mengatur debat. Saya tidak kesana semata-mata berjumpa dengannya. Kalau ia ingin berjumpa saya, buat temujanji.
TUKARR
Mahathir tidak melihat debat dia dengan Nazri ni dari sudut kalah-menang. Bagi dia menang pun tak apa, kalah pun tak apa. He's open to both possibility. Yang penting bagi dia the publisiti dan opportunity yang datang dari event ini.
The debate tself, the build up to the debate, the interest it has generated to people at large i.e. 28 million Malaysians, and the golden opportunity for him to speak directly to the rakyat Malaysia with the interest and publicity it has been generated for the past few weeks.
He really savour this opportunity. An opportunity to menelanjangkan salahlaku Najib so that seluruh umat rakyat Malaysia dapat melihat betapa buruknya tingkah laku perdana menteri mereka.
Tun Mahathir is a true blue stateman. Verily the truth will prevail.
Yes !! Setuju sangat2..
Agreed w sugestion 2 change venue somewhere within t vicinity of Bkt.Amn.
Definately no isue of scurity arises.
Follow t required S.O.P B4 hand.
Netizen shall wait N C.
Agreed w sugestion 2 Bkt Aman vicinity as venue. Security isue does nt arise.
Follow t required S.O.P of obtaining permit B4 hand.
It might eliminate loose hole in between. We'll wait N C.
Aib siapa?
Di mesia NGO didaftarkan atau tidak didaftarkan sebagai NonDegradableOrganization
Sudaaaah lah. Hendak seribu daya. Kalau betul betul ada bebola (mat salleh kata 'got balls), stream live aje kat Youtube. Dua-dua tak perlu ada sama-sama setempat. Kat rumah pakai kain pelekat pon boleh. Tak perlu permit polis mana mana negara.
Tapi yang mungkin jadi "penyelamat BN" mungkin Syed Ketiak tu lah...dia nanti kata bandwidth kena kacau lah, MCMC kena pantaulah...dan macam macam lagi.
But...got balls ?
Post a Comment