Setakat ini pelbagai percubaan telah dilakukan untuk mengalih perhatian umum dari skandal 1MDB yang melibatkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga perdana menteri terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB dan telah terbukti menerima lebih RM2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi di Ambank. Hutang yang ditanggung akibat skandal 1MDB telah melampaui 50 bilion ringgit. Jumlah terkini mungkin lebih dari itu.
Selain kehilangan maruah dan dikenali kerana rasuah dan kleptokrasi dipersada antarabangsa Malaysia juga semakin kelihatan sebagai gundik kuasa komunis Republik China.
Kenapa kita seakan terhutang budi dengan pemerintah komunis China sehingga berkelakuan aneh bertentangan dengan dasar hubungan luar negara? Apakah ini kesan kita meminjam atau bersetuju untuk meminjam berpuluh bilion ringgit dari China?
Kenapa wilayah milik negara ini digadai sewenang-wenangnya menerusi anugerah hak milik kekal kepada syarikat syarikat dari negara China?
Individu yang paling layak menjawab persoalan ini adalah perdana menteri yang juga menteri kewangan, yang turut memegang jawatan tertinggi dalam 1MDB dan Umno.
Kenapa Najib enggan berterus terang? Laporan 1MDB Ketua Audit Negara masih berselindungi disebalik Akta Rahsia Rasmi. Kenapa laporan itu menjadi rahsia?
Dalam keadaan biasa, jika Umno dan Barisan Nasional berfungsi berdasarkan matlamat penubuhan dan sumpah setia mereka, Najib mungkin telah dilucutkan jawatan dan dihadapkan kemuka pengadilan.
Malangnya negara kita telah menjadi luarbiasa sejak pemecatan Peguam Negara terdahulu Tan Sri Gani Patail sekitar bulan Julai 2015.
Wang tunai lebih RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib masih belum dijelaskan, lebih-lebih lagi setelah perbicaraan dan siasatan negara luar mendapati 1MDB sebagai sumber duit tersebut. Cerita Pak Arab sudah tidak boleh diterima pakai berikutan bukti yang dikemukakan.
Sebahagian besar salahlaku, kecurian, pengkhianatan dan jenayah terhadap negara ini tersenarai secara terperinci dalam laporan siasatan awal Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Segala persoalan ini tidak dijawab. Bukan saja tidak dijawab malah yang menyoal ditindas, diugut dan dipenjara. Pemimpin Umno yang letak jawatan kerana 1MDB pun diugut dan diaibkan dengan skandal seks yang direkacipta.
Rakyat biasa cuba dikelirukan dengan pelbagai cerekarama politik yang dimainkan saban hari menerusi media yang dijadikan alat putar belit.
Cerekarama terbaru terbitan Umno adalah siri jelajah Umno dan BN untuk menjelaskan kenapa kerugian urusniaga mata wang asing Bank Negara pada tahun 90an harus disiasat sekarang, setelah hampir 30 tahun.
Lain bengkak lain pula yang bernanah. Inilah tahap luarbiasa dalam negara kita pada masa ini.
Penasihat mana yang kata rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu ini dangkal sangat sehingga boleh ditarik kesana kemari seperti lembu dicucuk hidung? Bangsawan rasa orang bawahan bodoh?
Rakyat tahu apa yang berlaku. Rakyat merasai kesan langsung kepincangan pentadbiran negara sekarang, bukannya kerugian dagangan tiga dekad yang lalu.
Siri jelajah yang diumumkan ketua penerangan Umno yang agak 'popular' itu hanyalah satu lagi putar belit dalam siri putar belit untuk mengaburi mata rakyat. Rakyat tahu.
Putar belit terbaru ini begitu ketara sehingga tidak layak pun untuk dikategorikan sebagai propaganda. Propaganda harus ada class, ini hanya sekadar putar belit murahan.
p/s
Harap Tan Sri Ketua Penerangan Umno lebih berjaga-jaga dengan dana berpuluh juta yang harus diperuntukkan untuk siri jelajah putar belit ni. Bukan apa, kes siasatan SPRM kat Mara pun belum selesai.
11 comments:
Hello kawan..2.6 billon tu memang derma. Dh disahkan oleh peguam negara dan sprm.
Bila pulak malaysia jadi negara kleptokrasi?..Penyiasatan oleh DOJ pun dh terbantut sbb tan ada bukti. Aset yg dirampas pun dh pulang balik
Hutang 1mdb betul ke 50 billuon? Yg kata tu rafizi yg tak tahu mengira.
Tulusan kamu sebijik mcm prmakan dedak mahathir....
THE BIGGEST IRONY...ANNUAR MUSA TALKING ABOUT UNEXPLAINED LOSSES!
"KUALA LUMPUR: Umno and Barisan Nasional (BN) component parties will be going on a nationwide roadshow to inform the public about the special task force set up by the Cabinet to probe Bank Negara Malaysia’s (BNM) foreign exchange trading losses in the 1990s.
Umno information chief Annuar Musa said the roadshow, scheduled to start on Feb 25, was mooted following attempts by certain parties to question the need for a task force and asking why the 1MDB issue was not given the same treatment.
“The issue on the forex losses is important because it was not fully investigated before this even though it involved a large sum of money.
“Why was the special team formed and why wasn’t one set up for 1MDB? This will all be explained in the roadshow by Umno and BN,” he told a press conference after chairing the Umno information working committee meeting here yesterday."
He should set up his own task force first.
MARA has been one scandal after another.
Habis kes disingapura tu apa?42m tu Apa?orang bunian Yg bankin kan?
Bijak komem ni.. bila nak jumpa..ditanya soalan..lari pulak..aduhai
Perihal isu forex ni, umum mengetahui sekurang-kurangnya mereka yang terlibat adalah dikalangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan atau agensi dalam kerajaan pada masa itu seperti Tun M, Tun Daim, Anwar Ibrahim, Nor Yaacop, dan the late Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaffar Hussein. Orang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti isteri, anak tiri dan kawan baik anak tiri tidak terlibat.
Mereka ini merupakan ahli dalam bidang mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang yang luas. Masing-masing tahu dan arif akan fungsi dan tugas mereka ketika menjalankan aktiviti tersebut dan tahu apa yang hendak dicapai. Tiada unsur-unsur kepentingan peribadi ketika kegiatan tersebut dijalankan.
Mereka juga tidak mendapat apa-apa faedah kewangan ketika menjalankan aktiviti selain gaji bulanan yang diterima dan mereka juga not financially profitted from such activity. Terdapat misi dan matlamat yang jelas untuk dijayakan yang menyebabkan negara terjerumus ke kancah perniagaan forex ini.
Malah, sepanjang negara terlibat dalam perniagaan ini untuk beberapa tahun pada awal 90-an, tiada wang hasil keuntungan perniagaan forex masuk dalam akaun bank mereka. Tiada wang berbilion-bilion tiba-tiba muncul dalam akaun bank mereka. Tiada 'shell company' dibuka di luar negara untuk menerima wang forex ini. Tiada aset dan hartanah dibeli dari wang forex di dalam dan di luar negara. Waima tiada tanah kerajaan yang tergadai dek perniagaan forex. Rakyat pada masa itu juga tidak dikenakan cukai tambahan
untuk menampung kegiatan forex ini.
Ringgit tidak jatuh menjunam dengan teruk seperti sekarang ketika perniagaan forex tersebut berjalan. Tiada lukisan bernilai jutaan ringgit dibeli dengan wang dari urus niaga forex. Wang dari urus niaga forex tidak pernah digunakan untuk menaja perbelanjaan anak dan isteri bercuti di luar negeri. Wang dari perniagaan forex tidak pernah disalah guna untuk menghilangkan kedutan di muka yang telah dimamah usia. Tiada. Semua itu tiada.
Wang untuk aktiviti forex dan hasil keuntungan dari aktiviti tersebut digunakan demi KEPENTINGAN NEGARA semata-mata. Setiap keuntungan digunakan sebaik-baiknya oleh BNM to create 'artificial demand' on ringgit in the world's market to stabilize its value without digging into reserve. Dalam erti kata lain ianya digunakan to prop up the value ringgit against the onslaught of rogue speculators at that time. Pada masa yang sama juga, rizab luar negara juga dapat ditingkatkan.
Mereka-mereka yang terlibat ini hanya mempunyai SATU misi untuk dijayakan iaitu untuk meningkatkan (push up) nilai ringgit dalam pasaran antarabangsa. Jika aktivity tersebut menyebabkan negara kerugian 10 billion, 20 billion atau 30 billion sekalipun itu adalah rugi berniaga which is normal in any businesses.
Rugi berniaga tak sama dengan duit yang tiba-tiba lesap tidak dapat dikesan atau dilencongkan ke tempat lain. Lain sama sekali. Rugi berniaga ada penyata kewangan dan buku akaun. Lencongkan duit atau alihkan duit ke tempat lain tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu declare yang wang tersebut sebagai derma Pak Arab. Itu saja. Tak tunjuk bukti pun tak apa.
Tak semua urus niaga yang diceburi oleh kerajaan pada masa itu berjaya. Banyak yang gagal. Apa yang pasti berkenaan isu forex ni, tiada wang yang 'hilang' atau dilencongkan masuk ke akaun entah siapa-siapa. Tiada wang digunakan untuk tujuan peribadi. Every transaction hatta RM 1 sekalipun is properly accounted. I think this can be proven by Bank Negara in due time. Ada kemungkinan jumlah kerugian adalah lebih besar tetapi apa yang penting ianya bukan kes korupsi dan kleptokrasi.
Betul ke 2.6billion tu derma? Mcm mana derma boleh masuk dlm account ambank najib melainkan ada transaksi aliran tunai.. pernahkah transaksi itu ditunjuk kpd umum utk yakinkan 2.6billion itu adalah derma dari arab. Sape nak percaya kalau transaksi itu pun tak ditunjuk.
Anon 2am ni dah mengantuk mcm pak lah...mmg termasuk golongan yg dinyatakan penulis. Otak dah penuh ulat!!!
Ulasan Yg terbaik...apakah umno @annuar musa Nak kelentong org kampung n peneroka felda? Taksabar Nak dengar ni
Anon 7:02am. Belum pernah terbaca komen paling banggang sejak meletup skandal 1MDB. You make my day.
Bila DEDAK dan campur BIJAN , jadi lah BANGANG , Betuk tak anon 2am ?
Ingatlah hidup tak selalunya Indah. Satu hari nanti bila nyawa sampai ke halkum...Segala-gala kehidupan didunia akan ditinggalkan. Di masa tulah,segalanya seaman tergambar didepan mata.
Post a Comment