Lembaga Tabung Haji bakal menerima pengerusi baru menggantikan Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah menduduki jawatan itu sejak Julai 2013.
Menurut sumber, orang kanan Najib Razak telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Azeez Rahim (Ahli Parlimen Baling) dengan individu lain yang juga orang kepercayaan 'Putrajaya'.
"Jangan lah terkejut jika Tabung Haji pun dapat pengerusi baru. Felda dah dapat pengerusi baru. Besar kemungkinan Mara pun bakal mendapat pengerusi baru.
"Najib sudah 'okay' dengan perlantikan baru tetapi kita kena tunggu dan lihat kerana katanya Azeez Rahim masih berminat untuk kekal sebagai pengerusi," kata sumber tersebut.
Menurutnya nama seorang Tan Sri kenalan rapat Najib dari Perak telah menjadi sebutan warga Tabung Haji sejak seminggu yang lalu.
Tan Sri bekas pemimpin Pemuda Umno yang kini aktif dalam persatuan sukan itu dikatakan lebih digemari lembaga pengarah Tabung Haji tetapi, menurut sumber dalaman Tabung Haji itu lagi, ada beberapa individu lain termasuk 'pengawal media Najib' yang turut berminat dengan jawatan pengerusi tersebut.
Kita sama-sama tunggu dan lihat jika cerita perubahan dan rombakan di Tabung Haji ini benar atau hanya sekadar percaturan politik semasa.
Rombakan belum pasti, yang pasti hanya rompakan.
p/s
Teringat akan kata-kata Azeez Rahim ketika isu penyalahgunaan duit Tabung Haji dalam skandal 1MDB terbongkar.
7 comments:
Mudah sangat nak ganti orang itu orang ini. Najib jangan terlepas pandang. Bab kehadapan dalam menangani kemanusian sejagat Azeez inilah diantara yang kehadapan. Nyawa menjadi pertaruhan. Sekadar nak duduki kerusi Pengerusi Tabung Haji untuk tampak gelamor carilah kerusi lain.
Keakraban Pak Tam ni dengan jemaah bukan sesuatu yang dibuat2. Cukuplah UMNO jangan cuba2 buat ujikaji dalam perkara2 yang tidak perlu hanya kerana untuk memenuhi cita2 segelintir manusia yang gila jawatan.
Inilah penyakit dalam UMNO sejak zaman Madey lagi.
Jemaah 2016
We don't want another one just like the other one ... satu macai sama tidak serupa dengan macai satu lagi.
Kumpulan kurap korup main mery-go-round.
TH bagi dividen yang dipanggilnya 'HIBAH' atau pemberian
atau HADIAH cuma 4.25%+1.5. Nampak gaya akan berlaku
EXODUS pengeluaran simpanan di TH sebab orang nakkan
HASIL PELABORAN bukan HIBAH atau HADIAH.
Harap TH tak salahkan pembangkan di atas EXODUS ini.
Anon... Jemaah 2016.
Penyakit melantik perasuah kedalam GLC bermula dengan Pak Lah & Najib. Mereka berdua lah yang juga memulakan amalan melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan. Jika di Negara Kapir, amalan sebegini sudah tentu... raised a lot of eyebrows.
Najib juga mempunyai tabiat buruk, suka melantik orang-tengah kelabu-asap (Razak baginda, Deepak Carpet & Jho Low) dalam urusan kerajaan, sekali-gus membelakangkan Jihad KPDNKK dalam memerangi peranan orang-tengah.
Malah mereka yang terbukti mengamalkan rasuah-politik dan pernah digantung keahlian pada PAU2009, di angkat sebagai Pengerusi FELDA. Ketua-Pemuda pula, yang diboo & diherdik... KJ Rasuah, KJ Rasuah, KJ Rasuah dalam PWTC, diangkat sebagai Menteri Belia & Sukan. (Dah lebih setahun kes rasuah KBS, RM110Juta masih tiada siapa yang didakwa.)
Annuar Musa yang pernah disiasat rasuah oleh SPRM, dilantik Pengerusi MARA.
Zaman Dr.M dan sebelumnya... sesiapa yang terpalit sebarang 'najis'... akan tersingkir & terus lenyap dari Party dan pentadbiran Negara.
Harap Maklum
Salam sdr RD.
Saya setuju dengan sdr. Zaman Tun M orang-orang yang dilantik semua berkaliber. Sekali sekala berlaku salah pilih tapi apabila kelihatan ia pilihan yang salah maka pembetulan akan dilakukan.
Maka pada masa itu kita dapat Menteri2 dan ahli2 perniagaan yang benar-benar berkaliber.
Zaman Tun Dol dan Najib knowing who is more important than knowing how. Maka kita dapatlah Menteri2, ketua penerangan dan ahli2 perniagaan yang hampas.
Apa pun sdr RD tak perlu risau dengan anon di atas tu. Ia kelihatan lebih seperti seorang penyokong UMNO-Najib tapi berada di dalam kem Azeez Rahim.
Selepas ini kita akan melihat pula sesama mereka membuat protes bagi pihak Zahid, Annuar Musa dan barangkali juga Ismail Sabri.
Itulah yang akan berlaku bila ketua mereka seorang penyamun. Pembelaan akan diberi bukan berdasarkan kebenaran dan keadilan tetapi berdasarkan favouratisme sang ketua.
Sekarang apa kata kita beli burger dan pop corn dulu sebelum wayang bersambung ke babak seterusnya.
Let the fun begin...
Mungkinkah Tunku Aziz (Darling of TV3) akan dilantik sebagai Duta Ke Indonesia mengantikan Zahrain sebagai tanda terhutang budi Najib..
Maaf.Not Tunku Aziz.Jika beliau jadi Dubes(Duta Besar)ke Indonesia,kami akan buat dia masak,Zahrain juga setengah masak.
Post a Comment