Thursday, 9 February 2017

Bila penyamun bebas mencatur ...


Di mana  Low Taek Jho @ Jho Low, Datuk Suboh Mohd Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Casey Tang dan Jasmine Loo? 

Tidak lama dahulu pihak berkuasa, khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara memburu kelima-lima individu diatas. 

Mereka adalah orang-orang yang disyaki terlibat secara langsung dalam skandal SRC International yang telah mengakibatkan kehilangan beribu-ribu juta ringgit hak dan harta kerajaan Malaysia. 

Diantara mereka adalah saksi utama dalam siasatan kes wang tunai berjumlah 2.6bilion dan 42 juta ringgit yang menyusup masuk kedalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berasingan.

Untuk makluman Nik Faisal juga adalah individu yang diberi kebenaran untuk mengendalikan akaun peribadi Najib di Ambank.   

Laporan akhbar pada bulan Julai 2015 mendedah bahawa SPRM gagal menjumpai Jho Low, Suboh dan Nik Faisal kerana ketiga-tiga suspek utama dalam kes skandal 1MDB itu disyaki telah melarikan diri keluar negara. 

Pada waktu yang sama Bank Negara pula mengeluarkan notis 'orang yang dikehendaki' ke-atas Casey Tang dan Jasmine Loo berhubung siasatan mereka dalam kes skandal 1MDB. 

Tiba-tiba, pada bulan May 2016 ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mengumumkan bahawa pihak SPRM telah memperolehi kenyataan dari ketiga-tiga individu terbabit.  

Low gagal memberi penjelasan lanjut tetapi cara penutupan siasatan kes wang beribu juta ringgit didalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah amat ketara. 

Saya bersara kerana kecewa, kata pengarah operasi khas SPRM
Adam Abu Bakar | January 3, 2017

Bekas pegawai tinggi SPRM berasa kecewa dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa kes SRC ke mahkamah.


PETALING JAYA: Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.


Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.

“Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah,” katanya.

SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga.

Ia kemudian diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB. - FMT


Siasatan kes SRC International ini telah 'ditutup' oleh peguam negara yang bijaksana.

Pegawai SPRM yang meluahkan kebenaran akibat kecewa dengan campurtangan pihak atasan pula diserang dengan fitnah jahat dan pelbagai ugutan. 

Walaupun peguam negara yang bijaksana telah menutup kes SRC International yang berkait rapat dengan 1MDB tanpa dibicarakan dimahkamah, dipercayai kesemua suspek masih lagi menghilangkan diri.  Kalau tidak bersalah kenapa lari? 

Jho Low, yang dikenali ramai setelah dinamakan dalam penyiasatan jenayah kleptokrasi dan pengubahan wang haram terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, juga masih 'hilang'. 

Individu yang turut 'hilang' bersama Jho Low selepas pembongkaran Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) adalah Reza Aziz. 

Reza Aziz adalah anak Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami terdahulu beliau. Reza adalah anak tiri Najib Razak. 

Ura-ura mengatakan bahawa beberapa bulan yang lalu kedua-dua individu ini ghaib dari Amerika Syarikat dan tiba-tiba muncul di tepian Jalan Duta, di ibu negara. 

Yang berjaya mengghaibkan mereka dengan jet peribadi adalah seorang menteri flamboyant yang kini sedang merajuk hendak letak jawatan kerana budi sudah dilupakan, negeri pula diambang kejatuhan. 

Dikhabarkan yang ditepian Jalan Duta sudah berlindung di gua penyamun. Yang tahu buat tak tahu, yang berkuasa sudah menjadi babu. 

Menurut dinding yang boleh berkata-kata - 

1 - Selain pasangan penyamun, orang paling berpengaruh dalam kabinet dapur (kitchen kabinet) adalah Jho Low. 

2 - Segala tindakan bermatlamat untuk kekal berkuasa, by hook or crook. 

3 - Strategi terancang supaya beberapa pemimpin tertinggi dijadikan kambing hitam demi untuk mengelirukan rakyat dan mewujudkan persepsi bahawa sebenarnya penyamun adalah pejuang anti-rasuah. 

4 - Hang Tuah dan Hang Jebat sekalipun tidak dapat menyelamatkan kambing hitam dari negeri mereka yang sedang menunggu masa untuk dikorban. 

5 - Alasan yang ditolak Jho Low dan jemaah kabinet dapur -" Boss ada 2.6 bilion dalam akaun peribadi, saya hanya ada beberapa juta ringgit . Itupun sumbangan politik. Salah ker? " 

6 - Alasan yang diterima kabinet dapur - "Duit 400 juta ringgit tunai yang disimpan dalam rumah yang dijaga rapi oleh pengawal Gurkha bukan duit saya, itu untuk perbelanjaan politik boss".

Bila penyamun bebas mencatur, haq dan batil menjadi kabur.


p/s

Jho Low kata Ketua menteri kau juga orang baru ba'. 





1 comment:


  1. *KETUA MENTERI , ISTERI , ANAK & UCOP SOROS
    *KETUA MENTERI , MENTERI LUAR , ANAK2 , ISTERI2 , GIRLFREN2 , PEON JABATAN AIR , RAMAN DAHALAN

    DOMINO

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC