Tuesday, 24 January 2017

Pengkalan tentera komunis China di Melaka ?


Cencaluk dan belacan boleh dijual kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar harga yang ditetapkan. Setelah dijual cencaluk dan belacan akan menjadi hak milik kekal pembeli yang sanggup membayar sejumlah wang itu tadi. 

Tetapi ini bukan cerita orang Melaka jual cencaluk atau belacan di tepi jalan. Ini kerisauan akan kecederungan pihak berwajib menjual hak dan kedaulatan negara umpama cencaluk dan belacan. 

Rupanya penyerahan hak dan kedaulatan bukan hanya berlaku di selatan tanahair. Melaka pun tidak kurang hebatnya.



Pada permukaannya cadangan Projek Melaka Gateway kelihatan seperti satu rancangan masa depan yang mampu menyumbang kepada industri pelancungan dan ekonomi negeri Melaka. 

Kenapa sebuah negara komunis begitu cenderung untuk membangunkan Melaka yang (mengikut perancangan mereka di Melaka Gateway) akan menjadi pelabuhan terbesar di rantau ini

Berapa ekar daripada kawasan seluas 609 ekar yang di anugerah status pegangan bebas/hak milik kekal oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ini akan di miliki rakyat Malaysia?

Mengikut rancangan projek Melaka Gateway pelabuhan besar itu akan menjadi tarikan buat kapal-kapal pelancungan cruise liner tetapi beberapa pakar ketenteraan dan geopolitik mentafsir bahawa pelabuhan di Melaka ini besar kemungkinan akan dijadikan pengkalan tentera negara komunis China di Selat Melaka.  

Kebimbangan ini bukan tidak berasas. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan mengendalikan Pengkalan tentera laut komunis China.  

Syarikat-syarikat dari negara komunis China sudah / akan menguasai tanah seluas 609 ekar yang yang diberi hak milik kekal oleh kerajaan Melaka. Ketua Menteri sendiri nampaknya telah menzahirkan sokongan peribadi yang kuat untuk syarikat KAJ Development Sdn Bhd. 

Siapa pemilik sebenar KAJ Development Sdn Bhd?  

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Powerchina International Group Ltd. (Powerchina) bersama syarikat tempatan, KAJ Development Sdn. Bhd. (KAJD) akan membangunkan Melaka Gateway termasuk membabitkan pembinaan tiga pulau buatan dengan pelaburan RM30 bilion di Melaka. 
-
-
Projek Melaka Gateway juga akan membabitkan pembangunan semula pulau keempat di kawasan tersebut untuk dijadikan terminal kontena, pusat pembinaan dan baik pulih kapal serta taman industri maritim yang akan dibangunkan secara bersama oleh KAJD, pelabur dari Guangdong, China serta Chief Minister Incorporated (CMI) Melaka. - Utusan Malaysia 

Persoalan yang ditimbul kini ialah kenapa kerajaan negeri Melaka yang diketuai Idris Haron sanggup 'menjual' kawasan yang begitu strategik, terutamanya dari segi keselamatan dan kedaulatan negara kepada pihak komunis China? 

Baru-baru ini ada pengumuman bahawa negara komunis China akan mengajar Malaysia cara-cara untuk mengawal sempadan. Di fahamkan juga bahawa besar kemungkinan kapal-kapal tentera laut negara komunis China akan terlibat sama dalam rondaan bersama Tentera Laut diRaja Malaysia di Selat Melaka. 

Pengkhianatan zaman moden ini amat licik bukan seperti kejadian-kejadian khianat sebelum jatuhnya Empayar Melayu Melaka pada tahun 1511. Si kitol moden amat merbahaya.

Berdasarkan laporan media yang dikuasai Parti Komunis China dan kenyataan serta keputusan para pemimpin kita baru-baru ini, adalah tidak mustahil jika Melaka akan menjadi pengkalan tentera komunis China di Selat Melaka. 

Jika diteliti pemilikan serta rancangan pembinaan di pulau ke-empat dalam projek Melaka Gateway, kemungkinan wujudnya pengkalan tentera komunis China adalah berasas. 

1. Apa pendirian Datuk Seri Idris Haron dan kerajaan negeri Melaka dalam isu ini? 

2. Apakah kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan akan membuka pintu belakang dan membiarkan tentera komunis China berpengkalan di Melaka? 

3. Apakah kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan masih mempunyai hak untuk menghalang tentera komunis China daripada berpengkalan di Melaka bilamana tanah tambakan seluas 609 ekar itu diberi hak milik kekal ?   

4. Sebagai Ketua Menteri yang diberi kepercayaan oleh orang Melaka, Idris Haron juga mesti menjelaskan kenapa Syarikat KAJ Development Sdn Bhd diberi hak milik kekal untuk kawasan seluas 609 ekar kerana pakar perihal tanah berpendapat bahawa ianya melanggar  Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. 

Tafsiran pakar dan kebimbangan masyarakat ini ada asasnya, maka Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron harus tampil membuat penjelasan dan ketetapan akan pendirian kerajaan.

Ini isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan perihal cencaluk atau belacan. 


p/s 

Sambil-sambil menjelaskan kebimbangan rakyat tentang pengkalan tentera komunis China, Idris Haron juga mungkin boleh memberi sedikit penerangan tentang lagenda Yusuf Soros dari negeri Melaka. 

Sahabat saya dari Masjid Tanah risau kerana menurut beliau Soros ini menyimpan banyak rahsia di-bawah tangga batu.  

Katanya Soros yang baru-baru ini dicekup SPRM juga adalah pembekal pasir kepada projek Melaka Gateway. Ada surat sokongan juga dari Ketua Menteri untuk syarikat Soros ? 

Keluhan rakyat serta implikasi cerita korek pasir, curi pasir dan tambak pantai ini bukan lagi rahsia




34 comments:

  1. Beri hak.milik kekal amendanyerr... klu ada pangkalan Cina pun sama mcm di filipina subic bay yg akhirnya diserah kembali oleh usa pada filipina... lu nak gebang ape tambeiii...!!
    Nnpk ketakutan ini ketakutan Spork yg terancam sebenarnya.... spork proksi USA yahudi zionis... maka barua barua mereka di bomi Malaysia sudah mula memainkan peranan menghasut rakyat Malaysia ... rakyat dah mula sedar permainan yahudi rothchild ini dan ketakutan paling dirasai Singapork dan barua barua di Malaysia. .....

    enough is enough. ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya tak faham makna Hak milik kekal...

      Delete
    2. Dhey bangkai, lu kalau tak faham artikel ni baik tak payah nak mencelah, sebab bila sibangkai macam lu mencelah yg keluar dari lu punya mulut tak ada isi tapi semuanya taik

      Delete

  2. Nitizi s/b Syarikat milik bersama Dato Mohd Yusof Abu Hassan @ Yusof Soros dan Dato Mohd Ali Mohamed. Kontraktor pasir dengan kabel kuat dari Ketua Menteri.

    ReplyDelete

  3. Pelabohan Kuantan dan Kawasan Perindustrian sekitar pelabohan juga telah jual kepada Republik Cina.
    Harap maklom.

    ReplyDelete
  4. Bukti dijual ade ke bodohhh... yg pasti ketakutan ini ketakutan Singapork..... maka terkinja kinja la barua barua Singapork/usa/yahudi dan proksi di Malaysia menghasut rakyat Malaysia


    Harap maklum ...Rakyat Malaysia dah matang berfikir dan matang dalam agenda yahudi zionis melalui proksi mereka Spork.... masa untuk ajar cukup cukup Singapork dan barua2 mereka di Malaysia ini....



    enough is enough. ...!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi..Malaysia tanah berdaulat n kita berkecuali dr pengaruh blok Amerika atau China..mana pernah kita bersikap berat kepada mana2 kuasa besar..balik mngaji dulu

      Delete
    2. harry potter oi!...dah biol ke? apa kes lak sampai perlu buat usaha luncai ni utk takutkan spork/us/yahudi? guna pengaruh china???. fictitious tahap gaban. kat tanah malaya ni dah kontang ke malaya yg reti nak bangunkan sendiri. sama je tahap akal ko dgn si jiban. takde maknanya kalau begini le dikatakan malaya 'matang berfikir'

      Delete
  5. Enough is enough pala otak ko laa...kalau tak tau concept forward base dlm military jgn nak nak tunjuk bingai melayu kampung. Rakyat msia mmg dah matang berfikir dan tau realiti yg berlaku skrg. UMNO adalah pengkhianat negara dan melayu yg terang2 jual negara indirectly...gara2 dipimpin lanun bugis yg skrg nie tgh gabra sebab kantoi byk perbuatan khianat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahlol tu hingus penuh kat bibir. Bodoh piang. Kelamaan jadi cempiang. Jangan terlalu diperbodohkan pemimpin yang tamak. Siap lah kalau umno rebah ko tunggu dan lihat kemana perginya harapan cempiang2 ni.Tak faham2 apa maksud freehold dan lease.

      Delete

  6. Najib berhutang dengan ceti haram menggadai aset aset strategik seperti pelabuhan, rangkaian keretapi, janakuasa elektik, kem tentera udara dan tanah pusaka lain. Ceti haram Ah long hanya menunggu masa sebelum merampas semua harta dan hartanah yang digadai. Najib tidak mampu membayar hutang berbilion ringgit dari puak komunis.

    Melayu yang bersorak hebat menyokong si pengkhianat agama, bangsa dan negara akan tahu akibatnya pabila komunis mula menunjukkan taring dan menindas anak cucu Melayu Melayu bodoh yang menyokong Najib dan Rosmah.

    Ya, Najib kini umpama pemimpin parti komunis yang tidak boleh ditegur walau oleh timbalan yang setia. Kita tunggu dan lihat akibatnya dalam masa terdekat.

    Umno Insider

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui, Ahjibgor & Macai kini merupai Central Politburo Komubis... tapi lebih celaka lagi Najib mahu masukkan Isle Hududhadi demi kuasa mutlaknya!

      Delete
  7. ketakutan spork konon. spork tu pun dah hantar tentera dia training kat cina. cuba check banyak mn dah spork tu dah buat usaha sama ngan cina.

    ReplyDelete

  8. BMF scandal ‘extended’ into Malaysian ex-PM Mahathir’s govt – CIA files

    (https://asiancorrespondent.com/2017/01/bmf-scandal-malaysian-mahathirs-govt-cia-files/)
    nk tutup bangkai busuk gajah berpuluh tahun lepas.. tp malangnya terburai semula.. kunun nk cuci DSN. Kamu tu yg penyangak besar.. mahazalim yg tk kenal erti takut pd Tuhan.

    Tunggulah.. tunggulah sehingga Tuhan Yang Esa Datangkan Keputusan-NYA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright we will wait with you! Let's see who's got Nothing2Hide!

      Delete
  9. -- "The CIA said although there had been NO direct connections found between Tun Dr Mahathir Mohamad and the banking scandal, his administration was tainted by the ‘hint of association’."

    - Hanya setakat 'hint'. Pi tengok makna hint dalam kamus.

    - skandal 1MDB Najib Razak Perdana Menteri yang bergelumang dengan rasuah, salahguna kuasa dan mencuri duit berbillion ringgit masuk akaun bank peribadi semuanya mempunyai bukti kukuh. Bukan setakat hint. Duit 42 juta yang masuk dari SRC International ke akaun peribadi Najib di Ambank mempunyai bukti transaksi serta dokumen nyata.
    Kalau berani cuba umumkan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Kenapa harus dirahsiakan?
    Merahsiakan Laporan Ketua Audit Negara adalah perlakuan yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
    Harus berani kalau benar, bukan menyalak untuk mengalih perhatian.


    ReplyDelete

  10. MALAYSIA DISCLOSES DETAILS OF BANK SCANDAL
    Reuters
    Published: January 8, 1985

    KUALA LUMPUR, Malaysia, Jan. 7— A report by a three- man investigative panel has bared details of the biggest financial scandal in Malaysia's history, calming fears by opposition parties of a Government cover-up.

    But lawyers say it could take months or even years for the police here and in Hong Kong to unravel the web of corruption and financial mismanagement enmeshing former employees of the state-owned Bank Bumiputra, this country's biggest bank.

    The report by the panel, led by Auditor General Tan Sri Ahmad Noordin, was released last week by the Finance Ministry. It gives Malaysians their first clear look at a two- year-old loan scandal that has embarrassed the administration of Prime Minister Mahathir Mohamad and has shaken the nation's leading Malay financial institution.

    The investigative committee, which was set up by the bank a year ago, has surprised its critics by the doggedness with which it has pursued the bank's many bad loans to Hong Kong property developers.

    The bank's Hong Kong subsidiary, Bumiputra Malaysia Finance Ltd., commonly known as B.M.F., paid $1 billion between 1979 and 1983 in bad loans to developers such as the now- defunct Carrian group and its former chief executive, George Tan.

    Carrian quickly made and quickly lost a fortune in Hong Kong's turbulent property market. Mr. Tan was charged in Hong Kong last May with conspiracy to defraud in connection with the collapse of his financial empire in 1983.

    In its report, the committee accuses six B.M.F. executives of corruption and calls on the authorities here and in Hong Kong to begin investigations with the aim of charging them in court.

    A spokesman for the Hong Kong Attorney General's office said, ''When we've got the report, we'll be in a position to consider what action is appropriate.''

    The committee asserts that the six executives and some of their relatives received payments directly or indirectly from Mr. Tan and companies in his Carrian group. The 33-page report (with a 350-page appendix) tells of personal loans and payments made by Mr. Tan to the people who were lending millions of dollars to Carrian.

    In a recommendation made last November, the committee has prompted Malaysian police to investigate a $40 million loan by B.M.F. to Carrian Nominee Ltd. and consultancy fees paid to B.M.F. employees without Bank Bumiputra's knowledge.

    The committee has found that B.M.F. continued to lend to Carrian after it announced in October 1982 that it could not pay its debts.

    The disclosure that loans were made in 1983 has embarrassed Bank Bumiputra's former executive chairman, Nawawi Mat Awin, and the man who appointed him in 1982, Prime Minister Mahathir. Mr. Nawawi resigned Dec. 31. The bank's new chief, Tan Sri Basir Ismail, has frozen all loans through foreign branches and has promised a shake-up of the senior staff.

    The Cabinet's decision to release the report was welcomed by the opposition and other political groups who feared that the Government might try to cover up the scandal.

    Lawyers said the police would have to go over the same ground as the investigatory committee, however, because its findings are not admissible in court as evidence.

    ''It could take months, even years, before police complete an investigation and those responsible are brought to court, if they ever are,'' one lawyer said.

    ''The Government now has no choice but to prosecute them and bring them to court,'' said Chandra Muzaffer, leader of the political group known as Aliran.

    ''The question is whether the blame stops at bank officials or whether there are political figures who were party to the bank's decisions,'' he said.

    http://www.nytimes.com/1985/01/08/business/malaysia-discloses-details-of-bank-scandal.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'The report by the panel, led by Auditor General Tan Sri Ahmad Noordin, was released last week by the Finance Ministry. It gives Malaysians their first clear look at a two- year-old loan scandal that has embarrassed the administration of Prime Minister Mahathir Mohamad and has shaken the nation's leading Malay financial institution..'

      - Kenapalah Mahathir ni jujur sangat pi release AG report tu to the public? ikut lah macam gomen sekarang yang OSA kan terus report tu.

      Delete
  11. Laporan akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited, (Hong Kong) : Kertas Perintah 16 Tahun 1986, Malaysia.

    http://www.worldcat.org/title/laporan-akhir-jawatankuasa-penyiasat-bumiputra-malaysia-finance-limited-hong-kong-kertas-perintah-16-tahun-1986-malaysia/oclc/14556438&referer=brief_results

    #beranikeranabenar

    ReplyDelete
  12. The Carrion Fraud Case http://www.icac.org.hk/new_icac/eng/cases/carrian/history_b.html#

    ReplyDelete
  13. Anon 3.45 PM diatas tu manusia paling bangang.Tak tahu dan tak rasa apa2 walau pun apa terjadi kepada Negara ,adalkan dia boleh mencelah dengan fahaman bengong dankurang ajar.Sedangkan sebagai seorang rakyat perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya membabitkan kedaulatan Negara yang sepatutnya dipertahankan bersama tidak kira apa fahaman politik sekali pun....

    Segala perkembangan terkini ini amat2 mendukacitakan.Saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih cintakan Negara marilah sana2 kita berusaha membenteraskan sekira ianya benar untuk menghancurkan Negara.Bukan untuk suka2 dan memperdendakan walau pun ianya satu kebenaran.

    ReplyDelete
  14. Aku dah kata lama dah yang si Deris ni manusia bangang yang tidak boleh dipercayai .Tengok pada air muka dah boleh teka dah sipemukanya??....

    ReplyDelete
  15. Status freehold macai jiban pun blur masih ada hati nak sembang hahaha bila sudah terlondeh datang plak isu bmf konon bijak boleh kenakan Tun M tapi bangang nak mampus buta sejarah kes telah dibicarakan dimahkamah hong kong 1986 fakta laporan kes pula didedahkan oleh kabinet & dlm parlimen mp bebas berhujah kes bmf jauh berbeza dgn 1mdb ibarat langit dgn bumi laporan 1mdb ketua audit negara di osa mp pula dilarang berhujah berkenaan skandal 1mdb undang2 ketahian apa kah ini

    ReplyDelete
  16. Pokoknya umngok harus dikapankan. Politik rasuah, cantas mencantas, kekayaan kepada kroni mmg dari dulu lagi. Umngok sebuah parti yg penuh dgn penyakit yg dah x boleh diselamatkan lagi. Umngok dah terlalu usang dan telah lari dari perjuangan sebenar.
    Ternyata semuanya benar dan tak dpt dinafikan....Kedaulatan negara, bangsa dan agama serta masa depan anak cucu jgn kita perjudikan....

    ReplyDelete
  17. Intai inta sykt anak Dun Asahan Melaka dt Ghafar Atan
    Nama sykt Nadarcakal,, tengok mcm mana sykt ini pada awalnya kepunyaa Pebadanan Kemajuan Negeri Melaka(pknm)
    Cara sykt ini di rampas olen Ghafar Atan jadi milik dia kemudian menyamun

    ReplyDelete

  18. saffron rice maksudkan Nada Cekal SDN BHD.

    https://m.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/china-berminat-melabur-di-melaka-1.91108

    China berminat melabur di Melaka
    SUFFIAN ABU BAKAR
    13 Mei 2015 12:41 AM

    MELAKA 12 Mei - Kerajaan negeri mengharap-kan agar lebih banyak syarikat pelaburan besar dari negara China akan datang ke negeri ini untuk membuat pelaburan bagi memperkasakan industri pembinaan di Melaka.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, hasil lawatan kerja ke wilayah Guangdong pada Mac lalu, kerajaan negeri menerima maklum balas positif daripada beberapa syarikat pelaburan di negara itu untuk datang melabur di negeri ini dalam pelbagai bidang.

    “Kerajaan negeri berbesar hati kerana banyak syarikat pelaburan dari China melahirkan minat untuk melabur di negeri ini, khususnya dalam industri pembinaan kerana mereka yakin dengan perkemba-ngan pembangunan infrastruktur yang semakin pesat di Melaka.


    “Hubungan antara Melaka dan China ini sebenarnya sudah terjalin sejak sekian lama dan atas dasar itu, syarikat pelaburan dari China bersetuju memilih negeri ini untuk bertapak dan kita sambut baik langkah yang diambil oleh syarikat berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir menyaksikan majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara sebuah syarikat tempatan, Nada Cekal Sdn. Bhd. (Nada Cekal) dengan FCB Construction Sdn. Bhd. (FCB Construction), sebuah syarikat multinasional dari China di sebuah hotel, di sini kelmarin.

    Pada majlis itu, Nada Cekal diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Norzarizan Abdul Ghafaar manakala FCB Construction diwakili oleh Pengarah merangkap Pengurus Projek, Fan QianSheng.

    Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

    FCB Construction merupakan sebuah syarikat yang telah melaksanakan projek mega antarabangsa termasuk di Angola, Cameroon, Oman, Ecuador, Kemboja dan Iran iaitu pembinaan jambatan tinggi, kuasa hidro, pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) dan landasan kereta api bawah tanah.

    Nada Cekal pula merupakan syarikat pembinaan milik penuh bumiputera yang bersekutu dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) serta mempunyai pengalaman yang luas, kakitangan yang mencukupi serta kedudukan kewangan yang kukuh.

    Menurut Idris, susulan perjanjian ini, kedua-dua syarikat bersetuju menjalinkan satu bentuk permulaan dalam usaha meran-cakkan industri pembinaan dengan pertukaran idea daripada sudut informasi dan tekologi terbaharu.

    “Selain itu, kedua-dua syarikat ini juga akan berusaha memantapkan lagi sumber kewangan masing-masing bagi merealisasikan keperluan permintaan,” katanya.


    hampeh agen lacur diri kpd komunis juge
    anak buat mou, bapak pengerusi jkuasa kerjaraya kemudahan awam negeri
    rompakan siang hari
    ketua menteri tepuk tangan syiok sendiri
    negeri di lacur demi kantung sendiri

    ReplyDelete
  19. Agaknye ramai tak orang kampung yang masih menunggu status hak milik kekal untuk tanah sekangkang kera mereka di negeri Melaka????

    ReplyDelete
  20. mudah2an sebagai persediaan untuk peperangan akhir zaman

    ReplyDelete

  21. Imbas kembali kenyataan PM Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2015.

    PM mahu 50,000 pelancong China yang hilang dicari

    Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar mengenai rancangan imigresen untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan dengan menggunakan dokumen palsu.
    https://www.malaysiakini.com/news/43338


    2005 = 50,000

    2017 = ?

    2005 didapati cuba jadi warga tempatan.

    2017 ?

    Siapa pengkhianat agama, bangsa dan negara???


    Allahuakbar!
    Allahuakbar!
    Allahuakbar!






    ReplyDelete
  22. Selagi tiada tangkapan di buat,selagi itulah senandung nyanyian mereka yg di dendangkan kpd rakyat. Masalah bila undang2 tak mampu diguna pakai lagi kpd golongan si penjual maruah ini.
    Perjuangan mereka bukan lagi sekadar membenarkan kesalahan sahih tetapi mempertahankan pemimpin korup agenda utama puak2 ini. Demi menyelamatkan diri sendiri.....
    Ayuh! Bangunlah pertahankan nusa dan bangsa...demi kelangsungan nasib cucu cicit si masa depan.

    ReplyDelete
  23. ramai pahlawan internet. bijakpandai keyboard. semua yg komen di sini kaum kecundang

    ReplyDelete
  24. blooger sendiri pun cetek bin dangkal. ilmu palsu bin dongeng. laknallah haramjadah

    ReplyDelete
  25. BMF vs 1MDB (Nothing to Hide Part 2)
    --------------------------------------------------

    It is obvious Najib’s mouthpieces are working overtime trying to dig up “dirt” on Dr Mahathir’s administration.

    First it was the BMF and after Dr Mahathir had explained and proved that it was handled transparently, investigations were conducted and a White Paper tabled and the perpetrators arrested, charged and jailed, Najib’s mouthpieces are moving on to another issue.

    Without doubt, there were things that did not go the way Dr Mahathir planned during his administration but none of these alleged misadventures saw money ending up into Dr Mahathir’s account.

    And all these so-called misdeeds were dealt with publicly and debated openly in Parliament. They were never designated Government secrets and put under the OSA.

    This, as Dr Mahathir pointed out, was unlike the manner Najib handled the 1MDB case, in which he is caught lying and stealing and his reaction was to put a stop to investigations, sack those who questioned him, arrest those who reported against him and placed the Auditor-General’s report on 1MDB under the OSA etc…etc…

    To put an end on this attempts to prove that Dr Mahathir had committed all these “sins” and as such Najib should not be criticised for his 1MDB scandal, it would be best that they have a public debate, similar to 2015’s “Nothing2Hide” face-off proposed by Najib’s supporters until Najib backed out in the last minute.

    The face off can be titled BMF versus 1MDB and both Dr Mahathir and Najib can put forth their arguments.

    The moderator should be a foreign personality of repute and to be held before live audience and aired live.

    This should put an end to this case of “two wrongs making one right”.

    And let the nation be the judge.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih site yang tentunya amat berguna untuk aku, ijin bookmark ya

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC