Dr Mahathir menolak Najib kerana anak Tun Abdul Razak itu terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB yang menggelapkan duit berbillion ringgit milik kerajaan Malaysia.
Tidak cukup dengan ratusan juta ringgit duit hutang (jaminan kerajaan) yang digelapkan, tanah milik kerajaan (termasuk Kem TUDM Sungai Besi) juga di gadai menjadi milik orang asing. Stesen penjana elektrik juga tidak terlepas dari kerakusan penyamun.
Rakyat harus ingat bahawa Dr Mahathir membuat teguran terbuka ketika kudis Najib belum bernanah lagi. Amaran Dr Mahathir bukan saja tidak dihiraukan malah beliau dimaki hamun dan dicaci cerca.
Kini kudis Najib bukan saja sudah bernanah malah telah mengeluarkan bau yang amat busuk. Oleh kerana Najib masih memegang jawatan perdana menteri maka kebusukannya terpalit pada negara kita Malaysia.
Makian dan cacian kuncu-kuncu Najib terhadap Dr Mahathir tidak berjaya menutup atau mengalih perhatian dari kudis yang sudah bernanah dan busuk seperti bangkai.
Malaysia kini masyur dan dikenali ramai kerana skandal 1MDB, rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan PERDANA MENTERI nya sendiri.
Siasatan jenayah berkaitan skandal Najib Razak ini sedang berjalan dibeberapa negara asing, terutamanya di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Di Singapura beberapa orang yang terlibat sama telah dituduh dan dijatuhi hukuman penjara dan denda. Keterangan ketika perbicaraan di Singapura telah menimbulkan bukti-bukti yang lebih kukuh akan penglibatan PERDANA MENTERI Malaysia dalam skandal 1MDB dan kecurian duit negara.
Tahap kebusukan semasa Najib mungkin boleh dijelaskan oleh menteri, pembantu menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia yang berada di Davos, Switzerland menghadiri Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pada ketika ini.
Seperti dijangka Najib Razak tidak menghadiri WEF 2017 di Switzerland pada tahun ini tetapi rakyat Malaysia yang hadir di Davos atas pelbagai kapasiti lain terpaksa menanggung malu akibat skandal 1MDB dan jenayah anak Tun Abdul Razak.
Menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dari Davos, "Where is your famous Prime Minister ?", 'Why Malaysians have not kicked him out yet?" dan "What is happening to your country?" adalah antara soalan yang dilontar apabila diberitahu bahawa beliau berasal dari Malaysia.
"Saya terpaksa mengelak beberapa temujanji dan makan malam dengan delegasi asing kerana malu. Menteri yang hadir pun cuba mengelak tetapi hampir kesemua orang yang kita temui di WEF termasuk media antarabangsa hanya berminat tentang skandal 1MDB dan penglibatan jenayah perdana menteri dan keluarga beliau," katanya.
Mungkin seluruh dunia sudah tahu kenapa dan mengapa Najib tidak berani menjejak kaki di bumi Switzerland. Yang buat-buat tak tahu hanya anggota kabinet kerajaan Malaysia, para penyokong mereka dan segelintir pihak berkuasa berkaitan yang jelas bersekongkol dengan penjenayah.
Najib takut peguam negara Switzerland akan mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau? Kalau tak bersalah kenapa bersembunyi?
Puak penegak kebatilan akan terus mempertahankan penjenayah dan pengkhianat selagi mana mereka dapat memperolehi hasil untuk diri dan keluarga masing-masing.
Kita jangan terkejut jika puak penegak kebatilan ini sanggup berdebat mengatakan bahawa duit hasil judi, duit yang dicuri dan duit lain yang diperolehi dengan cara haram boleh digunakan untuk menunaikan Haji atau Umrah.
Jangan terkejut kerana puak ini telah melampaui segala batas dan adab kehidupan. Kalau diberi wang ringgit yang cukup, ibu dan bapa mereka pun akan dijual tanpa segan silu.
Rakyat Malaysia yang waras dan mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk pastinya tidak boleh diperbodohkan oleh puak penegak kebatilan ini.
Yang waras harus berusaha untuk menyelamatkan Malaysia.
Ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa hari yang lalu, Dr Mahathir telah menggariskan ancaman yang dihadapi serta tindakan yang perlu untuk mengembalikan tanahair kita ke landasan yang betul.
Dr Mahathir berikrar bahawa kerajaan baru yang ditubuh selepas puak penegak kebatilan ditumpaskan akan mencari setiap sen dari duit 1MDB yang dirompak.
GST yang menjadi beban utama rakyat Malaysia juga akan dihapuskan.
Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik harus menghayati amanat negarawan ini. Ingat! Dr Mahathir lahir pada tahun 1925, iaitu 32 tahun sebelum kita mencapai kemerdekaan. - https://youtu.be/jAgO0P63r3c
p/s Baca juga Rasuah Dan Ibadat Haji
9 comments:
Should Mahathir is a royalty, I'm more than willing to summon all of my energy and being to defend his castle.
Sebulan berapa byk kau bayar gst?..nak tau jugak...
Gst dikenakan tak kira org kaya atau miskin, dewasa atau kanak kanak, subsidi bahan api, tepung gula minyak masak ditarik, harga ringgit jatuh, duit ringgit sudah tak diterima oleh peniaga di sempadan Malaysia Thailand
Sudah tak tahu nak kata apa lagi.Apa yang pasti Najib harus pergi demi kepentingan masa depan negara.Lagi lama dia ada semakin banyak kerosakan yang dilakukan.
Bagi mereka yang tahu dan sedar akan keadaan sebenar ini sudah tepu dan tidak peduli lagi akan tohmahan,segala indah khabar dari rupa serta kata kata manis daripada pentadbiran Najib.Mereka yang masih leka dan tidak peka harus sentiasa diberitahu dan disedarkan terutamanya penduduk luar bandar.
Segala kata-kata cacian serta fitnah terhadap Tun dan lain lain yang tidak menyokong Najib mungkin boleh kami maafkan (tak banyak sedikitpun tak mengapa,bergantung kepada individu),tetapi kesalahan serta kerosakan terhadap parti Umno yang dulu banyak jasanya serta negara,memang tidak dapat dimaafkan.
Undur Najib dan bawa sekali semua barisan 'kabinet dapur'yang sudah musnah teruk diserang anai anai (dedak,tamak serta lupa diri),hanya menunggu masa untuk roboh dan diganti dengan yang baru .InsyaAllah.
Teruskan perjuangan menerusi penulisan,Saudara Apanama.Apa yang pasti mereka yang makan cili terasa bahang pedasnya sedang melalui pembalasan akibat perbuatan serta penganiyaan terhadap orang lain.Saya doakan semoga Tun serta yang lain bersama diladasan menyelamatkan masa depan negara sentiasa dibawah lindungan Allah,amin.
Hakikat Najib antara bangkai dan jin ifrit. Malangnya rakyat jelata Malaysia di herek ke dalam gaung kehinaan oleh kekhianatan bangsatwan ini seumpama seekor gajah raksaksa yang beramok.
9.39
dah muncul penjilat MO1..org nak hapus GST pun tak nak sokong..
Izinkan saya copy artikel ini.
Menarik untuk refresh otak penerima brim.. takut buta lepas dapat duit..
RM 5,000
SRC and 1MDB has also financed the Haj trips to Mecca of thousands of Malaysia Muslims under misguided and Islamically Haram, Corporate Social Responsibility (CSR) programs. Misguided, because SRC and 1MDB are fully government -owned companies meant to benefit the population as a whole, and Haram, because they used tainted money stolen by Najib and chanelled via SRC!
Other than the RM2.08 billion, more than a billion ringgit had also flowed in and out of Najib’s personal bank a/c in Malaysia between 2011 to 2013. As much as RM2 million was discovered in Rosmah’s bank account about which MACC has done nothing.
Much of this was also from SRC, another 100% owned MoF company. In 2011, 1MDB had borrowed RM4 billion from the government’s pension fund KWAP. Till today, Najib, MoF Chief Secretary Irwan Serigar Abdullah and Chief Secretary to the Government Ali Hamsa have lied about what the RM4 billion was used for. Expert analysts can only account for RM400 million (10%) of it.
It is obvious that Crime Minister Najib and his partner in crime Jho Low misappropriated the balance of RM3.6 billion and fooled (naive/stupid) auditors into thinking the money had been “invested” in funds represented by “UNITS” issued by an unknown offshore fund manager. When the heat became unbearable, Najib had the entire RM4 billion “investment” now worth zero, illegally transferred to SRC, a dark hole from which no information emerges because of Official Secrets Act (OSA) classification.
Below is a table of the staggering sums of money stolen by Najib and Rosmah and spent in the heist of the century:
http://donplaypuks.blogspot.my/
Post a Comment