Wednesday, 7 December 2016

Tersipu ?



Kandungan surat diatas adalah sedia maklum.

Mungkin hanya Tuan Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang tahu cerita disebalik tindakan ini. Mungkin beliau hanya menurunkan tandatangan setelah menerima arahan. Arahan dari siapa?

Rakyat pasti faham Tuan Syed Danial hanya menjalankan tugas tetapi bila dan dimana Majlis Raja-Raja membuat keputusan. Kenapa? 

Siapa sebenarnya yang membuat keputusan ini?

Pastinya rakyat ingin tahu mengapa Majlis Raja-Raja membatalkan jemputan kepada seorang negarawan dan isteri beliau setelah surat jemputan rasmi dihantar. 
Apakah ini sesuatu yang dirancang untuk menghina Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kerana kelantangan Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan Malaysia?

Pastinya rakyat yang waras ingin tahu kenapa seorang negarawan yang berjasa kepada negara dalam pelbagai kedudukan, termasuk kedudukan tertinggi kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, dihina sebegini rupa? 

Istiadat di Istana Negara ini pastinya bukan majlis Umno.

Jika ianya majlis dimana Datin Seri Rosmah Mansor mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru menggantikan suaminya, rakyat mungkin faham kenapa jemputan dan pembatalan ini berlaku tetapi ini Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. 

Penghinaan ini tidak mungkin datang dari mana-mana istana, termasuk Istana Negara. 

Tidak mungkin Raja Raja Melayu yang disembah dan didokong rakyat jelata sebagai payung negara terjebak dalam muslihat kotor seorang pencuri yang terdesak. Tidak mungkin.

Ekoran penyebaran surat pembatalan jemputan diatas timbul pelbagai persoalan dan pemikiran dihati dan minda rakyat. 

Rata-rata perbincangan di media sosial seperti Twitter dan Facebook serta kumpulan Whatsapp dan Telegram tidak percaya cubaan menghina Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah datangnya dari Dulu Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. 

Kami mengesyaki ini adalah angkara seorang pencuri yang telah merampas hampir segala kuasa yang ada dalam negara pada ketika ini. 

Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu mungkin tahu siapa pencuri ini dan jenayah yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara bertuah ini. 

Rakyat gusar akan kehilangan tempat berlindung bilamana yang terdesak cuba mengarah dan menguasai Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu . 

Ampun Tuanku. 

Rakyat tahu bahawa Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu tidak mungkin boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa, tetapi rakyat sudah mula gusar.

Ampun Tuanku. 

Apa-apa percubaan untuk 'menggunakan' Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu untuk menyelamatkan diri dari tindakan undang-undang dan menekan suara rakyat mesti dihentikan sebelum ianya melarat. 

Rakyat risau muslihat dan angkara anasir dari luar Istana ini akan mencalar kedudukan dan imej Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu.

Ampun Tuanku. 

Seharusnya pencuri yang harus tersipu dan dinasihatkan agar mengelak kesipuan, bukannya Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. 

Ampun Tuanku.  


p/s 

Coretan ini tidak bermasuk untuk menghasut atau menghina Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja, Tuan Syed Danial atau Institusi Raja Raja Melayu. Sebaliknya ia bermaksud untuk menyampaikan maklumat dan feedback kepada Majlis Raja Raja supaya Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu tidak menjadi mangsa seorang pencuri yang berkuasa.








44 comments:

Nenekghuffran said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zack said...

Adakah ia adalah perancangan si penyamun supaya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong murka dengan ketidakhadiran Tun Mahathir & Isteri sedangkan ada "surat sulit" menidakkan keperluan untuk Tun Matahthir hadir?

Anonymous said...

If Agong and The Conference of Rulers care not to deliberate on the validity of Citizens' Declaration (such significant numbers of Malaysian put down their signatures), then how serious do you think these so called RULERS would act on their own 2 statements....

1- To EXPEDITE & INVESTIGATE & DIVULGE the seriousness of the 1MDB saga,

2- To REEVALUATE &/Or RESTRUCTURE MKN.

Not exactly to what they stated but that is what is being perceived the Rulers' Conference are indeed serious in these issues.

Tak tahu dah fungsi Raja Raja Melayu nih.....(selain memelihara Islam), tapi tidak kah Islam itu merangkum segala kebaikan dan menghindar kemungkaran???

On the cancellation of the invitation, I believe Tun M would not in anyway felt marginalised whatsoever since the attacks on him now has been relentless and so degrading that the Pirates' side simply showed their loose and lacked of ideas in countering Tun M's move...then again its also because there's TRUTH in most of the allegations of 2.6 Billion and definitely TRUE 42 Million being siphoned from SRC International.

Hence, they are playing the race card too! Kepala kepala di agensi kerajaan rata rata melayu,

ATM
PDRM
BNM
SPRM
AGC
AG
KSUs

etc etc

But the BIG QUESTION REMAINS for now.....masih kah ada INTEGRITY & HONESTY! Is this how an Islamic Governance should be???

MLN

Anonymous said...

Zack sangat Bodoh.

Anonymous said...

Pencuri itu adalah Najib Anak Razak yg berasa ralat utk bersama Tun M dalam satu majlis.

Memang manusia mcm NajibRazak tidak akan pernah puas selagi musuh politiknya boleh bebas.

Malang, perangainya terserlah apabila sudah ada kuasa. Pandai dia simpan kuku selama jadi pengikut.

amatMok said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Orang Kedah tidak kah anda semua terasa satu penghinaan kpd ank2 Kedah? Inikah caranya Islam mengajar umatnya menghormati seseorang yg telah banyak berjasa pd negara... DULi TENGKU payung kepada semua rakyat bukan hanya untuk penyokong kerajaan sahaja...

Anonymous said...

patut jemput Tun...setidak2nya menunjukkan Najib dan kerjaan BN masih menghormatinya...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Maaf Tun M tak giler glamer macam ada setengah orang tu. Muka, badan sepenuh kaca tv tapi masih perlu dilihat dalam kadar masa setiap hari. Manakala Tun M & Tun Siti Hasmah had been that, done all that for 22 years and more. Keep your precious chair.

Anak Bukit Jelutong said...

Assalamulaikum.

Dari sebuah kampung kecil, saya "dipaksa" bersuara, oleh hati.

Ampun dan maaf kalau tersalah bicara.

Hari itu dengan tegas dipersetujui bahawa kita akan mengutamakan dasar "diplomasi" dan menjauhi "konfrantasi"

Hari ini hati kecil ini tersentuh amat apabila dasar "konfrantasi" dipilih sekaligus membakulsampahkan "diplomasi"

Mengapa hati manusia sering berubah ?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dt rahman pekan said...

saya berharap n berdoa agar bakal dymm agong berjiwa besar n berjiwa rakyat.

d harap sangat baginda akan 'overrule' keputusan penarikan balik ini n menempatkan tun m d sudut yg mencermin nya selaku PM selama 22 tahun.

DAULAT TUANKU.

Apanama said...

Mohon kerjasama agar kita lebih berhati hati bila membuat ulasan/komen diposting ini kerana sebab-sebab yang kita ketahui bersama. Kepincangan ini tidak boleh dibiarkan namun kita harus waspada agar pencuri tidak mengambil kesempatan dari ruang yang kita buka.Terima Kasih

Apanama said...

PEMBATALAN

8 Dec 2016 | Uncategorized

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.


Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.

Terima Kasih.

http://chedet.cc/?p=2365

suhaimi said...

Saya teramat-amat kecewa, bukan kerana melibatkan sosok manusia bernama Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau, bahkan mana-mana negarawan jua. Bukan begini budaya Melayu yang sepatutnya. Ini budaya lanun!
Apakah tindakan susulan Raja-raja Melayu setelah ceritera ini terbongkar? Jika Tuanku bertindak, Tuanku bukanlah mencampuri hal politik, bahkan tiada kena-mengena dengan politik pun.
Sekian lama patik (dan sebilangan besar rakyat) yang dipayungi Tuanku Raja-raja Melayu bersabar dan berharap akan kebijaksanaan serta ketegasan Tuanku, namun harapan besar patik tidak kesampaian, malah semakin lenyap ditelan keresahan.
Alahai Raja-raja Melayu!

Anonymous said...

Takkan (Keperwiraan) Melayu hilang di atas dunia? ... walaupun daulat dicerobohi orang besar yang hina dan zalim ... Daulat Tuanku, hanya jauhar yang mengenal manikam.

Unknown said...

TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA
KHAS BUAT TUN .M dan isteri
Semoga berada di bawah payungan ALLAH dgn seribu Rahmat yg mencurah2..Amiii n (payung dunia tiada nilainyapun semua manusia adalah sama taraf dan setaraf.akan dikumpul kesemuanya dlm keadaan telanjang tanpa seurat benangpun di tengah terik matahari.Tun.M jgn amik hati sangat sbb perkara tersebut akan menjadi sejarah kebodohan org2 Melayu utu sendiri.

Anonymous said...

Everything to hide mah...

Anonymous said...

Tuan...maaf cakap..
Ada raja2 yg baca ke..?
Ataupun pembaca utk raja2 sampaikan pada raja2..
Mcm rasa raja2 buat dak je....��

Anonymous said...

Sedih rasanya...tak kan raja2 tak perasaan Tun tidak ada d majlis tu..

Setiap lepas sholat jumaat, rakyat menadah tangan ke hadrat Ilahi memohon kesejahteraan raja2 dan keluarga mereka...
Sedih...semacam keluhan rakyat tidak d endahkan....sedih...

Tak tahu lah...nak angkat tangan lagi mendoakan kesejahteraan untuk mereka atau tidak....sedih...terguris..terasa teraniaya pun ada...sedih..

Anonymous said...

Doakan semoga Tun ,Tun Siti yang dikasihi sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Anonymous said...

Majlis Raja2 mempunyai hak untuk menjemput atau membatalkan undangannya. Perlu dingatkan bahawa dahulu kita adalah dibawah pemerintahan kesultanan Melayu dan menteri2 adalah dibawah lantikan Raja2 Melayu ketika itu. Hanya selepas penjajahan British maka perlantikan Raja2 Melayu sebagai Raja Perlembagaan dan diwujudkan parti2 untuk memilih kabinet kerajaan. Nasib baiklah Raja2 Melayu mempunyai kuasa untuk memilih menteri2 selepas kemenangan mana2 parti. Justeru, untuk jemputan menghadiri upacara tersebut juga adalah dibawah penyeliaan Majlis Raja2 dan dan bukannya kabinet menteri.

Anonymous said...

Bukankah pihak majlis Raja-Raja bersifat NUTRAL dan tidak berpihak kepada mana-mana parti atau individu?

Bukankah Tuanku Raja-Raja adalah untuk rakyat dan tanahair, dan bukannya untuk mana-mana parti politik atau individu.

Nampaknya mulai sekarang kita hamba rakyat semua mesti berwaspada dan bimbang kalau-kalau wujudnya campurtangan pihak ke3 ni. Jika benar maka nampaknya pengaruh pihak ini lebih besar dari apa yang kita sangkakan kerana ia melangkaui batas kedaulatan. Ini cukup membimbangkan.

DAULAT TUANKU dari KAMI HAMBA RAKYAT.

Anonymous said...

Btl3x

Anonymous said...

Tak pernah terjadi dlm sejarah bekas PM tidak dijemput...maka makin benci lah rakyat kpd seseorang itu...dh meluap-luap perasaan bencinya...semoga Allah swt memberi pembalasan yg setimpal pd yg menganiaya rakyat. Aamiin

Anonymous said...

nampaknya raja-raja melayu sangat menyampah dengan kerenah tun m.

Anonymous said...

Kata Hang Jebat....Raja adil Raja disembah,Raja zalim Raja disanggah

Anonymous said...

untuk makluman, Istana Negara di uruskan oleh Jabatan Perdana Menteri

Anonymous said...

1. Jika majlis raja2 tak betulkan keadaan, persepsi buruk akan berlaku.

2. Mengapa surat ini dihantar dan tujuannya kerana mereka tahu surat ini akan viral? Takkan tak kenal Tun?

3. Siapa yang terkena dan malu sekarang? Sudah tentu bukan Tun.

Nenekghuffran said...

Bila pulak menteri2 dilantik oleh Raja2 Melayu? Awak mengigau ke?.. Semua menteri dilantik oleh Perdana Menteri ada faham...

Anonymous said...

Diorang tak nak kasi Tun kerusi pun tak pa. Satu kerusi je pun.

Berjuta rakyat takkan kasi kerusi untuk BN pada pru akan datang.

Anonymous said...

Mohon tuan blog add blog Tamingsari dlm senarai blog ini.

http://blogtamingsari.blogspot.my/?m=0

Ramai Melayu terkilan Tun M bersama DAP?
http://blogtamingsari.blogspot.my/2016/12/ramai-melayu-terkilan-tun-m-bersama-dap.html?m=1

Othman Ahmad said...

Najib & kuncu2nya memang pengecut tak berani bersemuka dgn Tun Mahathir. Itulah sebab hakiki sebenarnya puak mereka menghasut supaya mereka dapat mengelak atau melarikan diri dari Tun Mahathir. Jelas sekali Najib dan puak2nya hanya berani cakap besar di belakang atau ketiadaan Tun Mahathir.

Selain itu, Najib & puak2nya jealous & khuatir mereka tak dapat perhatian di majlis itu nanti kerana VVIP & Wartawan2 pasti lebih berminat & mengerumuni Tun Mahathir yang lebih menonjol & dihormati ketokohannya.

Othman Ahmad said...

Alasan tarik balik jemputan sebab tak ada kerusi adalah sama taraf dungunya dgn alasan si AG Pandir Ali konon Najib tak bersalah kerana dia tak tahu menahu macam mana duit SRC terkelepet dalam akaun banknya...juga duit 1mdb berbilyon-bilyon tersesat ke akaun banknya konon duit derma dari Arab dogol tanpa resit.

Semua alasan yg tertera di atas itu adalah layak bagai alas-alasan kaki atau alas sepatu menampakkan betapa rendahnya martabat mereka ikut telunjuk & diperbodohkan oleh sang penyamun.

Anonymous said...

Pembatalan yang mengundang pelbagai andaian rakyat. Spekulasi (buruk) yang melibatkan pelbagai pihak..majlis raja-raja, ydpa, penjaga mohor, pmo, raja bugis, semah, pmo aide....kecuali tun. Usah salahkan rakyat jika mereka berandaian demikian. Salahkan diri sendiri.

Dah fikir masak-masak sebelum hantar surat batal (masyallah, atas alibi tiada kerusi?) selepas hantar surat jemputan? Agaknya kerajaan-kerajaan republik pisang di afrika pun tak tergamak buat begitu. Busuk-busuk pun mereka tahu sifat gentleman "jangan luah keluar setelah menelan". You're only a gentleman if u bite the bullet, regardless of the consequences.

Saya tahu apa akan berlaku jika tun hadhir. Tun akan memasang renungan tajamnya ke arah beberapa individu, dan individu-individu itu akan menoleh matanya (tersipu-sipu?) ke arah lain. X terdaya menandingi "renungan dari rohani hati" tun.

Teruk sebab sebenarnya kita x sedar pun kita dah x bertamaddun.

Anonymous said...

Rasanya peristiwa yg terjadi ni juga satu balasan... Rakyat bertambah Benci...meluat... Mana jiwa besar yg dikatakannya?...hampeh

Anonymous said...

Bagi saya ini adalah kena mengena juga dengan bakal agung yang menyokong Najib.Klate selalunya anti Mahathir.Orang mana yang sembur lada ke muka Tun?

Othman Ahmad said...

Meminjam kata2 seorang teman seperjuangan di blog Kluangman pd 9/12:

Saya orang kelantan walaupun menetap di shah alam. Kami dari kelantan kenal tuanku sultan. Sultan who hates corrupt leaders is tuanku sultan kelantan.
This hoohaa TDM dibatalkan jemputan bukan atas arahan tuanku. Arahan dari PMO. Adik saya bekerja di Putrajaya. Dia tahu siapa yang hasut supaya TDM "ditidakhadirkan".....najib dihasut oleh 3 "orang penghasut". Lambat laun orang tahu siapa. Penyimpan mohor raja kena ikut perintah najib.

Ingat tuu, Kejora @ 11:21 am...!!!

Othman Ahmad said...

Apakah sejarah buruk akan berulang? Dalam catitan sejarah, Kerajaan Melayu Melaka jatuh tumbang & dijajah oleh bangsa Feringgi apabila pemimpin berwibawa bernama Tun Mutahir dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud dek hasutan, pengkhianatan & tamak haloba oleh pembesar2 istana, terutama Raja Mendaliar, Pateh Karma Wijaya & si Kitol.

Melayu mudah lupa.....!!!!

John Doe said...

Apabila YDPA dan MRR tidak mengambil apa-apa tindakan tegas ke atas MO1 di atas tuduhan mencuri wang rakyat, alasan yang diberikan ialah baginda2 semua tidak mencampuri urusan politik (padahal ia adalah isu jenayah). Jawapan yang agak disangsikan tetapi di atas prinsip memberikan faedah kepada keraguan maka jawapan ini ditelan sahaja oleh rakyat kebanyakan.

Di atas alasan yang sama istana sepatutnya menjemnput Tun M di dalam majlis tersebut. Tun M adalah di antara beberapa individu yang memiliki anugerah bergelar Tun selain individu yang sangat besar jasanya kepada negara. Anehnya ini tidak berlaku.

Duta Myanmar pula khabarnya dijemput. Kalau ini berlaku maka ia dua kali anehlah.

Apabila timbul cerita pembatalan jemputan ini, maka alasan tiada campurtangan politik tidak lagi boleh dipertahankan. Ia bertentangan dengan pelakuan di dalam situasi pertama.

Kedua-dua situasi ini menunjukkan campurtangan politik di dalam urusan raja-raja hatta urusan pertabalan YDPA baru.

Kelihatan MO1 telah hijack segala pengkhususan yang ada pada YDPA dan Raja2 hatta majlis pertabalan YDPA juga kelihatan penentuan tetamu ditentukan oleh MO1.Hampir kesemua keistimewaan raja2 kini telah dihijack oleh Mappadulung Najib.

Apa pun tidak mengapa kerana saya yakin ada hikmah yang jauh lebih besar sedang menunggu di hari muka.

Allah yang memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah juga yang merampas kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakiNya.

Anonymous said...

Suka komen yg mengatakan setiap solat jumaat doa didalam khutbah Jumaat tidak pernah lupa mendoakan raja2 kita. Kalau inilah balasan nya.. Allah maha adil pada hamba2nya. Raja adil raja disembah..raja zalim raja disanggah. Adakah ada raja2 yg terpalit dgn perniagaan 1MDB?

Anonymous said...

"Dahulu saya cipta slogan, “Bersih Cekap Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang berdisiplin, dan andai kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain."
-Tun Dr. Mahathir

Anonymous said...


THE LIES OF THE BUGIS CROOK.....watch and enjoy.

https://www.youtube.com/watch?v=qOsvQgLn-Yw