Thursday, 24 November 2016

Malang di Parlimen Malaysia

Malang di Parlimen Malaysia hari ini bukan yang pertama. Pada tahun 2009 mendiang YB Karpal Singh pernah mengalami ancaman hampir serupa. 
Jenayah yang dilakukan sekumpulan lelaki dan wanita di perkarangan Parlimen Malaysia hari ini adalah perbuatan yang amat jijik. 

Bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku di perkarangan Parlimen Malaysia, buat kali kedua? 

Alasan akan kunjung tiba tetapi malang di parlimen hari ini hanya menokok kepada sentimen dan persaan kurang percaya. 

Trust deficit yang dialami semakin parah dan yang lebih parah dan malang adalah kemerosotan institusi-institusi penting yang dahulunya disanjung dan disegani rakyat. Mereka ini sedang diheret sama kejurang. 

Hari ini malang tiba di parlimen. Ini sebenarnya keadaan parlimen kita dimana haq ditekan dan batil bermaharajalela tanpa batas dan sempadan?  

Umum sedar akan kebebasan atau ruang bersuara wakil-wakil yang dipilih rakyat di Parlimen, khususnya Dewan Rakyat. 

Rakyat boleh menilai sendiri perjalanan sebenar Dewan Rakyat sejak kebelakangan ini. 

Prestasi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga tidak perlu di-huraikan lagi. Pandikar Amin agak terkenal dengan telatahnya. Rakyat boleh nilai. 

Dalam sistem yang berfungsi secara normal kita boleh mengadu kepada Perdana Menteri akan ancaman keruntuhan integriti dan kemuliaan parlimen. 

Mungkin Datuk Seri Najib Razak tidak lagi berada dalam keadaan dimana beliau boleh menguruskan hal-hal berkaitan integriti, kebolehpercayaan atau kemuliaan. 

Pasti rakyat faham akan dilema Najib Razak. Tidak perlu propaganda atau spin untuk memperdaya sesiapa. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan dedak. 

Mungkin sudah tiba waktu untuk Najib mencari seorang dikalangan anggota kabinet atau ahli parlimen yang boleh berdiri mempertahankan integriti dan kemuliaan Parlimen Malaysia. 

Seorang yang boleh rakyat percaya. Cuba cari.




















13 comments:

  1. An MP being assaulted on parliament compound, not in public place but within parliament perimeter. Pentadbir parlimen buat apa dalam pejabat? Tidur ke?
    If the case ends up in court, he has a very serious question to answer before the judge. He owes the public an explanation.
    How come thugs could get in and get so close to an MP? Almost landed a punch on him and secondly if an MP is about to get harm in whatever way possible, how come the parliament admin allow such a group let alone a violent one get inside parliament? Hiding in papa' s car?
    Just because someone is well connected, they could just get in and out of parliament buildings like his own house..

    ReplyDelete
  2. Kita tengok...sapa yang kena....tp percayalah...no further action...tk percaya tanya khalid mantin dan pandipundi

    ReplyDelete
  3. Ikan membusuk dari kepala.

    UMNO dah dihinggapi budaya samseng yang kronik. Hormat pada undang-undang sudah tiada hatta di dalam kawasan parlimen sekalipun puak-puak samseng ini dah semakin berani.

    Nak nyahkan samseng-samseng ini? Nyahkan UMNO-BN dari persada kuasa. Tiada cara lain lagi.


    ReplyDelete
  4. Sepatutnya pertembungan buku dan ruas antara dua politikus bukanlah isu besar yang perlukan campurtangan lain-lain politikus/orang ketiga, dll. Lazimnya isu picisan bisa jadi besar-besaran apabila ada campurtangan pihak ketiga, empat, lima dan seterusnya.

    Seperkara lagi ialah, keseliparan tidak boleh dilawan dengan keseliparan sebagaimana keganasaan tidak boleh dilawan dengan keganasaan. Melawan API dengan API adalah satu kesilapan yang bakal mennyalakan API lebih besar. Satu yang huduh.

    Dalam konteks global meskipun 'presiden AS dalam transisi' jauh lebih tinggi darjahnya, namun anta mulai sedar waima "water boating" bukanlah jawapan kepada berbagai jenis fobia yang timbul hasil dari kesilapan dalam percaturan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  5. Bro ,

    Khalid Samad ni cry baby la ...
    Baghu kono sorgah .. bolom kono tempeleng lai dah molalak .
    Sey guno istilah Tun M tu yo .

    Budak2 yang sorgah Khalid Samad tu hanyo nunjuk ' freedom of expression ' je sobab dio yang mulokan dulu dongan ngato sial pado oghang .
    Teori omputih ' for every action there is an equal and opposite reaction ' ..
    So .. jangan nanggis or sodih .
    Be a man and face it .. macam Maria Chin lah .

    Maria Chin mulokan freedom of expression rali .. disambut olih bro Jamal .
    Alhamdulillah dongan kehadiran bro Jamal , keganasan saperti terbalikkan kreto , nondang polis dan merosakkan harto bondo tak berlaku .
    Gang bersih berkelakuan baik dongan kehadiran tim bro jamal .

    So .. Khalid Samad ni cry baby sobab takdo kemaluan ko ?

    Waghih

    ReplyDelete

  6. Inside Story - How will Malaysia deal with rising public anger?

    https://www.youtube.com/watch?v=KWiTsO1qFDY

    ReplyDelete
  7. Disgusting act.... Org masuk ke Parlimen sbb nk serang MP. Disgusting betul.

    ReplyDelete

  8. Waghih or whatever that you call yourself. Get back on track and stop trying to imitate Salleh Said Keruak. Salleh Keruak is in his own class, you don't stray that far.

    Tq

    ReplyDelete
  9. Agree with you bro.
    Waghih, you have no class at all.
    Membongak kerja ae

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya salah pertama dibuat oleh Speaker yg mengendalikan sidang. Mengapa dia tidak larang Timbalan Menteri mencarut dan menggunakan bahasa tak bersopan di Parlimen. Sepatutnya dia dari m ula sudah tegur Timbalan Menteri itu. 'Kalau nak mencarut buat di rumah depan isteri. Jangan buat di Parlimen yang mulia. Speaker ini tak berani tegur. Yang dia cakap itu tak relevan sama sekasli. Dia diminta jawab soalan. Dia pergbi mencarut. Akibatnya Dewan kalang kabut dan seterusnya berlakulah tuduh menuduh dan pergaduhan di luar Dewan. Kita perlukan Speaker yang cekap bukan yang lekeh.

    Abu Bakar

    ReplyDelete

  11. Must watch.

    Please can someone help to subtitle this in BM?

    Clare Rewcastle Brown 1MDB Scandal

    https://www.youtube.com/watch?v=f524UFheysY



    ReplyDelete
  12. HE WAS LIKE A COCK WHO THOUGHT THE SUN HAD RISEN TO HEAR HIM CROW!

    A Cock Has Great Influence Over His Own Dunghill . . .

    ReplyDelete
  13. Lebih malang lagi kita rakyat Malaysia berpmkan Najib.

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC