Penyatuan rakyat Malaysia demi keselamatan dan masa depan negara sedang kita saksikan sekarang.
Rakyat Malaysia tanpa mengira rupa bentuk atau kedudukan sosial sedang bergerak bersatu. Wadahnya mungkin tidak sama tetapi penyatuan ini nyata.
Yang menggabung bukan kebencian tetapi satu keberanian untuk tampil mempertahankan negara dari ancaman.
Apa yang mengancam dan mengganggu gugat keselamatan, kedaulatan dan status Malaysia dimata dunia hari ini tidak perlu dihuraikan. Sudah terang lagi bersuluh.
Dalam arena politik penyatuan yang dahulunya tidak pernah terlintas sedang mengambil rupa. Tidak berbeza sangat dari penyatuan yang melahirkan gabungan politik era 1960/70an dalam bentuk Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.
Pada ketika itu negara menghadapi ancaman pengganas komunis dan kegilaan perkauman yang menebal. Apa bezanya dengan ancaman dan keadaan kita pada waktu ini?
Kini seteru politik bukan saja boleh duduk semeja berbincang hal ehwal negara malah mereka mampu bersama berhadapan dengan rakyat. Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah parti politik dan duduk bersama pemimpin-pemimpin yang dahulunya musuh politik beliau.
Mengapa Lim Kit Siang dan Mat Sabu yang pernah ditahan ISA ketika pentadbiran Dr Mahathir sanggup duduk bersama bekas presiden Umno yang ke-4 itu?
Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim pun sudah bersama. Bila diancam kita bersatu.
Hanya segelintir pemimpin Pas yang masih sengaja menidakkan kebenaran kerana kepentingan peribadi. Sebenarnya kedudukan Pas diakar umbi, dikampung dan desa, agak terancam kerana pimpinan parti itu tidak lagi sehaluan dengan kepentingan rakyat.
Penyatuan rakyat adalah lebih utama dari kepentingan peribadi atau kelangsungan mana-mana kumpulan tertentu. Penyatuan rakyat tanpa mengira fahaman agama atau politik demi untuk menyelamatkan negara adalah penting dan penyatuan ini sedang berlaku.
Kegusaran dalam BN, khususnya dalam parti Najib Razak, amat nyata. Propaganda 8 malam saban hari sudah basi. Suratkhabar yang diperlakukan seperti hamba abdi sudah hampir gulung tikar. Pekerja diberhenti, operasi dikuncup dan kilang ditutup.
Kredibiliti atau tahap boleh percaya terhadap hampir kesemua parti komponen BN adalah pada tahap yang diketahui umum.
Anggota BN dari Sabah dan Sarawak pun menghadapi masalah berhadapan dengan rakyat kerana ada 'kerbau yang membawa lumpur'. Tak percaya? Tepuk dada tanya selera.
Biarkan sahaja yang sedang mabuk kuasa. Ego dan keangkuhan tidak pernah membina. Permainan silap mata akan ada penghujungnya.
Ketika peserta #Bersih5 beransur balik dalam hujan renyai seorang rakan lama yang mengikuti himpunan di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata - "The biggest loser today is Pas. Ramai betul orang Melayu yang turun Bersih walaupun ditakutkan dan dihalang".
'Luncai' akan terus menidakkan hakikat ini. Kita biarkan siLuncai dengan labu-labunya.
Kita lakukan apa yang kita mampu untuk menyumbang secara positif kepada penyatuan rakyat ini. Kita adalah rakyat dan Malaysia adalah negara kita.
Kita bersatu berpegang kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Penyatuan rakyat akan memperkukuhkan institusi dan dasar berkenaan agama dan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan.
Ada yang angkuh berkata setakat 50 atau 100 ribu orang biasa mendesak keluhuran perlembagaan dijalanan tidak dapat mengubah apa-apa.
Pasti puluhan ribu rakyat yang berkumpul untuk meluahkan pendirian mereka cukup sedar bahawa Malaysia harus dikembalikan ke landasan yang betul.
Kebolehan dan kemampuan kita berbeza. Ingat, usaha positif untuk menyelamatkan negara bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
Usaha kita ini juga bukan usaha untuk mendaftar ahli parti politik. Itu urusan dan pilihan peribadi. Kita berusaha untuk penyatuan rakyat demi masa depan kita. Kita berusaha mencetuskan kesedaran.
Sebagai rakyat kita berhak menyertai mana-mana kumpulan atau persatuan yang meletakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan lain.
Rakyat Malaysia yang matang dan bersatu mengenepikan kepentingan peribadi adalah tulang belakang kita. Kita wajib mencari dan menyebarkan kebenaran.
Kebenaran adalah senjata yang tidak boleh digunakan oleh mereka yang bercakap bohong. Yang bergelumang dalam pembohongan dan tipu daya tidak mampu berhadapan dengan kebenaran.
p/s
Pengumuman!
Kesan dedak keatas akal manusia akan kelihatan ketika persembahan juara #PAUdedak tidak lama lagi.
Malaysia ada 2 fenomena...
ReplyDelete1. Supermoon
2. Najib Penyamoon
Salam sejahtera kepada saudara Firdaus,
ReplyDeleteRamai teman dan rakan di-sini telah pun mengikuti isu
Najib, isteri, IMDB, UMNO...dan jentera nya menggunakan
kuasa yang pada pandangan mereka sudah berjaya menangkis
dakwaan pembangkang dan rakyat.
Percayalah Firdaus...saat yg di-tunggu2kan akan tiba tidak lama
lagi. Mungkin kalau mereka2 ini tidak sempat melarikan diri
bila tumbang nya UMNO...jangan terperanjat ada yang sanggup bunuh
diri daripada menghadapi undang2 yang bakal di-kenakan oleh
kerajaan baru...kita tunggu, lihat dan berdoa. Mereka2 ini
sekarang dalam "panic mode"....Singapura akan teruskan perbicaraan
tahun depan bulan Januari..nama sebenar MO1 akan di-umumkan tidak
lama lagi...orang yang berkuasa sekarang ini sudah kelihatan'
tidak waras dalam tindakan mereka...
Very well written tuan Firdaus. Keep it up and on.
ReplyDeleteGo to youtube. Search President Obama holds a press conference in Lima, Peru. Look for a video put up by the white house correspondent. The video is 51 minutes and 8 seconds in length. Fast forward to 48.45 and off you go:
ReplyDelete"..They're limits to our reach in other countries if they determine to opress their people or not provide growth and education or siphon off development funds in their Swiss bank accounts because they're corrupt.."
Guess who President Obama is referring to in the last sentence. Your guess is as good as mine. They guy concerned actuall was there too in Peru attending the same event together with the US president. I'm wondering how he kept his cool, keeping a straight face while overseas. How thick is his skin?
Representing our country on international arena. With all those scandals making their rounds and this guy shamelessly walk around rubbing shoulders with world's leaders like nothing happened. Can't believe they're those who still support this shameless kleptocrat. Stealing the country's wealth like there's no tomorrow; at the same time subjugating the people by removing the much need subsidies and imposing debilitating taxes. With him still around we have bacome an outcast, an international disgrace.
Now Robert Mugabe don't feel lonely anymore. He has a new buddy who is exactly like him.
How thick is the mappadulung skin? Well how thick is the rhino hide?
DeleteTuan..diharap dapst menulid selalu didalam blog tuan ini kerana ada persamaan penulisan tuan dengan allahyarham Din Turtle...penuh fakta dan dpt memberi gambaran sebenar dgn apa yg berlaku dlm politik negara kita
ReplyDeleteSalam tuan.
ReplyDeleteSaya blogger yang sudah tidak lagi mahu menyokong UMNO selagi MO1@Najib memerintah.
Mohon Add blog saya dalam blog list tuan.
http://blogtamingsari.blogspot.my/
Terima kasih
Simple but powerfull writing. Tq bro!!!
ReplyDeleteSimple but powerfull writing. Tq bro!!!
ReplyDelete