Sudah wujud kerjasama politik yang matang serta boleh diterima pakai masyarakat majmuk Malaysia sejak awal tahun 1950-an lagi.
Kerjasama di-antara wakil kaum utama dinegara ketika itu adalah langkah persatuan awal politik kaum-kaum berlainan, terutamanya orang Melayu dan orang keturunan Cina.
Umno yang mewakili orang Melayu pada ketika itu berkerjasama dengan MCA yang mewakili orang Cina kerana masing-masing menguasai sokongan orang Melayu dan orang Cina dalam keadaan hampir 'mutlak'.
MCA ketika itu berdiri sebagai ketua kepada sebuah gabungan besar badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan kaum, suku serta perniagaan yang mewakili kaum Cina diseluruh negara.
Umno berkerjasama dengan MCA sebelum dan selepas Merdeka pada tahun 1957 kerana Malaysian Chinese ASSOCIATION pada ketika itu adalah wakil kaum Cina di Malaya dan kemudiannya Malaysia.
Sehingga tahun 2014 sokongan untuk MCA kekal kukuh walaupun goyah ketika DAP melonjak seketika bersama segolongan besar masyarakat Cina.
Status MCA pada hari ini jauh berbeza. Mungkin tidak sampai 20% masyarakat Cina yang masih bersama dengan parti politik itu. (Saya sedia diperbetulkan dalam jangkaan ini)
Sokongan masyarakat Cina telah beralih kepada Democratic Action Party (DAP). Mungkin ada pelbagai alasan serta andaian tetapi yang nyata masyarakat Cina melantik DAP sebagai wakil politik mereka.
Baru-baru ini seorang menteri kanan kerajaan Barisan Nasional dari Umno menemplak dan memperkecilkan MCA kerana telah hilang sokongan masyarakat Cina.
Menteri itu berkata beliau akrab dengan pemimpin DAP kerana sokongan orang Cina untuk DAP adalah jauh lebih besar dari sokongan mereka untuk MCA.
Itu pertengkaran terbuka di-antara dua parti BN yang yakin bahawa rakyat masih menyokong mereka. Keadaan sebenar umpama 'jauh panggang dari api'.
Keputusan pilihanraya-piliharaya yang diadakan SPR sejak 2008 adalah rujukan muktamad angka dan peratusan.
Jadi, kenapa kerjasama antara kaum yang dijalin dari zaman negara belum merdeka lagi harus diketepi demi kepentingan sempit sebilangan yang tamak kuasa? Mana mungkin kepentingan yang khianat dan tamak mengatasi kepentingan rakyat dan negara?
DAP adalah parti politik yang mewakili majoriti rakyat Malaysia kaum Cina pada ketika ini. Kaum lain yang ingin berkerjasama dengan kaum Cina demi kelangsungan politik perpaduan tidak boleh menafikan status DAP dalam politik Malaysia pada waktu ini.
Kerisauan 'orang Melayu grassroots' tidak boleh menerima kerjasama politik dengan DAP adalah pendapat sebilangan kecil yang ingin terus mempengaruhi minda orang Melayu terutamanya mereka yang alpa akan situasi sediada dalam negara.
Pemimpin seharusnya menerangkan realiti politik kita ketika ini dan mengajak masyarakat, terutamanya orang Melayu, keluar dari kepompong lama. Rakyat dahagakan satu kerjasama baru antara masyarakat majmuk kita. Rakyat mencari pemimpin.
Pemimpin tidak wajar mengambil pendekatan populis ketika negara memerlukan kepimpinan untuk menyelamatkan kita dari perigi buta.
Agak mustahil orang Melayu tidak boleh berkerjasama dengan wakil sah orang Cina pada waktu ini jika 60 tahun lepas mereka sanggup berkerjasama dengan wakil sah orang Cina ketika itu. Apa bezanya niat dan matlamat, dulu dan kini?
Sekian lama penyokong kerajaan Barisan Nasional, termasuk saya sendiri, tidak bersetuju dengan DAP kerana pemimpin parti itu bersikap chauvinis. Ini tidak dapat dinafikan tetapi sikap chauvinis dan perkauman melampau ini bukan lagi hak mutlak segelintir pemimpin DAP.
Sekarang ini kenyataan-kenyataan yang jauh melampaui batas dan menyakitkan hati masyarakat kerap dilontar golongan lain yang dahulu menuding DAP.
Agak pelik jika orang Melayu 'tidak boleh menerima' DAP yang mewakili kaum Cina di-Semenanjung Malaysia apabila mereka boleh menerima Sarawak United People's Party (SUPP) dari Sarawak.
SUPP ditubuhkan pada tahun 1959. SUPP menyertai Perikatan pada tahun 1970 dan kekal setia bersama Barisan Nasional sehingga kini.
The Sarawak United Peoples' Party, or SUPP (Chinese: 砂拉越人民联合党; Malay: Parti Rakyat Bersatu Sarawak; Iban: Gerempong Sa'ati Ra'ayat Sarawak) is a political party in Malaysia. The party is one of the constituent members of the ruling Barisan Nasional. It was established in 1959 mainly by leftists and working class Chinese, many of whom were members of the underground communist movement in Sarawak. - WIKIPEDIA
I interviewed Bong Kee Chok in Kuching many years ago for a short feature. He was then a loyal member of SUPP. The party had even nominated him for a state award which was cancelled at the eleventh hour. Guess Bong Kee Chok is still a member of Barisan Nasional via SUPP.
This reference to SUPP is not in any way meant to insult or ridicule the party and or its members but is merely a lesson to those who think politics is cast in stone. It is also for those who forget easily.
There is also ample proof that we, as a nation, have managed to tame communism.
I believe chauvinism too could be managed, but not treason.
p/s
Ukraine Has Lost Over 1000 Sq Km Territory Over Past Month
-
*The war in Ukraine is grinding on - with the Russians advancing from east
to west. There are no "10,000 North Korean troops" fighting in the Ukrain...
8 hours ago
1 comment:
Manage Najib Mappadulung's bangsatwan chauvinism, and you've still got your hands full of his treasonous shit. The 1MDB fiasco has plunged Malaysia into a whirlpool of debt-management pseudo-economics.
Post a Comment