Wednesday, 20 July 2016

PERINGATAN - Kenyataan Raja-Raja Melayu



KENYATAAN RAJA-RAJA MELAYU
Berikutan mesyuarat Pre-Council Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan berikut:

1. Raja-raja Melayu amat prihatin terhadap rasa resah dan kebimbangan yang telah disembah maklum oleh rakyat menyentuh kritikan terhadap kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara. Budi bicara Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu telah dipohon untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara ketika ini.

2. Sesungguhnya Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni. Justeru itu, Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. Raja-raja Melayu maklum bahawa Kerajaan pada ketika ini sedang melakukan siasatan. Baginda sekalian menegaskan perlunya pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan. 

3. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberikan impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.

4. Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata yang dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

5. Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara. Demi memastikan Kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang. Untuk itu badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi Kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah ILAHI dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti. Pemimpin-pemimpin hendaklah senantiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

6. Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing. Raja-raja Melayu menzahirkan peringatan bahawa hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur. Oleh itu hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

Dikeluarkan oleh
Dato Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015.
Mohor besar Raja-Raja Melayu
Titah Raja-Raja Melayu di-atas dikeluarkan pada bulan Oktober tahun lepas. 

Apa tindakan pihak kerajaan serta pihak bertanggungjawab lain yang disebut dalam Titah Di-Raja?

Ada sesiapa yang ingkar dan derhaka kepada Raja-raja Melayu semata-mata untuk melindung dan menyelamatkan penyamun dan pengkhianat? 

Teringat akan Rukunegara yang kita hayati dahulu. 


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Kita masih berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara ?

Maruah masih ada kan ?


X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X 

Laporan terkini the Wall Street Journal dari Amerika Syarikat -1.42ptg 20/7



U.S. Readies Push to Seize Assets Tied to Malaysian Fund 1MDB 

Authorities are expected to file civil lawsuits as soon as Wednesday 

By
BRADLEY HOPEJuly 20, 2016 12:00 a.m. ET


Federal prosecutors are poised to launch one of the largest asset seizures in U.S. history as they step up their investigation into billions of dollars siphoned away from a Malaysian government investment fund, according to people familiar with the matter.

WSJ 


WSJ: AS dijangka sita aset berkaitan 1MDB

Dari kiri: Anak Rosmah/anak tiri Najib, Jho Low dan Khadem Al Quabisi  
Kita sama-sama menanti jumlah serta bentuk aset yang akan disita oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat. 

Sementara kita menanti perkembangan dari New York jangan lupa menonton lawak jenaka yang akan pasti dipersembahkan oleh Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Nazri Aziz serta kenyataan-kenyataan penting dan rahsia dari Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.  


- Tamat

p/s 

Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harap ingat akan titah Raja-Raja Melayu. Jangan derhaka! 



15 comments:

dt rahman pekan said...

abt time !!!!

rahman, headhunter said...

Satu saja komen saya,

Apandi, khalid, zahid dan menteri2 kabinet, macc, bnm dan enforcement agencies sememangnya tak beramanah, lupa taat setia pada raja dan perlembagaan, takut dengan WSNG ADALAH RAJA, telah termakan dedak berlebihan dan ysng paling utama TAK TAKUT PADA ALLAH swt.....

Bukti banyak namun mata kabur diselaputi pangkat, kuasa dan wang ringgit

dt rahman pekan said...

dear head hunter,

saya dah berusaha beri pandangan pd ds zahid. dia tlh memberi jawapan balas.

saya kecewa sedikit ! namun kita tidak tahu strategi dia. saya berani mengatakan bahawa ds zahid masih amat dekat dgn keluarga ds anwar.

selaku anak kelahiran Pekan saya tlh berazam utk membantu jatuhkan ds Rosmah.

dia lah punca segala masaalah yg d hadapi keluarga Tun Razak/tun Rahah sekarang.

yb d ariff sabri tlh juga berjanji utk memberi dokongan d atas usaha saya ini.

salam.

Anonymous said...

Tarik baliklah anugerah DiRaja pada agensi agensi penyiasatan dan penguakuasaan negara ini. Jelas mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut prinsip dan landasan anugerah berkaitan . Dan jelas juga mereka kini sudah "DiNajibkan"!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salaam Tuan Rahman.
Nampaknya anda seorang yg berusaha. Komen tuan taklah memeranjatkan saya,bukan setakat hampir benar tetapi memang benar!
Saya pernah duduk semeja dgn rakan arwah Tun Razak. Cerita2 beliau amat bertepatan dgn apa tindakan yg dilakukan oleh najib sekarang. Beliau mengenali najib sejak dari kecil lagi.
Berkaitan rosmah tu,saya mmg setuju sangat. Bukan dlm keluarga arwah Tun saja,malah negara kita pun tunggang langgang jadinya. Mengapa harus campurtangan dlm urusan suaminya? Hehehe....ada sebab bang!
Sekelian kalinya saya nyatakan rosmah mmg memiliki duit yg cukup banyak!
Salaam hormat.

Anonymous said...

Dear sdra rahmanjpc.

I have no trust in zahid walau sebesar kepala mancis. He has failed in lahad datu, had to apologize to LKY, initially wanted to scare TDM but was neutralised, making him walk with his tail between his legs. He lied on rm2.6 bil donation as well as the recent release of 4 of my country men. He has no honesty, not a material for pm post.

Being a non west malaysian, i would not know much about rosmah but just wonder whether any iota of truth she uses a siamese bomoh?

Another good for nothing individuals are the muted muftis and religious experts.....jelas tidak menjalankan amanah Allah swt

Anonymous said...

Anda ingin tahu apa kah hasil yang ketara dari titah raja-raja Melayu pada tahun lalu?

Jawapan:
Laporan Audit yang ada kena-mengena dengan YDPA telah diOSAkan.

Anonymous said...

Adakah kita ini sebuah negara yang berjiwa Islam?

“Di sisi Islam maka ilmu, jikalau tidak bersabit dengan mengenal diri, mematuhi ajaran agama, menyempurnakan masharakat, membimbing negara, menyatakan hikmah, menegakkan keadilan, mengukuhkan akhlak dan budi pekerti - maka hanyalah sia-sia belaka; di sisi Islam seseorang itu tiada dapat dikatakan berilmu, atau alim, jikalau tiada ia membayangkan dalam dirinya kesan ilmu itu pada seluruh segi kehidupannya sebagaimana dijelaskan di atas.”
― Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tokoh Falasafah Islam dan Ilmuwan Negara

dt rahman pekan said...

anon 6:59

many yrs ago I gave my views thru sakmangkol's blog.

I stil maintain my view that d best person 2 lead d country is ds Mustapha Mohamad (tok pa). I hv worked under him in d treasury. he has all d qualities.

wrt Rosmah delving into super natural powers, I wil reserve my comments. fyi I was d chairman of a company called 'bumi gajah agencies' n d md is n indian who goes 2 india quite often. that is as much as I can say 4 now.

God willing I wil reveal all in Pekan during d ge 14 campaigns.

yes, ds Zahid had made some blunders n has lost a great amt of credibility.

if he is d best that UMNO can offer, so b it. he can succeed if he cares 2 solicit d advice from wise elders. on his own he may worsen d situation.

Anonymous said...

Sudah 9 bulan majlis raja raja keluarkan kenyataan tersebut. Kecewa juga tiada tindakan susulan dari majlis apabila pihak yg ditegur buat diam sahaja.

Anonymous said...

25. But as for him who will be given his Record(of deeds) in his left hand, will say: "I wish that I had not been given my Record!
26. "And that I had never known about my Account!
27. "I wish that it be my end (death)!
28. "My wealth has not helped me,
29. "My power and arguments (to defend myself) have gone from me!"
30. (It will be said): "Seize him and fetter him,
31. Then throw him in the blazing Fire.
32. "Then fasten him with a chain the length of which is seventy cubits!"
33. Verily, He used not to believe in Allah, the Most Great,
34. And urged not on the feeding of Al-Miskin (the poor),
35. So no friend has he here this Day,
36. Nor any food except filth from the washing of wounds,

37. None will eat except the Khati'un (sinners, disbelievers, polytheists, etc.).

38. So I swear by whatsoever you see,

39. And by whatsoever you see not,

40. That this is verily the word of an honoured Messenger [Angel Gabriel r.a. or Prophet Muhammad s.a.w. from Allah Most High].
41. It is not the word of a poet, little do you believe!
42. Nor is it the word of a soothsayer (fortune teller), little do you remember!
43. This is the Revelation sent down from the Lord of the Creation (mankind, angels, jinns and all that exists).
44. And if he (Muhammad) had forged a false saying concerning Us (Allah & the angels),
45. We surely should have seized him by his right hand,
46. And then certainly should have cut off his life artery (aorta),
47. And none of you could withhold Us from (punishing) him.
48. And verily, this Qur'an is a Reminder for the Muttaqun (God-conscious)

Waghih said...

Bro ..

1. Laporan 1MDB dah dimuktamadkan olih PAC dan dapatan dimaklomkan pado DYMM Agong kito olih PM kito .

Itu sobab DYMM tak layan Tun M dah ...

2. AG Amerika tu tak lak kontek 1MDB dan AG kito . Dah setahun lobih tu...
Camno siasatan tu ...
1MDB dah khobar takdo aset kek Amerika.

Camno pun biarlah dioghang siasat ...

Waghih.

Anonymous said...

Kita tak mahu barisan pemimpin yang ada sekarang. Tidak jujur. Maaf. Menipu itu bukan ciri-ciri orang yang beragama. Dengan jelas pihak kita tidak bertindak. Negara-negara lain yang membuat siasatan dan berjanji akan pulangkan duit yang di curi kepada rakyat Malaysia. Habis siapa yang lebih beragama? Sebab itu jangan kita mudah gelar orang lain kafir. Sebenarnya tiada pun istilah ini dalam konteks hari ini. Yang ada hanya manusia yang baik dan manusia yang jahat. Darah kita semua sama merah, Darah seorang buddhist boleh diterima seorang Muslim begitu juga sebaliknya.... Saya mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang membuat siasatan 1MDB. Malangnya kita hanya senyap.... ini petanda yang tak baik.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Najiblis lah raja sekarang. Tiada sesiapa pun tidak tunduk kepada belisu. Hidup Najib!!!