Thursday, 14 July 2016

Maruah siapa ditangan Jho Low ?

Terjumpa video ini yang dimuatnaik lebih kurang 10 bulan yang lalu, pada Sept 2, 2015. Persoalan yang diutarakan didalam rakaman ini amat jelas tetapi kita masih ternanti-nanti akan penjelasan dari pihak yang terlibat. 

Skandal derma dalam akaun peribadi dan 1MDB kini telah berkembang berlipat kali ganda dari setahun yang lalu. Jumlah wang yang disyaki hilang atau disonglap oleh orang-orang yang kita kenali juga telah bertambah mencecah puluhan billion ringgit.

Wayang kulit politik semakin rancak tetapi penjelasan akan perkara pokok masih belum ada. Siapa yang mencuri? 

Kenyataan-kenyataan lawak jenaka bersifat putar belit dari balaci politik yang berniat untuk mengelirukan bukan penjelasan yang ditunggu rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu yang begitu mementingkan maruah bangsa. 

Orang Melayu yang risau akan maruah dan harga diri bangsanya amat berharap agar pemimpin Melayu yang menghadapi siasatan antarabangsa berhubung tuduhan salahguna kuasa, pengubahan wang haram, pembohongan jenayah, mencuri, khianat dan beberapa kesalahan jenayah lain akan 'come clean' atau membersihkan diri dengan membiarkan dirinya disiasat dan diadili. 

Orang Melayu yang benar-benar risau akan maruah serta harga diri bangsanya pasti mengharapkan agar pemimpin MELAYU, yang menyebabkan tercemarnya nama Melayu, membersihkan namanya menerusi proses perundangan yang termaktub dibawah perlembagaan negara. 

Pemuda pemudi Melayu yang benar risau akan tercemarnya maruah bangsa dan negara yang pemerintahannya ditunjangi orang Melayu pasti gundah gulana dengan pelbagai siasatan antarabangsa yang amat memalukan. 

Pemuda pemudi Melayu yang berpendidikan dan bermaruah dengan jatidiri yang masih utuh tahu akan punca skandal 1MDB yang kini hangat diseluruh dunia.

Melayu yang celik, yang benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara dan tidak mudah disogok pasti sedar akan malapetaka yang dibawa Melayu yang bergelar pemimpin. Semakin ramai Melayu yang celik dan mereka ini tidak mudah diperbodohkan dengan slogan dan sentimen membuta tuli.

Walau segala bentuk media perdana dikongkong, pembesar dan ilmuan dikunci mulut, yang tidak rela bersubahat diugut dan diaibkan, Melayu yang celik tahu antara yang haq dan batil. 

Percubaan untuk mengelirukan rakyat, khususnya orang Melayu beragama Islam akan berterusan dengan hasutan membakar semangat bangsa dan penyalahgunaan agama demi kepentingan peribadi dan untuk melepaskan diri. Melayu yang celik tidak bodoh.

Pastinya pelbagai lagi helah akan muncul dengan alasan mempertahankan maruah bangsa dan kesucian agama namun umum mengetahui punca sebenar segala keruntuhan. 

Mungkin mereka yang terpekik melolong demi maruah harus berhenti sejenak dan berfikir dimana sebenarnya maruah mereka dan maruah individu yang mereka ingin pertahankan itu. 

Maruah siapa ditangan Jho Low?
p/s 

Sudah tiba masanya Raja-Raja Melayu, menerusi Majlis Raja-Raja, berdiri mempertahankan maruah rakyat dan negara ini daripada terus dihina didalam dan luar negara. Sebenarnya maruah rakyat dan negara adalah asas kepada maruah Raja-Raja Melayu kita. 

Dikala alim ulama pun diam seribu bahasa walau bukti nyata pengkhianatan dan kezaliman terpampang didepan mata, hanya Raja Raja Melayu boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara ini. 

Inilah harapan rakyat kebanyakan. 

Daulat Tuanku.



29 comments:

Anonymous said...

http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/1mdb-report-summary/

Anonymous said...

Puak2 haramjadah cilaka lahanat ni,kalau berkaitan saudara seagama bkn main hebat lg diungkit2.
Cina dapigs laknatullah menjahanamkan mruah bangsa, agama dan negara ,puak2 laknat ni diam sj.
Bangsa laknat kamuorg ni.
Hidup menjadi bangkai khinzie dapigs laknatullah.
Dasar manudia hati khunzir dapigs laknatullah

Anonymous said...

Maruah ada harga. Hanya soalannya berapakah harganya?
Bagi orang Melayu, harga semasa bagi maruah mereka adalah sangat rendah.
RM500 itu sudah bagus sangat. Kalau bukan RM500, duit tunai RM50 pun boleh.

Jelas DEB, dasar bahasa Melayu, dasar Islamisasi semuanya hanya menyumbangkan kepada penurunan harga 'maruah' Melayu. Idea kolot "ketuanan Melayu" juga menurunkan harga maruah Melayu. Sebenarnya apa yang telah berlaku ialah semua dasar ini menyisihkan atau tolak tepikan atau mengasingkan kaum Melayu daripada 'cara hidup masyarakat dunia'. Melayu jadi katak yang lebih kerdil bawah tempurung yang lebih kecil. Hilang daratan, hilang hala tuju, hilang panduan, hilang pedoman, hilang maruah dan hilang segalanya. Akibatnya Melayu jadi apa yang Melayu sudah jadi.

dt rahman pekan said...

saya masih bingung kenapa ds najib begitu cuai sahingga bolih d 'tipu' olih budak tionhua hingusan.

hampir kesemua ahli politik menyalahguna kuasa tetapi mereka cekap menyembunyikan nya.

kesimpulan yg bolih saya buat ia lah ds najib tlh d didik utk berintegriti tapi tlh d pengaruhi olih keinginan menjadi kaya raya bersama keluarga.

olih kerana 'money trail' kekayaan yg haram tlh dpt d kesan, maka sukar utk d 'cover up'. maruah keluarga tun razak tercabar sekarang.

Anonymous said...


Kalau gagal bertindak Zaid Hamidi dan Hishamudin akan hanyut bersama penyamun. Sekian

Unknown said...

Jelas dah sudah siapa pengkhianat agama bangsa dan negara Malaysia..
Melayu umno bukan dap..

Unknown said...

Jelas dah sudah siapa pengkhianat agama bangsa dan negara Malaysia..
Melayu umno bukan dap..

Anonymous said...



Penyamun gadai maruah negara. Media Prima terima arahan supaya keputusan mahkamah antarabangsa berhubung tuntutan Cina tidak dijadikan laporan besar. Tidak boleh membuat analisa dan komen dengan alasan tidak mahu guris hati Cina. Sebab sebenar kerana Cina sumbang berbillion membeli aset 1MDB termasuk sebilangan janakuasa elektrik kita menerusi EDRA, tanah TUDM di Sg Besi dan tanah kontroversi 1MDB diP.Pinang. Melayu gadai maruah. http://cilisos.my/why-did-china-tell-the-philippines-to-be-more-like-malaysia/

Najib penyamun

Kekadangjebunyi said...

Anonymous 6:54:00,
Berdasarkan kepada tulisan anda di atas, sahih benarlah anda ini 3-dalam-1..
1. Bengap, kerana tidak faham isu yang dibangkitkan,
2. Buta, kerana masih tidak nampak kemungkaran yang berlaku &
3. Mulut longkang, kerana terlalu ringan untuk memaki hamun penulis.
Semoga anda dapat segera membuka minda.
Salam

Anonymous said...

Tip Kepimpinan dari Tun Dr. Mahathir – Tahu Apa Orang Bawahan Mahu

Satu tip untuk jadi pemimpin yang mulia di mata rakyat: Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa individu dari orang kebiasaan jadi orang berjaya. Selain itu, pemimpin pertama yang saya kagum dan contohi adalah Rasulullah S.A.W. Kedua, Peter The Great, pemimpin dari Russia. Dan ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.

Waghih said...

Alahai ...maghah boto gamg ANC ni pado DSN yo ...
Bulan syawal yang baik ni pun tak dapek nak kontrol emosi ...
Tapi itu lah manusio melambangkan keperibadian diri ...
Sedikit ujian dari Maha Berkuaso dio pun tewas dan mulo bercelaghu ...

Bulan Ramadhan lopeh tolah dicucuri rahmat olih yang Maha Berkuaso kepado negaro kito ni dongan menunjukan yang hak totap hak dan yang batil totap batil .

Yang batil tu dah terimo balasan dongan perbagai caro ... dibuang jamaah parti , disisih saf PH , mulut dah tak terkawal kato mengutuk rakyat sebagai makan rasuah , rahsio lamo TSM dongan Nika terbuko sendiri ,hinggo Tun M sekeluargo lari kek Phuket maso ghayo .

Yang hak tu dapek rahmat dongan ketenangan jiwo dan keamaanan negaro bersamo 80 ribu oghang rakyat hadir open house di Sri Perdano ...

Sesama kito redho lah yo ...

Waghih

Anonymous said...

John Low itu parasit yang menumpang dalam perumah. Sebelum peumah rosak parasit perlu dihapuskan. Penghapusan parasit tidak semestinya menjejaskan perumah. Justeru John Low tidak akan menjejaskan mana mana maruah selain dirinya sendiri.

Anonymous said...

Orang2 yg diberi kuasa utk menggubal dan meluluskan undang2 negara di parlimen adalah orang2 yg sama melanggar undang2 tsb. Inilah orang2 khususnya pemimpin melayu yg khianat bila diberi amanah oleh rakyat jelata. Sungguh malang dan menyedihkan menjadi bangsa melayu...

Anonymous said...

http://www.businesstimes.com.sg/government-economy/ubs-said-to-have-flagged-suspicious-1mdb-transactions-to-mas

Anonymous said...

Anon 4.31

"Justeru John Low tidak akan menjejaskan mana mana maruah selain dirinya sendiri."

Mana mungkin jenayah berkumpulan berakhir dengan hanya seorang saja? Bukankah Najib Razak yang membela dan memperkasa Jho Low untuk merompak duit negara menerusi 1MDB? Ramai yang akan masuk penjara bersama Jho Loh. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

Wan SheHub

Kekadangjebunyi said...

Setelah dihalusi & diamati tulisan di atas, rupa-rupanya Tuhan telah tunjukkan kepada semua bahawa Waghih inilah sebenar-benar batil...

Kekadangjebunyi said...

Setelah dihalusi & diamati tulisan di atas, rupa-rupanya Tuhan telah tunjukkan kepada semua bahawa Waghih inilah sebenar-benar batil...

Anonymous said...

Cuai sehingga tertipu?
Bukan bersama2 menipu....?

Anonymous said...

Teruskan memberi tekanan kepada Najib...bukan suka suka nak Najib turun dari jawatan Pm,tetapi kesalahan serta lumpur yang telah dan sedang dibawa oleh Najib terlalu besar yang akan meninggalkan kesan yang amat buruk kepada hala tuju dan masa depan negara...Najib wajib diundurkan!

RD. said...

Bila Najib guna Razak Baginda sebagai orang-tengah dalam urusan Kerajaan beli kapalselam, saya masih sokong Najib & UMNO.
Bila dia 'rapat' dengan Deepak Carpet yang dapat pinjaman RM30Juta tanpa faedah dari Bank Rakyat, saya mula curiga dengan slogan beliau, 'Rakyat diDahulukan'.

Ketika bahana guna 'orang-tengah' Razak Baginda, dari Altantuya & sekarang Sirul, pembunuh-Altantuya pula menghantui UMNO & BN, belum reda selesai selepas 14 tahun, dia sanggup guna pula seorang lagi 'orang-tengah' bernama Jho Lo untuk berurusan bagi pihak Kerajaan.

Nampak jelas, tabiat Najib gemar 'membazir' WANG Rakyat guna 'orang-tengah'. Sia-sia lah jihad KPDNKK memerangi Orang-tengah.

Jelas, UMNO adalah miliki Najib dan penyokong-penyokong beliau yang menumpang rezeki dari Najib. Kata-kata; Demi Bangsa, Agama & Negara.....Rakyat diDahulukan hanya rhetoric semata-mata. Agama digunakan untuk mengaburi salahlaku.

Maka, maruah Bangsa dan Agama akan tercemar.

Anonymous said...

Mencari identiti dgn cerita murahan dgn loghat n9. Kau duduk gua mana Waghih? Gua kat tibet ke? Rasa hebat sangat la tu.....Ptuiiiii

Anonymous said...

Ahmad pandai main bola. Dia main THGloball, dia main FeldaGloball, dia main 1MDBGloball. Kawan Ahmad nama Jo. Dia amat Suka main GLowBall di Hollywood. Dia suka naik turunHilton di Paris. Ahmad suka naik kapal. Dia naik kapal terbang. Kadang-kadang Dia naik kapal selam. Saya suka makan badak berendam lockal. Saya suka nai basikal.

Tajul said...

Tok mat hassan pun xmakan dodak sebanyak kau waghih oi. Sakai dok dokek Poom pun tak sebodoh kau. Konyang dek dodak. Esok mati sumbekkan yo dodak najib tu bebanyak dalam liang lahad ekau.

Anonymous said...

Bukan sama2 menipu,tapi mmg PENIPU. Yg kafir tu tentu lah kafir nya yg melayu tu munafik tahap 5.
Bahana si bodoh berlagak pandai. Nyawa pun di bagi pinjam,lagi nak bersombong bodoh....
JANGAN MAKAN DARI HASIL YG NYATA HARAM.....RASUAH!
Pesanan buat jibon. Awak tu bukan berkuasa,cuma munafik je....

Anonymous said...

Ku Seman Ku Husain

Rakyat seharusnya jangan terlalu taksub dengan pemimpin parti politik yang mereka anuti. Kebijaksanaan membuat penilaian boleh mengelakkan rakyat diheret, dipergunakan dan dijadikan tangga untuk pemimpin tertentu memetik hasil politiknya.
Pemimpin politik memerlukan pergerakan massa yakni rakyat yang menyokong mereka untuk menjayakan sesuatu agenda. Hasil agenda itu tidak semestinya kembali kepada rakyat, banyak yang menjurus kepada kelangsungan hayat politik pemimpin.
Rakyat jangan mudah terloncat hingga bertindak macam kena sawan babi mengikut rentak dan persepsi yang dibina oleh pemimpin. Fikir dan fikir. Teliti dan teliti sebelum memberikan sokongan atau bantahan. Kalau rakyat tidak memanfaatkan akal dan fikiran, ini bermakna mereka menzalimi diri sendiri membiarkan diperkudakan sedangkan orang lain yang menadah labanya.
Misalnya dalam isu kontroversi karikatur yang didakwa disebarkan oleh Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming ada pemimpin politik menyalakan kemarahan orang Islam kononnya ia menghina Islam. Pemimpin-pemimpin itu pun mengheret rakyat untuk terlibat secara kasar, biadab dan ganas kononnya untuk memperjuangkan maruah Islam daripada dipersendakan.
Dalam banyak isu saya memang bertentangan dengan Nga. Dia selalu membangkitkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu. Tetapi saya membuat penilaian berdasarkan satu-satu isu. Saya tidak boleh pukul rata, kerana sebelum ini dia menghina Islam, kali ini pun serupa. Saya fikir itu tidak adil dan menjatuhkan maruah saya sebagai makhluk yang dianugerahkan akal dan fikiran.
Cuba kita sama-sama analisis dialog yang dipetik daripada karikatur berkenaan. Satu watak berkata: "TAHUN INI KAMI TAK MINTA DUIT RAYA, KAMI MINTA DERMA." Satu watak lain pula berkata: "TAK DAPAT DERMA DEDAK PUN OK." Di tepi bawah sebelah kanan bingkai karikatur ini ditulis Selamat Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Saya membaca ini sebagai satu satira politik. Kata kunci seperti "derma" dan "dedak" adalah kata kunci yang popular dalam situasi politik semasa. Saya tidak jumpa elemen-elemen yang dikatakan menghina Islam yang membawa Pemuda UMNO menyerbu pejabat DAP. Kalau dikatakan karikatur ini menghina UMNO atau pemimpin UMNO, saya setuju. Tetapi bab menghina Islam saya tidak nampak. Adakah ada perkataan "Aidilfitri" sudah cukup mengaitkan dengan Islam? Jangan pula ada yang mengDAPkan saya pula. Saya non-partisan.
Adakah saya tidak nampak elemen menghina Islam kerana saya belum cukup Islam berbanding Pemuda UMNO terutama Pemuda UMNO Wilayah? Itu saya tidak ada jawapan. Tetapi saya percaya kalau dikatakan karikatur itu menghina UMNO, api kemarahan orang Islam tidak semarak. Sebenarnya menghina UMNO berdasarkan dua kata kunci yang disebutkan di atas tadi.
Saya fikir ada isu lain yang lebih tepat menunjukkan DAP menghina Islam atau Melayu. Tetapi bukan isu karikatur ini. Terlalu kebudak-budakan mengangkat isu ini untuk menunjukkan agenda DAP menghina Islam.
Rakyat mesti segera sedar bahawa politik tidak ada ertinya kalau tidak ada rakyat. Dalam politik rakyat adalah alat sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya. Politik memerlukan gerakan massa. Kerana itulah rakyat mesti sedar kuasa mereka untuk mencambahkan politik yang cerdik, sihat dan bertanggungjawab.
Kalau wujud suasana politik yang kurang cerdik atau sedikit bebal, tidak bertanggungjawab, yang seharusnya dipersalahkan bukan sahaja pemimpin politik tetapi juga rakyat. Rakyat yang ada akal dan fikiran jangan menjadi seperti itik yang tidak berbunyi kerana sibuk menyudu dedak. Buktikan kita bukan itik. Gerakan massa di tangan kita, jangan persia-siakan akal yang dianugerahkan Tuhan.
Harap para pembahas dalam mengemukakan pandangan dalam suasana bebas dan merdeka daripada tempurung politik kepartian yang sempit. Saya sangat menghargai kewarasan anda.

Anonymous said...

Putrajaya kini adalah rumah pelacuran nombor 1 negara.Bugisman adalah kepala bapak ayam kepada sekelian bapak ayam.

Unknown said...

hanya kerana ada 1 gambar dah boleh bangga dan spin macam-macam cerita fitnah.

Anonymous said...

bangang punya 9.55... itu gambar jelas dan nyata.... bukan fitnah dan spin... berfikir la dalam-dalam sementara diberi peluang berfikir... baca la sebanyak2 artikel dan berita dalam dan luar negera... dan fikir la habis2... dedak boleh makan tp biar berpada2... jangan hancur berkecai negara baru nak menyesal...

Anonymous said...

Well said..