Tuesday, 28 June 2016

UMNO bunuh diri ?

Sepatutnya rombakan kabinet yang diumumkan oleh Najib Razak semalam menjadi berita utama tetapi kemelut dalaman Barisan Nasional, khususnya Umno, lebih menonjol dan meledak menjadi berita utama. 

Barisan Nasional Sarawak menerima tamparan hebat dalam rombakan kabinet kali ini kerana satu jawatan menteri dirampas dari BN Sarawak yang masih meraikan kemenangan besar dalam pilihanraya negeri baru-baru ini. 

Cara Najib Razak menghargai sumbangan BN Sarawak adalah agak pelik dan sukar difahami umum, terutamanya pemimpin dan rakyat Sarawak yang bertungkus lumus memenangkan BN.

Perdana Menteri yang diselubungi skandal 1MDB dan salahlaku jenayah pula menerima tamparan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah 'berundur' dari kabinet. 

Husni yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam Umno dan BN juga turut meletakkan semua jawatan parti dan BN dengan serta merta menerusi kenyataan ringkas yang dikeluarkan setiausaha politik beliau sejurus selepas Najib mengumumkan rombakan kabinet.
Kenyataan Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin, Mantan Setiausaha Politik Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah.

Dato' Seri Husni Hanadzlah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Negeri Perak, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun.

Sekian.

27 Jun 2016

Laporan berita - Sinar Harian 

Kenapa seorang pemimpin yang begitu lama berkhidmat didalam parti dan kerajaan bertindak meletakkan semua jawatan yang disandang dalam masa kurang 60 minit selepas pengumuman rombakan kabinet?

Seperti lazim dalam budaya politik kotor masakini sudah terdapat cubaan untuk memperlekeh dan memperkecilkan khidmat Husni  sebagai Menteri Kewangan II namun retak sebenar dan cerita disebalik tabir mengapa beliau 'berundur' juga telah mula keluar. 

Sebenarnya kenapa Husni 'berundur' ? Persoalan ini akan terjawab dalam jangkamasa terdekat.  

Sedang penyingkiran Husni menjadi topik hangat Umno Najib menerima satu lagi tamparan hebat dari Semporna, Sabah. 





Pengerusi Tetap Umno Bahagian Semporna bersama seluruh Jawatankuasa Bahagian, bersama-sama TIGA RATUS Ketua Cawangan didalam bahagian Semporna bertindak meletakkan jawatan dan keluar dari Umno beramai-ramai dalam satu majlis ringkas. 

Umno Semporna telah terbubar dengan sendirinya apabila seluruh ahli jawatankuasa bertindak keluar parti.

Majlis letak jawatan dan keluar ramai-ramai Umno Semporna itu adalah ekoran kehilangan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Umno yang diterajui Najib Razak. 

Menurut seorang (bekas) pemimpin kanan bahagian Semporna perletakan jawatan dan tindakan keluar Umno semalam hanya langkah permulaan. 

"Bila Majlis Tertinggi bertindak kuku besi tidak mahu mengikut peraturan dan perlembagaan maka kami tiada pilihan. Orang Semporna ada maruah bukan seperti Najib dan kuncu-kuncunya disana. Selepas ini beribu ahli Umno disini akan ikut serta".

"Kami sudah tidak percaya pada presiden dan majlis tertinggi. Umno ini sudah jadi serupa syarikat persendirian milik individu tertentu. Ahli Umno tidak boleh berdiam diri," tambah pemimpin muda itu. 

Tindakan drastik pimpinan Umno Semporna ini tercetus dengan penggantungan keahlian ketua bahagian mereka Datuk Seri Shafie Afdal yang juga Naib Presiden Umno. Shafie juga adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah pada tahun 1990. 

Manakala Shafie digantung keahlian, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Mentri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah dipecat terus dari Umno tanpa dipanggil untuk membela diri. 

Muhyiddin dan Mukhriz telah menyatakan bahawa Majlis Tertinggi telah membelakangkan perlembagaan parti kerana gagal mematuhi proses pemecatan yang termaktub didalam perlembagaan Umno.

Siapa pula yang akan Umno gantung selepas ini?


p/s Husni adalah ketua bahagian Umno Tambun (Perak) yang seharusnya mengenali 1MDB secara lebih dekat dan mendalam. 



20 comments:

  1. Salam..seperti yang saya tuliskan dilain2 blog...seperti mana Najib tak berani membawa kesnya ke mahkamah..begitu juga dia tak berani nak panggil 2M+1S untuk membuat pembelaan dihadapan Lembaga Disiplin dan MT tu sendiri.
    Kita boleh bayangkan dah apa yang keluar nanti semasa sesi tersebut akan lebih memalukan Najib. Sudah tentu 2m+1S akan membangkitkan tentang isu 1MDB dan 2.6b dalam akaun Najib. Inilah perkara yang sangat2 ingin dielakkan oleh Najib. Sbb tu mereka2 ni dipecat/digantung tanpa melalui proses yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang bertempik berdarah Pahlawan Bugis namun rupanya berdarahkan pengecut....

      Delete

  2. "Husni adalah ketua bahagian Umno Tambun (Perak) yang seharusnya mengenali 1MDB secara lebih dekat dan mendalam."

    He knows what the Bugis Thief Did Last Summer......

    ReplyDelete
  3. UMNO akan gantung diri lepas ni kot?

    ReplyDelete
  4. Najib tak ada telor.
    Dia berani pecat tepat pada 24hb.June, hari tempoh matang, tidak perlu diadakan PRK jika berlaku kekosongan kerusi DUN atau Parlimen. Kalau ada PRK, mana nak sakau WANG untuk tabur dedak. Akuan di Singapura sudah dibeku oleh MAS. Lepas tu, poket sudah kosong. Terlampau banyak yang ditabur di Kuala Kangsar dan Sg.Besar.

    Ahmad Said, sampai kecut, dia tak berani usik. Maklumlah BN hanya kelebihanan, 2 kerusi DUN.

    ReplyDelete
  5. Yang peliknya umno johor boleh akur plak.. memang tak de telor macam orang sabah
    Respect sama orang sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... Respect org Sabah. Sabah best la.....DS Shafie telah dinafikan hak sebagai pemimpin tinggi UMNO sama juga kpd TS Muhyidin dan DS Mukhriz.

      Delete
  6. Salam
    Hebat org sempurna. Org paguh mcm mana? Jgn kasi malu org semenanjung bah. Tak kan buat statement tak setuju aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org pagoh masih mau kain palekat dan kain batik lagi.kalu kluar abislah..

      Delete
  7. Beliau sudah tidak tahan melihat penyelewengan yang berlaku di depan mata,syabas kepada beliau diharap ada lagi mereka mereka yang masih di dalam kabinet Najib yang tidak sanggup tenggelam bersama kapal 'Panglima Bugis' mengundurkan diri..undur Najib!

    ReplyDelete
  8. Ok so 2 divisions. Big deal !!

    ReplyDelete
  9. johor ramai pemakan dedak..banyak cakap...
    hanya TMJ yg berani bersuara.. membela rakyat

    ReplyDelete
  10. ni bunuh diri cara potong badan sikit-sikit. sakit ooo.

    ReplyDelete
  11. seorang ketua perlukan backup daripada team dia bukan backstabber
    kalau ada team member yang tak sebulu then eloklah keluar jer kan.
    biar najib sendiri yang tentukan siapa yang patut berada dalam team dia.
    orang lain jangan lah masuk campur dan tak perlu lah nak sebarkan cerita dongeng utk sedapkan hati masing2.
    ada telor ke takde telor yang pasti najib masih mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  12. anak muda fikiran matangTuesday, June 28, 2016 11:18:00 pm

    ketua yang amanah memang perlu disokong orang bawahannya, tapi kalau penuh skandal, tidak amanah, menipu terang-terangan, takkan nak terus sokong juga. itu ke prinsip yang dipegang orang melayu yang mengaku beragama islam sekarang? malu la dengan bangsa kafir yang lebih berintegriti.

    ReplyDelete
  13. Kata kata Tun, Melayu bukan lagi king maker kerana telah pecah seribu harus jadi renungan.

    ReplyDelete
  14. “To me, the thing that is worse than death is betrayal. You see, I could conceive death, but I could not conceive betrayal.”
    ― Malcolm X

    Mull over it, Husni.

    ReplyDelete
  15. KLU baca tulisan awak mcm Malaysia nak lingkop bisok mcm nak kiamat+dlm umno pimpinan dtg dan pergi sejak Dato Onn sampai Skrang UMNO masih kuat KLU sekadar Semporna tu apa lah kutil aja

    ReplyDelete
  16. Dina pun mkn dedak juga

    Sama la dgn waghih n DK

    Silap2 3 nama ni org yg sama

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC