Bersekongkol dengan rasuah tidak dilarang Islam? |
Lucu kerana Haron Din seolah-olah lupa bahawa PAS cuma baru setahun bercerai dengan DAP setelah berpasangan di dalam Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008.
Sebelum itu, mereka bersama-sama di dalam Barisan Alternatif (BA) dari tahun 1998 hingga 2004. Ini tidak termasuk secara bukan harfiah sebelum tahun 1998.
Jika Haron Din menuduh Dr Mahathir menggadai prinsip kerana kerjasama dengan DAP yang dilabel memusuhi Islam, maka Haron Din harus mendesak pemimpin-pemimpin PAS membubarkan parti dan melakukan taubat setiap hari kerana dosa mereka lakukan bertahun-tahun dan berulang kali.
Bukan itu sahaja, Haron Din dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain menanggung dosa ahli-ahli dan umat Melayu Islam lain di Malaysia yang diseru menyokong DAP samada semasa di dalam BA atau PR di dalam tahun-tahun yang dinyatakan tadi.
Kerjasama PAS dan DAP di dalam BA dan PR mempunyai tujuan yang nyata – untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO yang Presidennya Melayu Islam.
Jika mereka berjaya, akan jatuhlah seluruh Kerajaan BN yang diketuai UMNO.
Ini amatlah berbeza dengan apa yang diperjuangkan Dr Mahathir hari ini menerusi Deklarasi Rakyat.
Dia mahu menjatuhkan Dato Seri Najib kerana skandal kewangan dan rasuah yang mampu menghancurkan Negara.
Skandal 1MDB itu bukanlah tuduhan liar dan hari ini, yang paling mutakhir ialah permohonan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi yang mahu Kementerian Kewangan Malaysia dan 1MDB menjelaskan wang sejumlah US$6.5 billion (lebihkurang RM26 billion) kerana kegagalan 1MDB membayar pinjaman dan jaminan.
Ini tidak termasuk siasatan yang dilakukan terhadap 1MDB kerana pengaliran wang haram (money laundering) yang sedang berjalan di Switzerland, Singapura, Luxemborg, USA, UAE dan beberapa negara lain.
Selain itu, kemasukan wang sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang dinafikan pada mulanya, sudah cukup menghilangkan kelayakan Najib sebagai pemimpin negara.
Adalah satu kesalahan yang amat berat untuk seorang Perdana Menteri mempunyai sejumlah wang sebesar itu di dalam akaun peribadinya yang tidak diisytiharkannya sebaik-baik menerima wang itu dan cuma mengaku apabila sudah tidak dapat menafikan lagi.
Skandal inilah yang telah membuatkan Dr Mahathir mengambil keputusan mendesak Najib meletak jawatan ataupun pada peringkat permulaan untuk bercuti sementara dan membenarkan institusi –institusi berwajib melakukan siasatan tanpa halangan atau gangguan.
Najib memilih untuk berdegil memegang jawatan dan akibatnya berlaku gangguan terhadap penyiasatan yang dijalankan terhadap Najib dan 1MDB sehingga Peguam Negara diberhentikan, Gabenor Bank Negara diugut, ketua dan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diarahkan bertukar dan ditekan.
Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang sedang menyiasat turut dibubarkan.
Oleh kerana institusi-institusi ini telah dilumpuhkan, maka Dr Mahathir menyeru semua individu-individu berpengaruh di dalam negara untuk bersamanya mendesak Najib untuk meletak jawatan.
Hasilnya, pemimpin-pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan, aktivis-aktivis dan pemimpin pelajar telah berkumpul dan bersama dengan Dr Mahathir menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) yang fokusnya mendesak Najib meletak jawatan, mahukan reformasi untuk institusi-institusi yang mudah diganggugat oleh pemerintah dan pemansuhan undang-undang era Najib yang bersifat kuku besi dan mengambil-alih kuasa Raja-Raja Melayu.
Selain itu DR turut mempersoalkan GST, kos sara hidup yang melambung tinggi dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.
Pemimpin politik yang hadir adalah dari UMNO, PKR, DAP, PAN dan juga dari PAS. Sehingga hari ini PAS tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang menandatangani deklarasi itu kerana diterima bahawa mereka hadir sebagai individu dan tidak mewakili parti.
Jika PAS menerima hakikat bahawa pemimpin mereka yang menandatangani DR adalah atas kapasiti sebagai individu, mengapakah pemimpin lain tidak dianggap hadir dalam kapasiti individu.
Mereka yang menanda tangani DR juga menerima bahawa yang perlu diturunkan ialah Najib dan jika Najib meletak jawatan, pemimpin yang mengambil-alih sebagai Perdana Menteri mestilah menerima sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Dalam lain perkataan, berdasarkan majoriti yang ada pada BN dan UMNO di Dewan Rakyat, perletakan jawatan Najib tidak akan membawa kepada kejatuhan Kerajaan kecuali ahli-ahli BN dan UMNO turut tidak bersetuju dengan pemimpin ganti dari UMNO dan BN.
Ini juga bermakna, penanda tangan DR menerima bahawa perubahan Kerajaan hanya akan berlaku di pilihanraya umum ke 14.
Ini juga menunjukkan bahawa kesemua yang menanda tangani DR menolak Najib dan dia ditolak kerana skandal 1MDB dan wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya.
Jika diteliti, amat jelas DR tidak ada politik kepartian, tidak ada sebarang pakatan untuk menjatuhkan kerajaan ataupun kepimpinan Melayu Islam atau menukar dasar-dasar Islam yang sedia ada.
Selain itu, jika Najib turun, DR itu secara sendirinya terbubar dan ahli-ahlinya terus bersama parti politik pilihan mereka.
Dari segi mana sekalipun, ini berbeza dengan PAS semasa bekerjasama dengan DAP di dalam BA dan PR yang mahu untuk menjatuhkan kerajaan samada menerusi pilihanraya ataupun demonstrasi jalanan seperti tahun 1998.
Selain itu kenyataan Haron Din bahawa bersahabat baik dengan musuh Islam (dalam konteks Haron Din ianya ialah DAP) “kita akan jadi seperti mereka” agak bercelaru. Ini kerana Dr Mahathir baharu sahaja “berkenalan” dengan pemimpin DAP berbanding pemimpin PAS dan Haron Din dan itupun semata-mata kerana DR dan tidak dalam satu wadah pakatan politik .
Mungkin kerana Haron Din sudah seperti musuh Islam kerana terlalu lama bersama mereka maka dia sudah lupa bahawa skandal Najib dikeji oleh Islam dan akibatnya telah membuat Melayu Islam satu bangsa yang jelek dan hina.
Jika Haron Din pemimpin yang benar memperjuangkan Islam, dia pasti bersama Dr Mahathir dan menolak Najib dan bukan sebaliknya.
APAI KECIL MALAYA
Nota: Apai Kecil Malaya adalah pembaca blog ini.
14 comments:
Anwar hentam bontot lagi dosa paling besar
haron din telah mendapat ilham semasa terlantar d hospital utk membuka sebuah hospital pakar yg d kelolakan sepenuh nya olih 'jin2' versi nya.
semua penyakit bolih d rawat termasuk 'heart transplant'.
jangan khuatir !berita ni tak betul/benar kerna ia tiba2 'menjelma' dlm mimpi saya.
I must admit that i do not respect any self proclaimed ulamak baik dari pas, umno dsn kerajaan. I believe seorang guru agama yang mengajar agama sebagai cara kehidupan bukan jadi hipokrit dan tak jujur
These are among the 'pious'? whom the price tags are bloody expensive....but hey 2.6 known-confirmed billions sure can buy ticket to heaven, so they think?
Thus, 42 million from SRC is a loose change and we haven't got into another 2 billion or so that's still yet to be accounted for!
And now, tracing back 25 years ago my younger brother used to quote duit sekarang duit kertas ia terbang macam lipas....even Islam can be traded since duit bertaburan sebagaimana Cash is King but it so happened and ok ONLY in Malaysia.....where
. Loyalty
. Integrity
. Honesty
. Trust
. Position
. Appointment
. Power
. Even Religion
. Plus many more
Have all become COMMODITIES! Each come with a PRICE TAGS and all are OK?
So we will see a brand new culture and society rise up where MONEY is the order of the day!
Money will be cleansed without stigma of stolen, bad, blood monies...its all good...just as 1MDB CSR sent selected people for their pilgrimage trip and donation to masjids regardless the source of the money!
Semoga bala yang mungkin datang tidak sehebat di Timur Tengah.....or some people rather see the devastation only to clean-up the thieving and get away scotts free?
Just a depressing thoughts....not on my part...but the situation Tanah Ayer Ku is so embroiled deeply now.
MLN
Nak spin laei ko ...
Referendum rakyat , prk , KK dan Sg Bosar , boghi sokongan ponoh pado PM DSN dan nolak soponoh nyo Tun M dan ANC gang serto grup PH yg didokong olih Ultrakiasu Cino DAP .
Referendum tu yg nyokong PM DSN jugo boghi sokongan pado dasar2 gomen yang diterajui olih PM DSN .
Dasar gomen yang disokong rakyat tu bukan sajo 1MDB tapi jugo GST , BRIM , Transformasi2 yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat .
Rakyat jugo dah kona pasti oghang yg merosakkan 1MDB dan jugo negaro iolah Tun M bersamo ANC gang dan Ultrakiasu DAPig . Mereka sabotaj negaro tanpo belas kesian pado rakyat . Lopeh sabotaj negaro mereko nuduh gomen yang bertangung jawab .
Tapi rakyat lobih bijak . Rakyat bagi sokongan penuh pado PM DSN dalam prk KK dan SB .
Rakyat jugo tolah nunjuk buntut pado Tun M , ANC gang dan Ultrakiasu DAPig dongan boghi kemenangan bosar pado PM DSN dan gomen .
Spin as it may be ... BUT the RAKYAT has spoken .
Waghih.
Pak Din dapat bezakan antara perasuh tegar yang terlepas begitu saja dan anak didik perasuh tegar.
Kalau diberi pilihan untuk ditarbiyahkan, logiknya Pak Din akan pilih anak didik yang masih boleh lentur berbanding sifunya yang tak boleh dibuat apa apa..
Inilah wajah sebenar ularmak PAS, sudah jelas ditunjuk, nama pun Parti Ajaran Sesat..
Kekuatan BN sekarang terletak pada kedegilan PAS..
Sapa yang spin sapa ni, Waghih. Gua konfius. Nampak macam lu yang dok spin, dengan komen yang langsung tak kena dengan tajuk.
Macam ni lah, Waghih: lu dok komen manjang kat pelbagai blog anti-Najib, semua pembaca sebenarnya nampak kedangkalan hang.
Let me put this as gently as possible, Waghih: hang ni bodoh. Komen-komen hang semua bodoh. Hang dok spin manjang, fakta kurang, auta lebey. Semua pembaca tau hang bodo. Hang sorang je tak nampak hang bodoh.
Jangan ambik hati, kita pun faham hang tak minat dilahirkan bodoh. Mwahahaha.
Soalannya mana di atas dunia ada parti politik yang berdasarkan ideologi Islamist yang telah berjaya mendamaikan masyarakat dan mewujudkan keadilan dan kerahmatan? Mahupun di Turkey atau di Mesir atau di Sudan atau di Arab Saudi? Sudah jelasnya tuntutan kuasa, harta dan pangkat oleh puak2 Islamist bukan atas prinsip mulia yang di wajibkan oleh maqasid al-shariah al-Islamiyyah.
Perasan ke tak undian prk lepas... cuba tengok betul2, hanya separuh pengundi kawasan prk yg masih sokong kerajaan, lg separuh milik parti2 lain... itu menunjukkan mandat dr rakyat untuk kerajaan masih tergugat & tak padu... nilai majoriti yg diberitahu nmpk besar, hakikatnya nilai majoriti yg dikira hanya membandingkan jumlah undi terbanyak dgn satu kelompok lain... bukan dgn mengambil kira total jumlah pengundi kawasan tu... hampir separuh rakyat kawasan tidak beri mandat pd kerajaan... harus sedar hal tu... celah mana nak dibanggakan tak tau...
Sir, I don't see any intelligence at all in your comment. Calling names and being spiteful shows the person you are. If you are paid to make this hateful and spiteful comment, please remember that it's not worth it.
Mujahid baru jer cuit sikit dah terasa hati...tak tahan pedas ke?
Rahman jpc.. keep your mouth shut
Post a Comment