Saturday, 25 June 2016
Kepada Allah saya berserah - Muhyiddin Yassin
KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.
Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.
Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.
Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.
Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.
Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.
Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.
Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.
Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.
Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"
Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.
Selamat tinggal UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016
Hidup Johor. Daulat Tuanku. TSMY jangan putus asa. Allah SWT bersama orang yang benar. We are with you. Allahu Akbar.
ReplyDeleteMereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah dan sedang berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang!
ReplyDelete#UMNO Pagoh
Kuatkan semangat,teruskan perjuangan....undur Najib.
ReplyDeletebiasalah org baru lepas kena cerai mcm tu lah bunyi nya... kira tsmy bernasib baik drpd anwar lepas kena cerai terus masuk penjara tanyalah dgn tun m dia mesti ckp hang ni kira nasib baiklah kalau aku jd PM hang masuk penjara terus.. hehe
ReplyDeleteSesiapa pun yg baru kena akan cerita baik2 saja tentang empunya diri. Samanlah PM dgn bawa bukti/dokumen. Sejarah membuktikan Nik Aziz pernah minta bantuan syaitan. Lihat apa terjadi. Tok Din pula minta bantuan musuh politik. Jerat makan tuanlah.
Deletemuhasabah diri..kenapa terjadi kpd diri sendiri.umno ada hak utk buang pengkhianat keluar dr parti. patut lama dah buang.
ReplyDeletenak selamatkan malaysia dari apa? tepuk dada tanya selera.
Itu dinamokan Qado n Qada ...
ReplyDeletePenentuan dari yang Maha Berkuaso dan Maha Adil ...
Abang Din dah berpeluang untuk bersamo dongan Tun M mengato buruk dan menghino DSN dongan macam2 tuduhan yang tak masok akal dan tanpo bukti sahih .
Tapi DSN cukup sobar dan boghi peluang pado Abang Din untuk bersikap bonar .
Malang ehh Abang Din pilih untuk bersikap angkuh dan sombong bersamo Tun M dan gang ANC serto bersekongkol dongan kafir DAP .
Pado haghi dan bulan baik no Yang Maha Berkuaso nunjukkan kuaso ehh lalu dihobing keluar Abang Din dan budak Mukhriz ke alam neverland ...
Demi nunjuk kuaso Maha Adil Dio boghi rahmat pado DSN dongan kemenangan bosar pado referendum Sarawak , KK dan Sb Bosar .
Mako pado bulan baik ni elok jugo Abang Din , Tun M dan gang ANC duduk beristghar dan bertasbih .
Mano tau kuk jumpo malam lailatul kadar dan dapek rahmat lak ... untuk 2nd round lawan DSN ...
Waghih
... dongan macam2 tuduhan yang tak masok akal dan tanpo bukti sahih.
Delete- Tanpa bukti sahih? I think you need to get your head examined. Or you were living in a cave for the last couple of years. After mounting evidences put forth by MACC, BNM, etc for the AG to commence prosecution but refused, you still say 'without a single shred of evidence'. It is the people like you that embolden the powers that be to go on gleefully destroying and paralysing our country democratic institutions one after another. You know they're crook inside out but choose to look the other way.
Tan sri, since it was so difficult for you to decide, the Umno council did it for you. Salah kah ?
ReplyDeleteDK.
Waghih tu dh berzaman kombung dek dodak
ReplyDeleteDK ni pun samo yo
Ontah2 orang yg samo