Sunday, 15 May 2016

Berani kerana benar. Jangan gusar Tuan Perdana Menteri.

Dah rosak! 

Pada jam 4.00 petang 13hb. Mei, 2016 Deklarasi Rakyat (DR) telah disahkan mencapai angka sasaran awal 1 juta samada secara atas talian (online) mahupun secara fizikal melalui borang-borang DR yang dicetak dalam 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil. 

Borang yang telah dicetak diedarkan ke seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

DR ini diedarkan kepada rakyat Malaysia semasa program-program Jelajah DR Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM), di tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasar tani, stadium, pasaraya dan sebagainya samada oleh pihak-pihak yang terlibat dalam GSM mahupun sukarelawan yang bergerak atas inisiatif mereka sendiri.

Angka lebih 1.2 juta tersebut adalah senarai bersih yang telah ditapis daripada hampir 1.5 juta senarai awal yang diterima.

Sebanyak lebih daripada 250 ribu DR telah ditolak kerana samada tidak lengkap seperti tiada no. kad pengenalan, DR bertindan/berulang atau DR yang memang sengaja dirosakkan dengan perkataan-perkataan tidak wajar.

Sehingga kini Sekretariat DR Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) masih lagi menerima borang-borang yang dikembalikan secara berperingkat hampir setiap hari samada melalui individu mahupun secara berkumpulan. 

Tandatangan secara online juga masih berterusan diterima pada kadar yang memberangsangkan setiap hari. 

Ini tidak termasuk pungutan tandatangan yang dilakukan semasa acara-acara jelajah DR GSM yang telah dirancang lebih awal selepas daripada tarikh 13hb. Mei 2016.

Kenapa YAB Dato’ Sri Najib dan barisan panglima-panglimanya perlu risau dengan pencapaian angka 1 juta ini kerana beliau beranggapan DR ini tidak sah serta tidak menjejaskan sedikit pun kedudukannya selaku Perdana Menteri Malaysia?

Dato’ Sri Najib juga tidak perlu takut dan mengarahkan jentera upahannya untuk mempertikaikan kesahihan bahawa wujudnya sebilangan kecil rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sanggup menurunkan tandatangan termasuklah memberikan no. kad pengenalan mereka demi menyokong usaha untuk menyelamatkan negara ini.

1 juta itu mungkin satu angka yang sedikit bagi Dato’ Sri Najib jika dibandingkan dengan 2.6 bilion. Kami pasti tidak akan mampu mengumpul 30 juta tandatangan, tapi kami percaya bahawa 1 juta ini tidak akan berhenti hanya setakat di sini sahaja.

Angka 1 juta daripada keseluruhan lebih 30 juta rakyat negara ini hanyalah sebagai satu simbol bagi mencetus semangat kebangkitan bahawa masih ada rakyat yang lebih sayangkan negara ini daripada mempertahankan seorang pemimpin yang telah mencalar imej negara.

Sebagai sukarelawan, sekurang-kurangnya ada secebis kisah yang mampu kami ceritakan kepada anak cucu kami nanti, inilah peranan kecil kami dan lebih sejuta rakyat Malaysia yang bangkit menyelamatkan negara ini. 

Ianya terlalu jauh bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu yang sanggup bergolok gadai harta benda dan nyawa bagi menuntut kemerdekaan.

Tetapi kami tetap berbangga kerana mampu memberikan sumbangan kecil ini untuk mempertahankan kemerdekaan yang bukan kami warisi daripada mereka yang terdahulu, tapi sebenarnya kami hanya meminjam sebentar daripada anak cucu kami.

Hari ini, Malaysia terselamat kerana masih ada sifat patriotisme dalam jiwa lebih 1 juta warganegara tanah pertiwi ini. 

Dan kami yakin, sebenarnya ia jauh lebih ramai daripada yang mampu kita bayangkan. 

Kami percaya di luar sana masih ramai yang lebih waras dan ingin menabur bakti kepada negara yang kita cintai ini.

Hanya masa yang akan menentukan. In shaa Allah. 

Niat, Usaha, Doa dan Tawakkal - Berani Kerana Benar


Yang Ikhlas,
SukarelawanDR-GSM

bit.ly/deklarasirakyat

#GerakanSelamatkanMalaysia
#DeklarasiRakyat
#BeraniKeranaBenar
#SaveMalaysia
#PerjuanganBelum Selesai

25 comments:

  1. Dah kumpul tu, lepas ni nak buat apa? Ada atau tidak peruntukan undang2 tandatangan sejuta, 2 juta atau berjuta juta boleh minta PM mana2 negara letak jawatan? Bubar parlimen? Kihkihiih......adehhhh.....akibat kroni tak dapat dedak dan boboboi tak dapat jadi PM jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa...sekurang2 nya Najib dan pelahap dedak tau betapa ada sejuta lebih yg tak suka yg nak tendang UMNO/BN dalam PRU..tidur pun dah kena telan ubat lah...

      Delete
    2. Tergelak sakan tapi setakat letak nama sebagai mat anon je.

      Bukti jelas penjilat tegar semakin dikejar bayang2 sendiri - takut bila sampai masanya tangan yang menabur dedak berhenti menabur dek kena gari..

      Delete
  2. Saya sudah. Anda bagaimmana?

    ReplyDelete
  3. Ya Al-Haq, ansirna alal haqiqi!

    Ya Allah Yang Maha Benar, menolonglah kita atas kebenaran!

    ReplyDelete


  4. - Malaysian govt investment fund 1MDB coupon payment due date.
    until now has not paid $ 1.75 billion bond interest payable.

    - Last month : 1MDB has not paid (on $1.75b bonds) $50.3 million interest.
    also caused cross default on other debt two consecutive months.

    - Unpaid interest causes financial panic

    - Foreign investors lose confidence in Msia's financial and economic system


    Here's the thing.

    The Bugis jelly has to steal more money to repay the money already stolen.

    The white-haired idiot in Bank Negara is giving time for the US$1.83 billion to be "repatriated".

    The white-haired idiot in Bank Negara does not know what "repatriated" means.

    THE MONEY HAS BEEN SPENT. IT IS GONE. AUTA KANDA SAID SO HIMSELF.

    The gomen will steal the money back from GST or EPF or god knows what.

    The UAE want US41.2 billion plus interest.

    It has already been spent on hippo trinkets.

    Who will repay the UAE?

    You and me.

    They need to steal twice to cover the first theft.

    This is a "finance minister"???

    ReplyDelete
  5. If there must be trouble, let it be my day, that my child may have peace - Thomas Paine

    ReplyDelete
  6. Tun M dan ANC gang nak perbodohkan DYMM Agong kito dan jugo sistem demokrasi yang sedio ado .

    Bak kato waghih2 di kampong , potostat ajo .

    Kalu online cut and paste ajo ...

    Kalu susah dapek .. masok namo bangla dan nepal ...

    Tun M and ANC gang kono bukti sumo yang disobut tu tak berlaku ...

    Camno ehh ...

    Waghih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilo lak berfotostat eh.. Sumo eh sain idup..

      Yg online pun yg dah terbuek 2-3 kali dah ditapih dah..

      Kot yo namo Nepal bangla ado takkanlah bangang bonar Agong tak konar namo puak2 tu.. (kot ekau yang bangang tu pecayola den)

      Yang buek dakwaan konon eh mondo tu bohong la yang kono tunjuk bukti.. Tak ponah jadi dalam sejarah dunio orang yg kono tuduh lak kono nunjukkan bukti tapi yang nuduh takyah buek papo - lopeh nuduh toghuih diam yo..

      Ekau ni ontah dari solok mano datang eh pun tak tau la. Sobab waghih dokek tompek den sumo eh makan nasik, rondang maman, masak lomak.. Ekau yo yang montodarah dodak sampai tobuntang bijik mato dek kombung..

      Delete
  7. Hot on the trail of the Red Giant ... and Malaysian taxpayers' blood, sweat and tears

    http://www.sarawakreport.org/2016/05/riza-linked-company-seeks-to-invest-millions-in-multiple-ventures-globally/

    ReplyDelete
  8. Najib serta mereka yang masih dalam alam penafian (walaupun dalam hati kecil mereka tahu Najib lemah dan pecah amanah) terutama penerima dedak adalah ibarat penyakit cancer yang perlu dibuang demi kepetingan hala tuju masa depan negara.

    ReplyDelete
  9. Tajul sekel kepala Waghih dah, kan dah benjol! Apasal bengap sangat Waghih oiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apo ... den kosian dongan Tun M ni ...
      Bocolanak Tun M nak dapekkan 1.2 juta tandotangan yang tak dapek disohihkan ... tibo2 kono kontut kek AlJubori dalam "warkah dari penjaro "

      Nayo punyo kontut tu bro ...
      Apo tidak ehhh ...
      " Kedua dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kapitalisme ..."
      (Ayat dalam warkah tu ).

      Ado lai ...
      " Kerakusan ini tidak terhenti dengan permerintahan mereka dan kesan kerosakan dirasai sehungga kini ..."
      ( dari warkah Aljubori ..)

      Penamat warkah tu iolah ...
      " THE SERPENT THAT DID STING ... NOW WEARS THE CROWN ..."

      Masyallah ... Tun M dan ANC gang kono taubat nasuho tu ..

      Tak dapek nak nolong do ..

      Waghih

      Delete
    2. Bodohnya hang ni Waghih...nak percaya pada Anwar yg bernafsu songsang..yg impian nak jadi PM tak diizinkan Allah SWT jua...

      Delete
  10. Bukan eh bodoh laie dah waghih tu.. Dah gilo dah tu.. Ontah hapuk dek seman hapo ontah..

    Biarla digasak eh anwar nak nulih apo nak antar dokek sapo pun.. Dio pun bukan eh ado kojo lain dalam jel tu.. Kut yo ekau pun ndak surat dari duo poie la jonguk dio lopeh tu ekau jangan lupo lak boghikan alamat rumah ekau dokek duo.. Kot duo rajin dio nulih la dokek ekau..

    Tapi raso eh tak kuaso dor dio nak nulih dokek orang macam ekau ni. Ngabihkan bogheh yo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi . .masak lemak cili api la hang waghih. Sebat la dedak haram tu puas2. PRU14 ni hang tau la nadib BN klau Najib madih PM.

      Delete

  11. Tuan,
    Can you please give me the link to access Outside the Box blogspot.
    I am trying since 2 weeks but looks like it has been blocked from public view,

    Many thanks
    Selvam

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://themalaysianreserve.com/new/aggregator/sources/19Dear mr selvam..

      you can try this link.

      Delete
    2. Dear mr selvam

      you can try this link..

      http://themalaysianreserve.com/new/aggregator/sources/19

      Delete
  12. waghih adalah seorang gay.

    ReplyDelete
  13. Waghih!
    Agak2 bangang kau tu nak mawak ke mano? Aka kau tu pendek bona tu. Ese dulu tengok kau ni tehegeh2 kulu kilir muji jibaok tu konon eh baguih bona. Kok nak raso pijar moh la,kito jumpo. Ese berani pasal besobab. Bukan mangkok kosong mcm kau. Kok tak paham yo laei kok dek kau la,sbb syarat utama nak dodak ni bangang Misti melantun2. Ponah ko poei rumah TDM,beburak? Kok tak, jgn memiseng yo....kang kok kono alau mcm ayam toge yo kang!
    Ingat tu waghih....

    ReplyDelete
  14. Wahgih...
    Satu2 eh pemimpin yg nak makan pelompang abang ese marin nuar ghohin,kang ekau pulak ese bori pelompang kang. Group ese ni begorak sbb KEBENARAN,bukan mcm kau isapbandung dodak. Nak ese bawak duduk mo sahabat arwah Tun razak? Baru kau kona sapo idola kau tu? Bekoyan laei Waghih citor yg tak kelua,pasal melibatkan maruah,ekau apo tau?

    ReplyDelete
  15. Bro. there's probably something vitally amiss in the morals these bangsatwans were brought up with...

    ReplyDelete

  16. My dear Waghih,

    Lamo boto eden tak jongok kek blog ni hah, sibuk siket pulak.

    Tapi porangai ekau macam tu jo den nengok tak boghubah-ghubah.

    Masih laie ekau dongan komen-komen tak masuk aka ekau tu.

    Masih laie ekau dongan sombong dan bongkak eh monyanjung porasuah, ponjonayah dan ponyamun.

    Apolah bungko bona ekau ni.

    Dah tak nampak laie yang mano satu bona, yang mano satu nipu.

    Eden bukannyo maghah dokek ekau doh, tapi eden kosian.

    Sampai bilolah ekau nak hanyut dalam kososatan dan kogolapan nih.

    Den dah kobakan dulu, jangan makan hasil bondo yang haram, jangan bagi anak bini makan hasil dari bondo yang haram.

    Bonak hati jadinyo nanti.

    Bawak-bawak la bukak mato dan hati tu.

    Jangan selamo-lamonyo kono tipu dan monipu.

    Dodak tu tak selamonyo ado, Waghih.

    Sampai masonyo nanti, abih lah dio.

    Soda lah Waghih.

    Kosianlah kek anak cucu ekau nanti yang akan nanggung boban akibat pobuatan bapak-bapak ponyamun, porasuah dan ponjonayah itu.

    Pikir-pikirkan lah.

    Bak kato oghang asli kek kampung eden nia - hidup berakal mati bohantu Waghih.

    p/s.
    Eden nengok ramai yang mombalun ekau kat ateh tu Waghih.

    Takdo soghang pun yang monyokong ekau.

    Kan monyodihkan tu Waghih, hidup tak ado kawan.

    Soda lah Waghih.


    Another Waghih.


    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC