Tuanku Sultan Johor adalah Raja Melayu Malaysia Moden yang berjaya menambat hati rakyat dengan tindakan serta pendirian yang bijaksana, bukan populis. |
2. Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelas telah menzahirkan akan kedudukan dan peranan sebenar yang dimainkan oleh INSTITUSI RAJA sebagai cabang keempat dalam sistem demokrasi berparlimen ini, untuk melaksanakan akan semakan dan imbangan (“check and balance”) termesti ke atas ketiga-tiga cabang lain Kerajaan.
3. Justifikasi berhubung dengan pandangan di atas, adalah berpandukan kepada peruntukan tertentu di bawah Perlembagaan Persekutuan.
3.1 Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Baginda YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja hendaklah sebelum menjalankan tugasnya, mengangkat dan menandatangani SUMPAH JAWATAN di hadapan Majlis Raja-Raja, di dalam kehadiran Ketua Hakim Negara, akan SUMPAH JAWATAN seperti yang tertera di Bahagian I pada Jadual Keempat; dan ANGKAT SUMPAH yang mana hendaklah disaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu, oleh Majlis Raja-Raja:
SUMPAH JAWATAN ITU:
“… Dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini …”
“… Dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini …”
- jelaslah, Baginda YDPA telah mengangkat SUMPAH JAWATAN dan mengisytiharkan bahawa Baginda AKAN melaksanakan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan tanpa gagal.
- “SUMPAH JAWATAN” oleh Baginda YDPA adalah semestinya lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan angkat sumpah lain ... " - Haniff Khatri
Haji Haniff Khatri ialah seorang pengamal undang-undang yang aktif. Antara peguam yang berani menyatakan yang hak dizaman masyarakat dituba dengan pelbagai dakyah, penipuan dan pembohongan.
Kupasannya panjang lebar namun secara ringkasnya peguam ini merungkai kuasa sebenar Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya perlembagaan sebuah persekutuan yang diberi nama Malaysia ini memberi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong untuk melaksanakan peruntukan undang-undang serta Perlembagaan itu sendiri.
Mungkin pindaan perlembagaan pada tahun 1993 telah memperkukuhkan lagi kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran serta kerajaan demi untuk memastikan keadilan, keamanan dan untuk memelihara kesucian Islam.
Jika Raja dan rakyat dilihat sama dari kacamata undang-undang maka Raja juga seharusnya berhak akan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat biasa.
Kebebasan bersuara serta mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan negara, rakyat serta martabat pemerintahan yang ditunjangi Islam adalah hak Raja Raja Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Sumpah Jawatan Yang DiPertuan Agong juga amat jelas.
Daulat Tuanku!
p/s Segala tindakan untuk menyelamatkan negara dari pengkhianat dan kumpulan perompak bukannya mainan politik dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk berpolitik. Itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh seluruh rakyat yang bernaung dibawah Raja Raja Melayu.