Saturday, 27 February 2016

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang
ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.  Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!
MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

25 comments:

  1. Sebaik nya Muhyiddin di pecat terus dari UMNO. Jangan ingat dia saja di pihak yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tsmy memang benar...najib?

      Delete
    2. Aiii...tak cukup dedak ke? Kalau ya pun toksah lah susah2 kutuk Tan Sri nak tutup pekong 1mdb dan derma berbilion tu. Hidup cara jilat saja tak kemana. Faham?

      Delete
  2. Tan Sri boleh simpan je la statement mcm ni....jika anda betul-betul ikhlas, berjihad la...apakah anda sedang bermimpi...salah satu cara berjihad adalah dgn berdiam diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat jilat bang..bodoh tu simpan sikit..dalil mana ko pakai ni? lahap Sgt mkn dedak ni..ke terlebih jilat smpi biol otak ko!

      Delete
  3. Amar al-Makhruf wa Nahi al-Mungkar Adalah Kewajiban Orang Mukmin

    "Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar; dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Quran, Luqman ayat 17)

    Dari Abu Sa’id Al Khudri (radiallahu ‘anhu)ia berkata: Saya mendengar Rasulullah (sallallahu ‘alahi wa sallam) bersabda, "Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu Kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah (situasi) dengan tangannya; jika itu ia tidak mampu buat maka hendaklah ia mengubah (mengingkari) dengan perkataannya; jika begitu ia tidak mampu juga maka hendaklah ia mengubah (membenci) dengan hatinya - akan tetapi itulah keimanan yang paling lemah."
    (Muslim no. 49).

    ReplyDelete
  4. Myuddin is not alone. 30 million people are behind him. The Bugis lanun MUST go........ Nobody wants the Bugis lanun to remain. Only a few "kaki bodek" are still around him.

    ReplyDelete
  5. Malaysians are with you Mr M. A cheat/liar cannot lead and must go........

    ReplyDelete
  6. Seorang yang tak beamanah, pembohong, tidak boleh jadi Perdana Menteri.
    Seorang yang bodoh dalam pembohongannya, bodoh dalam pengurusan niaganaya, tak boleh di jadikan pemimpin.
    Kumpulan yang menyokong dan yang BERDIAM DIRI untuk bersama dengan pemimpin sebodoh ini, tak boleh dibenarkan berkuasa lagi.

    Argonite

    ReplyDelete
  7. Mranon 1041am.
    Awak adalah binatang penjilat najib.
    Semuga Allah melaknati awak.

    ReplyDelete
  8. Saya sebagai bangsa Johor dan rakyat yang cintakan negara menyokong TSM. Hidup TSM!

    Aida A

    ReplyDelete
  9. anon 10:41:00 AM

    inilah ciri ciri penagih DEDAK

    hari hari makan duit haram lama lama jadi penyakit

    ReplyDelete
  10. Prosedur mana Umno guna bila Presiden hadir tapi tidak pengerusikan mesyuarat? Sebaliknya Naib Presiden yang hampir kalah pemilihan menjadi pengerusi mesyuarat. Mesyuarat itu sendiri dipertikaikan kesahihannya dan keputusan yang dibuat juga adalah tidak boleh diterima pakai. Najib Zahid Hishammuddin dan seluruh ahli MT patut tubuh parti baru dan buat Perlembagaan yang menepati citarasa mereka. Bawalah bersama penyokong mereka di kalangan KBU dan pemakan dedak yang mereka bela.

    ReplyDelete
  11. Anon 10.41 am,

    "...salah satu cara berjihad adalah dgn berdiam diri..." ????

    Biar betul kamu ni! ???

    Itu ke yang Rasulullah s.a.w. ajar kamu? Amal makruf nahi mungkar!
    Yang dikatakan 'berdiam diri' tu ialah apabila kita telah berusaha melalui cara lain terlebih dahulu untuk menghapuskan kemungkaran.


    lihat: http://roslay50.blogspot.my/2012/03/selemah-lemah-iman.html

    SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI: HADIS ke 34

    “ ‘An Abii Sa’iid al-Khudriyyi radhiyallahu ‘anhu qaala: ‘Sami’tu Rasuulallahi shallallahu ‘alaihi wasallam yaquul: “Man ra-a minkum munkaran fal-yughaiyiirhu biyadihi, fain lam yastathi’ fabilisaanihi, fain lam yastathi’ fabiqalbihi, wazalika adh’aful-iimaan” (Rawaahu Muslim)


    Ertinya: “Daripada Abu Sa’iid Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, katanya: ‘Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Di Riwayatkan oleh Muslim: dalam kitab Al-Iman, hadith no.49)

    tafsir:
    “fabilisaanihi” – dengan lidahnya, maksudnya: mengubah kemungkaran dengan ucapannya. Misalnya dengan berceramah, meminta bantuan kepada orang lain, memerintah, mengancam, mengingatkan pada Allah dan siksaan-Nya yang amat pedih.

    Inilah yang sedang TSMY dan this blogger sedang lakukan. Nak ubah dengan tangan, kita tak mampu.
    Tapi takkan kita nak terus memilih 'berdiam diri' yg merupakan selemah-lemah iman? Cubalaa cara ni dulu.
    In shaa Allah... Allah bersama pihak yg benar.

    Kalau Najib dan geng2nya dipihak yg benar, mereka tak perlu takut dengan TSMY, TDM, Dato Khairuddin, Mathias Chong dan blogger2 serta laman-laman portal berita yg kini telah disekat.

    Jika mereka benar, mereka tak perlu takut sbb mereka tentu yakin yg Allah bersama mereka, bukan?

    Namun.... yg pasti.... semakin hari, Allah membuka aib Najib di seluruh dunia... satu demi satu... itu adalah fakta.

    ReplyDelete
  12. Bro Din ,

    1) You are warned ... PAU.
    Mengapa masih engkar pada parti ?
    Kalau sayang parti , saperti yang
    Bro Din jelaskan , maka tunggula
    keputusan PAC .
    2) Pemahaman Bro Din , 90% ketua
    bahagian yg bersalah dalam PAU .
    3) Pandangan Bro Din , ahli majlis
    Tertinggi tak tau apa2 dan hanyo
    Bro Din yang bukan 3B .
    4) Bro Din fikir diri dianaya sebab
    tak diberi peluang pertahankan
    diri . Tapi masih sempat poi
    vacation .

    Aduiih payah ni ...
    Poi la duduk kek hutan dan bertapo
    untuk dapatkan rahmat ...

    Orang kampong tak dapek nak nolong
    do ...

    Waghih.

    ReplyDelete
  13. If Muhyiddin wants to be the next PM, he needs to be more vocal and rally his troops. Takkan nak harapkan Tun M aje. Najib is toxic to our beloved country. His macai are corrupt and incompetent. Rakyat wants a new PM and the stolen money returned!

    ReplyDelete
  14. Adoi....makin parahlah UMMO mcm ni. 2018 bukannya lama lagi tu. Dah lah keadaan rakyat sekarang ni makin terhimpit dgn keadaan kos sara hidup dan lain2 tekanan.

    ReplyDelete
  15. berdiam diri sebagai tanda jihad bukan saja sesat tetapi menyesatkan....

    ReplyDelete
  16. ekau yang patut bertapo kek dalam hutan Warigh oiii...

    ReplyDelete
  17. The biggest miscalculation will be by Hishamuddin Onn! He got burn along the way and will be far from PM material....Najib and his cohorts, its a gone case hands down easy! No matter how strong you would want to project Najib-Zahid combination, its a matter of time that house will crumble like bread-crumbs!

    To the lap-dogs still oblivious to the DAYLIGHT ROBBERY of Billions and INTEGRITY of DEMOCRACY, you'll get burnt first until you realised that you're already in the fire, that's how stupid you can be!

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's what you get when politicking is about family business in the name of the nation

      Delete
  18. Siapa yg dudok dibarisan dpn dlm video semasa ucapan tsmy di janda baik? Lupa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tentulah Ahmad Zahid. cuba perhati betul2 body languagenya. Adakah dia tidak bersetuju dgn apa yg dicakap oleh Muhyiddin.
      Malah dia tersenyum ...

      Delete
  19. http://nypost.com/2016/02/28/malaysia-goldman-sachs-and-mystery-millionaire-probed-in-one-of-worlds-largest-frauds/

    ReplyDelete
  20. Kenyataan hitam putih yang serius, malah boleh dianggap sebagai statutory declaration:

    "Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!"

    Kata-kata kunci: mantan Peguam Negara, buktinya sekali yang sah, perbuatan jenayah, kenyataan yang sah yang di buat di depan Peguam Negara yang sah pada masa itu.

    Lebih-lebih lagi kenyataan Muhyiddin ini di sahkan lagi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azlina, apabila dia menyebut bahawa pelanggaran OSA telah berlaku. Secara tak langsung memberi anggapan bahawa "charge sheet" dalam debatan isu bukanlah omongan kosong tapi wujud dan sahih.

    Saya tak faham kenapa isu ini berlalu macam angin serpoi-sepoi sahaja. Kalau isu ini berlaku serupa-serupa katakanlah di UK saya percaya kerajaan yang memerintah sudah pasti tumbang tanpa memerlukan perjalanan Pilihanraya Umum pun.

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC