1. Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.
2. Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.
3. Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”
4. Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?
5. Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?
6. Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.
7. Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan :
“ Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. ”
8. Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.
9. Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.
10. Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.
11. Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.
12. Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.
13. Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato’ Seri Najib.
14. Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.
15. Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.
16. Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato’ Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.
17. Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?
18. Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.
DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam
Keniaan Akhbar - 07 haribulan Februari, 2016
Syabas anak muda bakal menjadi Perdana Menteri ...
ReplyDeletesetelah penipu negara najib diPECAT secepat mungkin
Kami rakyat orang biasa memohon rujuk kepada Duli Yang Maha Mulia, Majlis Raja-Raja Melayu, supaya hadiran terhormat akan dapat menyelidik dan menyiasat hal malang yang telah melanda kedaulatan perundangan Malaysia kita yang tercinta.
ReplyDeletehttps://m.youtube.com/watch?v=vE1OhnW6iac
When they do anything that is shameful, they say: "We found our fathers doing so"; and "Allah commanded us this". Say: "Nay, Allah never commands what is immoral: will you speak about Allah what you know nothing about?"
DeleteSay: "My Lord has commanded justice; and that you present your whole selves (to Him) at every time and place of prayer, and call upon Him, making your devotion sincere in His sight. Such as He created you in the beginning, so shall you return (to be judged).
Some He hath guided: Others have (by their choice) deserved to lose their way; in that they chose the evil ones, instead of Allah, to be their friends and protectors, and still believe they are among the people of guidance."
(Surah 7,v.28-30)
Agaknya menyesal Najib menjatuhkan Mukhriz sebagai MB Kedah kerana sekarang nampak dengan jelas Mukhriz is going all out to bring him down.Saya sokong Mukhriz. Pemimpin tak amanah seperti Najib mesti disingkirkan.
ReplyDeleteIni dinamakan anak jantan
ReplyDeleteHidup DS Mukhriz Tun Mahathir! Anda harapan kami rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Jangan tunduk dan mengalah dengan segala putarbelit DS Najib Razak. Jangan tunduk pada sogokan yang mungkin beliau tawarkan demi untuk menutupi jenayah beliau. Kami teguh bersama DS Mukhriz. You are Prime Minister in the making insya Allah.
ReplyDeleteKeadaan keruh yg melanda Malaysia sekarang ini adalah peluang yg baik untuk pemimpin muda yg berani kerana benar bergerak ke hadapan. Rakyat hendak mengenali anda sebab semua menteri dan timbalan dalam kabinet Najib are no longer trustworthy and should all be fired.
ReplyDeleteWish young umno leaders like khairy, dr razali ibrahim have guts and clear mission and vision like mukhriz. We can forget useless leaders like annuar musa, rahman dahlan, salleh keruak, ahmad maslan and the likes.
ReplyDeleteAct before its too late
Lagi satu saya harap...in shaa Allah di izinkan Tuhan Mukhriz jd PM,tendang semua menteri2 kabinet yg ada sekarang jgn tinggalkan sorang pun,ahli2 parlimen kaki bodek kesemunya...padan muka depa
ReplyDeleteThe phrase "general will," as Rousseau used it, occurs in Article Six of the "Declaration of the Rights of Man and the Citizen" (French: Déclaration des droits de l'Homme et du citoyen), composed in 1789 during the French Revolution:
ReplyDelete"The law is the expression of the General Will. All citizens have the Right to contribute personally, or through their Representatives, to its formation. It must be the Same for All, whether it protects or punishes. All citizens, Being Equal in its eyes, are equally admissible to all public dignities, positions, and employments, according to their Capacities, and without any other distinction than that of their Virtues and their Talents."
Sori bro ...
ReplyDeleteTerus terang saya katakan , orang kampong tidak terasa kehilangan Mukhriz ini .
1) tidak ada keistemewaan yang ditunjukkan semasa menjadi MB.
2) sebagai ahli majlis tertinggi , beliau tidak menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin . Hanya bersandarkan nama bapa beliau.
3) tidak menunjukkan kematangan berhujah dalam isu 1mdb dan gst yang dibangkitkan .
4) terikut dengan gaya DAPig Tony Pua dan LGE dalam penghujahan . Cakap lebih tapi fakta onpong .
5) yang amat ketara ... tak dapat menunjukan kepandaian ..
So ... no love for him.
Waghih.
You don't love him huh? Well he wouldn't need kaki pengumpat as his supporter. Go find someone of your kind to love, sis. Ghairah!
DeleteAnon 11.17
ReplyDeleteSetiap orang ada gayanya yang tersendiri. Anwar adalah pemidato yang terbaik dimalaysia. Tapi apa yang lebih penting adalah hati, ada sikap jujur, iklas dan berani berkata benar. Kita ada banyak ahli politik dalam kerajan dan pembangkang, tapi berapa orang saja yang berani berhujjah untuk kebenaran. Walaupun hujjahnya nampak janggal tapi selari dengan kehendak majoriti rakyat maka usahanya patut disokong.
Raja-Raja Melayu pendirian mereka konsisten.Sebab sikap konsisten itulah Dato' Onn Ja'afar menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) pada tahun 1946 untuk melawan Malayan Union.Sir Harold MacMichael adalah utusan Inggeris yang berjaya mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.PEKEMBAR menentang persetujuan Raja-Raja Melayu itu,yang mana kemudiannya Raja-Raja Melayu yang berasa sedar dan kesal mendakwa mereka diperdaya oleh MacMichael.Masalah negara kini,...apakah Raja-Raja Melayu akan sedar serta kesal,dan kemudiannya mendakwa mereka diperdaya oleh si Pahlawan Bugis pula?
ReplyDeleteOrang kampong yang Anon 11:17pm maksudkan? Kamu sorang atau terlibat keluarga? Tak banyak mana pun.....tapi andai betul kata kamu, telahan orang kebanyakan bahwa benak fikiran dan minda orang kampong memang tahap meleset gitu. Akibat segelintir yang benak fikiran habis semua orang kampong lain dianggap bodoh!
ReplyDeletePoint 1 - 5 kamu pun semata mata andaian hanya untuk menafikan walau kenyataan nya adalah sebalik nya!
Waghih, gi kesat hingus tuh, dah meleleh....
Bro Waghih,
ReplyDeleteWhilst mukhriz is an ordinary and no angel, at least he is not a thief, abuser of power and more importantly not a compulsive liar. He does not receive billions in his PERSONAL Account.
If you gonna trust your life including that of your family in the current hopeless and rogues leaders, memang sah melayu dah dibangsatkan. Jangan salahkan bangsa lain...ok?
Wallahuaklam
Kepada Joe Harry,...saya senang dengan komen-komen anda di setiap blog yang anda komen.Boleh tak hentikan memanggil Anwar sebagai pemidato terbaik.?Pidatonya hanya sedap didengar oleh golongan yang tidak berdaya fikir dan tidak suka membaca.Dia adalah penghibur mereka.
ReplyDelete
ReplyDeleteNajib begitu TEGUH , tak dapat dijentik pon .
Wagih adalah salah seorang pemakan dedak
ReplyDeleteMukhriz bukan a great leader. Mungkin benar Mukhriz dibayangi bapanya. Yang pasti, dia tidak makan dedak!
ReplyDelete2 hari lepas najib ke singapore. utk apa? ambil duit simpanan ke? hari ni berlepas ke US. harap2 polis US check betul2 beg masa kat airport. tengok bawa duit ke, bawa baju tidor.
ReplyDeleteFrom a Malaysian perspective, a leader who is not corrupt, does not steal from the state coffers, does not spend tax payers money for personal benefits is a GREAT leader. We are indeed a failed state that the parameters used to determine a good leader was so low that Mukhriz is considered MB material. Are there other qualities required of a MB beyond corruption-free administration?
ReplyDeleteSdr, today Outside the box blog is blogged even though the address is changed to ".de" or ".jp"
ReplyDeleteCan you please try to check why? Was anything changed?
Thanks.