RM2 juta itu mungkin derma yang dihulurkan kepada Rosmah Mansor untuk kerja-kerja kebajikan yang beliau begitu aktif lakukan.
Siapa yang menderma jangan disoal, itu mungkin rahsia besar. Rahsia serupa derma RM2.6 billion yang diterima suami beliau. Keperibadian serta kebijaksanaan mereka suami isteri memang dikenali seantero dunia. Jesteru derma yang datang mencari.
Bagi tujuan siasatan untuk memastikan ianya benar-benar derma / sumbangan ikhlas Pasukan Petugas Khas atau SPRM/PDRM/Bank Negara seharusnya mengenalpasti punca wang tunai RM2 juta yang didepositkan kedalam akaun peribadi oleh seorang individu bernama Roslan Sohari.
Siapa Roslan Sohari?
Dah siasat akaun yang dipaparkan? |
Pelbagai gambar serta maklumat peribadi serta rakaman perjalanan global Roslan Sohari bersama Perdana Menteri dan rombongan pun berjaya dirakam dari Facebook beliau (sebelum seluruh catatan Facebook Roslan Sohari hilang secara mengejut)
Setakat ini belum ada apa-apa laporan yang mengatakan bahawa pembongkaran berhubung RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah Mansor serta indentiti individu yang bertindak mendeposit sejumlah wang tersebut, iaitu Roslan Sohari , adalah palsu.
Sebelum ini Pasukan Petugas Khas, menerusi Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail, telah membuat kenyataan rasmi bahawa kes ini didalam pengetahuan serta siasatan mereka.
Apa perkembangan kes ini. Roslan Sohari telah disoalsiasat atau apakah individu ini pun telah melarikan diri ?
Seluruh rakyat Malaysia, terutamanya pejuang-pejuang Melayu dalam Umno yang bertarung demi Agama, Bangsa dan Negara telah menerima sebulatnya bahawa penyaluran wang RM2.6 billion kedalam akaun peribadi suami Rosmah adalah halal serta sah. Mungkin Rosmah pun wajar menggunakan alasan yang nyata mujarab itu.
Peduli apa dengan undang-undang negara. Kan?
p/s Yang bersuara menuntut suami Rosmah agar meletak jawatan hanya golongan kecil yang tidak tahu 'cari makan'.
16 comments:
Beralir zaman UMNO kita hingga tiba ke suatu perjuangan palsu yang terisi nafsu serakah, UMNO dia orang saja.
Perpatah Melayu jelas dalam hal ini ,'sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh juga ketanah', peringatan orang tua-tua yang perlu dijadikan panduan.
Tolong lah derma ke akaun peribadi saya. "Saya pun nak cari makan jugak".
Bawalah masuk kubur semua tu
Mengadap Quran mcm bagus je...bab duit tuhan pun tolak tepi
mereka dpt derma,kita setiap hari bagi mereka derma...jilake...siapa yang untung ni???
Siasatan tidak dapat diteruskan kerana kita masih gagal untuk mengesan dimana Rosmah Mansor berada ketika ini.
- Ketua Twitter Nagara.
RM2 juta yang ada dalam akaun Rosmah itu bukan dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk units... Just Units.
- Husnit.
Samalah saya pun..
Sural Al-Lail (The Night)
In the Name of Allah Most Compassionate and Merciful
1. By the night as it envelops,
2. And by the day as it shines forth,
3. And by Him (The Lord) Who created males and females,
4. Certainly, your efforts and deeds (oh humankind) are diverse (in your aims and purposes),
5. As for her who gives (in generosity) and keeps her duty to Allah while in awe of her Lord,
6. Having faith in Al-Husna (truth and goodness).
7. We will make smooth for her the path of beneficience.
8. But as for she who is greedy and selfish and thinks herself self-sufficient,
9. Turning away from Al-Husna,
10. We will make smooth for her the path of evil.
11. And how shall her wealth benefit her when she goes down (in annihilation)?
12. Truly! It is We (who provide) guidance,
13. And truly, unto Us belongs the last and the first (of creation).
14. Thus have I warned you of a Fire blazing fiercely (the lasting Inferno).
15. None will enter it except for the most wretched of beings,
16. Who deny and turn away (from truth and goodness).
17. But the al-Muttaqun (the pious and pure-hearted) will be far removed from it (tormented Hell).
18. She who spends her wealth to increase in self-purification,
19. And has in her mind no desire for favours and rewards from anyone,
20. Except only the desire to seek the Countenance of her Lord, the Most High;
21. Such a one will surely be gratified (in Paradise).
Dah x sesuai pepatah ni. Kat kawasan perumahan sy sumer tupai main atas tanah dah x ada yang melompat pokok.
Saya pun cuma bezanya derma x iklas pun sy terima juga.
Saya pun cuma bezanya derma x iklas pun sy terima juga.
8 transactions, spread over 2.5 months, about the same quantum, all in CASH, into current account. rezeki datang. whats the problem
Sudah nasib atau ketentuan, ada yang senang dapat rezeki dan ada yang susah
Susah payah, pada Hari Penghisaban baru kita dapat merasa hakikat ikhtiar usaha sendiri masa kita bermain atas dunia dulu.
Firman Allah:
"Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”. (Al-A’la: 16-17)
"Teman-teman akrab (yang jahat) pada hari itu akan sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian lain kecuali orang-orang yang bertakwa”. (Az-Zukhruf: 67)
Dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w.:
“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.
(riwayat Muslim)
Sabda Nabi s.a.w.: “Demi Allah. Bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku khawatir ketika dibukakan kepada kamu sekalian ad-dunia sebagaimana telah dibukakan bagi orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu, sehingga hal (dengki & tamak) itu membinasakan kamu sebagaimana mereka dibinasakan olehnya.”
(Bukhari dan Muslim)
Post a Comment