RM2 juta itu mungkin derma yang dihulurkan kepada Rosmah Mansor untuk kerja-kerja kebajikan yang beliau begitu aktif lakukan.
Siapa yang menderma jangan disoal, itu mungkin rahsia besar. Rahsia serupa derma RM2.6 billion yang diterima suami beliau. Keperibadian serta kebijaksanaan mereka suami isteri memang dikenali seantero dunia. Jesteru derma yang datang mencari.
Bagi tujuan siasatan untuk memastikan ianya benar-benar derma / sumbangan ikhlas Pasukan Petugas Khas atau SPRM/PDRM/Bank Negara seharusnya mengenalpasti punca wang tunai RM2 juta yang didepositkan kedalam akaun peribadi oleh seorang individu bernama Roslan Sohari.
Siapa Roslan Sohari?
Dah siasat akaun yang dipaparkan? |
Pelbagai gambar serta maklumat peribadi serta rakaman perjalanan global Roslan Sohari bersama Perdana Menteri dan rombongan pun berjaya dirakam dari Facebook beliau (sebelum seluruh catatan Facebook Roslan Sohari hilang secara mengejut)
Setakat ini belum ada apa-apa laporan yang mengatakan bahawa pembongkaran berhubung RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah Mansor serta indentiti individu yang bertindak mendeposit sejumlah wang tersebut, iaitu Roslan Sohari , adalah palsu.
Sebelum ini Pasukan Petugas Khas, menerusi Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail, telah membuat kenyataan rasmi bahawa kes ini didalam pengetahuan serta siasatan mereka.
Apa perkembangan kes ini. Roslan Sohari telah disoalsiasat atau apakah individu ini pun telah melarikan diri ?
Seluruh rakyat Malaysia, terutamanya pejuang-pejuang Melayu dalam Umno yang bertarung demi Agama, Bangsa dan Negara telah menerima sebulatnya bahawa penyaluran wang RM2.6 billion kedalam akaun peribadi suami Rosmah adalah halal serta sah. Mungkin Rosmah pun wajar menggunakan alasan yang nyata mujarab itu.
Peduli apa dengan undang-undang negara. Kan?
p/s Yang bersuara menuntut suami Rosmah agar meletak jawatan hanya golongan kecil yang tidak tahu 'cari makan'.