Ketika skandal yang amat memalukan kita dimata dunia ini terbongkar ramai yang melompat seperti kera yang terkena belacan, berteriak kepada umum bahawa laporan dana DUA RIBU ENAM RATUS JUTA RINGGIT dalam akaun peribadi Najib adalah fitnah.
Najib sendiri, mungkin kerana terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan diri pada ketika itu, berbohong kepada rakyat dalam satu tampalan di Facebook dimana beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab keatas 'fitnah terhadap beliau dan keluarga'
Ekoran penafian itu Najib telah berikrar akan mengambil tindakan undang-undang didalam dan diluar negara terhadap fitnah berniat jahat yang didalangi pihak yang bertujuan memaksa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
DUA BULAN sudah berlalu. Akhbar The Wall Street Journal telah berulang-kali mempertahankan pendirian mereka bahawa laporan 'Dana RM2.6 Billion dalam akaun peribadi Najib' adalah benar dan sahih. WSJ juga telah mencabar Najib agar menyaman mereka.
DUA BULAN sudah berlalu dan kini cerita Najib menyaman WSJ pun sudah tidak kedengaran lagi. Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.
DUA BULAN telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin Umno sudah celik atau masih buta kayu?
Ada pemimpin bangsawan UMNO yang mengherdik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kononnya bekas presiden Umno itu telah terpesong dari perjuangan parti dan bertindak diluar batasan apabila hadir di tunjuk perasaan rakyat di Dataran Merdeka tempohari.
Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?
Jika tidak mampu berdiri untuk menegakkan yang benar dan menghalang kemungkaran yang nyata didepan mata lebih baik berdiam diri dari cuba menegakkan benang yang basah. Hendak harum terlalu hangit!
P.S. Jika Umno kekal buta kayu maka pastinya penyokong dan pendokong akan melangkah batas beramai-ramai.
Ada pemimpin bangsawan UMNO yang mengherdik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kononnya bekas presiden Umno itu telah terpesong dari perjuangan parti dan bertindak diluar batasan apabila hadir di tunjuk perasaan rakyat di Dataran Merdeka tempohari.
Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?
Jika tidak mampu berdiri untuk menegakkan yang benar dan menghalang kemungkaran yang nyata didepan mata lebih baik berdiam diri dari cuba menegakkan benang yang basah. Hendak harum terlalu hangit!
P.S. Jika Umno kekal buta kayu maka pastinya penyokong dan pendokong akan melangkah batas beramai-ramai.
Kecewa DS Hishamuddin dan Tun M;
ReplyDelete1. Bukankah Tun M sbg pengerusi bn dan presiden umno membenarkan hisham dicalonkan utk kerusi parlimen ledang dlm pru 1995 ( masa tu TSMY masih lagi mb, pengerusi bn , pengerusi perhubungan umno johor dan naib presiden)
2 walaupun pernah dilontar fail oleh tun hussein semasa tun m merayu kes harun idris ( yg dijatuhkan oleh hussein menghunakan shahrir setpolnya) semasa menjadi TPM
3. Walau semasa menjadi calon hisham adalah ketua pemuda bhgn ledang dan exco pemuda umno yg menang dgn undi tertinggi pada tahun 1993 Beliau Tun M sb pengerusi bn dan presiden umno beliau boleh sahaja membenamkan karier politik hisham dari tunasnya.
4. Bukankah tun hussein diakhir hayatnya bukan ahli umno sama seperti apabila beliau keluar dari umno bersama ayahandanya dato' onn pada tahun 1951 bersama menubuhkan imp dan kemudian parti negara bagi menentang umno
5. Bukankah bukan sahaja beliau memilih hisham menjadi calon parlimen malahan terus melantik beliau menjadi setiausaha parlimen miti 95-97, timbalan menteri perusahaan utama 97-99 dan kemudian menjadi anggota kabinet sbg menteri belia dan sukan. Ini tidak dilakukan kpd tawfik tun dr ismail ahli parlimen sepenggal sahaja
6. Bukankah dgn memaksa peletakkan jawatan zahid sbg ketua pemuda umno pada tahun 1997 Tun M telah menguntungkan politik hisham yang telah menjadi pemangku ketua pemuda umno
7. Ada yg akan kata tun m patut berterima kasih akan budi tun hussein yg melantiknya sebagai tpm. Hakikatnya mahathir bukan pilihan hussein malahan tidak satupun naib2 presiden umno tg razaleigh, abdul ghaffar dan mahathir jadi pilihan, hussein inginkan ghazali shafei yg kalah pemilihan naib presiden umno 1975. Tetapi rancangan hussein dikecewakan apabila tiga2 naib presiden bersatu dan ancam tidak mahu sertai kabinet jika salah seorang dari mereka tidak dilantik sbg tpm. Akhirnya hussein pilih org paling tidak digemari dan naib presiden ketiga mahathir. Ada juga kata ini wasiat tun razak.
Adakah hisham yang kata atau fitnah astro awani.
DeleteAnd your point is?
Delete
ReplyDeleteYAB PERDANA MENTERI DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK TELAH MENJELASKAN SEGALANYA. JANGAN FITNAH BELIAU DAN ISTERI TERCINTA DATIN SERI ROSMAH MANSOR. IKUTI PENJELASAN YAB PERDANA MENTERI http://www.amenoworld.net/2015/04/aksi-joget-najib-di-majlis-perkahwinan.html
Bersepah duit yg disonglapkan.... sekejap di Cayman Island, pastu di Spore, pindah pulak ke akaun peribadi di negara...alih2 muncul pulak di Hong Kong...?
DeleteBetullah nasib malang kita rakyat Malaysia seperti dalam lagu Mat Sentul. "Oh malang, nasibku malang. Ikan ku panggang dah tinggal tulang. Ayam di reban, disambar dek musang". MUSANG TAK BERJANGGUT, BERPERUT GENDUT.
Ada 26 hari Selasa dari Julai- Disember. Bila mahu saman WSJ&SR da?
ReplyDeleteBila Tun M sendiri yang sanggup menongkah arus dengan turun ke jalanraya...apakah makna semua ini?? Tentu ada makna yang begitu besar demi Negara Malaysia ni. Masih tidak sedarkah lagi UMNO?
ReplyDeleteUMNO hari ini sudah sesat.
ReplyDeleteAmanah yang diberilan oleh rakyat kepada pemimpin dibuang saperti sampah. Kini tuhan yang disembah adalah Wang.
Cash is King punca politik wang dan budaya rosak ni telah hancurkan UMNO.
UMNO harus dimusnahkan diPRU14.
Hanya Tun Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah yang masih sayangkan UMNO sejati. Tetapi jika najib kangkung nasi kangkang masih presiden, maka lebih baik UMNO dikuburkan.
segala untuk rakyat
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=g3YAHOdPwCw
Orang Arab derma tapi joget ikut bollywood
https://www.youtube.com/watch?v=-kWbNtdWopk
Yang ini cerita seram
https://www.youtube.com/watch?v=TdZuUS8JYlE
UMNO masih syok sendiri dalam dunia mereka. Walaupun seluruh dumia sudah kecoh pasal presiden mereka mengambil rasuah, ahli parti masih lagi bermimpi di siang hari. Secara normnya. sekiranya seorang pemimpin dipalitkan dengan isu rasuah, pemimpin tersebut akan cepta-cepat membersihkan namanya atau terus letak jawatan. Tapi, amat berlainan dengan Najib, sesiapa saja bangkitkan isu rasuahnya, pastinya orang tersebut yang dipersalahkan pula.
ReplyDeleteumno masih buta kayu dan syok sendiri..pemimpin umno masi sayang sorang pemimpin daripada 3 juta ahli. kita tunggu ja pru14
ReplyDeletesorru penting beb...!!
Delete3juta ahli ape daa...??
jaman sekarang semua hidup dg. duit. ada duit semua jadi. x daa duit jngn. dok tebiang...
Semua pemimpin umno bersubahat dengan PM .... kalau takut nak suarakan suara rakyat berhenti jadi pemimpin. La ni tengok orang umno pun dah benci.
ReplyDeleteSedih ngn ketua kita ni, x berani mghadapi kenyataan, org tnya takut nk jawap.. DSRM bagi moral support kt hubby 2 spaya dia brani brsuara untuk mnjwp apa yg ditnya oleh rkyat or msyarakat dunia. Nyatakn kbenaran klu ko betul2 benar, klu brsalah pun brterus terang lh.. baru lh betul2 pahlawan, lelaki.
ReplyDeleteAku tgk dap lagi aku benci. Takan aku gadai kampong aku sesudah d halau seperti kucing kurap.
ReplyDelete"And what of him whose evil actions appears fine to him such that he sees them as good? Allah misguides whoever He wills and guides whoever He wills." (Surah Fatir: 8)
ReplyDeleteWhat makes an individual see his own actions as mostly good and right is the habit of self-conceit(ujub)that thinks his own judgement is flawless. If such a person is in a position of power and he is fueled by materialistic greed and envy of others then he would treat other people as little pawns in his quest for self-glory and personal satisfaction. It is impossible for such an individual to walk the straight path of religious morality to salvation in the afterlife.
Cerita rakyat warisan Melayu “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” masih relevant ..
ReplyDelete“Biarkan! Biarkan!”
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.
http://malaysiana.pnm.my/pnm_sr/main/page5.php?pg_num=1&article_id=45...
Najib bila berkata nampak betul2 benar. Keyakinannya mungkin capai 100% seperti org terinaya. sekarang kita sendiri boleh nilai siapa najib. Kita celik sbb kita x ada kepentingan.
ReplyDelete
ReplyDeleteEverything is academic, unless something is done.
He cannot be shamed into stepping down. He has no shame. Economy dying? He doesn’t care. Reputation of Malaysia dying? He doesn’t care.
Soon, even the space for Malaysians to dissent online will be closed tight. That will happen in 2-3 months from now.
So we can rant all we want, but the country still dies.
Just focus. The penjilat lanun now suddenly say, that Malaysia cannot have a no-confidence vote in Parliament.
The law says otherwise.
So Tun has some work to do when he gets back.
That work will involve repairing some past relationships. And getting a rather reluctant replacement to also suffer just 2 more years of national service. And yes, the Oppo will need to come in, as will East Malaysia.
The change CANNOT come from within Umno. By 2018, any challengers will be buried anyway. So forget about that. The change CANNOT come from within Umno.
But Umno can be part of the change.
Time is running out, so not point ranting.
In a few months, we will not even be able to rant.
The time is for less talk, more action.
Ahli Umno yang berada dibarisan hadapan memang celek,malangnya mereka nampak layar yang terbentang dengan pohon-pohon wang.Sebab itu yang dibawah berbelah bagi, mereka pun nampak layar itu tetapi jauh yang mana terdapat segala onak dan duri menghalang.Itu sebab mereka-mereka ini mengambil langkah supaya membuta kayu saja apa yang terjadi.Mungkin tunggu semasa pemilihaan nanti.Masuk ok!......?.
ReplyDelete