Wednesday, 9 September 2015

Timbalan Presiden Umno selamat, Presiden Umno ikut 'lorong tikus'


Antara pendukung UMNO yang juga penyokong tegar Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Pagoh yang menanti dengan seribu persoalan akan perkembangan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn PWTC petang tadi.
                                 
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam dari pukul tiga petang nampaknya hanya satu lagi 'mesyuarat biasa' MT. 

Mesyuarat MT pada hari ini akhirnya berjaya diadakan, setelah ditangguh dua kali sejak penyingkiran Timbalan Presiden Umno dari kerajaan. 

Segala desas desus bahawa Presiden Umno akan dengan berani mengambil peluang ketika mesyuarat MT hari ini untuk menyingkirkan Timbalan Presiden bersama-sama pemimpin tertinggi lain yang tidak sehaluan dengan beliau juga ternyata tidak kesampaian. 

Presiden bukan sahaja tidak berani berbunyi tentang tindakan ke-atas sesiapa malah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga tidak berani melalui pintu masuk utama Menara Dato Onn ketika menghadiri mesyuarat petang tadi. 

Yang tertunggu-tunggu di pintu masuk utama Menara Dato Onn PWTC sebelum dan selepas mesyuarat MT UMNO petang tadi hanya ahli Umno dan para jurugambar yang agak kecewa bila diberitahu bahawa Najib telah keluar dan terus meninggalkan PWTC melalui laluan alternatif atau 'lorong tikus'. 

Mungkin tindakan Mohd Najib menggunakan laluan 'lorong tikus' adalah sifat kepahlawanan yang tidak diketahui umum sebelum ini. 

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melangkah keluar dari Menara Dato Onn disambut meriah dengan sorakan serta nyanyian bersemangat ratusan penyokong Umno dari Bahagian Pagoh serta seluruh negeri Johor.
Masih segar dalam ingatan - Pada tahun 1998 selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang membuat keputusan menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Umno, Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar pulang menaiki helicopter dari atas Menara Dato Onn kerana situasi penyokong Anwar diperkarangan PWTC sudah menjadi ganas. 

Pihak keselamatan berulangkali menasihatkan Dr Mahathir agar tidak turun kebawah dari aras 38 tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip #beranikeranabenar dan dengan sifat bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat MT pada malam yang bersejarah itu, Dr Mahathir tetap turun dan melalui jalan utama ke kenderaan beliau. 

Ratusan penyokong Anwar memang bertindak ganas dan membaling pelbagai macam objek kearah Dr Mahathir serta beberapa ahli MT yang berani melangkah keluar bersama-sama beliau. 

Pihak Polis melindungi Dr Mahathir serta ahli-ahli MT yang lain, termasuk Tan Sri Rafidah Aziz yang berani berhadapan dengan ratusan penyokong yang agak liar, dan mengiringi kenderaan mereka keluar dengan selamat. 

Presiden Umno, malah Ketua Wanita pun, tidak menggunakan 'lorong tikus' untuk melarikan diri dari ahli UMNO ketika itu.


P.S. Sekadar mengimbas kembali zaman kegemilangan Umno dibawah pemimpin yang #beranikeranabenar

Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakam diperkarangan Menara Dato Onn petang tadi. 
















30 comments:

  1. “Muhyiddin and Shafie have stated that they are behind Najib and they will work towards Umno’s victory in the next general elections,” Datuk Abdul Aziz Kaprawi said. Really?
    Kaprawi should not put words into other people's mouths. Let Muhydeen and Shafie speak themselves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who is aziz? Our new pm?.no...no...the apple polisher. Ok now I remember...the stupid guy isn't it?

      Delete
    2. Welll.. he's just...
      AN ASSHOLE !!

      Delete
  2. Bro.,
    When his bloated blue-blooded ego finally exploded, the guy shrunk into an uncommon rat with nothing2hide.

    ReplyDelete
  3. Guna lorong tikus...ha ha...ha....Ini kah cara pahlawan Bugis lawan musuhnya????

    ReplyDelete


  4. Kuasa membolihkan pelbagai cara ,hari ini terselamat ,esok belum tahu .

    ReplyDelete
  5. Dalam buku "A Doctor In The House", Dr. Mahathir kata dia di baling botol mineral ketika hendak memasuki kereta selepas mesyuarat MT pada tahun 1998 yang menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat. Sekurang-kurangnya Mahathir ADA TELUR masuk dan keluar Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn melalui pintu utama. Itulah keberanian sejati namanya. Bukan macam yang sorang tu.
    Keberanian itu datang daripada perbuatan, bukannya dari perkataan.

    ReplyDelete
  6. Kah kah lorong tikus untuk pahlawan boogis...kikiki....satu prnghinaan pada kaum bogis...kah kah...

    ReplyDelete
  7. Katakan isteri penentu kejayaan wakil rakyat bn....tu je yg mampu rossy ajar? Ish... malu nya jadi najib. Padan muka. Penakut tapi penipu!

    ReplyDelete
  8. Q & A dengan media practionner pun dah tak ada sejak dua-menjak ni. Why he's avoiding members of media like a plague? Duit derma masuk akaun, AG di pecat, Muhyddin dan Shafie gugur kabinet, why 4 members of PAC being appointed into the cabinet, selepas tindakan-tindakan ini diambil sepatutnya diadakan sidang media by the man himself to explain why he did what he did.
    Bila ada sesi soal-jawab, pihak media dan orang ramai akan bertambah jelas dan faham kenapa sesuatu tindakan diambil. Barulah orang tak speculate. Take a look at this:

    https://m.youtube.com/watch?v=_3xzDWkvgBQ

    This was Mahathir right after Anwar was sacked from the government. Take a closer look how members of the media were free to ask any kind of questions and Mahathir himself was gracious enough to answer all of them no matter how silly and outrageous the questions were. It showed that he had much respect to media profession back then.

    ReplyDelete
  9. Najib Tikus bukan saje berhadapan dgn UMNO Jhr, malah Sultan Johor jgk kalau TSMY di pecat, x giler,mau je sultan Jhr nasihatkan dia berundur, lagi la mampus, ...lama kelamaan rakyat dh hilang tahap kesabaran dh kt si bangsat tu, tgk la mcm mana Ultras Malaya buat kat FAM...kt media sosial skrg dh x de perkataan molek dh...jgn sampai maki hamun ke arah pisikal plak...ekonomi dh semakin runcing, Ringgit dh semakin teruk, harga barang melonjak, rakyat semakin tersepit...Ya Allah kiranya Najib Razak melakukan kezaliman, pulangkan la kezaliman ke atas diri nya.

    ReplyDelete
  10. #beranikeranabenar ???????

    #pekebendanya yg benar ?

    tatkala itulah bermulanya
    #fitnahberleluasa, #penganiayaan & #kerosakanbanimelayu

    ReplyDelete
  11. Berapa kerat dari pemimpin umno Johor yang mempertahankan TSMY apabila dipecat?

    ReplyDelete
  12. ko org jgn kalut sgt
    ni konspirasi peringkat tertinggi dia org la
    antara tun mahathir,najib n anuar la..
    depa mmg nak ajar cina2 yg tak mengenang budi ni,siapa sebenarnya tuan kat bumi msia ni
    ada tun bising2 ttg azmin
    anuar mmg dah sejarah,
    tun,najib dan anuar akan dikenang sebagai pahlawan melayu unggul
    melayu seni tipu dayanya tinggi
    dulu merdeka pun guna air liur je
    kapir kristin n yahudi blh jajah negara ni berkali2 dari portugis,belanda,inggeris,jepun,komunis dll
    jajah blh tapi sesekali tak dpt nak ubah tauhid org melayu islam kita
    tidak seperti andulisia,bila jatuh ke tangan kufar habis jadi murtad
    tapi ini tak berlaku di bumi bertuah ni
    gst n "penyelerasan ringgit msia" ni mmg sementara
    dah dirancang 3 tahun dulu lagi
    utk ajar si mata sepet
    skrg ko tengok sapa yg lebih mengelupur..
    ko tunggu je la sikit masa lagi

    ReplyDelete
  13. Selagi ada KUDA KAYU macam anon-11:37 selagi itu Melayu akan jadi bodoh bahalol mcm tunggul kayu. Penyelerasan Ringgit kepala hotak kau bangang. Sikit sikit nak timbul isu perkauman untuk selamatkan si bacul yang mencuri dana negara. Kau tak malu mengaku diri sebagai Melayu beragama Islam ker bangsat?
    Ada pulok nak tengok orang yang terbersangku paut menggelupor. Sebab adanya manusia yang cacat pemikiran seperti anon 11:37 la si bacul pondan Bugis boleh terus menipu. oii bodoh kau kena tipu. seluruh keluarga emak bapak anak bini semua kena tipu sebab kau bodoh macam keldai makan kertas. memang patutpun pondan kata kamu ni bangsat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukannya tak tau yang dia sedang ditipu, dia cuma tgh sedap menJILAT..

      Delete
  14. Ketua Ketua Bahagian sedang giat menghasut ahli Umno dibawah agar membenci Tun Mahathir kerana konon nya Tun Mahathir sudah bersama orang Cina. Ketua Bahagian yang telah mendapat habuan sudah tidak peduli akan dosa pahala fitnah. Ketua Ketua Cawangan pun ada yang telah mula mengikut rentak Dato Ketua Bahagian setelah pulang dari percutian ke Jakarta dan Medan. Mohon ahli Umno agar lebih peka dan jangan mudah terpedaya dengan pembohongan tali barut Najis Razak. - Wak Setongkol

    ReplyDelete
  15. So kepalanun bugis has managed to buy more time ekkk?

    It should be mother of all news that UMNO really has the guts to sack the bloody damaged goods ie. Najib.

    Does this mean more of ever-changing forms of DERMA 2.6 billion??? So its OK with SPRM that anybody else can accept donation even if its nasi lemak??? So its OK now to setup a 1 million business and went on a loan-seeking X 42,000 x its paid-up???

    So its OK to make all shits above and get away unscathed???

    If that is the case please open the floodgate and let any Mamat, Along, Anaconda, Andak have the same rights without fear of breaking the law.

    Najib - Do as you preached,

    Not do as you pleased!

    ReplyDelete
  16. kalau tidak kerana penyokong berkumpul, rasanya Muhyidin & dll sudah kena sack...takut juga ye...

    ReplyDelete
  17. en tajul.....hahaha saya sokong anda 2.63b% hahahahuhuhuhihhi

    ReplyDelete
  18. Memang betul lah apa yang saya baca sebelum ini yang mengatakan mamat kaki sondol ini seorang pondan tulen. Ada pulak panglima bugis boleh ikut lorong tikus. Itu dah jadi Bacul Perdana !

    ReplyDelete
  19. SALAM BRO,JIKA TSMY DIPECAT MAKA UMNO AKAN RUNTUH.SEBAB ITU NAJIB TAK BERANI NAK PECAT TSMY.APA YANG KITA MAHUKAN IALAH NAJIB BERUNDUR DENGAN CARA TERHORMAT.JANGAN FIKIR DIA TAK PECAT TSMY AHLI UMNO AKAN SOKONG DIA.AHLI UMNO MAHU PEMIMPIN YANG BERMARUAH.DAN YANG PALING MOLEK IALAH NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PM.

    ReplyDelete
  20. Satu dunia sebok tentang siasatan 1MBD dan derma 2.6 b , tapi mesy MT berjalan baik, macam tak ada apa2 berlaku. Apo nak dikato, HAMPES

    ReplyDelete
  21. Itu Najib dia memang berazam nak sign TPPA (perjanjian korporat) utk kerabatnya Lee Hsien Long Singapore. Najib mati2 mahu tarik dudukannya sampai beres menggadai Malaysia kepada kuasa-kuasa mega-kaya orang asing.

    ReplyDelete
  22. hehe

    pahlawan bugis kecut nak bertentang mata dengan penyokong TSMY ...

    asyik nak sorok diri, kata berani lawan arus, rupanya arus dalam kolam mandi je

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya, yang lagi memalukan ialah TSMY sendiri kerana melepaskan najib begitu sahaja.

    Ada tak najib disoal pasal 1mdb, penderma 2.6 bil, macam mana timbalan presiden yang masih memegang jawatan boleh dilucutkan dari TPM, kenapa Anina ditendang keluar dan macam macam lagi. Ohh tidak, TSMY nak tunjukkan gentleman konon.

    Saya rasa kalau TSMY tak berani sangat, bolehlah lepas jawatan tu kepada zahid. Tak guna nak tunjuk hebat lagi lah. Kepada penyokong TSMY, sori lah kalau saya cakap yang diatas. Sebenarnya bukan saya seorang yang cakap macam tu. Ramai lagi bang oii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...mana bleh lepas lagu tu je...blakang bukan main mengaum...kena kasi calar sikit baru layak digelar rimau slatan

      Delete
  24. hari ni khamis, 10sep, Najib rasmikan Hari Harta Intelek negara di PWTC jugak. Dan dia jugak menikus dari disoal media-tiada sesi Q n A. Terus cabuttttttt......Hamzah Zaiudin yg ada utk Q n A...itupun kerana Harta Intelek di bawah kementerian yg dia ketuai.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  25. Najib tak perlu terburu2 turunkan TSMY.Dia pun dah tak der power dlm gomen.Tunggu sekejap je lagi org UmNO akan lupa la. Kalah PRU nanti boleh salahkan dia dan pecat dia sebab baling batu dlm rumah kaca sendiri...hihihihi...

    ReplyDelete
  26. 1MDB - 1 Malaysia Di Bangsatkan
    UMNO - Untuk Melayu? NO more!
    NAJIB - Nah..Aku Jilat.. Imbuhanku Banyak
    ROSMAH - Ramai Orang Suka Menengok Ajib 'Habis'
    2.6B - 2puluh tahun lebih chedet buat kita naik, 6tahun najip pegang kita terus jadi Bangsat
    DERMA - Duit Extra Rosmah Mansor dan Ajip
    CAYMAN - Cheh..Aku Yang Melabur, Akula peNamanya

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC