Wednesday, 16 September 2015

Malaysia-KITA-Malaysia

Selamat Hari Malaysia! Happy Malaysia Day!

Semoga Malaysia kita ini kembali berdiri tinggi dengan maruah yang tidak tercalar. 

Semoga Malaysia kita ini mampu mengatasi segala bentuk ancaman, terutamanya ancaman dari dalam, dan kembali gah diseluruh dunia.

Semoga sentimen perkauman negatif yang meracuni Malaysia kita ini dapat dihapuskan dari akar umbi. 

Semoga mereka yang mengkhianati Malaysia kita ini sedar akan perlakuan jenayah mereka dan segera kembali ke pangkal jalan.

Semoga Malaysia kita ini bebas dari cengkaman penjenayah-penjenayah dipengaruhi ajaran sesat yang mengamalkan budaya rasuah.

Semoga lebih ramai lagi rakyat akan bersama mempertahan serta melindungi Malaysia kita ini dari terus dihanyutkan oleh mereka yang sanggup menggadai maruah bangsa Malaysia demi kepentingan peribadi.

Semoga Malaysia kita ini kembali menumpukan sepenuh perhatian dan menyusun langkah lebih teratur demi masa depan yang lebih baik.

Semoga nasib Malaysia kita dimasa depan lebih baik dengan pemimpin bermaruah yang memiliki nilai-nilai murni kehidupan serta takut pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. 

InsyaAllah Malaysia kita akan selamat jika lebih ramai lagi yang sanggup berkorban jiwa dan raga (serta akal fikiran) demi yang terbaik untuk MALAYSIA KITA! 

Semoga sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia pada tahun hadapan lebih bermakna bagi kita semua. Selamat Hari Malaysia.

p.s. Terima Kasih DiGi kerana menghasilkan video #KitaMalaysia diatas. 



17 comments:



  1. semoga pemimpin kita tidak minta atau terima derma

    ReplyDelete
  2. Negara-negara Arab memang baik hati dan pemurah.

    ReplyDelete
  3. The wicked won't return to the true path unless the righteous fight and turn the tide.

    Malaysia day was a concession to the sectarian politics of the Opposition.

    If we can sacrifice waktu Malaysia barat for waktu Malaysia, why not Hari Merdeka for Hari Malaysia?

    How can one small nation afford two national holidays?

    Both will suffer and become naught, like the leader who doesn't lead.

    ReplyDelete
  4. Soal yang timbul. YDP Agong...tak ada ucapan Hari Malaysia? Diam bisu?

    ReplyDelete
  5. Let's just have one National Day for all Malaysians on Sept 16.
    No need to have Merdeka day for peninsula Malaya.

    ReplyDelete

  6. East Malaysians are watching:

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ferried-in-from-the-countryside-elderly-malaysians-given-red-tees-but-say-c

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/reporter-chased-away-from-merah169-called-cina-gila-babi

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pm-decries-merah169-unrest-says-cops-should-probe-incident

    This was their day - remember?

    ReplyDelete
  7. Melayu kna brubah la...wat keje x fokus, meyonglap, menipu, malas, mengkhianat, mudah dibeli tpi agama islam menyuruh sbaliknya!!!

    Tiap mgu g syang jumaat, puas dengar khutbah x juga berubah...klu dlm group2 whatsapp crita produktif sgt kurang..blk2 crita pompuan, brg baik, ngumpat, artis & benda2 yg kurang manfaat. Klu muda2 ok la ini yg da brumur 40 keatas pun sma gak ceritanya...

    Bangsa lain pun mrepek gak tpi x sparah melayu. Bla ada melayu atau bangsa lain buka topik pengetahuan/ilmu mula la MELAYU pandang atas bawah kiri kanan...resah tak keruan...klu macamni bla melayu nak maju?

    Skrg pun masih byk melayu x sedar diri, bodoh, sombong, fikiran singkat, kaki ampu, perasuah & peminta sedekah!!! Tengok je la sifat ahli2 umno yg berkuasa skrg.

    Melayu kna ada sifat kental, kreatif, berwawasan, berdaya maju, berdaya saing, efficient, bijak, jujur dan semua sifat2 baik yg digalakkan islam. Barulah blh maju...

    Knp cina, india & lain2 lebih cenderung gajikan pekerja asing? Dgn populasi majoriti negara knp melayu masih meminta2, masih berharap, masih manja, masih nak jadi macai bangsa sendiri & bangsa2 lain? Cuba bayangkan kalau populasi melayu negara ini menguasai ekonomi, akademik & sebagainya...bangsa lain pun akan pandang kta tinggi!!! KnpTun Mahathir di pandang tinggi dlm & luar negara? Pasal dia dedikasi kerja, berfikiran jauh, inovatif, bijak, memberi manfaat kpd negara, rakyat & agama, bertanggungjawab & berhemah tinggi!!! Sya x kenal 1 org ISLAM dri mana pelusuk dunia pun yg sehebat Tun!!! Apa perasaan anda sebagai org islam Malaysia bila dia di puja dunia? Knp dia dipuja?

    Bahagian mana dlm Al Quran melarang umat nya dri maju, menggunakan otak, menimba ilmu & belajar dari kafir utk kebaikan umat islam? Buka minda & berusaha, berusaha & berusaha...kemudian baru berserah kpd Allah!!! Knp Allah jadikan bangsa2 lain termasuk Yahudi itu maju? Utk mengajar umat islam supaya berusaha utk menjadi lebih maju!!! Tak malu ke bila kita duk sebut agama islam & penganutnya hebat tpi tiada kemajuan utk manusia sejagat utk dibanggakan. Maksud kemajuan bukan sahaja dri segi teknologi, ilmiah & kehidupan shj malah dri segi keagamaan juga

    Memang Tun amat dedikasi dlm kerjanya. Beliau x pernah lewat ke pejabat malah sentiasa lebih awal dri kebanyakan pekerja lain & pulang lebih lewat drpd mereka. Dgn umur yg sudah lebih 70 tahun masih mampu berucap/bekerja pagi-malam. Siang di negeri selatan, tgh hari di sekitar KL & malam di negeri utara. Yang byk duk komplen tun ni dedikasi ke bila bekerja?

    Maka jika kita melayu ingin maju, kita harus berpemimpinkan seorg seperti Tun atau yg lebih baik drinya. Bukan seorg bugis pondan yg penakut, mencuri & mengkhianat negara & rakyat. Bla pemimpin itu baik jadikan teladan & ikutan hidup supaya dpt baiki diri kearah kebaikan.

    Bagi sya seorang ahli umno caw tmn cantek, cheras, biar umno mahupun pkr/pas/dap atau mana2 parti sekalipun jika x membawa manfaat maka saya akan tinggalkan. Dengan jibgor sebagai pemimpin, melayu bukan shj dibangsatkan malah melayu sedang dikebumikan...

    LK

    ReplyDelete
  8. Salam dari jauh,

    "Melayu kna brubah la...wat keje x fokus, meyonglap, menipu, malas, mengkhianat, mudah dibeli tpi agama islam menyuruh sbaliknya!!!

    Tiap mgu g syang jumaat, puas dengar khutbah x juga berubah...klu dlm group2 whatsapp crita produktif sgt kurang..blk2 crita pompuan, brg baik, ngumpat, artis & benda2 yg kurang manfaat. Klu muda2 ok la ini yg da brumur 40 keatas pun sma gak ceritanya..."


    Saya hampir setuju, namun demikian masaalah "social illness" terjadi semakin teruk karena kebanyakkan bangsa melayu pada masa sekarang berkelakuan sumbang yang telah menjadi satu gejala yang terlalu taksub terhadap duniawi atau kebendaan dan ketamakan/greed yang melampau yang menyeret mereka kedalam golongan bodoh sombong yang hidupnya ber-façade kan lagakan dan aksi yang memualkan, begitu juga perihal kerja-amal ibadah dipamerkan bagi membuktikan betapa mereka tampak warak dimasa yang sama maju, berjaya dan bergaya yang ber-cloned omputih e.g rambut blonde, mata warnawarni baju ketat sendat walhal bertudung (bukan menutup aurat)dan bahasa harian speaking omputih ! itulah yang dibangga-banggakan!!! walhal setiap hari Jumaat si-suami pergi ke masjid solat berjemaah tapi manfaatnya entah kemana... kok iya pun berilah panduan dan pedoman kepada si-isteri yang banyak besar kehendaknya, ini tidak ikut hawa nafsunya sebab mahu tumpang bangga si-isterinya yang bergaya "dans l'air du temps/fashionable" kononnya ! siapa mahu beristerikan style kekampongan... malu dan kirim salam jawabnya !!!! Inilah salah satu penyakit orang melayu terikut-ikut, cair terhadap pengaruh kafir dan meniru cara kafir tapi part mengkafirkan orang kafir lupa diri yang hidupnya 100% cloned omputih !


    "Knp cina, india & lain2 lebih cenderung gajikan pekerja asing? Dgn populasi majoriti negara knp melayu masih meminta2, masih berharap, masih manja, masih nak jadi macai bangsa sendiri & bangsa2 lain? Cuba bayangkan kalau populasi melayu negara ini menguasai ekonomi, akademik & sebagainya...bangsa lain pun akan pandang kta tinggi!!! Apa perasaan anda sebagai org islam Malaysia bila dia di puja dunia? Knp dia dipuja?"

    Kurang setuju, sebab-sebabnya bangsa dan kaumnya cina dan india mendapat peluang menguasai ekonomi perlu dilihat dari permulaan sejarah itu sendiri dan kemudian bermula daripada zaman Tun MahaThir dan berikutnya, bahawa peluang terhad yang diberi kepada sebilangan bangsa melayu yang dapat mengusai ekonomi sengaja disekat dek ikatan dari "divine right" yang mengamalkan "nepotism/favoritism" dikalangan mereka sahaja oleh itu peluang-peluang tersebut disekelompokan demikian hanya mereka yang dapat memonopoli sebahagian ekonomi dalam negara, peluang perniagaan yang selainnya tidak dapat ditembusi oleh bangsa melayu oleh sebab-sebab yang dinyatakan juga perlu tahu "empire" perniagaan cina berlegar kepada tiga penjuru yaitu Singapura, Taiwan dan China dan dari situ pembabitan $$$ yang besar yang menyekat melayu dari berjaya, meskipun kuasa pentadbiran kerajaan ditangan penuh bangsa melayu diatas sebab yang dinyatakan tadi, kesimpulannya kelompok "divine right" lah punca-punca kelemahan tersebut timbul karena kerjasama berat sebelah yang tidak adil, telus dan amanah.

    Dari segi akademik pula, tahap pencapaian akademik dan mutu pendidikan kita boleh dikira tahap yang memuaskan dan jangan dipandang rendah sebegitu rupa ! saya singkatkan huraian akademik karena ianya agak padat oleh itu dilain kali.

    Tidak perlu kita mengagung-agungkan para pemimpin yang sebelumnya dan yang seterusnya karena mereka cuma ciptaanNya semata bahawa kita dicipta sama dari segumpal tanah maka itu berendah hati dan diri hendaknya, setiap manusia telah mewaris Fitrah-Fitrahnya namun demikian telah dipersiakan oleh kejahilan diri yang berakhlak buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm tuan bintang,
      sya berpegang pd prinsip x berubah nasib jika sendiri x ubah...

      Negara ini diterajui org islam melayu yg mungkin kurang pengertian keislamannya tpi social illness itu lbh bersifat peribadi. Jka anda sibuk memajukan diri banyakkah masa utk menjadi sumbang?

      Mengenai isu kedua, Tun menywsiakan peluang namun disia siakan. Munglin benar byk bg projek kpd mreka disekelilingnya namun tak ke pd zaman Tun byk org2 melayu tiba2 jdi kontraktor hasil dri pemberian sub kontrak kpd mereka oleh main con? Knp peluang tersebut x dimanfaatkan betul2? Yg sya tau kebylkan kontraktor tu subkan pulak kpd indon. Siapa yg sebenarnya buat kerja? Jka spore, taiwan dan cuna adalah alasan, mcamna pulak indon, brunei dan filipina? Bulan le negara2 ni berketurunan melayu? Siapa lebih byk duit? Sya rasa negara2 melayu ni lebih kaya!

      Bab akademik itu sendiri mmg baik tpi penggunaan praktikal keatas ilmu yg dipelajari itulah yg menentukan berjaya atau tidak seseorang. Buat waktu skrg sya x nampak tahap pendidikan/akademik kta baik. Hanya average sahaja. Jika baik kta sepatutnya dpt berfikir dgn baik dan dpt membantu negara utk maju! Bayangkan kta kena lalui kelas english sblum msk ipt atau ke luar negara. Byk masa terbuang! Klu diajar dr sklh rendah dlm english x ke lbh senang kpd pelajar utl blajar di luar negara? Kenapa disusahkan benda yg senang?

      Bab agungkan pemimpin lama/baru...tiap manusia perlu ada idolanya utk cth2 baik yg patut diikuti. Hidup mesti ada matlamat bukan sembarangan. Kenapa boleh rasullullah dan sahabat2nya dijadikan idola/diagungkan? Manusia akan jdi lbh baik & maju bila mreka blajar dr mreka2 yg berjaya dan mempraktikkan pengetahuan itu. Kata org putih "plan your work & work your plan"...barulah blh nampak hasil. Ya betul pemimpin2 juga dijadikan dari punca yg sama ttp knp kta tidak sma? Knp ada yg bijak & ada yg tidak? Knp ada yg kaya & ada yg miskin? Knp kita semua diberikan otak tpi berlainan cara berfikir?
      Kita kena buang pemikiran jumud berdasarkan salah pengertian agama. Bila kita sanjung pemimpin bukan bermakna kta menduakan Allah! Kita kagum & bangga kerana otak yg diberikan Allah kpdnya telah diguna pakai utk kebaikan umat manusia sejagat. Kenapa tak kita contohi mereka2 ini? Kalau begitu xbpayah lah kta ajar/didik anak2 kta..biarkan mreka hidup sendirian

      Delete
  9. Bukan nak mengagungkan pemimpin.. cuma jauh sangat bezanya kualiti pentadbiran zaman mahathir dengan najip.. sampaikan rasanya elok pulak zaman pak lah berbanding mat najip ni..

    ReplyDelete

  10. Ceritanya begini.

    Ada seorang pencuri, dia pandai mencuri.

    Satu hari pencuri itu kena tangkap, dan dalam begnya ada beribu-ribu ringgit.

    Ramai yang menangkapnya orang melayu.

    Jadi, si pencuri ini pandai. Bila dia kena tangkap, dia kata ada satu cina di rumah sebelah kurang ajar kepada orang melayu.

    Jadi itu, naik marah orang yang menangkap pencuri itu. Disebabkan terlampau marah, dilepaskan pencuri itu dan pergi ramai-ramai cari orang cina itu.

    Bila dah terlepas, pencuri ketua terbahak-bahak dan balik rumah cerita dengan kawan pencuri yang lain.

    Itu aje cerita dia, takkan lah itu pun tidak nampak.

    Ada 2 perkara, 1, benci kepada orang cina dan 2. Jadi bodoh.

    Orang melayu kena bezakan 2 perkara ini,

    Kalau nak benci kepada orang cina pun, takkan lah nak jadi bodoh sekali.

    Kalaulah perkara-perkara ini tidak nampak susahlah orang melayu, ashik nak kena tipu memanjang.

    ReplyDelete
  11. At 53 with a name 'malaysia' take pandai cakap bahasa Malaysia ?

    ReplyDelete
  12. Ah Jib Gor + Jho Low = Badman & Boy Wonder
    May we be saved from being swindled by these two sick Jokers.

    ReplyDelete
  13. Salaams bro. Are you OK? We miss your presence ....

    ReplyDelete
  14. Wsalam bro Anon 8:24. Me ok, just a short break. Coming soon.. 😉

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC