KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
26 OGOS 2015
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Agak agak bangsat dapat tidor tidak malam ini? Rahman, Rizal Amerikan, Babibul Kader, Azeez Hitam sudah tunggu dipintu besar Jalan Duta seperti malam malam sebelumnya. Bangsat di hiburkan dengan cerita karut dan harapan palsu. Bila tumbang bangsat pasti saorangan.
ReplyDelete
ReplyDeleteWahai Perdana Menteri Negara Islam Malaysia. Ingat! Kamu akan di hitung tidak lama lagi.
أَيُّمَا رَاعٍ غَشَّ رَعِيَّتَهُ فَهُوَ فِي النَّارِ.
”Pemimpin mana saja yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka”.[4]
مَنِ اسْتَرْعَاهُ اللهُ رَعِيَّةً ثُمَّ لَمْ يُحِطْهَا بِنُصْحٍ إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ. متفق عليه. وفي لفظ : يَمُوتُ حِينَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاسِ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ.
”Barangsiapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian ia tidak mencurahkan kesetiaannya, maka Allah haramkan baginya surga” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]. Dalam lafadh yang lain disebutkan : ”Ia mati dimana ketika matinya itu ia dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah haramkan baginya surga”.[5]
Samsudin Hj Kudin
Kuala Pahang
Lebih menyedihkan diakhirat nanti penyokong pemimpin yg zalim ini akan datang kpd pemimpin mereka menuntut pertolongan kerana didunia mrk sentiasa setia kpd pemimpin tetapi diherdik " itu salah kamu, kenapa kamu ikut aku "
Delete
ReplyDeletePM & DPM baru?
(Dua pompan kat tepi tu x nak ler....lembu-mama & budak pink 50K...yeeek...)
Kat Dunia lagi Tuhan akan tunjukan si bangsat tu akan merana balasan dia menipu rakyat Malaysia....doa2 rakyat teranaiya bakal membuatkan dia jatuh tersungkur...Malaysia masih ramai lagi orang2 alim, orang2 yang tiada kepentingan politik...InsyaAllah Najib Razak akan jatuh tersungkur.
ReplyDelete@anon 10.46pm
ReplyDeletePandangan org berilmu tinggi kpd en najib....beliau bukan sahaja tersungkur,bahkan kejatuhannya sungguh aib sekali. Saya terpaku mendengarnya.....moga doa rakyat yg d zalimi d perkenan kan Allah.....amin
Amin
ReplyDelete
ReplyDeleteIngat! Walau kamu di khabarkan dari golongan bangsawan. Ingat balasan Allah kerana kamu jelas megkhianati agama, bangsa dan bumi bertuah ini. Ingat lah wahai Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak kamu akan berdiri berseorangan tanpa pengikut dan penasihat.
Dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan Anas ra. Mereka berkata, Nabi saw, bersabda “Setiap penghianat, pada hari kiamat nanti mempunyai sebuah bendera yang bertuliskan “Inilah Penghianatan Fulan”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam hadits lain disebutkan. Dari Abu Sa’ad Al-Khudriy ra. Bahwa Nabi saw. Bersabda: “Setiap penghianatan pada hari kiamat nanti mempunyai sebuah bendera yang ditancapkan di belakangnya, kemudian dengan bendera itu ia ditarik ke atas sesuai dengan penghianatannya. Ingatlah tiada penghianatan yang lebih jahat melebihi pemimpin rakyat yang berkhianat. (HR. Muslim)
ReplyDeleteTSMY, teruskan perjuangan demi kebenaran .
al-Amin
ReplyDeleteBertaubatlah saudaraku Najib ketika kamu dan isteri masih kesempatan untuk taubat. Tidak kamu takut akan balasan Allah?? Bayangkan liang lahad menyempit setelah dikubor. Taubatlah saudaraku.
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/syair-permata-melayu-yang-hilang.html
ReplyDeleteRaja Melayu, yang hilang adilnya,
Nescaya binasa, takhta negerinya,
Mendapat bencana, kerajaannya,
Luputlah Raja, dari daulatnya.
Kabullah pada, Duli Pertuan,
Sumpah terikat, pada turunan,
Wa’ad yang suci, bukan mainan,
Raja Melayu, jangan abaikan.
Demikian adanya, sumpah setia,
Asal Melayu, Bendahara tuannya,
Hamba Melayu, amanah pundaknya,
Raja Melayu, diserah tunggaknya.
Syahadan demikian, sedia aturan,
Bangsa Melayu, dirahmat Tuhan,
Wa’ad dijunjung, zaman berzaman,
Jika dilanggar, luputlah aman.
Wa’ad Melayu, sudahlah terang,
Bangsa Melayu, adatnya terbilang,
Raja Melayu, menikam benderang,
Bendahara Melayu, permata gemilang
Bendahara Tun Perak, bijak-bistari,
Arif wibawa, mentadbir negeri,
Maju Melaka, tiada terperi,
Raja di puri, berlapang diri.
Bendahara Tun Perak, terus berdalil,
Pembesar Melayu, haraplah khalil[bersahabat],
Raja Melayu, mestilah adil,
Janganlah rakyat, dipandang kerdil.
alahai tsmy termakan umpan kj laaa...kita smua lpe, kj ni lah teman rapat jho low.....cr fakta ni di.mse piem tun abdullah...najib da kne getah ngn kj....
ReplyDeleteTSMY, ini macam kes Melayu Mudah Lupa. Bukan saya yang ungkapkan tetapi TDM sendiri. JAnganlah marah sebab apa saya cakap ini memang betul.
ReplyDeleteBerapa banyak ahli Umno yang sokong TSMY ? Satu juta, Dua juta ? Takkan 3 juta pulak. Berapa ramai ahli akar umbi yang terang-terang sokong TSMY ? Ingat, sekurang-kurangnya separuh ataupun 1.5 juta ahli diperlukan atau tidak habis cerita TSMY dalam Umno.
Inilah dikatakan perjuangan. Perjuangan untuk apa kita tak tahu. Tetapi perjuangan untuk kepentingan peribadi, keluarga, wang dan kuasa nampaknya lebih menyerlah sekarang ini. Kalau saya tersalah cakap mintak maaf. Tetapi saya rasa saya tak salah.
Akhir kalam, saya langsung tidak setuju yang orang Melayu akan dibangsatkan. Sebenarnya. seluruh Rakyat Malaysia sedang dibangsatkan oleh kawan-kawan ataupun lawan TSMY.
PART 1
ReplyDeleteKisah Benar 'Dana Politik $633 juta kepada Malaysia' - Rahsia
Bismillahirohmanirohim, segala pujian bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas Rasulnya Muhammad S.A.W. Setiap orang akan diuji oleh Allah, tidak kira kedudukan atau darjat, ujian tetap akan diberi, Nabi Adam yakni Nabi pertama dan Hawa yang berada di syurga juga diuji Allah apatah lagi manusia yang berada dibumi Allah ini.
Ulasan ini amat berat dan sensitif untuk diceritakan, malah akan menyentuh soal rahsia dan imej negara. Tetapi kita harus istiqamah dan kebenaran harus diceritakan, insyallah umat Islam dan Melayu di Malaysia boleh menerima dengan hati terbuka, yang diminta adalah supaya mereka faham, soal sokong atau tidak pula hak individu.
Memang benar $633 juta diberi kepada Perdana Menteri Malaysia oleh pihak Arab Saudi, nilai ini agak kecil bagi mereka kerana setiap hari mereka mengeluarkan 12 juta tong minyak berbanding Malaysia yang hanya 600 ribu tong sehari. Kerajaan Arab Saudi dari dulu lagi memberi dana sumbangan kepada beberapa pemimpin dan negara islam untuk 1) Memerangi perkembangan Syiah 2) Benteras kumpulan 'penganas' yang memerangi mereka 3) sumbangan kemanusian 4) sumbangan sulit kepada negara islam yang teranaiya 5) Umat Islam yang berada dalam negara yang majoritinya bukan Islam yang ditindas 6) bantuan politik 7) biasiswa bagi perkembangan ajaran Islam ala Wahabi 8) Pertahankan Sunnah wal jamaah Sunni sebagai pegangan utama umat Islam dunia
Pemberian dana seperti ini dilihat pelik malah akan dikritik oleh mereka yang bukan Islam. Perspektif orang Islam dan bukan Islam berbeza dalam konteks mempertahankan kesucian Islam dengan pegangan kita sebagai Sunnah wal jamaah. Kerajaan Arab Saudi dan Iran walau dilihat oleh kaca mata orang bukan Islam sebagai negara Islam tetapi ideologi mereka amat berbeza dan Orang Islam cukup faham akan perbezaan ini.
Malaysia dilihat sebagai rakan strategik bagi kerajaan Arab Saudi, kita perlu faham hubungan dengan Arab Saudi bukan hanya untuk menentukan jumlah jemaaah Haji atau pembelian minyak malah perbincangan tentang kebimbangan ancaman terhadap Islam di rantau Asia dan perkembangan Syiah merupakan antara agenda utama perbincangan tanpa diketahui oleh rakyat umum.
Memang ada pihak terkejut, marah dan tertanya-tanya tentang dana $633 juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi kepada Najib Razak dan bukan terus disalurkan kepada akaun UMNO, sudah pasti bukan semua pihak boleh menerima ulasan ini tetapi apa yang diminta supaya orang Islam dan Melayu berbuka hati untuk menilai realiti ini. Pihak Arab Saudi telah menggenakan beberapa syarat kepada beliau untuk kegunaan Dana tersebut.
1) Benteras pengaruh Syiah dirantau Asia -
Secara sulit pihak Iran sedang bergerak aktif dalam mengembangkan pengajaran Syiah di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Selatan Filipina dan Brunei. Mereka menggunakan beberapa pendakwah secara sulit dan pelajar untuk memasuki institusi seperti jabatan kerajaan, kolej dan Universiti. Kita dapat melihat beberapa kes di Selangor dan beberapa negeri lain dimana jabatan agama telah mengenal pasti cuma atas arahan pihak berkuasa media kurang mewawarkan sahaja.
bersambung
PART 2
ReplyDelete2) Selesaikan isu penindasan umat islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand -
Pada tahun 2014 Najib Razak telahpun mengadakan proses pendamaian antara pihak kerajaan Filipina dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya adalah orang Islam sama juga dengan keadaan dengan kerajaan Thailand dan Selatan Thailand yang majoritinya penduduknya orang Islam. Proses pendamaian ini dapat diadakan bukan kerana Najib Razak begitu pintar untuk berunding tetapi realitinya sebahagian $633juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi diamanahkan untuk memastikan pihak Muslim di Selatan Filipina dan Selatan Thailand bersedia dengan kuasa autonomi yang bakal diberi. Umat Islam tahu penindasan dari pihak kerajaan yang bukan Islam kepada penduduk Islam sememangnya berlaku. Malaysia ditugaskan untuk memastikan barangan kesihatan, bantuan kemanusiaan dan kelengkapan sekolah diberi dan bukan melatih dalam aspek peperangan.
Kenapa Pihak Arab Saudi begitu Kisah tentang pendamaian dirantau ini? Ini kerana Iran telahpun mengambil kesempatan dengan keadaan konflik dengan memberi sumbangan kepada mereka dengan syarat ajaran Syiah dibiarkan berkembang di rantau Asia. Peperangan antara pihak Arab Saudi dan Iran ini memang payah untuk orang bukan islam memahami tetapi hingga kini di Timur Tengah juga peperangan di Yemen merupakan peperangan proksi dan ada yang katakan Malaysia terlibat secara sulit dalam hal ini atas nama kesetian Islam Sunnah wal Jamaah Sunni.
Selain dari ideologi agama, pihak Arab Saudi juga tahu di kawasan konflik ini terdapat hasil minyak dan gas yang banyak, perjanjian eksploitasi minyak antara Malaysia dan Thailand juga berlaku diperairan kawasan konflik begitu juga di Selatan Filipina.
Malaysia juga tidak terkecuali dari jenayah penculikan di Selatan Filipina oleh segelintir kumpulan yang mahu merosakkan usaha Malaysia mencapai proses pendamaian. Kisah Lahad Datu mengingatkan kita bahawa proses pendamaian rantau amat penting dan Malaysia mengambil inisiatif untuk memastikan keadaan disitu diketatkan. Ada pelbagai pihak yang ingin mengagalkan proses ini dengan membuat aktiviti penculikan.
3) Memerangi kumpulan IS dan kumpulan yang tidak menyokong kerajaan Arab Saudi -
Pihak Arab Saudi dan Malaysia sering membincangkan masalah ini dan mereka tahu kumpulan IS telahpun mendapat sambutan oleh sesetengah pihak walau rakyat tidak tahu. Konflik di rantau ini juga merupakan resepi bagi IS mendapat rekruit untuk terlibat dalam ideologi ekstrem mereka.
Oleh itu pihak Arab Saudi mahu kepimpinan Malaysia untuk memerangi IS dengan pelbagai cara dan antaranya mengadakan proses pendamaian dan memberi kelengkapan keselamatan dan melatih pendakwah-pendakwah yang boleh digunakan untuk memberitahu ummah tentang bahayanya kumpulan tersebut. Ini adalah realiti sebenar keadaan.
bersambung
PART 3
ReplyDelete4) Pastikan UMNO memerintah Malaysia -
Ini adalah yang diwawarkan oleh pihak media sebagai alasan utama dana diberi hakikatnya jika mereka mahu Najib Razak melaksanakan amanah tersebut maka dana ini seharusnya digunakan untuk memastikan UMNO menang di PRU-13.
Inilah persoalan yang sering ditanya kenapa bukan terus ke akaun UMNO, ini kerana amanah sebagai pemimpin Islam kini bukan hanya tertakluk kepada wilayah dipertanggungjawabkan tetapi ke rantau. Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan dihormati di rantau Asia pasti dapat menjalankan proses pendamaian ini.
Ada yang tanya apa habuan disebalik pemberian ini, jawabnya pelaksanaan atas permintaan syarat tersebut kerana Pihak Arab Saudi lebih kaya dari segi hasil bumi dari Malaysia. Oleh itu logiknya tiada apa yang Malaysia boleh beri Pihak Arab Saudi tidak boleh beli sebelum dana diberi.
Ada yang tertanya juga kenapa dana sebegini tidak diberi kepada pemimpin terdahulu. Ada diberikan namun konflik kini makin terjadi-jadi dan pengaruh pihak Iran dan barat makin tersebar. Kali ini tugas spesifik diberi untuk memastikan keamanan rautau Asia dijamin.
Apabila cerita mengenai dana ini disebarkan di Wall Street Journal iaitu sebuah akhbar dari New York, kita agak janggal tetapi sebenarnya pihak barat tahu dimana selebih dana itu disalurkan dan mereka menunggu sahaja pemimpin disoal untuk beri penjelasan. Mereka tahu penjelasan ini bakal memalukan Malaysia kerana kita dianggap menyokong pihak Muslim di Selatan Thailand dan Filipina yang negara jiran anggap sebagai musuh dalaman.
Sekarang ini pihak pembangkang ingin mengadakan demonstrasi, adakah kita pernah tertanya bagaimana sesetengah NGO dan parti politik mendapat dana mereka? hak mereka untuk berdemonstrasi harus dihormati tetapi sebagai umat Islam kita harus waras dan istiqamah samada semua yang dilakukan oleh mereka benar ikhlas dan tidak ada agenda yang atau tangan luar yang masuk campur
Najib Razak sudah menjadi menteri begitu lama, beliau dan keluarga tidak memerlukan dana sebanyak ini untuk hidup bahagia tetapi apa yang beliau lakukan adalah amat berat dan sukar untuk orang bukan islam bahkan orang Islam memahaminya. Sokong atau tidak itu hak individu tetapi apa yang mahu disampaikan adalah kebenaran yang ditidak disebut-sebut.
Semua pihak terbabit akan membantah dan tidak akan mengaku ada saluran dana ini, kerana sememangnya rahsia. Seharusnya dana seperti ini dijadikan rahsia tanpa umum tahu, tapi demi kebenaran dan sangka fitnah ia terpaksa diluahkan walau pahit.
Penulis berdoa agar Allah S.W.T membuka hati kepada para pembaca dan menilai secara rasional dan logik tentang kegunaan dana tersebut. Akhirnya Allah S.W.T akan menilai segala yang dilakukan. Walllahwalam.
Salam
Apsal baki dana masuk falcon bank kat singapo?kene beku plak tu?
DeleteOrang kalau jujur hatinya tenang ayatnya mudah tersusun rapi bukan kesat merepek...malah menghina lagi...rakyat dah meluat
Sdr Geng Mamak
ReplyDeleteTSMY memang berpengaruh di Johor kalau tidak masakan pula Ahmad Maslan diboo oleh ahli UMNO ketika satu mesyuarat bahagian dahulu. Najib telah melantik ramai orang Johor menjadi menteri/timbalan untuk mempengaruhi mereka dan seterusnya juga AJK serta ahli-ahli bahagian - lihat Ahmad Maslan,Nurjazlan Mohamad , Azalina & Aziz Kaprawi (Puad Zakarsi Bos JASA, Shahrir dapat RM 2 juta ). Dengan cara (meghulurkan carrot ) itu Najib akan cuba mengimbangi pengaruh TSMY di Johor. Namun pada pandangan saya ramai ahli akar umbi lebih bersimpati kepada TSMY berbanding dengan beberapa kerat ketua ketua UMNO.
Kita juga perlu fahami bahawa orang Johor lebih tebal pegangan nya kepada UMNO jika dibandingkan dengan orang Melayu negeri lain. Dengan itu mereka lebih sayang kepada parti daripada pemimpin politik yang mempunyai masalah dan yang gagal meringan kan bebanan hidup rakyat. ( isterinya setiap kali mewarnakan rambut dengan kos RM1200/- bandingkan pencen minima golongan bawahan RM750/-).
Golongan muda tak kira dimana mereka berada lebih terdedah kepada maklumat media sosial dan mereka tidak mempercayai maklumat yang disajikan oleh media cetak oleh itu terdapat ruang kepercayaan (trust gap) diantara orang muda dengan pemimpin kerajaan. Isu yang orang muda hadapi seperti kurangnya peluang pekerjaan, pemilikan rumah mampu milik, kos sara hidup yang meningkat tinggi dan lain2 melebarkan jurang kepercayaan ini. Natijahnya kerajaan dibenci dan pemimpin Melayu dihina dengan
kata2 ' tidak cekap, tidak amanah, rasuah dll).
Masalah besar akan timbul jika TSMY dipecat dari UMNO.
Pemuda-pemuda yang masih menggangur bersabarlah dan sentiasa berdoa dan berusahalah mencari rezki yang halal. Biar susah dan miskin jangan sesekali mengikut langkah-langkah syaitan. Perhati dan ambil iktibar dari mereka yang telah lama berkuasa.
ReplyDeleteBagi mereka yang masih menyewa rumah bersabarlah dan sentiasa berdoa dan berusahalah mencari rezki yang halal. Biarlah mereka yang kaya dan berada itu membeli semua rumah-rumah untuk kita menyewanya. Jangan sesekali kalau boleh menjadi hamba tebusan sistem kewangan dajjal yang telah menghalalkan riba.
Manusia tidak diciptakan untuk menjadi seperti haiwan ternakan dengan mengikuti kesesatan majoriti manusia dimuka bumi ini tetapi untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan semesta alam. Keselamatan keatas mereka yang sentiasa mengikut petunjuk-Nya.
Kepada ANON menulis pada Thursday, August 27, 2015 12:11:00 p.m (Part 1),
ReplyDeleteSekiralah benar artikel tersebut, ada beberapa persoalan :
1. Sekira benar PM kata untuk Islam, kenapa TPM Muhyiddin juga orang Islam, tidak tahu menahu perihal sumbangan yang sangat besar ini? Dalam keluarga UMNO sendiri pun tak tahu? Apakah Najib berjuang Islam secara keseorangan ataupun cara berjemaah dalam Islam?
2. Adakah kemasukan wang 2 billion ke dalam akaun persendirian sudah mengikut undang-undang Bank Negara? Negara kita negara demokrasi, jangan ada sesuatu yang melanggar undang-undang (apa saja jenis undang-undang dalam Malaysia ini) negara demokrasi berparlimen. Jangan nanti rakyat yang bersuara dikatakan nanti melanggar prinsip demokrasi berparlimen.
3. Kalau kononnya hendak menyekat pengaruh Yahudi, apakah APCO itu bukan syarikat Yahudi??
4. Apakah sifat PM yang senantiasa samada diam, berdolak-dalik, menafikan adalah sifat mulia dalam Islam?
Pulak dah ! Panjang lebar betul anon 11pm ni bersyarah. Hanya kerana derma kpd pemimpin.....pelik jugak tu beliau tau sangat bunyinya!
ReplyDeleteTlg huraikan jugak slip mt payment...boleh? Tak ke figure tu d dicurigai? Dan payment tu 2 kali kan?
Terus ke akaun peribadi? Pelik betul....
Yg lagi pelik tuan badan biarkan org lain yg menjawab bagi pihaknya....utk apa? Dlm konteks jika kita benar apa yg perlu takut dan sorok2? Apa jadi jika wsj tak hebahkan? Sedangkan perkara ni dah lama? Jadi apa pun penerangan sebenarnya lebih mengundang banyak persoalan.....sbb tu dari mula lagi terus terang. Kan mudah gitu?
JGN BERBOHONG.
ReplyDeleteEk eleh Apalah mamat yang komen sampai Part 3. Punyalah mengarut. Shiah/Sunni konon. Najib mencuri tapi kita tak boleh nak tangkap dia. Apa yang susah sangat nak faham.
Shiah lagi ramai di Saudi. Selagi kuasa keluarge Saudi tak tergugat, diorang tak kisah sangat Sunni ke Shiah.
Production less than 12 mil (propaganda je tu). 4 mil untuk domestik - desalination plant dan subsidi minyak. Saudi tak de la kaya sampai nak derma berbillion billion. Keluarga Saudi yang ramai beribu ribu tu nak beli Lamborghini pakai apa?
Sdr Ibrahim Darus, saya boleh terima perdapat anda. Tetapi sdr harus sedar yang sebenarnya ramai ahli akar umbi yang langsung tidak bersuara. Kalau dibandingkan dengan masa Pak Lah dulu dan sekarang, memang banyak bezanya. Yang saya hairan, kenapa masih ramai atau majoriti ahli Umno yang masih berdiam sedangkan ada blogger dan ramai yang lain sudah pun menjangka yang TSMY mungkin menghadapi situasi lebih getir di Umno ? Mungkinkah mereka akan bersuara kemudian ? Tetapi it will be too late sdr.
ReplyDeleteMamat yang buat 3 parts di atas adalah seorang blogger upahan. Dia hanya kutip fakta dari merata tempat dan tulis di sini. Dia memilih blog ini kerana dia tahu ramai penyokong TSMY yang akan membaca blog ini.
Tetapi dia terlupa atau mungkin tidak tahu siapa sebenarnya yang membaca blog ini. Sebab saya kata dia kutip fakta adalah kerana dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada duit dalam akaun Mamat tu dan dia langsung tidak tahu di mana duit tersebut sekarang.
BETUL KAN MACAI MAMAT ?