Tuesday, 4 August 2015

Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak



SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION

(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti - Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. 


44 comments:

  1. Gerenti tak boleh jawab punya ...

    ReplyDelete
  2. Salam, datuk kita mesti mulakan sesuatu bukan hanya berbicara dialam maya dan kita mulakan dijohor bukan untuk menumbsngkan kerajaan tapi menunjukan bahawa perjuangan menentang rasuah adalah agenda umno dan orang melayu. kita mesti kembalikan maruah kita yang terpalit disebabkan 1MDB.

    ReplyDelete
  3. Dlm kabinet skrg ada 4 atau 5 org bernama ajib....tunggu diaorg tlg jawab kan ye! Sabar la.......ye? Stupid! Jawab la sendiri.

    ReplyDelete
  4. Mana ada orang gila nak derma 2.6 billion combine.Jika bukan orang gila yang derma,kangtung siapa yang ada 2.6billion kalau bukan duit......

    ReplyDelete
  5. Jelas suatu kesalahan di sini. Sebagai penjawat awam tidak boleh menerima habuan seperti ini. Bayangkan sorang pegawai kerajaan diberi $$$$$ ini suatau kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang.

    Harus rakyat yang sayangkan negara membuat laporan polis, juga laporan kepada SPRM dan LHDN tentang perkara ini.

    Terang-terang sudah menyalahi undang-undang.

    ReplyDelete
  6. 48% malaysian who voted bn in . What kind of bala you bring to malaysia ? . It is too late for umno . They cant even purge such blatant abuse. This from the top, what do can you expect from below ?. There are no enough Good umno people to purge themself. It rots from the top. Please save malaysia from such disease ? You know what to do next election.

    ReplyDelete
  7. Apa tindakan bahagian disiplin umno..krik..krik..krik

    ReplyDelete
  8. Bermula dari penafian masalah kewangan 1MDB, pastu psal Tabung Haji, pasal Jho Low, pasal duit berbillion dlm akaun peribadi AMBank, pemecatan penjawat awam yg sedang melaksanakan tugas dll...satu-satu tembelang Najib pecah secara automatik dgn kuasa ALLAH SWT.....bau busukkk siot!!!

    ReplyDelete
  9. New mamak in the making. Not yet matured.

    ReplyDelete
  10. Jawatankuasa displin Umno??? KhiKhiKhi Umno ada displin?

    ReplyDelete

  11. Mungkin ini semua angkara Kak mah tetapi pasangan puaka itu telah mencabul segala galanya dalam negara kita. Bukan setakat menyamun wang ringgit. Institusi tunggak kerajaan dicabul dengan begitu rakus seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang dan rakyatnya tidak beragama. Bukan sahaja agama Islam, mana2 agama lain pun tidak boleh menerima pencabulan ini. MB Johor nampak bersuara tetapi apakah beliau juga akan diugut dan didiamkan. Seorang sahaja pemimpin Umno yang mampu bangun menentang pencabulan ini. Boleh kita mula lafazkan Talqin untuk Umno. Bangkit lah bangsa ku. Ini tanahair kamu.

    ReplyDelete

  12. anon 343

    yes, we all know what to do next election...all the malays will vote pas to replace umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... me Melayu tak sokong PAS.
      Parti yang pendirian macam....

      Delete
  13. Yo Akmal Saufi, menang bertanding Parlimen Belia guna cable bapak ko MB Johor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp biasalah ni...lain Yg dibincang lain Yg dikatakan...terduduk kot

      Delete
    2. Anon 6:30pm Kalau betul menang bertanding guna cable bapak adakah maknanye duit 2.6 bil tu duit derma?

      Delete
    3. derma dr anon 6.30 guna kabel bapak dia..

      Delete
  14. We can all join umno and voted out the current leadership from bahagian all the way up. This is the only way to save our maruah. Pls do something. As influential blogger and your network I m sure you cannot organise something. This hsto be coordinated nationally so every affected area of so called rotten leader will be ousted. Together we can do it. Melayu boleh. We need action no more keyboard warrior.

    ReplyDelete
  15. Anon 4.50 pm what u talking abt next election pas join bn. They get bn allocation mah. Bn won't place candidate in pas allocation mah. Najib plan to be in power. That's 28 mp mah

    ReplyDelete
  16. Dlm akta SPRM, mmg jelas dinyatakn bahawa DERMA adalah termasuk dlm kategori SUAPAN (tiada pengecualian). Mgkn lps ni di tkr kpd Sumbang Seikhlas Hati plk kikiki ...

    ReplyDelete
  17. Najib oh Najib! People call your bluff.

    ReplyDelete
  18. Respect pada kamu, pemuda yang dihormati. Selagi kita ada pemuda-pemuda seperti kamu, harapan untuk Malaysia masih ada.
    Terimakasih dan syabas saya ucapkan.

    ReplyDelete
  19. Anon 5:07

    Najib menang kerusi Parlimen Pekan in 1976 at the age of 23 years old. Saya masih ingat ketika itu beliau sebagai ahli politik hingus masih meleleh. Menang tanpa bertanding disebabkan beliau anak Tun Abdul Razak. Itu baru cable bapak atau BAPAK cable. Assalammualaikom

    Bugis Tulen

    ReplyDelete
  20. DARI AHLI UMNO - DERMA UTK PARTI MESTI MASUK AKAUN PARTI ( sekurang2 2 tanda tangan dan MKT mesti tahu) BUKAN AKAUN PERIBADI- ADA FAHAM DS Najib Razak

    ReplyDelete
  21. Good questions from this young guy....we need people like him for the nation to grow. Here are more questions for #DearNajib:

    Q1. Is there any string attach with this donation? If no, pls let us know who the generous donor are so that we will know if there's string attach to it.
    Q2. How did you spend the RM2.6bil in the general election?
    Q3. Is there any more money left after general election and if there are, where do the money goes to now?
    Q4. Why you the only one know it is a donations whereas everyone else do not know?
    Q5. Remember the anti corruption advertisement in the TV whereby "belanja" nasi lemak in order to get elected also consider as corruption. Dont you think that RM2.6bil donation or use in the general election is not corruption? Pls elaborate.

    Appreciate if you can go live on TV to answer these questions so that rakyat can hears from you directly.

    ReplyDelete
  22. As-Salam bro Firdy@Apanama.., am more concerned wth wats not yet being announce n will concentrate and hope d SRC International 42mil or is it 50mil that went to his second account that woz also close will hold d cue to wat next.., ape pun d MACC did says they r still investigating SRC Int as dats d one i tink resulted in TS Gani, MACC Dato Sri Zakaria being forced to relinquish their position and d task force guys being hauled up for questioning., my two cents worth dat will be d killjoy for DSN n his diehard no holds barred supporters., heheh.., wat else can I say.., (,")

    Say no to NWO!
    off d record, maybe we cud one day meet up wth OTSB n JMD bro Apanama..,heheh.,

    ReplyDelete
  23. Ada tak laporan yang duit masuk akaun Rosmah pun derma?
    Ada tak mana mana menteri 1MDB yang melaporkan duit 2.6Beliyon digunakan utk mangsa banjir kelantan atau gempa bumi sabah?
    Harap Apanama boleh beri pencerahan.

    Dongipap.

    ReplyDelete
  24. Salam semua yang membaca.

    Kita kini dah sampai di satu persimpangan - sayangkan DSN atau sayangkan UMNO. Kalau kita sayangkan DSN (ye la kan kipas kuat2 sikit untung2 dapat naik kabinet) maknanya PRU14 nanti PAS bolehla datang bacakan talqin untuk UMNO yang berkubur tersungkur. Tapi kalau kita sayangkan UMNO, itu Ahjib Gor kita misti kasi tukar maa.. DSN xakan turun sendiri atas perbuatan2nya yang lampau, maka kitalah yang kena turunkan beliau. DSN xnak jatuh terletak tapi dia nak jatuh terhentak. Benar kita perlu mulakan di peringkat cawangan yang mana ketua2 cawangan yang dah kekenyangan (bukan semuanya macamtu) bolehla diadakan usul tidak percaya untuk menukarnya. Ini bagi memastikan wakil2 UMNO yang hadir ke persidangan nanti adalah yang benar2 nak memperjuangkan bangsa dan agama bukannya yang nak melantak sakan. Barulah usul xpercaya kepada DSN boleh diusulkan dan pasti ada penyokong2nya.

    Wallahualam.

    HIDUP UMNO!!!
    TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

    ReplyDelete
  25. Baru tengok si Rahman Dahlan kat TV1.This guy is a good talker...talking all bullshits!!! Another ass licker thinking highly of himself(making fool of himself actually) and thought others M'sian are ignorant.

    ReplyDelete
  26. Kawan Sabah saya dulu semua pandai dan beradab. Rahman Dahlanun betul ka orang Sabah? Ini macam punya putarbelit saudagar minyak ular kalah woii. puiiiiiii lu bukin malu orang Sabah la setan

    ReplyDelete
  27. Apakah wasiat Paklawan Jibgor kepada generasi muda Malaysia?

    Jawaban: "Kalau kamu takda keturunan bangsawan macamku, janganlah harap orang mahu menderma berbillion kepadamu. Siapa berani macam ku masukkan akaun pribadi wang banyak tu?

    ReplyDelete
  28. Anon 8.51 me melayu also would not vote vote taliban party pas who would join bn soon anyway. Pas will only take us back to riding bicycle age. I am sick and tired also of umno wasting my tax money to enrich themself. For 52 years Malays are still envious of the Chinese of their success, why the f*** give to these Malays who can even uplift the malay race but to enrich them self in the name of fighting for malay.

    ReplyDelete
  29. DISINI HARUS DIJELASKAN BAHAWA SEGALA USAHA SEDANG, AKAN, HARUS DILAKUKAN AGAR DATUK SRI NAJIB BIN TUN ABDUL MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI SERTA MELEPASKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO KERANA KITA TIDAK MAHU NAJIB SERTA ISTERI MENJAHANAMKAN PARTI SERTA KERAJAAN.
    INI BUKAN GERAKAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ATAU GERAKAN YANG BERHASRAT MENGGULINGKAN KERAJAAN. PIHAK BERKUASA KHUSUSNYA TAN SRI IGP HARUS FAHAM BAHAWA DUA PERKARA INI ADALAH BERLAINAN SAMASEKALI. KERAJAAN INI KERAJAAN UMNO/BN. TIADA ADA SEBAB KENAPA KITA PENDOKONG UMNO/BN INGIN MENUMBANGKAN KERAJAAN YANG KAMI DOKONG.
    YANG KAMI INGIN BUANG IALAH BARAH YANG MENJELMA DALAM BENTUK NAJIB DAN BEBERAPA INDIVIDU LAIN YANG SEDANG MELACURKAN DIRI. K
    KAMI BANGSA MELAYU ORANG ISLAM ADA MARUAH. KAMI HARAP DATUK SRI NAJIB MASIH ADA SAKI BAKI MARUAH YANG DITINGGALKAN ARWAH BAPANYA TUN ABDUL RAZAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong. Sakit hati bila usaha membuang 'barah' disamakan dengan menumbangkan kerajaan. Yang nak ditukar ialah DSN - selaku ketua eksekutif dan bukannya kerajaan yg diketuai DYMM SPB YDPA.

      Jemu hidup dalam ugutan. Lepas ni silap2 otak setiap rakyat Malaysia ni pun nak kena scan agaknya bagi mencari orang yang 'menentang kerajaan'..

      Delete
  30. Nasihat pada HAJI Rahman Dahalan,ko tu dah pangkat haji,jgn la benda salah pun ko nak cuba halalkan.Tak takut dosa ke?

    ReplyDelete
  31. Rahman Dahlan VOWS to topple Najib if RM2.6 bil is 'rakyat's money'.

    May i urge APANAMA, OTSB, JMD, DT, DAKJ, TSZAM and like thinking bloggers to really put up a simple flow chart on

    1. the USD700 THAT TRAVEL AROUND BEFORE LANDING IN NAJIB'S ACCOUNT

    2. the millions from SRC through its subsidiaries and finally ending in najib's account

    If you guys can write and rewrite this, we can see later on rahman dahlan is going to be hero for toppling najib.....i challenge you guys.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.
    Saya amat bersetuju soalan2 dikemukakn n smmgnya PM kena mjawab segera n begitu juga Agensi kerajaan yg berkaitan. Mengapa perlu derma sebanyak itu dari pihak luar n tidak kah ini bermakna telah berlakunya "foreign interference" yang boleh menganggu gugat kestabilan demokrasi berparlimen di Msia akibat penerimaan derma yg sebegitu besar dari orang asing...PM secara tidak langsung dgn niat telah membenarkn campur tangan asing dalam pentadbiran negara......apanama sudah jadi nie??????

    ReplyDelete
  33. nak kutip derma untuk mangsa banjir pun susah nak cecah 2.6milion, bagi najib derma sampai 2.6bilion ..ada bahalol ka??

    ReplyDelete
  34. since ds najib said the money is donation to UMNO from sheikh unta, MACC should call UMNO Treasury (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah?) to verify, shouldn't he be aware of this? transactions recorded, etc? he never said anything until today! takan dia tak tahu?

    ./mkh

    ReplyDelete
  35. Anonymous said...
    Kawan Sabah saya dulu semua pandai dan beradab. Rahman Dahlanun betul ka orang Sabah? Ini macam punya putarbelit saudagar minyak ular kalah woii. puiiiiiii lu bukin malu orang Sabah la setan
    Tuesday, August 04, 2015 10:42:00 p.m.

    Hahahah...don't be fooled by that Kiram's progeny. Look at him! then look at him again. Is he really a Sabahan? Doubt he is...the bogus pirate cum chicken out assholes manager likes him bcoz he talks cocks all the times..

    ReplyDelete
  36. Dalam cerita P.Ramlee Musang Berjanggut pun dah kata...
    Puteri Sibujur Sirih : Kalau laki-laki datang ke rumah perempuan malam-malam yang lakinya tiada..adakah itu satu kesalahan?
    Datuk Nikah Kahwin : Itu salah.
    Puteri Sibujur Sirih : Bagaimana dengan datuk?
    Datuk Nikah Kahwin : itu tidak menjadi masalah.Itu semua boleh dipadam

    ReplyDelete
  37. Dalam cerita P.Ramlee Musang Berjanggut pun dah kata...
    Puteri Sibujur Sirih : Kalau laki-laki datang ke rumah perempuan malam-malam yang lakinya tiada..adakah itu satu kesalahan?
    Datuk Nikah Kahwin : Itu salah.
    Puteri Sibujur Sirih : Bagaimana dengan datuk?
    Datuk Nikah Kahwin : itu tidak menjadi masalah.Itu semua boleh dipadam

    ReplyDelete
  38. Dalam cerita P.Ramlee Musang Berjanggut pun dah kata...
    Puteri Sibujur Sirih : Kalau laki-laki datang ke rumah perempuan malam-malam yang lakinya tiada..adakah itu satu kesalahan?
    Datuk Nikah Kahwin : Itu salah.
    Puteri Sibujur Sirih : Bagaimana dengan datuk?
    Datuk Nikah Kahwin : itu tidak menjadi masalah.Itu semua boleh dipadam

    ReplyDelete
  39. http://realpolitikasia.blogspot.com.au/2015/08/on-matter-of-us-681-million-donation-to.html

    :)
    django

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC