Sunday, 16 August 2015

Siapa sebenarnya yang hilang akal?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pengkritiknya paling lantang, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa beliau berbelanja kurang daripada RM10 juta dalam setiap kempen pilihan raya semasa beliau menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
Najib, yang menghadapi kritikan kerana menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak lama sebelum pilihan raya umum 2013 berkata, adalah tidak logik dan tidak masuk akal sekiranya satu kempen pilihan raya hanya memakan belanja RM10 juta.
Najib berkata beliau memikirkan mengenai jumlah yang dikatakan Dr Mahathir itu berkali-kali dan mendapati ianya tidak logik.
"Dia kata dalam 90-an dia hanya belanja RM10 juta. Saya fikir tentang itu berulang kali. Dengan deposit pilihan raya untuk 193 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya RM41 juta. (??????????)
"Itu baru perbelanjaan minimum jika anda menghabiskan RM100,000 bagi setiap kerusi Parlimen dan RM50,000 deposit bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepala Batas hari ini.
"Itu tidak termasuk wang yang parti akan habiskan untuk barang pilihan raya seperti papan iklan, kain rentang, poster, kemeja dan mesyuarat.
"RM10 juta tidak munasabah. Kalau nak mengkritik pun, lakukanlah dengan berasas. Ia mesti logik dan berfakta," katanya kepada perwakilan Umno dalam mesyuarat bahagian Kepala Batas hari ini di Pulau Pinang. - Malaysian Insider 
Tolong pakai otak ok. Please! 
Mula-mula dalam tulisan bertajuk AKAUN PERIBADI di dalam blog beliau Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: -

Perenggan- 13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

Dalam tulisan seterusnya bertajuk MALAYSIA Tun Dr Mahathir mengulas secara lebih mendalam lagi tentang perkara yang sama. Beliau berkata:- 

Perenggan- 26. Kepada pemimpin bahagian UMNO dan pelbagai kuncu-kuncu, PM, dalam mesyuarat tertutup, mendakwa berbilion-bilion ini adalah untuk pilihan raya.

Perenggan- 27. RM2 bilion untuk pilihan raya adalah tidak munasabah. Saya memerlukan kurang daripada 10 juta untuk setiap satu daripada lima pilihan raya yang saya mempengerusikan dan saya memenangi semua dengan lebih daripada 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta Ringgit. Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk memanupulasi pilihan raya. Ini tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang.

Kenapa Najib terpaksa berfikir berulang kali namun gagal memahami kenyataan ringkas ini. Tidak faham atau buat-buat tak faham Datuk Seri?

Jawapan ringkas untuk merungkai kekeliruan melampaui batas yang dihidapi YAB Perdana Menteri (tidak perlu fikir berkali-kali sampai hilang akal). 

Kita kira perbelanjaan deposit bagi tahun 1999.

193 kerusi Parlimen x RM15,000 = RM 2,895,000
504 kerusi DUN x RM8,000 = RM 4,032,000 

Wang Deposit Pilihan Raya - KOS TERKINI 2013
Jumlah deposit seperti berikut:  - 
RM10,000 untuk deposit calon Parlimen  - RM5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen  - 
RM5,000 untuk deposit calon DUN - RM3,000 untuk deposit bahan kempen DUN -  SUMBER

Jumlah sebenar perbelanjaan bagi deposit hanya RM 6,927,000. 

Jika pada tahun 1999 pun perbelanjaan deposit yang di-uruskan ibu-pejabat tidak sampai RM 7juta ringgit maka tahun-tahun sebelumnya nyata lagi rendah kerana jumlah deposit yang lebih kecil pada ketika itu. Mungkin pada tahun 1999 pun kosnya lebih rendah lagi kerana perkiraan ini berdasarkan kos deposit terbaru tahun 2013. (Faham?)

Sebenarnya tuduhan Najib Razak bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir tidak masuk akal adalah tidak berasas dan merupakan fitnah jika Najib membuat kenyataan tersebut dalam sedar. Saya fikir, seperti kebiasaan sejak kebelakangan ini, mungkin Najib pun tidak faham apa yang beliau ungkapkan dikhalayak ramai.

Perkiraan di-atas adalah bagi semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri yang ditandingi BARISAN NASIONAL dan bukan UMNO semata-mata. Harus di-akui bahawa selain perbelanjaan deposit terdapat pelbagai perbelanjaan lain ketika pilihanraya dan terdapat had perbelanjaan yang ditetapkan mengikut Parlimen/DUN. 

Kos perbelanjaan lain yang di-hadkan ini biasanya ditampung melalui pelbagai sumber lain termasuk parti-parti politik dalam Barisan Nasional di-peringkat nasional/negeri menerusi dana sendiri atau sumbangan penyokong (yang dimasukan kedalam akaun parti dan bukan peribadi). Melampaui had yang ditetapkan adalah satu kesalahan pilihanraya dan jika disabitkan kesalahan boleh dilucutkan jawatan.

P.S. 
1. Deposit RM 41 juta untuk kerusi Parlimen dan DUN pada tahun 1999 tu you kira macam mana Datuk Seri Perdana Menteri? 

2. Mereka yang masih tidak memahami isu deposit/perbelanjaan pilihanraya ini, termasuk YAB Perdana Menteri, boleh mengemukakan permohonan agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengadakan satu seminar khas berhubung isu ini.  Jika tidak ada mana-mana pihak yang gundah gulana, Tun Dr Mahathir boleh dijemput untuk memberi penerangan yang lebih terperinci. 

#beranikeranabenar 


Sekadar makluman :- 









26 comments:

Anonymous said...

Aku pun naik menyampah bin meluat nengok najib buat statement tu kt tv tadi..

Anuar pun silap2 gelak sampai pecah perut guling2 siap tkencing2 dalam jel mendengar najib punya lawak.. kalah lawak sepahtu zero nabil..

Woi najib orang xsekolah bolehla makan temberang kau.. Dah malu yang amat aku ada PM kaki temberang macam kau uweekk..

Anonymous said...

Saya orang biasa kurang faham penjelasan kewangan utk politik kamu semua tapi saya berani berkata bahwa terlampau susah utk ku menganggap Dr. Mahathir sebagai pendusta. Sebaliknya itu .... emmm

Anonymous said...

najib bkn x pham boss, lebih dr pham...tp kne laa swing psl da buat slh..... penipu penyangak penyamun perompak mmg berkaraktor mcm gtue...da sah2 bugis tue lanun

Anonymous said...

Agaknya ahmad maslan b***h tu yg buat skrip dia tu tadi tak? Kalau rosmah yg buat rasanya xseb***h tu skripnya tadi Kahkahkah

Anonymous said...

Bukan kah deposit dapat balik, so bukan lah pembajaan.
So kalau MM kata belanja 10 juta, masih lagi masuk akal.

Anonymous said...

Aku tak dengar tapi ada terbaca sorang tuh kata Selatan Thailand dan Selatan Philippina ada menerima seperti donation dari Saudi? Kalau betul dia sebut, memang dah jatuh tahap tahi lembu bugis bersama hulubelalang dorang semua nih!

Alasan buka pekong menyamakan taraf 'terrorism funding', lebih seribu kali bodoh memalukan kerajaan melayu tanah ayer!

Anonymous said...

Kah kah kah mamak memang mamak haramjaddah

Anonymous said...

PahlaWANG boooogesss pengecut WAJIB berUNDURRRRRR

Anonymous said...

Okey lah, katakan RM41juta. Mana pergi baki RM2,559 juta?

Conspiracy Theorist said...

Heheh., jst luv d last para item 5.., Oops, its you.., heheh.., spot on bro.., thnx for d laffter..,

Anonymous said...

Sekarang rakyat mahu tau mana perginya 2.6b?...Takira lah zaman tun belanja 10m ke 40m ke?... Yg pasti duit Yg tun belanja bukan dari derma Yg dimasukan dlm akaun peribadi...

Anonymous said...

Berapakah perbelanjaan yang dibenarkan oleh SPR untuk setiap parti bagi setiap PRK atau PRU?

tebing tinggi said...



Kalau stiap pilihanraya , berbillion di belanjakan untuk tujuan itu memang tak masuk akal.

Anonymous said...


Every day that Najib is in power, is a day lost for Malaysia.

Can you blame the bootlickers for defending him? He has filled their pockets with millions.

Cash is king.

UMNO, wake up.

Don't use the name of Islam for a party that condones such dishonesty at its highest levels.

Anonymous said...

Najib ini makin terserlah kehilangan akalnya apabila cuba meremehkan Tun M. Halllooo Najib, dah berkali-kali sebelum ini bila Tun M bersuara dengan fakta bukan cakap kosong-kosong je. Najib bukan lawan Tun M and Najib ini lebih kepada "Cry Wolf". Memang tak layak jadi PM. Macam manalah dia boleh pass subjek Matematik.

Anonymous said...

orang melayu!

Anonymous said...

ini dia saje je buat. modal nak kuar tv3 lepastu bagi yg taksub dekat dia ada modal nak besembang/besilat.

benda petama yg difikir bila najib tak guna tu ckp tak logik, kita otomatik fikir perbezaan masa. dia cita zaman dia deposit, dulu punya rate dia tak reti?

tapi tak dapat dinafikan, najib bongok tu ckp kat tv3 smalam, konfiden giler. dengan kita kita skali pun dah nak tepecaya cuma fikir mungkin rate lain. lepas tu kita pun buat sikit homework. lo and behold, ada juga orang yang sampai conclusion sama.

najib the idiot ni dah masuk mode desperado sngt2 dah ni. semua dia nak tibai nnt. stanby je le nak kena cekup sesapa yg telalu lantang. btw, bukan rahman dahlan punya statement tu admission of charge sheet being the real deal? idiots all around. when an asshole is worshiped as king, the end is nigh

Anonymous said...

10juta tu dari akaun umno.(tn m)
yg acaun peribadi,akaun anak beranak,akaun adik beradik,acaun proksi.sape tahu.
cuma mungkin naji dapat 10 kali ganda.itu yg melompat tuh.manusia2. pendengki.pemfitnah.

Anonymous said...

ringgit is kaputing by the minute! LOL, tercirit lah jibby lanun, TS Muhyiddin you better be good!

Anonymous said...

najib dah jadi mcm mat maslan dah..bodoh tak blh baiki dah...kena boo skali baru dia sedar kot..

Anonymous said...

As'Salam... Bro Apanama n Malaysians3 semua..


"Fooled me once shame on U... Fooled me twice shame on me.."


AhJibGo always3 says the dumbest things... He simply2 just cannot avoid it..


"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

Tai-pan Jr

Anonymous said...

Anon 9.00am

Kalo Naji(b) (mungkin) dapat 10 kali ganda, tu baru 100 juta. Mana pergi lagi 2500 juta? Bukan setakat pendengki dan penfitnah, perompak dan penyamun pun nak tahu.

Anonymous said...

Org yg hilang akal ialah najib razak. PM yg paling lama buang tebiat. Lepas ni tunggu pengumuman pemergian beliau dgn hutang2nya...
Beliau pergi tak kembali lagi.
Sekian.

Anonymous said...

statement2 tak lojik camni yg puak2 jibgor dok pertahan. Rakyat tak bodoh, kalau x caya buatlah survey menyeluruh sokongan thdp BN dibawah jibgor ni..tengok sapa yg kena

Anonymous said...

Najib pass ke matematik? Macam tak je..

Anonymous said...

Kesian najib.. jadi b***h dah.. byk sgt rosmah bagi najib makan nasi k***k**g kot huhu..