Tak takut Tuhan? |
PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said today PAS will support a no-confidence vote against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, as mentioned by the party's elections director Datuk Mustafa Ali.
"If there is a no-confidence vote moved against the prime minister, PAS will join in as the actions by 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and answers on the RM2.6 billion donation clearly cannot be accepted by the people," he said. - Tuan Ibrahim Tuan Man
Sebelum ini Tuan Ibrahim pernah membuat kenyataan bahawa skandal 1MDB serta permasalahan lain yang melanda Malaysia sebenarnya telah membuka ruang yang lebih luas untuk parti-parti pembangkang. Beliau berkata kini waktu terbaik bagi pembangkang untuk mengenepikan permasalahan mereka dan duduk semeja untuk mencatur kaedah untuk menyelamatkan negara.
Kenyataan beliau dua minggu yang lalu itu mungkin hanya dinilai dari sudut politik kerana Tuan Ibrahim juga menyentuh tentang perlunya keseluruhan pentadbiran ditukar, bukan hanya setakat menyingkiran Perdana Menteri yang telah menyebabkan pelbagai masalah kepada negara dan rakyat.
Namun kenyataan terbaru Tuan Ibrahim mungkin boleh ditafsir dalam konteks yang lebih luas, kerana kenyataan ini datangnya selepas 'komplot' Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri heboh. (Komplot dihebohkan oleh Timbalan Perdana Menteri)
Oleh itu, dari satu sudut Tuan Ibrahim boleh dilihat menzahirkan pendirian jelas PAS mengenepikan politik kepartian buat seketika untuk berdiri bersama rakyat.
Pas mungkin telah sedar akan denyut nadi sebenar sebahagian besar rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, darjat atau pegangan politik. Ajaran agama serta nilai-nilai murni kehidupan mengatasi segalanya.
Pas atau mana-mana parti politik atau perkumpulan lain tidak lagi mempunyai pilihan selain melangkah keluar dari kepompong politik demi menyelamatkan negara.
Ini bukan lagi politik. Ini gerakan aman rakyat Malaysia, mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan, untuk menyelamatkan negara.
Siapa lagi yang sebenarnya bersama rakyat untuk negara?
Harus diambil maklum juga bahawa ada sebilangan ahli politik pembangkang serta penyokong yang berpendapat bahawa krisis kepimpinan masakini harus dibiarkan berlarutan agar parti pemerintah lumpuh sepenuhnya menjelang pilihanraya akan datang. Mereka ini nyata meletakkan kepentingan parti mengatasi segalanya tanpa mempedulikan akibatnya kepada negara dan rakyat?
P.S. DAULAT TUANKU!
Apakah pendirian Hadi?
ReplyDelete
ReplyDeleteDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man is the one (remaining) PAS leader who consistently stands up for the rights of the rakyat, and makes sense on national issues.
But his party president is capable of making 180-degree flip-flops.
Itulah masalahnya.....
ReplyDeleteDalam situasi sebegini dimana dilihat UMNO dan PM begitu degil menerima hakikat sebenar .
Sebaliknya keluar pelbagai alasan penafian yang tidak munasabah yang menghalalkan cara ,dan keluar pelbagai teori conspiracy yang memburuk-burukan pehak lain ,bagi menegakan benang yang basah.
Nampak para pendukung UMNO tiada pilihan dan harus bersedia menghadapi keadaan berputih mata dan berpatah arang .
UMNO semakin jelas tidak dapat dipertahankan ,walaupon undi tidakpercaya akan menjadi kenyataan ,pastinya akan ada butter trade disitu,dimana kedudukan UMNO pasti lemah.
Kedegilan Njib dan para pendukongnya akan meruntukan segala-galanya.
Orang Melayu wajib bersedia menerima hakikat.
ReplyDeleteYang pastinya dalam episod ini, kita jelas bahwasanya UMNO adalah parti pengkhianat orang melayu. Itu saja. Kadang - kadang, kita yang minta bukan - bukan daripada UMNO.
Tak tahulah boleh dikuburkan atau tidak. Rasanya susah.
Tuan mungkin SATU-SATUNya pemimpin PAS yang masih berupaya berfikir, yang lain, khasnya Presiden, macam mana?
ReplyDeleteTidak kira apa fahaman politik anda atau apakah persatuan anda...marilah berganding bahu bersama2 menyelamatkan negara demi masa depan anak cucu kita. Telah terang mereka ini adalah lanun merompak harta wang ringgit negara dan corak kepimpinan yg lemah. Apa lagi yg kita tunggu? Ayuh....bangunlah rakyat malaysia.
ReplyDeleteKatanya Malaysia negara Islam. Katanya ada ulama. Katanya ada imam dan ustad2. Betul ke ada? Tak dengar pun suara diorg. Sembah najib ke atau takut kat jawatan? Takut kena buang?
ReplyDeleteSedar tak anda ada tanggung jawab? Tahu tak erti semua permasalahan ini? Ke....sekadar baca surah2 je?
14 negeri....koman2 pun 14 ulama. Mana pergi? MANA PERGI? BISU KE? PEKAK KE? Sibuk cari pahala ke? Ni dosa2 yg berlaku ni nak jadi apa? Perlu ke subahat? Perlu ke? Serban lilit kat kepala tu utk apa? UTK APA KALIAN HIDUP?
ISLAM ITU HEBAT....tetapi anda layu dlm kenyataan dunia.......
Selagi Hadi tidak jelas kedudukanya semua ahli PAS dalam keadaan lemas! Selagi Hadi bisu semua percakapan timbalan presidang TIDAK LAKU.
ReplyDeleteMempertahankan UMNO adalah terdiri dari semua ahli yang sayang kepada parti yang telah berjasa sebagai wadah perjuangan orang -orang Melayu selama ini sejak dari sebelum merdeka lagi . Ahli UMNO yang sayangkan parti supaya dapat meneruskan perjuangan hingga ke anak cucu mereka , menentang Najib dan para pengampunya adalah satu jihad dalam kalangan ahli UMNO yang tidak rela melihat UMNO sebagai platform memperjuangkan kepentingan peribadi yang rakus .Tidak salah kita membuang pemimpin yang semua sudah tahu kiblatnya kemana dan ketidak jujuranya jelas .
ReplyDeleteUMNO bukanlah untuk pemimpin yang kejujurannya bolih dipertikai dan membawa malu kepada parti dan negara .
Sebelum UMNO dihancurkan dan di hina . lebih baiklah pemimpin seperti ini mengundur atau di undurkan . Salam .
..atau di'ghaib'kan tak berkubur.. macam MH370 jugak.. (dengan bini montel dia tu sekali)
DeleteThe PAS members are actually strategic when they chose Tuan Ibrahim as deputy, despite him being an ulama. They were not stupid after all.
ReplyDeleteYou will see the emergence of Nik Abduh next. He talks things that the non malays do not like at this point in time. But wasn't it the same with Hishamuddin, Khairy, Najib and even Mahathir when they were youth leaders ?
When they move up the ranks, they will change for the better. So you cannot write off PAS totally. They still have those strategic thinking people within them.