YAB Datuk Seri Presiden,
- Pada pagi ini, saya hanya ada tiga perkara yang ingin saya sampaikan, sebagai mewakili pendukung UMNO Pasir Gudang. Pertama, pada ketika dan waktu ini, kita harus berlaku benar. Mengakui bahawa parti, tidak berada dalam kedudukan yang sebaiknya.
- Pendukung kita di Johor, berada dalam keadaan yang resah. Sangat gelisah dan ramai yang keliru. Isu-isu seperti 1MDB, Felda, kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup dan pelaksanaan GST meniti dari bibir ke bibir kebanyakan ahli dan rakyat Malaysia.
- Selain ahli UMNO, rakyat kebanyakan juga semakin keliru, skeptikal, pesimis dan mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti setiap penjelasan dan tindakan kita. Apa jua penjelasan, dilihat tidak memadamkan rasa gelisah dan gundah gulana ini. Malah, semakin mengelirukan. Semua masalah itu sekarang, mula membebani UMNO.
- Dan ia membebani UMNO pada saat UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah lain. Pada saat UMNO tidak sekuat dahulu. Pada saat UMNO cuba untuk memulihkan dirinya agar menjadi relevan dengan generasi muda. Pada saat UMNO sedang berhempas pulas mencari jalan terbaik bagi mendepani demokrasi Malaysia yang semakin matang.
- Justeru, UMNO memerlukan pencerahan dan jalan ke hadapan kepada segala kemelut dan krisis yang melandanya waktu ini. Kerana itulah kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan.
- Diselesaikan dengan cara yang telus. Diselesaikan dengan cara yang terbaik. Diselesaikan dengan cara yang mengangkat keadilan dan kebenaran. Tidak lebih dari itu.
Nyata bukan sokongan membuta tuli menghalalkan yang HARAM.
Apa kata Khaled Nordin lagi...
Datuk Seri Presiden,
- Kami yakin, Datuk Seri berkongsi pendirian dan rasa seperti kami jua. Tiada siapa lebih utama kepada kita kerana yang menjadi keutamaan UMNO ialah perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa.
- Justeru kerana itu, bila Tan Sri Timbalan Presiden digugurkan, UMNO Johor mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Perdana Menteri. Kerana UMNO Johor mengambil ketetapan bahawa urusan Kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung. Walau pada hakikatnya, ada di kalangan kami yang terluka.
- Dan kami juga mengambil ketetapan. UMNO hanya ada satu Nakhoda, iaitu Presiden UMNO dan kita mesti memberikan kepercayaan untuk dia mengemudi bahtera ini. Tetapi hormat kami tidak akan berkurang pada Timbalan Presiden.
- Cara Johor, ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana semua kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO.
- Kerana itu, kita menyeru agar Timbalan Presiden terus dihormati. Mana mungkin kami akan membelakangkan beliau hanya kerana beliau sudah bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Persabahatan kami bukan kerana darjat, bukan kerana pangkat, bukan kerana gelaran dan sama sekali bukan sekadar upacara dan martabat.
- Kepada Tan Sri Muhyiddin, harapan kami ialah semoga dapat terus bersama mendukung perjuangan UMNO, memperbaiki bangsa dan agama.
- Inilah UMNO Johor. Mementingkan nilai, berbudaya tinggi dan teguh pada prinsip. Kerana itu, UMNO terus diyakini di Johor. Bak pesan Datuk Laksamana Hang Tuah, menurut biar akal, menentang biar beradap.
Baca ucapan penuh Ketua Bahagian Pasir Gudang yang juga Mentri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin di UMNO JOHOR.
#muafakatmembawaberkat
Nota: Nampaknya tahap kesabaran WANITA UMNO semakin tipis. Pasti ramai yang faham akan luahan 'berapi' ini.
7 comments:
Dahlah UMNO berlakun. UMNO Johor ke apa ke ........ pemimpin pemimpin UMNO semuanya lembu kenyang. Tak ke mana pun. Peroska orang melayu je umno ni.
Adab Melayu Johor, begitulah.
Menegur pun penuh beradab.
Menurut biar ber akal
Menentang biar beradab
Makan secara pukal
Sbb tu tak boleh harap! ........tak gitu?
Kesian tengok sebahagian pemimpin berperut boroi dan buncit..... sentiasa kenyang kan!
Ia seperti menegur burung keruak jangan bising ber wak wak waktu senja. Tegur2 malu kucing dengan penuh ketakutan tu! Hahahhaa...lawak la. Apa yang saya ingin terjadi sebenarnya adalah semasa lanun tu tiba, semua hadirin balik rumah. Tu baru lah menhilangkan kehormatan lanun bangsatantu.
menyokong lanun penuh adab? LOL
ko bukan orang johor...patutla ko cakap mcm tu...ko harap kami memberontak secara kekerasan...kami bukan bodo mcm tu... sekilas ikan di air aku tau jantan betinanya...org johor bukan penakut utk berperang dan bertempur.Ikut sejarah Pahang adalah jajahan johor.Kami telah buktikan semasa kami berparang panjang dengan cina lepas perang jepun dulu. Cuba check dalam sejarah kawasan mana yg telah diputihkan menerusi parang panjang.Kami akan bertempur dengan musuh sebenar org melayu bukan penyeleweng.Penyeleweng perlu dihukum dengan undang2..Kalau kami sapu semua nanti org melayu juga yg susah.
Peduli apa ?? Ini baru satu negeri jerr. Ada lagi 13 yang sokong aku ! Macam lah cerita 3 juta tuu !
Post a Comment