Kenyataan di-atas adalah jelas dan tepat. Dua orang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang 'ditukarkan serta-merta' ke Jabatan Perdana Menteri pada hari Jumaat lepas telah dikembalikan ke jabatan mereka.
Kenyataan Tan Sri KSN ini menyusul setelah rakyat dari setiap lapisan dan pelusuk negara membantah dan membidas beberapa tindakan rakus ke-atas SPRM.
Rakyat sedar SPRM menjadi sasaran ekoran siasatan rasuah/suapan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Ahli politik serta pengampu Perdana Menteri yang lain, termasuk beberapa penjawat awam tertinggi dan para menteri boleh terus menidakkan perkara ini tetapi pendapat umum nyata tidak menyebelahi mereka.
Ada ahli politik muda yang telah tampil, setelah tiada pilihan lain, untuk mempertahankan SPRM tetapi persoalan pokoknya adalah - Kenapa kita diheret kedalam satu situasi dimana institusi penting negara dicabul secara terang-terangan? Ini bukan lagi persepsi tetapi satu kenyataan yang pasti.
Beberapa persoalan penting timbul berikutan kenyataan terbaru KSN. Tan Sri sebenarnya berkhidmat untuk apa dan siapa?
Kini telah terbukti, menerusi kenyataan Tan Sri sendiri, bahawa kedua-dua pegawai tertinggi tersebut ditukarkan keluar dengan kadar serta-merta tanpa apa-apa penjelasan dari mereka atau pertuduhan salahlaku terhadap mereka. Ini jelas dan tidak perlu didebat. Bagaimana perkara sebegini berlaku diperingkat Ketua Setiausaha Negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Siapa sebenarnya yang mengarahkan pegawai tertinggi SPRM yang terlibat dalam penyiasatan rasuah/suapan terhadap PERDANA MENTERI ini ditukarkan?
Kenapa pertukaran tersebut tidak mematuhi SOP atau akal yang waras?
Harus di-ingatkan Tan Sri KSN jugalah yang mengeluarkan arahan perlucutan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara walaupun Gani Patail dijangka bersara wajib dalam masa lebih kurang tiga bulan (dalam bulan Oktober). Harus diakui bahawa kesihatan Gani Patail bukan sempurna namun beliau tidak lah terlantar sakit dihospital/rumah atau tidak dapat bergerak kesana-sini untuk menjalankan tugas. Gani Patail pun masih waras, mungkin lebih waras dari yang masih memegang beberapa jawatan tertinggi kini.
Jadi apakah Gani Patail pun dilucutkan jawatan, tanpa pengetahuan beliau sendiri, dalam keadaan tergesa-gesa yang serupa seperti dalam kes dua pegawai SPRM ini? Kenapa tindakan sedemikian di-lihat perlu?
Apakah salah jika umum berpendapat bahawa perlucutan jawatan Gani Patail juga adalah kerana beliau terlibat secara langsung dalam penyiasatan rasuah/suapan/salahguna kuasa serta tuduhan pengkhianatan (treason) terhadap PERDANA MENTERI?
Kenyataan KSN diatas membuktikan bahawa sejak kebelakangan ini perjalanan biasa Kerajaan telah/sedang diganggu gugat menerusi campurtangan luar yang membakulsampahkan norma-norma atau SOP jabatan dan kerajaan. Siapakah anasir-anasir ini?
Apakah ada kemungkinan dimana Kerajaan serta kerangka politik yang menunjangi kerajaan telah di-'hijack' oleh sekumpulan kecil manusia rakus yang kaya-raya dengan dana derma hartawan asing?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus menyiasat kemungkinan ini. Harus diambil maklum bahawa kritikan umum terhadap Khalid Abu Bakar, walaupun terhadap tuan punya diri dan bukan jawatan yang disandang, juga sedikit sebanyak mampu menghakis keyakinan rakyat terhadap pasukan Polis Di-Raja Malaysia.
Kenyataan terbaru Tan Sri Ketua Polis Negara yang menjelaskan bahawa siasatan PDRM keatas SPRM adalah berikutan arahan Peguam Negara yang baru telah sedikit sebanyak menjernihkan persepsi negatif terhadap Khalid.
Pendapat umum bahawa Khlaid mengarahkan SPRM dikacau setelah di-arah oleh Perdana Menteri atau ahli politik lain adalah tidak benar. Arahan itu datangnya dari Peguam Negara baru. Peguam Negara baru juga telah membubarkan Task Force yang turut dianggotai Khalid, Gani Patail, SPRM dan Bank Negara.
Siapa agaknya dalang serta tangan-tangan ghaib yang disebut-sebut dibelakang 'tindakan' terhadap SPRM baru-baru ini?
Kedudukan Tan Sri Zeti Aktar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pula kini hangat dibincangkan setelah muncul serangan peribadi serta tohmahan terhadap beliau dan keluarga.
Tan Sri Zeti nyata mempunyai atau mengetahui banyak perkara serta butiran terperinci penyiasatan Task Force serta Bank Negara sendiri terhadap 1MDB, SRC serta DERMA RM2.6 billion yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia.
Serangan peribadi, menerusi media sosial dan arus perdana, terhadap sesiapa yang mengkritik Najib Razak bermula dengan asakan membuta tuli terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya terhadap Tun Daim Zainuddin.
Kini senarai mereka yang diserang peribadi serta keluarga telah bertambah panjang. Tan Sri Zeti serta pegawai SPRM mungkin mangsa terbaru tetapi tidak mungkin yang terakhir kerana semakin hari semakin ramai yang telah mula sedar akan malapetaka yang sedang melanda negara kita.
Rakyat Malaysia serta mereka dikalangan pemimpin dan penjawat awam harus lebih berwaspada dan wajib merasa curiga demi negara bertuah ini. Saya curiga bagaimana Tan Sri KSN yang begitu berpengalaman boleh membuat kenyataan yang membuktikan bahawa tindakan keatas pegawai tertinggi SPRM diambil sebelum penjelasan atau sebarang penyiasatan. Ketidakupayaan KSN ini agak merisaukan.
Mungkin telah sampai masa untuk KSN mempertimbangkan persaraan awal, walaupun difahamkan kontrak baru dilanjutkan sebelum Peguam Negara dipecat, kerana tindak tanduk anda telah menimbulkan keraguan yang amat membimbangkan.
Saya tidak pasti jika lebih dari 1.5 juta penjawat awam kita masih mampu menghormati Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara.
Jangan rosakkan negara demi kelangsungan peribadi.
p.s. Perkara pertama yang harus dilaksanakan Perdana Menteri Malaysia yang menggantikan Najib Razak adalah mencadangkan penubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk membolehkan menyiasatan menyeluruh perlakuan pengkhianatan terhadap Raja, Negara dan Rakyat Malaysia. Pengkhianat tidak boleh terlepas.
23 comments:
Tan Sri Abu Kassim SPRM,
I like many others, ve been following the dev, events actions on the 1MDB debacle and especially the USD 700m (now more than rm 2,600,000,000.00 ) " donation " into Najib's personal ac and more so the investigation by PDRM on MACC with great concern and heartfelt.
Certainly PDRM hv the right to investigate MACC over the suspicion of " leakage of false draft charge sheet on Nijib " ( which sounds so ridiculous ). I too came to know that PDRM have been " professional " in their appoach. But I want to raise my heartbroken feelings as to why the two MACC officers were ARRESTED by the PDRM team probably just to facilitate house searches.
An arrest and a release on bail if it happens to you and IGP or AG or any govt officers carries lots of negative implication on his routine offical duties, image/dignity of himself, family and ACA itself hence the outcry and uncontrolled public perception/speculation vis-a-vis the ongoing investigation on 1MDB and Najib.
May I remind you that MACC hv also their trump cards. One of which is sec 23 MACC Act punishable under sec 24 of the same Act which is like sec 124 Penal Code carries a max jail term of 20 years.
If l or anybody or MACC itself were to lodge a formal report under this section alleging Najib in collusion wt AG n PDRM ( based on the surrounding circumstances ) had been/are abusing public offices to hamper any action or proceedings etc against Najib ( within the definition of " gratification " ) then likewise MACC can also legally investigate not only PDRM but also Najib and AG. If that happens, AG and PDRM cannot stop or disband investigation against them. If they do then it is anor same offence on them sooner or later. Legally too therefore MACC can arrest rightaway Najib, PDRM officer/officers concerned and AG under various reasons since the case is a seizeable offence and continue the investigation, just like what PDRM had done to MACC.
Tan Sri, you are the only person who can speak to AG and/or IGP to rescind the arrests on the two MACC officers. If they were found to have committed any offences, by all means arrest and charge them them in ct later. Certainly they are not going to run away. As I am writing this sms tears are flowing down my cheeks😢....I appeal for your indulgence to look seriously look into the arrests of the two MACC officers. I know them very well as very dedicated officers and of utmost integrity. I trained both of them. Sir, cancel your leave under whatever circumstances, come to office, in this time of dire needs. You may send my sms to the AG and the IGP or anybody.
Wassalam.
DATO HJ ABDUL RAZAK IDRIS, President, ExMACC Officers Association,7Aug 2015.
MACC need to investigate immediately this KSN, Tan Sri Ali Hamsa, who is also a Board of Advisors of 1MDB for abuse of power, corruption and conflict of interest.
Tan Sri Ali Hamsa should be suspended immediately pending the completion of investigation for his wrongdoings.
Well said apanama.
Apa la you ni. Sama-sama mamak pun nak condemn..Tak boleh nak salahkan dia jugak sebenarnya. Dia pun terima 'wahyu..'
Carik carik tali
Ikat daun pandan
Apa hal ni ali
Saja nak susah badan....
Niaga pasar tani
Pagi sampai petang
Kalau ali berani
Jawab pasal hutang.....
Goreng ikan siakap
Makan tengah sawah
Bikin serupa cakap
Baru ada maruah.....
Hehe....ali ali.....
Berlakon lah..ikut skrip lanun...kang kantoi..hang pencen pun tkde tau ali hamsa..plz act like one ptd bro....lost faith in you sur n so all bro ptds..shame on u..shamefull sir..better quit.n resign...publuc servant dont serve politicion..they come n go..you sir. ..stay...but when they politicion go...people buka kain u...baru u tau maba kangit..shit u
As-Salam bro Firdy@Apanama.., base on one of ur commentator's posting #sokongSPRM said that "May I remind you that MACC hv also their trump cards. One of which is sec 23 MACC Act punishable under sec 24 of the same Act which is like sec 124 Penal Code carries a max jail term of 20 years.
If l or anybody or MACC itself were to lodge a formal report under this section alleging Najib in collusion wt AG n PDRM ( based on the surrounding circumstances ) had been/are abusing public offices to hamper any action or proceedings etc against Najib ( within the definition of " gratification " ) then likewise MACC can also legally investigate not only PDRM but also Najib and AG. If that happens, AG and PDRM cannot stop or disband investigation against them. If they do then it is anor same offence on them sooner or later. Legally too therefore MACC can arrest rightaway Najib, PDRM officer/officers concerned and AG under various reasons since the case is a seizeable offence and continue the investigation, just like what PDRM had done to MACC."
Thus that means if I or anyone were to file that report under d said act then MACC will proceed to investigate as stated? Care to enlightened me pls.., heheh.., wat else can I say.., (,")
General Order vs Akta SPRM, terus goyang. Silap-silap KSN dan KPPA pun boleh ditahan kerana menganggu atau halang siasatan SPRM. Rasa saya KSN dan KPPA ingat General Order mengatasi Akta SPRM. keh..keh..salah percaturan
Ali Hamzah tiada tulang belakang!! Dia tidak pertahankan sop Perkhidmatan Awam. Semua pertukaran harus ikut sop. Malaysia tiada terlibat dalam peperangan. Semua tindakan boleh diambil selepas perhatian kepada kehendak dan kepentingan negara. Bukan untuk kepentingan seorang individu!
Buat dulu pikir kemudian,
buat dulu siasat kemudian.
Level pengawas sekolah tadika, kot ade la.
Ini sebijik macam kes BINAFIKIR. Buat dulu (WAU), pikir kemudian. Hancus!!!
Betul ke Ali Hamsa member Board of Advisor 1Mdb? Kalau betul dan beliau remove X AG yg tgh menjalankan siasatan ke atas 1mdb ini isu keparat governance. Hanya lanun dan mafia yang praktis keparat governance kerana organisasi2 yg lain mengamalkan corporate governance.
Board of Advisors of 1MDB
http://www.1mdb.com.my/governance/board-of-advisors
Pui bukak webpage 1mdb terpampang title board of advisors governance 3 tiered terMuntah darah kejap
"Ahli Politik Muda" tersebut oportunis dan cuba mencari pengaruh kononnya sebagai idealis. Kalau benar, kenapa beliau tidak saja letak jawatan sebagai Menteri sebagaimana Datuk Zaid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Pak Lah bila mengenakan tahanan dibawah ISA ?
F U lah - kalau mahu bincang hal serius di tempat awam tolong jangan sindir menyindir orang ...
Good article with a series of solid questions asked. The ball is on Bugis-Lanun's court but since the guy has dragged UMNO into his bum hole, then All UMNO's member needed extremely a mighty force to right what is wrong.
Otherwise hari ini dalam sejarah will eliminate UMNO's role in getting independence instead it will be all curses and swearing that UMNO sold its soul to the devil, period!
The mystery deepens, ya, Siapakah yang mengarahkan pertukaran 2 orang pegawai SPRM dan perlucutan jawatan AG? Siapakah??? Selena's itu arahan pertukaran dibatalkan sebab KSN kata dah jumpa kedua-dua mereka Dan mereka tak Ada salah. Apa cerita ni, wahai ketua jabatan pentadbiran negara? If this is the kind of professionalism shown, tak malu ke pada orang bawah.
Wah! You don't seem to understand the difference between legitimate criticism (which is critically important to a democracy) on the one hand, and unfounded allegations on the other hand. Its got nothing to do with "wahyu" - wahyu is divine revelation meant only for the prophets of Allah.
SPRM could grab this opportunity to investigate him and his close family member's alleged business cartel. Government-linked biz. Along the way do a profiling of the smaller sharks in his office who bite big chunks from businesspeople engaged by Government. Sharks run cartel-like with a few powerful Datuk from inside his office. Those forced to pay in the past ought to come forward to assist SPRM. Do your part. Allah is Great.
Stupid is as stupid does. What a waste of 30+ years of excellent service.
What has the invisible hands got on you that you can't stand on your own 2 feet?
Mari kta lihat sbelah sana ada telur ke tak utk siasat blk si baju biru, cip sektori dllnya.
Adakah mreka ganggu siasatan macc? Ada ka akta yg btul2 blh kantoi kan mreka ni? Klu ada nape x nak guna?
Post a Comment