DYMM Sultan Ibrahim, yang baru-baru ini menegur kerajaan serta wakil rakyat agar peka akan rintihan rakyat serta lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, telah tampil sebagai Raja Melayu yang pertama menitahkan supaya semua masjid mendirikan Solat Hajat demi untuk kesejahteraan rakyat.
Tujuan Solat Hajat yang akan didirikan diseluruh negeri Johor selepas selesai Solat Jumaat adalah amat jelas dan bertepatan dengan rintihan rakyat kebanyakkan didalam dan diluar negeri Johor.
Walaupun sudah ada suara-suara sumbang yang tidak berapa selesa dengan teguran terbuka Sultan Ibrahim dan putera baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail terhadap pemimpin kerajaan dan segelintir ahli politik namun sokongan rakyat biasa untuk Tuanku Sultan serta TMJ nyata semakin kuat.
Susulan teguran serta kenyataan dari Istana Johor masyarakat berbilang kaum di negara bertuah ini kini menaruh harapan yang amat tinggi agar Raja-Raja Melayu akan tampil bersama rakyat untuk menyelamatkan ibu pertiwi dari ditimpa malapetaka.
Keadaan ekonomi serta nilai mata wang kita semakin meruncing tetapi ancaman sebenar kepada negara ini kini datangnya bukan dari luar. Krisis yang dihadapi kini juga bukanlah krisis politik seperti yang sering diulas dan dikupas. Permasalahan rumit yang kita hadapi kini adalah akibat tindakan jenayah pemimpin yang sepatutnya memimpin dan menjaga rakyat dan negara.
Krisis yang kita hadapi kini adalah akibat daripada tindakan sekumpulan kecil pengkhianat yang tidak harus dan tidak boleh dibiarkan bermaharajalela seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang dan peraturan hidup.
Agenda untuk menutup perlakuan jenayah dari mata rakyat dan melepaskan diri dari tindakan undang-undang mengatasi segala-galanya, termasuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan negara.
Maruah dan imej negara telah digadai semata-mata untuk menyelamatkan seorang pemimpin yang rakus, tamak kuasa dan wang ringgit.
Kalau dahulu kita dikenali dan menjadi contoh teladan kerana pencapaian, kemampuan dan keberanian dipentas dunia kini seantero dunia mengenali kita kerana hutang, rasuah dan skandal kewangan pemimpin tertinggi kerajaan.
Krisis kita negara yang berdaulat ini adalah amat getir dan ianya BUKAN krisis politik. Pendekatan untuk mencari penyelesaian politik tidak mungkin dapat mengatasi krisis ini kerana mereka yang mencetuskan krisis ini tidak menghormati mahupun mematuhi undang-undang negara ataupun perlembagaan yang seharusnya dijadikan panduan.
Institusi penting negara telah dirobek sedemikian rupa sehingga pegawai-pegawai tertinggi dari institusi-institusi berkenaan telah tampil secara terbuka mempersoalkan 'kuasa halimunan' yang dilaporkan lebih berkuasa dari mereka yang diberi kuasa menerusi undang-undang dan perlembagaan.
Fitnah dan pembohongan terancang telah menjadi mainan harian samada untuk mengaburi mata rakyat atau untuk mengugut mereka yang menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Semoga Solat Hajat diseluruh negeri Johor ini sepertimana yang dititah Tuanku Sultan Ibrahim dapat melembutkan hati dan membuka mata mereka yang nyata telah sesat dari jalan yang benar.
Semoga Solat Hajat ini mampu menggerakkan hati mereka yang telah mengkhianati rakyat dan negara ini agar segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan.
Semoga Solat Hajat ini mampu mengekang dan menghalau 'kuasa halimunan' yang membabi buta tanpa batas.
Sebenarnya masyarakat telah mula putus harapan dengan sebahagian besar ahli politik, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, yang kebanyakannya hanya pintar bersandiwara. Wang ringgit, jawatan serta kuasa masih menjadi percaturan mereka ketika negara diancam pengkhianatan dari dalam.
Negara kita dalam bahaya. Retak menanti belah tetapi mereka yang mampu bertindak masih sibuk tawar-menawar demi hasil dan pulangan untuk diri dan kumpulan masing-masing.
Sememangnya hanya pada Raja tempat rakyat bernaung dan berlindung.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
REFORMATI SUDAH PETAI
-
*Saya masih ingat sewaktu kecil dulu ada orang pernah mencuri makanan saya.
Lepas itu orang lain pula tuduh saya bodoh - seolah salah saya bahaw...
2 hours ago
6 comments:
Bismillah .... AsSalamu'Alaikum wbt...
Daulat Tuanku! Jutn tksh Tuanku. Amat bertepatn apa yg Tuanku Titahkn .. Syukur Alhamdulillah ..Tksh Allah Swt.. Ada juga SeOrg Sultan yg sgt memahmi keperitn hidup sbhgn rakyt yg hidup dlm keadn trtekn gara2 kerakusn segelintir pemimpin yg pentingkn diri sndri dn sbhgn org dlm parti politik yg cb 'mghncurkn keharmonian rakyat Malaysia yg berbilg kaum ini... Syabas Tuanku tksh skli lgi krn mnjd Sultan Pertm yg sudi / sggup lakukn prkr ini dan dihrpkn sultan2 lain yg seolahnya tdk indh dgn nasib rakyat mrk - yg seolhnya 'TDK TAHU APA2..'
Maaf dan Daulat Tuanku!
Qunut nazilah too please
DAULAT TUANKU!
Patik junjung perintah tuanku. Mohon berkat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Zapin Nusantara - Persembahan Yayasan Warisan Johor
https://www.youtube.com/watch?v=ydfFaCW42T0
DAULAT TUANKU.
Alhamdulillah.....Allah Maha Kaya. Walaupun saya mohon sembahyang hajat satu negara selama 7 hari bermula jam 2am,setidak2nya Tuanku Sultan Johor mengambil satu langkah yg amat bijak. Kemana lagi umat Islam mahu mengadu apabila d perlekehkan oleh pemimpin yg rakus?Kpd Allah kita berserah....maka mohon lah yg terbaik utk kita semua hidup aman damai dan bersatu.
Ayoh.....skrg zaman laksana,maka laksanakan yg terbaik d sisi Allah. Amin.
Terima kasih.
Sekian.
Aku baru balik shoat jumaat. Tsk ada pun arahan sholat hajat.
Tak ramai solat hajat. Jemaah tak ada rasa isu ni melibatkan mereka.
Post a Comment