Abdul Rahman Abdullah
Bandar Seri Alam
Jalan Suria,
81750 Masai
9hb Ogos 2015
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
YAB Dato’ Seri,
Terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri serta susunan kabinet baru yang telah berjaya mengekalkan kerusi Perdana Menteri. Walaupun saya muka baru, sokongan dan daya usaha kepimpinan dan jentera parti serta rakyat di Johor memberi kemenangan kepada BN diperingkat Parlimen.
Malangnya, kemenangan BN ini menjadi kurang bermakna kerana dirundung kehilangan sokongan teruk dengan merosotnya undi UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin selain di tiga negeri lain dan di Wilayah Persekutuan. Malah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kekal di bawah PAS. Di negeri-negeri lain juga BN mengalami penurunan mendadak kepada kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen. Ini disebabkan isu 1MDB serta bebanan cukai GST yang di tanggung rakyat dan perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah BN.
Justeru, tujuan surat ini adalah untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada terus ditolak oleh rakyat dan menjadi tidak relevan kepada perjuangan agama, bangsa, dan tanahair.
Rata-rata sentimen dan rasa tidak puashati rakyat yang dizahirkan melalui undi memberi mesej yang cukup jelas, iaitu penolakan Dato’ Seri sebagai ketua pentadbiran negara.
Bertentangan dengan kenyataan Dato’ Seri yang kononnya UMNO dan parti-parti komponen BN di Semenanjung menyokong kepimpinan Dato’ Seri, sebenarnya kekalahan yang dialami BN membuktikan bahawa ahli-ahli parti telah berpaling tadah hingga mengalahkan calon-calon kita di kubu-kubu kuat BN.
Apabila rakyat berdemonstari di jalanan, Dato’ Seri sendiri sebagai pemimpin tertinggi parti dan negara secara terang dan terbuka mencabar mereka supaya menggunakan peti undi sebagai tempat menunjuk perasaan.
Atas menyahut cabaran Dato’ Seri itulah rakyat di Semenanjung Sabah Sarawak telah keluar beramai-ramai bagi menunjukkan perasaan dengan menolak BN diperingkat negeri dan Parlimen.
Dengan ini jelaslah bahawa agenda Dato’ Seri, kepimpinan Dato’ Seri dan cara-cara Dato’ Seri mengatasi masalah yang dihadapi rakyat dan negara sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat.Tidak ada gunanya menafikan apa yang jelas semata-mata untuk mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri.
Atas sifat sayangkan bangsa dan negara, saya merayu kepada Dato’ Seri supaya bertanggungjawab ke atas permasaalahan besar ini. Hanya dengan perletakan jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti UMNO oleh Dato’ Seri sendiri dapat pemulihan UMNO, BN dan negara dilakukan dengan jayanya.
Saya berharap Dato’ Seri faham bahawa rayuan saya ini dibuat dengan niat untuk menyelamatkan keadaan yang amat mencemaskan. Teguran telah dinyatakan oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk memberi peluang ahli-ahli UMNO supaya menilai akan kemusnahan yang bakal BN hadapi di pru 14.
Oleh itu, sekiranya Dato’ Seri tidak berundur dalam tempoh yang terdekat, saya benar-benar khuatir kepercayaan rakyat, khususnya orang Melayu terhadap UMNO dan BN akan lupus sama sekali.
Rayuan ini saya kemukakan dengan penuh ikhlas atas kesedaran bahawa ianya mungkin mengundang kemarahan sesetengah pihak termasuk Dato’ Seri sendiri dan ahli-ahli UMNO yang lain.
Apapun, dengan sifat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan orang Melayu dan UMNO, saya sanggup menerima sebarang tindakbalas akibat rayuan saya ini. Dengan rasa insaf dan rendah diri, saya menyerah nasib saya kepada Allah SWT.
Saya yakin Dato’ Seri juga akan melakukan apa yang wajar demi kepentingan bangsa dan negara. Semoga pengorbanan Dato’ Seri dengan mengundurkan diri akan mendapat keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT jua.
Wasallam
Yang ikhlas,
Abdul Rahman Bin Abdullah
Ahli biasa UMNO
s.k.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO
YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO
YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO
YB Datuk Seri Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO
YB Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansur, Setiausaha Agung UMNO
YAB Dato Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang
YAB Tun Mahathir Mohamed, Ayahanda Negarawan
(Surat ini telah dikemukakan kpd PM oleh penama di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini)
13 comments:
Syabas !!
Anak muda yang berani kerana benar. HangPimana tolong dengar rayuan anak muda yang akan mengambil alih pucuk pimpinan.
Daun kering terkulai layu
Patah harap d pinggir desa
Jgn lah sampai berpujuk rayu
Sudah rosak buangkan saja.....
Lepas ni mamat ini digugurkan sebagai ahli umno...
Hang Pimana tanya bini dia nak buat mcm mana ni sayang. Bini gemok dia akan cakap pi mampus la diorang semua apa diaorang boleh buat.
Sekarang tak guna cara demokratik baik2 ni tulis surat bagai mungkin kena guna cara revolusi baru bole jalan ala2 V for Vendetta
Akutonga
Semua cara2 halus, lembut, lembek, lengkong semua Tun M dah buat tp hampeh, tuan badan pandang sebelah mata pun tidak. Dah tu Tun buat cara ugutan. Sama juga, reaksi tuan badan jadi defensif. Macam kucing liar mencakar dan melukakan. Bilalah sinar baru akan menjelma? Tolonglah ya Allah.
TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
Beg Najib kelihatan kendur
Disuruh beli buah kundur
Rupa runyok tak cukup tidur
Dipersilakan langkah mundur
Gua suka bermadah berpantun dari anon sorang tuh....cuma nak dikasi lebih hangat!!! Kalau Lanun-Bugis dah cakap dia MENDIDIH, memang nampak dah dia udah nak terkucil.
Apanama teruskan lah weh...sekejap senyap sekejap ada, walau bagaimana pun mungkin kita bukan blogger disuap. Apa apa pun respect lah.
You think najib is going to listen to this one letter ?? Write more !!
Najib will saya aaah...only 2 people want me to resign. Another 2,999,998 still want me!
D suruh beli buah kundur
Buah kundur tak cukup masak
Mcm mana nak cukup tidur
Satu negara sedang mengasak......
Undur lah......
Ok....this is special for him
Anak tiong tiong jugak
Manakan sama anak kedidi
Cakap bohong bohong jugak
Barang d buat semua tak jadi.....
Selamat bersara wahai perdana menteri....
Oh Najib! For the fortunes of your own soul after the grave shouldn't you be repenting from your grievous sins against the people?
Post a Comment