Nampaknya pelbagai percubaan telah dan sedang dilakukan untuk mengaburi mata rakyat dari Skandal 1MDB. Secara khususnya cubaan demi cubaan dilakukan untuk mengalih tumpuan orang ramai dari penglibatan langsung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam skandal yang amat memalukan negara ini.
Untuk makluman, Najib Tun Razak belum lagi menjawab isu wang tunai berbillion Ringgit yang dilaporkan telah disimpan dalam akaun peribadi beliau di Ambank. Laporan akhbar terkemuka dunia The Wall Street Journal dalam satu pembongkaran eksklusif telah melaporkan butiran agihan dana bernilai lebih kurang 700,000,000 Dolar Amerika (anggaran RM2.6 Billion) dan telah beberapa kali selepas itu membuat kenyataan bahawa laporan mereka adalah berasakan bukti kukuh.
Selain percubaan untuk mengalihkan perhatian serta persoalan rakyat akan laporan dana dalam akaun, sehingga kini Najib belum lagi mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang jelas terhadap WSJ kecuali meminta jasabaik WSJ untuk menyuluh sesuatu yang sudah terang menerusi satu surat permintaan kepada akhbar tersebut.
Untuk beberapa ketika isu pergaduhan di Plaza Low Yat diKuala Lumpur cuba dicanang disana sini untuk mengalih perhatian rakyat dan apabila percubaan itu gagal timbul pula seorang bekas editor akhbar dari Sarawak yang telah beberapa kali dipecat dari jawatan beliau sebelum ini.
Cerita konspirasi editor tersebut 'mati ketika dilahirkan' apabila beliau mengaku telah dibayar oleh seseorang yang mengaku sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
Kini cerita warga Swiss yang ditahan Polis Thailand untuk siasatan perasugut terhadap PetroSaudi pula muncul kembali. Pada mulanya Polis Thailand telah menolak beberapa permintaan Polis Malaysia untuk mencampuri isu Justo.
Namun beberapa laporan terkini dan percubaan tanpa henti akhbar tempatan ternampak seolah satu lagi skrip konspirasi telah disediakan. Konspirasi kali ini berkisar dengan kenyataan jurucakap Polis Thailand yang telah membuat kenyataan berbau politik dimana konon-nya Justo telah mengaku berjumpa dengan beberapa ahli politik (pembangkang dan ahli Umno) dalam urusan menjual beli maklumat sulit tentang 1MDB-Petrosaudi.
Bersedialah untuk disajikan dengan pelbagai rasa hidangan berencah Thailand berasaskan pengakuan Justo yang datangnya dari pihak ketiga, ke-empat dan para pendukung Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.
Dalam suasana dimana kita tidak pasti sama ada watak Justo itu sendiri adalah kisah benar atau sebenarnya sebahagian daripada beberapa cerita rekaan untuk mengalih perhatian dari penyiasatan skandal 1MDB, cerita konspirasi adalah tidak berapa penting.
Jika konspirasi dijadikan sandaran maka tidak mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim disabitkan kesalahan, dua kali, oleh badan penghakiman negara.
Jika cerita konspirasi dijadikan sandaran, Najib pun ada berjumpa dengan Saiful Bukhari sebelum laporan polis kes liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim dibuat. Apakah perjumpaan itu menidakkan jenayah liwat yang dilakukan Anwar?
Jika tidak kenapa perjumpaan Justo dengan ahli politik Malaysia atau Ahli Kongres Timbaktu atau mungkin Sami Budha dari Burma harus menjadi isu utama yang dicanang tanpa henti? Jika Justo meniduri pelacur dari Kota Belit pun, tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia.
Perkara pokok bagi kita adalah - rasuah, salahguna kuasa, melesapkan duit negara, mencuri tanah milik kerajaan, menipu pihak berkuasa termasuk Bank Negara dan berbohong kepada rakyat Malaysia.
Yang penting bagi kita rakyat Malaysia ialah untuk memastikan agar negara kita ini tidak diketuai oleh seorang individu yang tidak bermoral, rasuah, pembohong dan telah menggadaikan diri kepada kuasa asing, termasuk saudagar Unta yang kaya-raya dari Timur Tengah.
Yang penting bagi kita adalah agar Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, tampil memperjelaskan beberapa jenayah penipuan, pengalihan wang haram serta salahguna kuasa yang melibatkan beliau sebagai penjawat awam yang telah bersumpah untuk setia kepada negara ini.
Kita risau kalau-kalau negara kita ini sebenarnya sudah tergadai. Kita amat risau jika pemimpin kita tidak lagi bergerak diatas landasan kebenaran demi kepentingan negara Malaysia dan rakyatnya. Kita risau kebatilan semakin subur dengan taburan wang ringgit dan emas permata. Kita risau akan kelangsungan negara kita Malaysia.
Tidak mengapa jika Najib tidak ingin menceritakan apa beliau bincang dengan mangsa liwat Anwar Ibrahim sebelum laporan Polis dibuat beberapa tahun yang lalu itu, kita ingin tahu kebenaran akan skandal 1MDB yang amat memalukan negara dipersada dunia sekarang.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak harus tampil menjawab segala persoalan yang ditimbulkan secara terbuka dan bukannya menyorok dibelakang budak hingusan bergelar Menteri kabinet.
Perdana Menteri boleh bermula dengan menjawab soalan mudah berikut:-
Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, BENAR atau TIDAK duit berjumlah lebih kurang RM2.6 Billion dimasukkan kedalam akaun peribadi anda di Ambank?
Nota kaki: Jangan buat bodo' Datuk Seri, rakyat Malaysia celik.
India China Thaw
-
- *India announce agreement with China to end standoff at Ladakh region *
- *pave way for normalization of relations between two neighbors *
...
2 hours ago
36 comments:
salam shawal bro,
bersama2 kenalan, saya pernah makan 'supper' jam 12 tgh mlm dgn sdr Roa ini di pj.
he is quite a character. semasa kami tgh berborak, masuk 3 orang pemuda india yg tegak tubuh badan. mereka saya rasa kenal dgn sdr Roa ini kerana terus 'memberi hormat'.
bila d tanya beliau mengaku tiada pekerjaan tetapi amat setia kpd kerajaan bn sekarang. pihak pembangkang terutama DAP amat kenal dgn beliau dan saya rasa tidak bersedia bersemuka.
begitu lah hebat nya sdr Roa ini.
saya masih tak faham saudara rahman jpc, tang mana yang hebat nya Roa the Goa ni?
Haji Agus Salim yang digelar Masyadul Haq (pembela kebenaran), telah berjuang sebagai pengasas Republik Indonesia sungguhnya berpesan bahwa:
"Memimpin adalah Menderita, Memimpin adalah Melayani"
Maksudnya, kalau peribadi seorang itu tidak cenderung kepada kebenaran, mahupun dia tidak mampu melayani kepentingan rakyat marhaen, maka bukanlah dia itu seorang pemimpin kita, malah nasib negara dan anak cucu kita semua akan tergadai kepada pihak2 yang tidak berkasihan atau bertanggung jawab sama kita.
"Jika Justo meniduri pelacur dari Kota Belit pun, tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia."
Ha ha, good one!
Kota Belit dah jadi bodoh sombong (actually, just bodoh) but he's really screwing up the fiction & lies he's been tasked with spreading. Which conspiracy theory do you want? The "Lester Mumbling From Script" or some under-the-table Thai fairy tale?
The two versions are inconsistent.
By dragging in the names of Tun and Sufi (with no proof), I think the bacul has escalated the insults to the point where he will not escape removal.
1. Ds Najib dah jawap. Dia tak ambil duit usd700mil. Ambank bakal ambil tindakan terhadap fitnah itu.
2. Pkr dan dap memang pakar putar belit. Setakat skandal dan konspirasi ni dah jadi makanan harian diaorg. Kenyataan polis thai bukan atas desakan sesiapa tetapi berdasarkan maklumat yg diperolehi dari data komputer justo dan hasil soal siasat.
3. Juga lepas ni bersedia lah putar belit si penentang2 najib. Bukti yg ada semuanya cakap dengar. Lepas tu konon mengaku ada bukti kukuh. Kalau tak ada konspirasi...kenapa tony pua dan lain2 tak berani jawap dan saman melanyi?
Melalak minta najib buktikan tapi dalam masa yg sama tak dapat tunjukkan bukti....terkedu dengan kenyataan polis thai, melanyi dan laporan awal audit.
apanama ni apa kejadah punya level pemikiran.. ko tu yg pusing macam gasing spin cerita .. niat lain takda .. perosak negara ��
Jangan jadi mamak kitol. Balik India lagi baik.
He will soon be the despicable PM ever for Malaysia.
Yg pening adalah anon 6:57
anon 6.57pm.. byk duit masyook dr pi em nmpk
pi tanya peymm kesayangan ko tu tak jawap soalan kenapa??pusing sana sini kenapa??pengikut sang kelembai eh??
Sudahlah mamak balik India lagi bagus.
Hang xdak teloq,Hang Pimana,Hang kakisonglap.hahaha
Abdul Rahman Dahlan - satu lagi contoh standard menteri-menteri kabinet Najib yang rata-ratanya bertahap bongok. Bikin lagi rosak reputasi Umno je la balaci-balaci Jibby nih.
Semuanya bakal. Duit dari Cayman bakal bawa balik, bakal saman WSJ , 1MDB bakal pulih, tanah dibeli TH ada 5 bakal pembeli. Semua jawapan tentang Najib dan 1MDB mesti ada bakal. Dah Setahun lebih semua masih bakal... Mangkuk betul kamu ni, tahap pemikiran penyokong tegar Najib.
Saudara cuba selidik siapa sebenarnya taikun pengedar arak terkemuka di Thailand bernama Larry Low. Apa pertalian taikun tersebut dgn Jho Taek Low. Apa pula pertalian beliau dengan dunia kasino diThailand serta hubungan dgn beberapa pegawai polis tertinggi disana. Benar kah Larry sebenarnya bapa Jho Low. Timbul pula persoalan tentang keluarga Jho Low dan Justo yang tiba2 muncul dalam penipuan 1MDB. Apa ada asas khabar berita bahawa Justo telah menghantar anak serta isterinya balik Swiss beberapa hari sebelum drama penahanan beliau bermula. Ini perancanagn rapi peringkat tertinggi. Jangan ketepikan maklumat2 ini tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.
Asalammualaaikum semoga Allah sentiada disisi mereka yang benar
Sabak bernam, teluk intan, cenderong balai, bidor, sungkai, kg bahagia, tanjum malim saya dah ceritakan pasal pondan bugis ni utk 2 hari raya...sambutan menggalakkan...ujung2 org kampung yg datang rancak bercerita pasal palawan x bertelor ni....ingat org bandor jer yg bercerita rupa2nya banyak gak org kampung yg meluat ngan si pondan ni terutama bila citer bab TH...
Esok nak sambung lagi raya ke selatan...
Dont worry bugis pondan! Saya kempen free utk u...i lap penipu mesia!!! Aww..
bila najib nak kena tangkap? lebam mata kanan?, direman 2 minggu dan didakwa di mahkamah? apasal lambat sangat ni.
anon 11:05:00 p.m.,
awat geram sangat ngan mamak? bini hang dilarikan oleh abang mamak ke? nak buat camne, they come with better package than you! LOL
Dia mamak hati mukmin. Hang ni awak berkulit apa? Hati mu jangan biar jadi kopi-o ....
Hahaahahaah aku tergelak baca pro and con hangpa semua. Keep it up.selamat Hari raya.
Loyar Jibby beri tempoh 14 hari kepada Jones of WSJ untuk memberikan penjelasan berkenaan artikel yang dikatakan berbaur fitnah. Tak sampai 24 jam, WSJ replied that they stand by what they had published..haha..14 hari tu hanya ploy for the issue to die down and to give him a breathing space. It turned out Jones could read the move and replied to the loyar swiftly. Now the ball is back to Najib's court. The rakyat are waiting for Najib to take legal action against WSJ.
TELUR BERAYUN
Lama sangat Ambank tunggu untuk BAKAL ambil tindakan keatas fitnah tu. Fitnah sebegitu besar yg boleh
menjejaskan kredibilty Ambank olih sebuah organisasi besar spt WSJ masih
lagi dlm situasi bakal.
Polis Thai kata Justo kata saperti yg dikatakan NST...........lebih kurang Najib kata Obama kata yg 1Mesia bawah najib vei good one.
Kamu nak bukti apa lagi. SWIFT message secara authentic ( itu pun kalau kamu tahu apa itu SWIFT atau dlm hidup kamu pernah setidak2 sekali terima ' fund transfer ' ) menunjukan bukti secara perinci perpindahan wang tersebut.
Badlishah dah pun berhenti dari jawatan CEO CIMB Islamic kerana cuba berhujah secara teknikal kononnya SWIFT message tu palsu. Seorang ketua organisasi perbankan terulung di1Mesia mempertikaikan instrumen bank transfer global dimana banknya sendiri mengiktiraf dlm urusan perbankan harian. Kamu pulak TELUR BERAYUN nak berhujah pasal bukti.
Govt just blocked SR.
Must be on orders of the PM (the one that wears size XXXXXXXXL baju kurung.)
I think she's about to be exposed.
Why no follow-up on that 2 million Affin?
This Justo wayang nonsense is not distracting anybody.
We have already figured out what's going on.
Tak pasti tapi sya blh access....klu kna blok pun masih ada cara....hehehe
1. go to the following uri,
http://unblocksit.es/
2. type SR web address below in box provided and click go button.
http://www.sarawakreport.org/
cheers,
./mkh
Anon yang kutuk pasal mamak ni mmg ada kes ngan mamak agaknya. Cuma yang kita tak tahu sama ada depan atau belakang. Tapi kalu nasib tak baik kena sideways lah.
Najib sampai sekarang tak boleh jawab. Kalu dia dah jawab satu suratkhabar Msia dah cetak. Jangan jadi bodoh ngan Justo. Mamat ni kalu tengok muka dah boleh tau dia ni jenis tak betul.
Agaknya Anon kutuk mamak ni dah kena ngan Justo kot. Padan muka la setan, bagi local tak nak. Ni pi kena ngan mat saleh lagi sideways ! hahaha.
@ Monday, July 20, 2015 8:51:00 a.m.
Setuju 100% bro.
Who cares if mamak, Melayu, omputih, cina, india, Dayak, Melanau or Iban exposes this corruption.
Yg kena rogol bersiri by this filthy gomen is RAKYAT MALAYSIA.
When something is factual, and detailed:
https://www.scribd.com/doc/272024142/20150720-FD-19-22-C
Why can't the govt deny or clarify, after one year?
If they now make allegations of "tampering", tell us exactly what was tampered. All these money movements can be verified independently. (If the PAC or Task Force has the teloq, lah.)
Looks like the Edge is going down in a blaze of glory.
If it turns out that all these facts were true, then they will have the last laugh.
Kantoi, o:
"Mr Rahman should follow our example and check his facts before he publishes or endorses information.
For example, his sole source, the known huckster Lester Melanyi, has raved on about an alleged James Steward Stephen as our supposed web site creator and ‘master forger’.
If Mr Rahman had done a bit of google research he would have seen there is no such person in the profession of website design.
Instead, this was the real name of Hollywood film star James Stewart! How embarrassing is that?!
Maybe it is Lester’s last joke on his paymasters in this affair."
See:
http://www.sarawak-report.org/talkback/blatant-lies/
By the way, the gomen's counter-spin is clashing:
You want forgery done in London (Mumbling Lester) or you want forgery done in Asia (? via Justo - though they changed the story from him forging to him not forging!)
Poor co-ordination.
The SR has also cleverly exposed who the person paid by Umno to spy on them in the UK is. That can be accessed at their site.
London police is on the case.
The ex-MACC fella is suing RPK.
We only want to know:
"Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, BENAR atau TIDAK duit berjumlah lebih kurang RM2.6 Billion dimasukkan kedalam akaun peribadi anda di Ambank?"
Penjilat SiBacul dah panik dah:
http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/1mdb-polis-perlu-siasat-blogger-dan.html
Hahaha...si Lester melangok mangkuk da kena bogel ngan SR!!! Sampai manager stesen bas pun dia babitkan dlm penipuan nya...
Minta2 manager stesen bas tu wat repot psl si mangkuk ni guna gambar dan namanya....
Si BANGSAT RPK tu plak padan la dpt bmw baru...wat repot keje intip mengintip ropanya...hahaha
The matsal shown in A R Dahlan's fantasy "Lester Mumbles" video Part 2 is not a web designer but a bus station manager in the UK:
http://sarawak-report.org/2015/07/lester-melanyi-debunked/
They just pulled his photo off a random website.
This is what happens when a five sen "NGO" coolie is tasked with making propaganda videos.
What did Dahlan say?
Don't worry if the source is credible, just look at the "evidence"?
What a fool. Keep it up, Dull-an.
http://www.sarawakreport.org/2015/07/lester-melanyi-debunked/
Mr Steward and his press team at Abellio were unamused when Sarawak Report contacted them earlier this afternoon to enquire about Mr Melanie’s allegations:
“This is a case of mistaken identity and James Steward does not have any connections with Malaysia….To reiterate, the person concerned is not James Steward (an employee of Abellio Greater Anglia). James’ name is James Steward, not James Steward Stephens” [Abellio press officer]
:)
django
bro,
check this out, don't miss it.
http://www.sarawakreport.org/2015/07/lester-melanyi-debunked/
cheers,
./mkh
Asyik hina mamak jer keje geng Jibby ni. Tau tak chief blongang sorang tu yg rajin hina TDM dan konon penulis paling hebat antara blongang...bapak dia tu jangankan mamak, tapi Tamil pure! Cakap Tamil pekat lagik... Tak takut dia terasa ke korang dok hina mamak nih?
(Huhu...hanya yg empunya diri tau siapa dirinya)
Post a Comment