PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT DAKWAAN DANA DISALUR KE AKAUN PERDANA MENTERI
Sebuah Pasukan Petugas Khas, dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, telah pun memulakan siasatan berhubung isu 1MDB.
Pasukan ini telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.
Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada Pasukan Petugas Khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit.
Susulan semakan dan analisis yang dibuat ke atas dokumen-dokumen yang diperoleh hasil serbuan itu, saya juga telah memberi nasihat dan panduan susulan kepada Pasukan Petugas Khas.
Siasatan akan memfokus setiap aspek yang dibangkitkan.
Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci.
Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan Pasukan Petugas Khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
PEGUAM NEGARA
4 JULAI 2015
HELLO GOMEN ! CARA UNTUK CREATE RATUSAN RIBU HIGH PAYING JOBS
-
*Hello gomen, hari ini saya terserempak dengan e-poster berikut: *
*190 ribu bebudak PTPTN tak bayar hutang. Lepas itu mereka dapat lagi
bantuan...
9 hours ago
9 comments:
NEGARA KU: The Malaysian National Anthem
https://www.youtube.com/watch?v=y5DaYQ3HNQk
The RUKUN NEGARA or PRINCIPLES OF NATIONHOOD consist of 5 principles.
It was officially introduced on 31 August 1970 in the hope that it would strengthen national unity in Malaysia's multicultural society. The declaration of the 5 principles has been formulated as follows:
{Rukun Negara in English}:
Our nation Malaysia is dedicated to
1. Achieving a greater unity for all her peoples
2. Maintaining a democratic way of life
3. Creating a just nation shall be equitably distributed
4. Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and
5. Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology.
We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:
> BELIEF IN GOD
> LOYALTY TO KING AND COUNTRY
> SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
> RULE OF LAW
> MUTUAL RESPECT AND MORALITY
{Rukun Negara in Malay}
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
1. mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
2. memelihara satu cara hidup demokratik;
3. mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
4. menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
5. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
> KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
> KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
> KELUHURAN PERLEMBAGAAN
> KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
> KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kepada pujaan ku Encik Pondan Bugis....
SELAMAT HARI RAYA!!!
Alhamdulillah...Allahuakbar...Amin...
Bro,
I hope UMNO will "get off on the right foot". the entire cabinet perlu ditukar, either diaorang ni bersubahat or they are just too stupid. I am really not a fan of mukhriz or tengku razaleigh the PAS Hudud supporter. Mukhriz is the only UMNO leader to show some balls against najib and if there is one old-timer UMNO man with solid integrity, it will be tengku razaleigh. ts muhyiddin is not the right person to lead this country for so many reasons but i dun think he is a lanun either. buat lah pilihan dengan waras, gunakan lah akal, jangan tipu diri sendiri.
Cheers,
./mkh
Najib diambang kejatuhan yang hina.
Orang yg membuat fitnah terhadap Najib lebih hina dari segala2nya. Sebagai rakyat biasa penilaian saya ialah Najib difitnah. Semuga Allah bersama dengannya.
Anon@Sunday, July 05, 2015 12:30:00 p.m.
Please join all the dots. Criminals have been arrested and charged sucessfully based on circumstantial evidence.
Money from 1MDB missing
Rosmah the fulltime housewife bought series of birkin bags and other shopping spree
Jho Low the whale parties with celebrities all year round
Najib's daughter had a super lavish wedding of the century
Flowers at wedding alone cost RM3 million
Najib taking 300 people to Kazakhstan to attend his daughter’s wedding reception
Irate Najib Brothers Dispute Family Wealth
Riza' penthouse purchases
Riza's hollywood movie
more to be exposed ...
U kalu tak tau apa2 jgn ckap apa2..jgn smpai org ckap katak bwah tmpurung...
bro,
the alleged first batch of money was transferred to his private acct. in 21/3/2013, that's more than 2 years ago. Zeti & Ghani Patail should have known about all these transactions but did nothing or they just did not "think" any crime was committed. I am sure you are aware pasal cerita duit "campaign contribution" berpuluh (or perhaps beratus?) juta yang dimasukan kedalam akaun peribadi Sabah CM seperti didakwa oleh SR, "Instead, the Attorney General and his boss Najib dropped the case put together by prosecutors, on the basis that Musa had “assured” them that none of this money in his accounts was being used for “private” purposes, only to pay for his party’s election expenses.". blogger2 bangang dan ketua blogger bangang pun sudah mula diarahkan menulis kisah bagaimana for eg. di Amerika pun Obama menerima "campaign contribution". kalau WSJ tak buat pendedahan, you rasa AG finally selepas dua tahun baru nak arahkan siasatan? 1MDB pun dah melaung-laung kata ni bukan duit mereka, ni duit IPIC/Aabar, walaupun cerita mereka macam cerita kartun, this is Malaysia the land of Upin and Ipin. anyway i knew for a fact and from 1st hand experiences at least during pak lah time this is the Modus Operandi to kumpul dana untuk "election expenses" but masuk terus dalam akaun peribadi PM directly seperti didakwa is something new perhaps because the amount this time around was huge. anyway tak payah lah i elaborate on this at this point in time. esok hari isnin, well wayang kulit akan bersambung semula.
./mkh
http://www.zaid.my/current/a-hard-days-night/
"The best thing is for the whole Cabinet to resign. Ask forgiveness from the people for buying their vote."
--zaid ibrahim
:)
./mkh
Post a Comment