Penduduk Kampung Pok dari Johor ini bukan berhimpun untuk menggulingkan kerajaan menerusi cara yang tidak demokratik.
Mereka juga bukan memegang sepanduk serta kain rentang berkempen untuk merebut jawatan parti atau kerajaan. Penduduk kampung ini hanya berhimpun meluahkan perasaan rakyat akar umbi serta menyatakan sokongan untuk kebenaran. Tolong jangan ugut untuk sumbat mereka ke dalam lokap.
Orang kampung serta rakyat biasa bukan tidak tahu akan musibah yang sedang melanda parti yang menunjangi kerajaan pada masa ini.
Rakyat era ledakan teknologi maklumat kini dapat memperolehi bermacam jenis maklumat. Apa pun percubaan untuk mengelirukan rakyat terbanyak menerusi akhbar serta televisyen hanya usaha sia-sia.
Kenyataan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz yang juga orang kuat Umno Johor menzahirkan dengan jelas perasaan tersirat kebanyakkan ahli Umno serta segelintir pemimpin yang tahu tapi takut. Ada yang takut bini tetapi ramai lagi yang takut akan kehilangan jawatan serta habuan.
Seperti kata Tan Sri Mohamad Aziz yang juga bekas Ahli Parlimen Sri Gading yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Johor;-
“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno”
Kenapa Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu mengeluarkan amaran sedemikian kepada Presiden parti. Apakah tujuan beliau ini untuk mengelirukan ahli Umno seperti yang sering dituduh bila ada kritikan terhadap pemimpin? Saya percaya akar umbi Umno lebih arif tentang kenyataan Mohamad Aziz.
Kita maklum pelbagai aksi sarkas dan pertunjukkan silap mata cuba digunakan untuk mengaburi rakyat tetapi hanya yang buta hati mungkin terpedaya.
Gambar dibawah dari Umno Bandar Pulai Jaya 2 pula tersebar dua hari selepas kehadiran Syawal. Ketika itu ada pihak yang tidak berapa faham atau buat-buat tidak faham akan maklumat akar umbi ini tetapi kini dua minggu setelah kita menyambut Aidil Fitri situasi sebenar semakin jelas.
Kenapa penyokong akar umbi Umno dari negeri kelahiran parti itu mula menyuarakan hasrat agar Najib 'wajib letak jawatan kalau ada maruah' jauh sebelum rombakan kabinet beberapa hari yang lalu?
Ada kemungkinan mereka telah menghidu sesuatu lebih awal tetapi kita tidak harus menolak kemungkinan bahawa desakan supaya Najib berundur sebenarnya berpunca dari isu-isu besar yang lain serta kegagalan sebagai pemimpin.
Ungkapan 'Poket didahulukan Rakyat dikorbankan' mungkin berkisar sekitar skandal 1MDB yang nyata akan terus menelan berbillion ringgit duit rakyat. Ungkapan itu juga mungkin mencerminkan luahan rakyat terhadap cukai GST.
Yang pasti semakin hari semakin ramai penduduk negara kita yang hilang keyakinan terhadap Umno yang masih menjadi akar tunjang Kerajaan yang memerintah.
Tepuk dada, tanya selera. Kenapa orang ramai, termasuk ahli/orang/penyokong Umno , hilang keyakinan yang suatu ketika dahulu tinggi melangit?
Apakah Umno masih lagi layak memerintah jika keadaan ini berterusan?
Nota:
1- Saya harap penulisan ini tidak di-takrif sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan menerusi cara yang bertentangan dengan demokrasi.
2 - Syabas kepada ahli serta pemimpin peringkat Bahagian yang masih berpegang kepada perjuangan sebenar dan tidak hanyut dengan apa-apa bentuk habuan atau ugutan.
48 comments:
Apanama Blogger bodoh...
Apa kata - selagi Najib masih degil jadi PM - semua ahli UMNO yang masih betul betul sayangkan parti buang keahlian UMNO beramai ramai.
UMNO dah tak boleh disokong. Mati sekarang atau mati dalam 10 tahun. Yang penting mati.
Setakat dua tiga cawangan tak orang nak kisah pun.
Najib pemimpin yg sudah rosak. Tak de moral. Tiada lagi undi keluarga ku untuk BN.
Alohlah anon 4:13:00....
Guano jadi lagu tu!
Jangan cakap org bodoh pas tu pakai anon.golden egg mana buss?
assalamualaikum bro apanama & pembasa blog ini:
sebagai rakyat malaysia yg tidak berparti, saya berasa sedih dgn peristiwa2 yg kini melanda negara kita. semua ini terjadi dgn izin Maha Esa. buruk baik sesuatu yg Maha Esa izinkan berlaku adalah kerana DIA mahu hambaNYA gunakan akal fikiran yg dikurniaNYA utk berfikir kenapa ia terjadi.
jika peristiwa itu terjadi yg baik, fikirkan utk melanjutkan yg baik itu. jika peristiwa itu buruk maka hentikanlah peristiwa itu. bersuhabat melanjutkan peristiwa buruk (yakni kemungkaran) hanya mengundang kemurkaan Illahi.
Fikir-fikirkanlah. jgn sampai nnt kita tiada jawapan utk diberikan di sana kelak.
wallahuallam.
Ada juga orang komen macam Red Babi Army.
Astaghfirullah
Kawan 4:13pm, cuba le awak toleh kiri kanan depan belakang awak apa yang awak nampak dan dengar. Kemungkaran di sekeliling kita.
Saya percaya awak ada air sembahyang lagi.
Jangan nak lekas bodohkan orang macam speaker selangor.
Tengok puas puas dan tengok cermin jugak.
Sekarang kita berjuang dengan akal dan jari. Esok lusa belum tahu lagi dengan apa pulak. Dah terbukti di banyak negata kekacauan bermula dengan kepimpinan yang lemah. Kepimpinan yang lemah membawa segala macam mungkar. Bila sabar dah habis huru hara pun tiba.
Susah ke nak faham ?
ano 4:13,
mu ni macem ah jib mu tu SOMBONG BODOH atawa di sebut pak arab JAHIL MURAQQAB
No more 21-Gun salutes for Primer Ministro Numbnuts República Bananera
https://www.youtube.com/watch?v=qcOK_YATp6U
Undilah DAP!
anon 4.56 mungkin Allah turunkan bala ni semua sebab orang melayu dok pilih UMNO?
org bodoh selalu nya dia akan kata org lain bodoh..
dan dia juga kerap kali akan menganggap org lain lebih bodoh dari dia..
kerana itu lah ciri2 org bodoh..
hanya tahu mengatakan org lain bodoh..
setuju dengan Sharul Nizam
Why is the WSJ still not sued????
#something2hide
Bila da ade dua team ...macam nilah jadinya
.. akan cari je salah musuh...mcm selama ni pas cari kelemahan bn dan bn cari kelemahan pas. Bezanya dulu tun M ...org tak berani bukak mulut... la ni najib pula tak sampai hati... dan rakyat semua da jadi hakim di media sosial... klu saya cuba reka satu fitnah dan viral kan utk jatuhkan musuh...sekejap je . Cuma yg ingat tuhan yg pikir 2x utk viralkan
bro,
i already bet my two balls here that nothing will happen, so i'm left with no choice but to bet off my D@ng, anyway from the way things are moving, very soon bloggers like you, kadir jasin, and zam will be lock up. as usual please keep my comment for future reference.
Ann 5:28,
We dont want no DAP Lim Aristocracy like the PAP FamiLee of Singaore
http://www.tremeritus.com/2015/07/29/hear-ye-hear-ye-this-royal-message/
Anon 5:28, do you want a DAPster Lim aristocracy like the FamiLee of Singapore?
http://www.tremeritus.com/2015/07/29/hear-ye-hear-ye-this-royal-message/
Kalau gitu, UMNO akan jadi 'too many chiefs & not enough Indians'.
Jangan buang masa. Setiap KB telah dapat sampul besar bernilai Satu Juta Ringgit Setiap Seorang. Burpppp. Kali ini semua dapat. Tak sampah 200 Juta pun. Ini lah perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Burrrrrp. Maaf tak tahan godaan RM
salam sdr firdaus,
I hv tried 2 b impartial in d disdute between ds najib n tun m.
in fact in a small way I hv tried to get both parties 2 reconcile their differences.
my article 'sengketa d antara ds najib dgn tun m - usaha ikhlas yg tak kesampaian '
expalains all my efforts since 2014.
I hv even contacted dtn sri rosmah 4 assistance but 2 no avail.in fact she had 2 edit most of her responses 2 me less it create more controversy.
both tun m n dtn sri r aware of d article. tun m's comments as usual are very telling.
Sudahlah mamak steriod, asyik menghasut je. KDN kena gunakan POTA untuk mamak ini.
@ Friday, July 31, 2015 7:28:00 p.m.
Knape takut kawan?
Berani kerana benar, takut kerana salah.
PS: 3 resignations just now in Johor UMNO.
Jadi mamak steroid nih "right on the money" mcm omputih kata.
@ Friday, July 31, 2015 4:13:00 p.m.
Ko tanya:
"Apa nama Blogger bodoh?"
Ramai O. Semua bloga prepaid, makan duit PMO, .
Apa nama dorang?
Ko sendiri pikir ler....
die dpt byk duit raye dr kak rosmah...siap ciom tgn lg... tue.yg.bangga tue ckp org len bodoh
anon 5:31:00 p.m. aku pun rasa begitu.
anon 6:07:00 p.m i dont mind. :)
anon 8:53:00 p.m., no such thing, even TSMY masih menyokong kuat Presiden UMNO!
Dah buat salawat satu juta pun Allah Turun can bala macam ini. Mungkin salawat tu salah kut
Allah turun kan bala sebab kebanyakan orang-orang Melayu masih sokong UMNO yang dipenuhi penyamun dan lanun! :)
anon 6:07:00 p.m, ki siang anak beranak tak rembat duit rakyat berbillion dengan muka seposen.
anon 6:10:00 p.m., are you ok with UMNGOK Razak aristocracy like the LanunJIB of Pekan?
kalau akau tuhan aku gelak kan je kaorang semua sebab suka buatdan percaya benda bodoh, padan muka ke, kaorang nak salahkan DAPigs?
Untuk jatuhkan najib hanya ada satu cara sahaja...pembangkang tak mampu menjatuhkan najib...akar umbi umno mesti bangun menetang kemungkaran..jgn di harap pada ketua bahagian...depa ni semua dah kenyang disumbat lanun bugis...menteri2 jgn diharap la..so tiada jln lain lagi..akar umbi umno kena bangun dari tidor..bangun bersama tsmy dan dssa...tsmy mesti mulakan d johor dan dssa di sabah..kalu kita semua ingin lihat malaysia kembali ke landasan yg betul...akar umbi umno kena bangun dari sekarang..jatuhkan najib si lanun bugis ini..bukan harapkan org lain...
AKU PENGKHIANAT PADA NAJIB..ATAU NAJIB YG MENDERHAKA MELANGGAR SUMPAH PADA KU
@ Saturday, August 01, 2015 1:09:00 a.m.
NAJIB YG MENDERHAKA MELANGGAR SUMPAH PADA SELURUH RAKYAT M'SIA!
kau ngan najib sama je bodohnya alang, cakap macam orang utan!
TMJ bersama TSMY boleh berganding bahu mencetuskan gelombang yang mirip mirip tsunami cina apabila Najib disepak terajang oleh kaum yang diberi bermacam2 habuan ...
Segala kehendak mereka diikuti namun tiada balasan melalui undi PRU13.
Para ahli UMNO pula masih sokong Hang Takde tel*q namun dianak tirikan oleh Hang Pimana.
Sekarang masa untuk menunjukkan ciri2 pahlawan - membela Bangsa Agama dan Negara - singkirkan puak yang berkiblatkan "Cash is King".
Bro. how's ur friend SAA? OK ka? Not missing? Some folks are worried.
Anon 4:13
LANGKAH KIRI LAH WEH!
You live with Apanama is it? You feed Apanama is it? Your neighbour is Apanama is it?
You seem to know so much about him. Eh screw youlah doppleganger. One side wins you go jilat there. This side wins you come to this corner and jilat here. What on mothers green earth are you trying to prove?
Kalaulah Apanama bodoh sekali pun, buktikan yang dia bodoh dan kau yang bukannya bodoh.
Punyalah sialan!
dengar khabar SAA nak kena tangkap anytime soon or sudah masuk dalam?
Any update on SAA, sir?
No need to publish this comment, just checking. There was an SMS saying that he had been arrested. I really hope it's false.
Perhaps if it's false just post the words: "No Worries" (or something) in this thread?
We have no way of knowing otherwise.
Thank you.
If it's easier or more discreet, can you post some little message on Twitter @firdyfire - just some indication that SAA is all right. A couple of friends WhatsApped me just now. Also worried about him.
Sorry to trouble you....
Thanks bro. Saw your message on Twitter. Sadly, the way things are moving downhill so fast, I cannot blame folks for being worried. Will let my friends know. Cheers...
That beret guy also wrote of 10 people arrested.
Assalammualaikum wmt,
Sedih!
'Kerana pulut santan binasa. Kerana Najib/Rosmah, UMNO hilang kuasa?'
Kata-kata ini nungkin boleh diguna pakai setelah PRU 14 nanti.
Post a Comment