Wednesday, 17 June 2015

Tabung Haji dah jual tanah 1MDB?


Ini janji Pengerusi Tabung Haji kepada pencarum Tabung Haji. Saya pun mencarum dalam Tabung Haji walaupun tidak banyak. 

Janji Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim ini dizahirkan atas nasihat Perdana Menteri yang begitu prihatin tetang keluhan pencarum dan menasihati Tabung Haji agar menjual tanah yang dibeli dari 1MDB. 

Untuk makluman, Perdana Menteri juga adalah ketua penasihat 1MDB (penjual tanah). 

Atas nasihat ketua penasihat kepada penjual tanah, pembeli tanah berjanji untuk menjual balik tanah yang dibeli dengan harga melangit itu dalam masa SATU MINGGU. 

Ketika pengumuman menangkis fitnah ini dibuat sudah ada TIGA tawaran pembelian yang akan memberi KEUNTUNGAN kepada Tabung Haji, mengikut kata Datuk Seri pengerusi. 

Ketika pengumuman ini dibuat yang menjadi perhitungan hanyalah jumlah keuntungan yang bakal dikecapi Tabung Haji. Terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk membeli tanah kerajaan yang amat berharga ini katanya.

Kini sudah lebih SATU BULAN semenjak Tabung Haji terkedu dan berjanji untuk menjual balik tanah, apabila urusan diam-diam membeli tanah milik kerajaan dari broker (1MDB) dengan harga tinggi melangit itu terbongkar

Laporan terbaru dari jawapan yang dikemukakan di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa tanah itu belum dijual lagi. 

Kenapa tak jual lagi? 

Nasihat Perdana Menteri yang begitu prihatin dan kenyataan Pengerusi Tabung Haji hanya tindakan hangat-hangat tahi ayam untuk memperdaya pencarum lagi? 

p/s Kalau bohong pun biarlah berpada-pada. Jangan jadikan hidup itu sendiri satu pembohongan. 


Site Meter

13 comments:

Anonymous said...

AYAM4U ini terbukti bukan dari jenis laki; tapi taik ayam serupa jijik saja - laki kah ataupun betina .... aduhai Malaysiaku

Anonymous said...

pada sibuk-sibuk nak tubuh satu lagi ngo, nazir razak should just tell najib to fuck off.

./mkh

Anonymous said...


The fact that Hadi Awang wants to go anywhere these sickening crooks really puzzles me.

Not a peep from him about the whole TH mess.

He needs to get his values right.

They are far from right.

Jewelizhot said...

Najib is conditioning this nation to tolerate lies, corruption, word twisting and just pure shit. This guy should have just became an extra on "kisah benar". Thinks he is bigger than he is. No aura, no impromptu ability, no shit. He is just a pure pile of diarrhoea. We humans are made of clay but such is this creature named "najib", one would not be wrong to assume that he is made of soft shit instead of soft clay. Astounding.

Anonymous said...

Gali lubang tutup lubang - satu hari nanti, tergolek masuk dalam lubang pembohongan.

Sudah banyak petunjuk terlalu banyak penipuan berlaku.

MH370
MH17
AirAsia
Lahad Datu
Tanah runtuh
Banjir dasyat
Rohingya
Gempa bumi
RM42 bilion

terkini ... kapal tangki MT Orkim Harmony hilang

Anonymous said...

Bro,
Most people don't trust a second hand car dealer......they are the biggest con men who can refurbish a wheel-barrow and sell it to you as a car.
Beats me how can a gangsta be perched in such a lofty post.

Anonymous said...

These crooks are getting away with murder because a big majority of Malaysians especially the Malays are suckers who allowed themselves to be screwed over and over again. This Tabung Haji 1MDb TRX deal is just one example. 1MDB as rightly pointed out is just a land broker. It is no doubt that Tun Razak's son is himself tarnishing his great father's name and legacy. My heart bleeds thinking about the agony Tun Rahah must be going through. May Allah have some mercy for the spineless son.

Penghuni lama Kg.Padang Polo

Anonymous said...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Mohon kita dijauhkan azab dunia dan akhirat. Mohon negara bangsa kekal tidak dijajah semula dalam apa jua bentuk dan rupa. Ameen

Anonymous said...

Yes, I'm flabbergasted. How could those thugs keep out the good guys from joining UMNO?

Anonymous said...

Betul. Tanah orang Melayu kat Tanjung Pagar pun dah hilang dari genggaman. Kalau tak hilang, jatuh terhempas. Dua tu je. Kehidupan rakyat Malaysia sekarang penuh dengan tragedi dan derita. Tiada langsung khabar gembira..

Anonymous said...

http://futurefastforward.com/

Anonymous said...

Hulloo Datuk Seri Azeez Rahim, you got sell or not the Tabung Haji land as you yourself committed? If yes, say so lah, if not confess also lah. So scared, why?

cikgu said...

Ameen