Urusniaga sulit yang terbongkar itu, pada mulanya, melibatkan lebih dari TUJUH RATUS JUTA RINGGIT duit orang Islam Malaysia yang mencarum sebagai tabungan untuk membiayai ibadah Haji mereka.
Terkejut dengan terbongkarnya urusniaga sulit diantara Tabung Haji dengan 1MDB itu, yang diluluskan oleh Menteri berkenaan dalam jangkawaktu tidak sampai dua minggu, yang ada pihak yang pada mulanya menangkis pendedahan itu sebagai fitnah semata-mata tetapi kurang dari 24-jam kemudian berita itu disahkan.
Pelbagai putar-belit dan lenggok bahasa digunapakai selepas itu untuk mengaburi mata rakyat akan urusniaga sulit yang pada asasnya hanya satu tindakan untuk menyelamat atau bailout syarikat bermasalah 1MDB.
Walaupun dokumen urusan sulit Tabung Haji dengan 1MDB Real Estate Sdn Bhd menyebut jumlah duit pencarum Tabung Haji yang akan digunakan dalam urusniaga itu adalah lebih kurang 770 JUTA RINGGIT, pihak Lembaga Tabung Haji menafikan jumlah itu dengan berkata hanya sejumlah Ringgit Malaysia 188.5 JUTA sahaja yang telah dibayar untuk sebidang tanah di Tun Razak Exchange - TRX.
(Dokumen mendedahkan harga yang dipersetujui adalah 194 JUTA RINGGIT tetapi Lembaga Tabung Haji mendakwa mereka diberi potongan harga oleh 1MDB)
Pembayaran untuk satu lagi bidang tanah yang dinilai melebihi 578 JUTA RINGGIT MALAYSIA belum dimuktamadkan dan hanya diperingkat cadangan, kata Lembaga Tabung Haji ketika itu.
Persoalan yang wujud dihati dan benak fikiran rakyat Malaysia, YANG WARAS, kenapa Tabung Haji bersetuju menggunakan duit tabungan pencarum untuk satu urusniaga yang jelas tidak masuk akal.
Kenapa ianya tidak masuk akal?
1. Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji, dengan membayar jumlah penuh RM 188.5 JUTA dengan serta-merta ketika urusan jual beli atau S&P ditandatangani, adalah pada asalnya tanah milik kerajaan yang dikurniakan kepada 1MDB dengan harga tidak melebihi 5 JUTA RINGGIT.
2. 1MDB hanya menjadi 'pemilik' tanah tersebut untuk jangkawaktu lebih kurang 5 tahun sahaja.
3. Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak -yang juga individu bertanggungjawab melahirkan 1MDB merangkap Menteri Kewangan dan Ketua Penasihat 1MDB mengurniakan tanah tersebut kepada 1MDB dengan alasan tanah itu akan digunakan untuk 'strategic development' atau pembangunan strategik yang diterajui 1MDB.
4. Tanah itu tidak 'dikurniakan' kepada 1MDB supaya syarikat bermasalah itu boleh membuat keuntungan atas angin (kerugian buat Kerajaan) dengan menjadi broker tanah kelas atasan.
5. Jika syarikat bermasalah yang bergelumang dengan hutang dan merosakan nama negara diseluruh dunia boleh dikurniakan tanah kerajaan untuk hanya 5 JUTA RINGGIT kenapa harus TABUNG HAJI membayar tambahan 183.5 JUTA RINGGIT untuk tanah yang sama?
6. Jika 1MDB yang baru muncul sekitar tahun 2009 layak untuk anugerah tanah kerajaan, kenapa tidak Tabung Haji - berusia 52 TAHUN, yang telah banyak berjasa kepada rakyat, negara dan Kerajaan Barisan Nasional ini?
7. Apakah sumbangan besar 1MDB sehingga layak menerima layanan istemewa ini berbanding sumbangan serta sokongan Tabung Haji dari pelbagai segi, terutamanya sokongan dana pelaburan untuk membangunkan masyarakat selari dengan agenda Kerajaan selama lebih 50 tahun?
8. Tidak dapat dinafi Kerajaan sebenarnya terhutang budi dengan Tabung Haji kerana bebas 'meminjam' dana Tabung Haji untuk projek-projek pembangunan negara selama ini. Apakah untuk membalas jasa ini kerajaan bersekongkol dengan broker tanah untuk menipu Tabung Haji?
Apabila persoalan-persoalan ini timbul dan rakyat mula marah akan tindakan tidak masuk akal Lembaga Tabung Haji dan mendesak agar urusniaga itu dibatalkan, pihak atasan yang meluluskan urusniaga tersebut mula cemas.
Urusniaga itu tidak mungkin dibatalkan kerana duit pencarum telah bertukar tangan dan difahamkan duit itu telah digunakan untuk membayar faedah untuk hutang yang ditanggung oleh penjual.
Penjual pun dalam keadaan yang terlalu nazak dan tidak mungkin dapat menebus kembali tanah yang telah dijual dengan harga yang begitu lumayan.
Lembaga Tabung Haji, seperti cacing kepanasan selepas isu ini terbongkar, membuat beberapa pusingan dan laporan Polis berhubung kebocoran urusniaga sulit itu sebelum membuat kenyataan rasmi untuk menjual balik tanah kerajaan yang diambil 1MDB sebelum dijual kepada Tabung Haji dengan nilai hampir 40 kali ganda.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menasihati Lembaga Tabung Haji agar tanah itu dijual semula.
Itu adalah satu tindakan yang yang 'bijak' kerana Najib, selaku Ketua Penasihat dan Bapa 1MDB, pasti sedar bahawa urusniaga itu tidak mungkin DIBATALKAN seperti yang dituntut umum.
Beberapa pemegang jawatan utama dalam 1MDB juga adalah orang-orang penting yang telah diamanahkan untuk menjaga Tabung Haji.
Kini semakin jelas bahawa kenyataan penjualan semula tanah tersebut pun hanya dicanang untuk meredakan kemarahan rakyat.
Bukan saja Melayu, malah seluruh rakyat Malaysia mungkin telah ditakrif sebagai specis hidupan yang mudah lupa.
Kemarahan rakyat akan penyalahgunaan wang pencarum Tabung Haji hanya sementara dan mata rakyat boleh terus dikaburkan dengan isu lain, mungkin itu tanggapan mereka yang diamanahkan untuk menjaga Tabung Haji?
Menteri yang bertanggungjawab yang meluluskan pembelian tanah 1MDB dalam masa kurang dari dua minggu dan membenarkan pembayaran penuh setelah S&P ditandatangani, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa tanah itu belum dijual lagi.
Beberapa hari sebelum pengakuan ini terpaksa dibuat di Dewan Rakyat, sudah timbul gerakan halus dalam media sosial untuk meyakinkan rakyat bahawa pembelian tanah 1MDB itu sebenarnya adalah satu pelaburan strategik Tabung Haji.
Isu mengekalkan pegangan Bumiputera di tengah kotaraya Kuala Lumpur dicanang sebagai alasan pembelian. Ada juga bajingan yang memainkan isu perkauman semata-mata untuk mengaburi mata rakyat, seperti yang dijangka sebelum ini.
Beberapa ahli Dewan Rakyat juga nampaknya tidak terlepas dari agenda menghalalkan Tabung Haji tidak menjual balik tanah 1MDB tersebut.
Anggota Parlimen Sokong Tabung Haji Tidak Jual Tanah TRX
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- "Dulu lain, sekarang lain"...itulah nada anggota Parlimen terhadap polemik tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) apabila rata-rata menyokong agar tanah seluas 0.63 hektar itu tidak dijual semula.Beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu itu, termasuk bukan Islam berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata TH akan memperoleh keuntungan yang lebih sekiranya tidak menjual tanah berkenaan.
"Dari sudut perniagaan, tanah berkenaan akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, jika tidak dijual," katanya ketika mencelah penggulungan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat, Isnin.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), yang turut menyokong cadangan tersebut, berkata pihak pengurusan TH sememangnya mempunyai kepakaran dalam perniagaan dan telah menjalankan amanah dengan sebaiknya sejak dahulu lagi. "Kita minta tanah ini jangan dijual kerana dalam perniagaan tanah, semakin hari disimpan semakin naik harga," katanya.
Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pula berkata cadangan penjualan tanah itu sebelum ini dibuat berikutan persepsi politik.
"Kalau persepsi itu sudah tidak ada, apa kata menteri supaya tanah ini tidak dijual dan dipertahankan untuk pembangunan demi keuntungan lebih besar kepada Tabung Haji di masa hadapan," katanya.
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi); Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang); Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) turut menyatakan sokongan mengenai parkara itu.
Sokongan seumpamanya turut dinyatakan anggota Parlimen pembangkang Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji kerana membuat suatu pembelian menguntungkan.
"Isu Tabung Haji ini timbul kerana isu 1MDB pada masa itu, tiba-tiba Tabung Haji mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli tanah yang agak mahal, tetapi dengan penerangan yang diberikan mengatakan pembelian itu adalah agak murah jika dibandingkan tanah sebelahnya, maka itu perkiraan menguntungkan kepada Tabung Haji," katanya.
Menyambut baik sokongan itu, Jamil Khir berkata beliau akan membawa perkara itu kepada anggota lembaga TH untuk menilai semula cadangan penjualan tanah berkenaan.
"Saya mendapat sokongan yang cukup luar biasa di mana kita dapat bergabung hari ini dan memberikan sokongan supaya Tabung Haji tidak menjual tanah tersebut dan saya mengambil perhatian tinggi," katanya.
Beliau sebelum itu berkata Tabung Haji pada masa ini telah menerima tawaran pembelian tanah itu dan sedang mengkaji tawaran tersebut.
Katanya dalam penjualan tanah itu, TH tidak hanya mahu sekadar mendapat pulangan modal sebaliknya melihat keuntungan demi kebaikan pendeposit.
a
Tabung Haji sebelum ini dikecam hebat kerana membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ekoran itu, pada 9 Mei lepas, TH memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.
-- BERNAMA
Langkah seterusnya? Lembaga Tabung Haji akan menggunapakai sokong dari beberapa kerat ahli Dewan Rakyat untuk mengHALALkan pembelian tanah kerajaan dari broker tanah dengan harga hampir EMPAT PULUH KALI GANDA dari harga asal.
Jangan bantah! Ini pelaburan strategik untuk menjaga kepentingan orang Islam namanya.
Jangan fitnah! Laporan Polis akan dibuat dan anda akan didakwa.
Jangan gusar! Ini bukan skandal besar yang harus di-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Jangan soal! Yang menyoal semuanya pengkhianat kepada agama Islam yang suci.
Jangan gusar! Ini bukan skandal besar yang harus di-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Jangan soal! Yang menyoal semuanya pengkhianat kepada agama Islam yang suci.
Sekian, Terima Kasih.
Nota: Teruskan menyokong para penyangak dan pembohong agar negara ini mampu digelar negara maju menjelang tahun 2020 dan dihormati masyarakat antarabangsa untuk kebolehan berhutang melampaui batas dan kebolehan luarbiasa untuk memutarbelit dan mengaburi lebih 30 JUTA manusia yang sudah tidak mampu berfikir secara waras.
34 comments:
Bapak 1MDB tu berapa punya besar haram jad dah?
Kalau benar2 utk memastikan pegangan tanah itu berada dalam pegangan pihak bumiputera/Islam, kenapa tidak 1MDB jual pada kadar yang sewajarnya. Sepatutnya bagi la keuntungan yg lumayan pada pihak TH, memandangkan sumbangan TH adalah terlalu besar untuk sekian lamanya. Ternyata urusan ini tidak jujur, memang dari awal lagi 1MDB telah merancang agar aset2 1MDB akan dibogelkan untuk membiayai hutang 1MDB. Kewujudan 1MDB sememangnya menjadi tanda tanya. Tidak ada keperluan untuk ianya ditubuhkan. Penyangak2 ini benar2 licik sekali. Moga mereka ini mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Kalau benar2 utk memastikan pegangan tanah itu berada dalam pegangan pihak bumiputera/Islam, kenapa tidak 1MDB jual pada kadar yang sewajarnya. Sepatutnya bagi la keuntungan yg lumayan pada pihak TH, memandangkan sumbangan TH adalah terlalu besar untuk sekian lamanya. Ternyata urusan ini tidak jujur, memang dari awal lagi 1MDB telah merancang agar aset2 1MDB akan dibogelkan untuk membiayai hutang 1MDB. Kewujudan 1MDB sememangnya menjadi tanda tanya. Tidak ada keperluan untuk ianya ditubuhkan. Penyangak2 ini benar2 licik sekali. Moga mereka ini mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Raya tahun ni balik kampung kita ceritakan apa yg sebenar da jadi ngan tabung haji dll lgi...kita sebarkan seluruh negara agar rakyat faham..
Sya percaya Allah swt maha adil. Insyaallah mereka akan mendapat balasan darinya dan sya serta keluarga tiap2 hari akan berdoa agar mereka2 ini diberi balasan maksima di dunia dan akhirat...amin
Aku amat kasihan kepada kanak2 dan pemuda2 generasi ini yang tertimpa gelora pengkhianatan budaya dan kecelaruan budi yang mula di bawa Anwar Ibrahim dan sekarang Najib Razak dalam kepimpinan negara ini.
A guy like him being put there to guard our country's wealth and resources is like letting loose an errant kid in a candy shop without adults' supervision. It is a matter of time before the kid eventually diagnosed with chronic type 1 diabetis in the shortest period of time.
Tabung Haji tidak dapat jual tanah tersebut dengan harga yang menguntungkan. Sebab itu tukar nada supaya tanah itu disimpan. Siapa hendak beli dengan harga yang mahal?. Sekarang dilembah Klang mengalami "property glut". Sesiapa yang membelinya akan mengalami masaalah kewangan.
Sekalian rakyat yang di kasihi,
Najib dan consultan2 dan croney2 nya akan membuka pintu gerbang Negara Malaysia kepada si Mega Korporat sedunia dengan mengistiharkan TPPA - TRANS PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT. Hal keadaan syarat2nya banyak di sulitkan tapi Wikileaks berjaya membongkarkan, hingga ahli2 Congress America sendiri pun terkejut dengan kenyataan itu. Sama juga di Australia dan New Zealand, sebagian besar masyarakat sana berwas-was dan takut pada perkosaan TPPA. Hanya kerajaan Singapore yang menjadi penganjur lantang TPPA di rantau Asia-Pacific.
Butiran enyalahgunaan dana Tabung Haji ini harus dicetak dan diedarkan kepada setiap keluarga Islam. Penyebaran berita sahih dikalangan ummah adalah wajib lebih2 lagi dalam bulan penuh barakah bulan Ramadhan ini. Sampaikan yang benar dan sahih walaupun pahit. Ini kewajipan kita.
sorry bro, i'm not one of those 30M, ah jib pok can go F@CK himself .....
./mkh
Lepas TH, TNB pulak...hebat dan geliga...jgn tisau,menteri dah umumkan tarif letrik kekal tahun ni tapi tahun depan sendiri mau ingat laa...
jual je la tanah tu kat company cina....dah melayu tak nak..
Syed from OSTB dah kata dulu dah... bila employ dracula to jaga the blood bank.. ini lah jadinya. Nasib baik ada para bloggers yang prihatin, if not habislah semua duit kita disapu dek Najib and his merry bandits - EPF, PNB, LTH.. I wonder Bank Rakyat selamat tak?
Najib and his merry bandits greediness are legendary!! It should go to Malaysia Book of Records - the most corrupt administration!!
*BN Voter PRU13*
Rakyat bukan mudah lupa. Jangan kata begitu. Apa yg dpt rakyat lakukan? Bila rasa ragu-ragu, rakyat bertanya, dijawab oleh pegawai yang bertugas di bahagian pertanyaan. Diterangkan,dirasionalkan tindakan. Jawapan,penerangan masih meragukan, rakyat buat aduan bertulis daripada ke Tabung, ke Syarikat berkenaan, ke Pengarah, ke semua jabatan berkuasa ke wakil rakyat. Rakyat disogok dgn begitu panjang berbelit-belit yg mengelirukan dan mengecewakan. Rakyat dilayan sebagai tidak layak bertanya, disindir seolah-olah rakyat penghalang kepada suatu kemajuan yg pasti yg benar. Rakyat dianggap diperkecilkan dgn menyatakn hal kecil pn dibesar-besarkn, diperlekehkan tak tahu apa-apa hal dunia niaga,xde pengalaman interaksi tentang ekonomi hal negara, rakyat kena diam sbb mereka tengah buat kerja susah utk bagi rakyat perkhidmatan air,letrik,jalan bertar, bina masjid nk solat, nk gi haji...yg semua perkhidmatan tu sebenarnya rakyat yg byr jg setiap bulan. RAKYAT SEKARANG TENGAH MAKAN HATI, SANGAT KECEWA,TERANIAYA. Semua kaedah yg betul telah rakyat gunakan. Namun rakyat diakhiri dgn terma-terma syarat yg halus,licik yg rakyat sendiri telah terpaksa tandatangan setuju dengan pihak berkenaan pd permulaan buka akaun. Semua sub terma syarat yg halus licik digunapakai disistemkam ke atas rakyat yg apa2 yg rakyat xpuashati nanti akan dpt pihak syarikat lolos dijadikan mereka tak bersalah. Begitula nasib rakyat diperlakukan oleh Tabung Haji, 1MDB, EPF, semua bank...semua sykt, badan, jabatan yg kumpul duit rakyat. DAH TAHAP DOA TERANIAYA KAMI TERPAKSA MOHON ILLAHI DENGAR RINTIHAN.
Bagus la ko ada sikit tabungan dalam TH. Dan ada kesedaran mengenai skandal 1MDB.
Tapi nak tanya sikit la.
Ko obsess tul nak pendeposit TH tekan Kerajaan kunun kunun nak selamatkan TH cara sebegini, ko ni betul betul peduli pasal TH dan/atau pendeposit TH ke?
1. Tak pernah nampak ko tulis pasal TH
2. Tak pernah nampak ko tulis pasal pendeposit TH
3. Ko ni paham ke bisness melabur dalam sektor hartanah ni?
Dan paling penting:
4. Ko sebuk sebuk pasal pendeposit TH yg menabung utk buat Haji hilang duit dun lanun lanun, ko sendiri tu paham rukun dan tertib haji ke?
Kalau ko benar anak jantan dan berdiri atas prinsip kewartawanan, siarkan dan respon komen ini.
Desakan sama macam idola ko Tun M buat
TABUNG HAJI
1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.
2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.
3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.
4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.
5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.
6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.
7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.
8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.
http://chedet.cc/?p=1702
Pasai apa guna duit pendeposit TH utk tolong 1MDB bayaq faedah hutangnya... Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
PKR hari ini mempersoalkan pembelian tanah Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berkata harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu diselesaikan syarikat dana negara yang bermasalah itu. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang terletak di projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur itu berpotensi dimajukan, tetapi berkata 1MDB tidak wajar membuat untung daripada tanah milik kerajaan persekutuan. "Apakah penggunaan duit pendeposit TH ini bertujuan membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?," soal Rafizi dalam kenyataannya hari ini. "Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB,” katanya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak AS$52.5 juta (RM188.5 juta) minggu depan. "Saya tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik kerajaan persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya," kata Rafizi. Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berupaya menghentikan urus niaga antara TH dengan 1MDB berhubung pembelian tanah TRX. Katanya, pembelian tanah seluas 1.56 ekar oleh pengendali ibadah haji daripada 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit mereka kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. "Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari kerajaan persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji," kata ahli Parlimen Pandan itu. Beliau turut mengesyorkan beberapa kaedah bagi membolehkan TH membeli tanah berkenaan, namun tidak memberikan kesan kepada pendeposit tabung tersebut.
http://alditta.blogspot.com/2015/05/najib-guna-duit-tabung-haji-utk.html
Pengerusi Tabung Haji Perlu Letak Jawatan.
Kenyataan media oleh Datuk Johan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji petang ini dengan jelasnya mengesahkan kesahihan sebahagian dokumen yang dibocorkan di media sosial. Beliau mengesahkan pembelian satu unit dengan harga diskaun.
Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk 'bail out' 1MDB secara kecil kecilan.
Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan penafian awal oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim melalui Twiiter semalam.
Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?
Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya.
Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik.
Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar.
Saya mencadangkan beliau meletakkan jawatan Pengerusi Tabung Haji.
KEDUA : Persoalannya dari penjelasan Datok Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.
Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB.
KETIGA : Isu pembayaran 100% harga tanah pada masa tandatangan SNP juga tidak dinafikan.
Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan.
Hal ini memungkinkan pelbagai risiko seperti terkandung dalam dokumen yang dibocorkan
Ini boleh membawa kepada pecah amanah wang caruman pendeposit Tabung Haji sekaligus memberi impak negatif kepada institusi yang amat disegani oleh masyarakat Malaysia ini.
KEEMPAT : Peristiwa ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain dalam usahanya untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan.
KELIMA: Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB.
Husam Musa
Naib Presiden PAS
7/5/2015
[wm.kl.5:36 pm 07/05/15]
Is 1MDB Najib’s slush fund, asks DAP
DAP today questioned if 1Malaysia Development Berhad (1MDB) was created to be a slush fund to meet the political needs of Datuk Seri Najib Razak, following a Wall Street Journal (WSJ) report that claimed the troubled company indirectly bankrolled the prime minister's 2013 election campaign?
National publicity secretary Tony Pua (pic) said it appeared debt laden 1MDB may have been created as a special purpose vehicle with one of the key objectives being to raise a substantial slush fund to finance Barisan Nasional’s election campaigns.
Najib is the chairman of the ruling coalition.
WSJ had said debt-ridden 1MDB had indirectly supported Najib's campaign by purchasing power assets from Genting Group in 2012 for five times more than its worth. Genting allegedly donated part of the earnings to a foundation controlled by Najib.
According to WSJ, the foundation, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), then announced several charity projects that Najib later brought up during his campaign.
"Though set up to help underprivileged Malaysians through education and sport, this charity soon got involved in spending that appeared designed to help Najib retain power in the May 2013 general election," WSJ said in the report.
In a response to WSJ, the Prime Minister's Office said the claims were baseless.
Following the report, Pua today demanded that Najib, who chairs YR1M, to disclose all the charity's financial transactions and its source of funds.
"Did Tanjong Power and the Farlim Group which sold the Penang land also contribute significantly to YR1M or any other charities which the prime minister controls?
"If proven, then the RM42 billion 1MDB scandal will widen from embezzlement, misappropriation and mismanagement to outright corruption by the Prime Minister – abusing tax-payers’ funds to further his own political interests, and that of Umno and its coalition partners," Pua said in a statement today.
The Petaling Jaya Utara MP pointed out critics of 1MDB, which is said to have amassed RM42 billion in debts to date, have always wondered how its top management and senior executives could pay astronomical prices for its acquisitions.
He cited examples of 1MDB's transactions such as paying Tanjong Power RM8.5 billion for its power plant and the parcels of land in Air Itam, Penang for RM1.27 billion.
"These critics have always been suspicious of hanky-panky transactions but have never been able to pinpoint the wrongdoings.
"All that now changes with the massive expose which hit the front pages of the WSJ which alleged that the acquisition payments were channelled back to special charities to fund Barisan Nasional’s election campaigns," he added. – June 21, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/is-1mdb-najibs-slush-fund-asks-dap#sthash.YVBiePOF.dpbs
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dicatit oleh manusia adalah: "Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu"." (riwayat lmam al-Bukhari)
Sikap tidak rasa berat dalam berdosa yang mendatangkan azab Allah hanya ada pada mereka yang sudah kering perasaan malu pada jiwa mereka, malah mereka tidak menghiraukan pendapat atau kepentingan orang lain.
Ooi mamat!! Klu ko langsung xde duit kat TH jgn cakap banyak...Kalau kami ada seringgit sorang pun dlm TH tu tetap duit kami!
Ko ingat ko sorang je tau bab hartanah??
Ooi mamat, ko cerita apa? Klu ko banyak soalan pasal tun, SURUH PONDAN KO TU SAMBUT PELAWAAN TUN UTK LIVE SOAL JAWAB DAN TANYA DIA SERIBU 1 SOALAN....KALAU TAK MULAI SEKARANG KO PATUT SENYAP...PONDAN TAKDE TELOR!!!
Jr guna kepala lutut...
Klu hang rasa nak bantu 1mdn, buat sendiri dari duit hang...duit penabung th bukan utk sedap guna sana sini...
Klu th bermasalah kmudian hari smpai penabung xleh g hj hang nak bantu?
Kalau nak menyetan menyonglap duit bukan dr th, tu byk kelab mlm yg byk org2 mewah/ternama/atasan, kelab lumba kuda, kasino dlll....tu yg patut setan2 mcm ko ni g songlap!!
BODOH BAHLOL
JR Tak guna! Yg aku tau kiranya duit simpanan aku dan keluarga aku di ambil buat benda haram atau untuk cover benda haram kami tak redha dan takkan maafkan sampai bila2.
Kpd hang pulak...tlg jgn jadi jurucakap utk penabung2 TH yg lain..klu hang nak tlg si penipu guna duit hang, silakan tapi jgn libatkan lain2 penabung
Pencuri! Pencuri! Pencuri!
Pembohong! Pembohong! Pembohong!
Pengkhianat! Pengkhianat! Pengkhianat!
Haram! Haram! Haram!
Allah hu Akbar!
Tabung Haji perlu cari pelaburan lain
PUTRAJAYA 9 Mei – Pemuda UMNO melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Lembaga Tabung Haji yang kini terlibat dalam konflik yang boleh mengelirukan rakyat berikutan isu pembelian aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang masih berada dalam proses pengauditan maka apabila Tabung Haji mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut, banyak pihak khususnya para pendeposit pastinya berasa kurang senang.
Sehubungan itu, beliau meminta Tabung Haji agar mencari kaedah pelaburan lain yang boleh memberi keuntungan kepada institusi itu.
“Jangan sampai timbul keraguan dalam kalangan pendeposit Tabung Haji. Mereka ini orang biasa, pakcik makcik yang menyimpan duit RM100, RM200 dalam Tabung Haji lepas itu daripada tidak tahu tentang 1MDB tiba-tiba jadi tahu pasal 1MBD, sudah tentu mereka rasa tidak senang.
“Mungkin banyak lagi kaedah pelaburan yang boleh Tabung Haji cari bagi memberi keuntungan. Macam-macam pelaburan kita boleh cari tetapi isu ini adalah soal persepsi, carilah pelaburan lain, takkan tak ada pelaburan lain,” katanya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tabung-haji-perlu-cari-pelaburan-lain-1.90082
Dedah pelaburan, elak langgar patuh syariah
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Lembaga Tabung Haji (LTH) mendedahkan semua pelaburannya kepada pendeposit bagi memastikan syarat patuh syariah tidak dilanggari oleh entiti tersebut.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nazim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengembalikan keyakinan pendeposit susulan urus niaga hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menimbulkan meragukan.
"Kalau ikutkan (syarat pelaburan) Tabung Haji mestilah patuh syariah, pendeposit perlu dimaklumkan agar tidak timbul keraguan.
"Kita takut jika pelaburan itu ke atas hotel, dan hotel itu disewa kepada pengusaha yang menjual arak, ia jelas tidak kena dengan patuh syariah dan ia perlu dikaji semula," katanya kepada Sinar Online, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Nazim berkata lagi, pendeposit akaun Tabung Haji berhak mengetahui pelaburan wang mereka agar simpanan untuk ke tanah suci Mekah tidak tercemar.
"Pendeposit Tabung Haji perlu tahu ke mana wang mereka dilaburkan. Kalau ada rekod menunjukkan pembelian itu (pelaburan hartanah) telah mencabuli hak pendeposit, maka seharusnya tindakan itu diambil.
"Saya memang tidak setuju jika pembelian itu (pelaburan) berat sebelah dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu saja.
"Dalam konteks ini, mungkin ada kebenaran, juru audit perlu membuat semakan kepada pelaburan Tabung Haji," jelasnya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dedah-pelaburan-elak-langgar-patuh-syariah-1.390640
Kenapa jual pada TH melalui 1MDB?
Gerakan Selamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) membantah sekeras-kerasnya penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat milik kerajaan yang diselubungi pelbagai skandal.
Syarikat dana berdaulat yang berhutang sebanyak RM42 bilion ini dilaporkan terlibat di dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan menyebabkan ia kekeringan kemudahan tunai dan gagal melunaskan hutang pada masanya.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa pembayaran balik hutangnya dengan beberapa buah bank telah tertangguh beberapa kali. Uuntuk mengelakkan hutang berkenaan dari diklasifikasikan ke dalam kategori hutang tidak berbayar, syarikat 1MBD dikatakan telah meminjam wang dari seorang ahli korporat ternama untuk melunaskan hutang yang tertangguh pembayarannya itu.
Juga dilaporkan, Kementerian Kewangan telah membuka kemudahan surat kredit dengan had kemudahan sebanyak RM950 juta bertujuan melegakan kesempitan mudah tunai yang sedang dihadapi oleh syarikat berkenaan.
Sebagai satu usaha untuk melegakan kesempitan mudah tunai yang dihadapi, syarikat 1MDB pada awalnya dilaporkan telah mencairkan portfolio pelaburan sulitnya di Cayman Island. Tetapi khabarnya, dana tunai itu tidak dibawa masuk terus ke Malaysia tetapi sebaliknya, telah dipindahkan ke sebuah bank di Singapura.
1MDB mendakwa, ia bagi mengelakkan “peraturan Bank Negara yang lebih ketat” dalam hal membawa dana masuk dari luar negara, berbanding dengan “amalan yang lebih mudah yang berkuatkuasa di Singapura.”
Sampai ke hari ini, tidak diketahui kedudukan dana tunai ini sama ada ia masih disimpan di Singapura atau telah dibawa balik ke Malaysia.
Terkini dilaporkan bahawa tiada dana milik syarikat 1MDB di dalam akaun banknya di Singapura dan dokumen yang didakwa menunjukkan dana tunai itu ada di dalam akaun berkenaan dilaporkan sebagai dokumen palsu.
Langkah terdesak
Apapun, yang jelas, syarikat 1MDB terus berdepan dengan situasi kesempitan mudah tunai dan mungkin tidak mampu membayar hutang yang tinggi.
Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi oleh oleh syarikat 1MDB seperti yang disebut di atas memaksa syarikat dana daulat ini menjual tanah miliknya di TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin untuk melunaskan hutang atau bunga ke atas hutang yang sudah sampai tempohnya untuk dibayar.
Tindakan menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada harga yang luarbiasa tingginya adalah satu tindakan terdesak untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank.
Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar antara 10 hingga 20 peratus wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan.
Mengikut amalan biasa, pihak pembeli seperti Tabung Haji ini perlu membuat penelitian wajar ke atas hartanah yang bakal dibeli, melantik juru ukur dan juru nilai bertauliah untuk mengesahkan nilai hartanah dan hartanah yang hendak dibeli bebas dari sebarang ikatan hak dan seterusnya menguruskan segala aspek perundangan berkaitan transaksi berkenaan.
Amatlah menghairankan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat dibereskan dalam masa yang agak pendek. Namun dalam kes ini, transaksi ini dimuktamadkan dengan pembayaran penuh dan segera kepada penjual dengan kepantasan luar biasa.
Ini mengundang persepsi bahawa urusniaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB.
Kita tahu 1MDB banyak berhutang dan kebarangkaliannya tinggi bahawa hartanah di TRX itu sudah dicagarkan kepada bank.
BERSAMBUNG
SAMBUNGAN
Jadi ikutan pemimpin lain
Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa perdana menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses membuat keputusan di Tabung Haji. Ini adalah satu tindakan pemula yang bakal ditiru dan diulang oleh pemimpin yang lain.
Justeru, campur tangan ini perlu dibantah sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan dana awam dan bertentangan sama sekali dengan prinsip urus tadbir yang baik, ketelusan, amanah dan tanggungjawab dalam pengurusan dana awam.
Harus dingat bahawa dana Tabung Haji adalah hak milik penabung yang terdiri dari orang Islam yang majoritinya berpendapatan rendah – penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan kerajaan dan pekerja persendirian – yang menabung berdikit-dikit untuk memenuhi hajat ke Tanah Suci.
Adalah malang wang yang dijana dari keringat dan air mata rakyat marhain ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan dan kebajikan penabung.
Kita dengar, sudah berkali-kali dan Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat kerajaan dan syarikat milik keroni kepada pemimpin tertentu. Maka, sudah sampai masanya penyalahgunaan dana awam seperti ini dihentikan segera.
Berurusan dengan sebuah syarikat yang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa dan sebuahsyarikat yang secara terbuka sudah diketahui ada tuduhan ke atasnya bahawa ia terlibat dalam pelbagai skandal kewangan adalah menyalah etika perniagaan. Sukar difahami kenapa Tabung Haji masih mahu berurusniaga dengan syarikat seperti ini.
Dilaporkan perdana menteri mendakwa bahawa pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kononnya sehingga ratusan juta. Dakwaan ini boleh dipertikaikan.
Pertama, kalau memang niat Perdana Menteri untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji supaya akhirnya penabung akan mendapat manfaat dalam bentuk bayaran dividen yang tinggi, kenapa tidak dijual tanah TRX itu kepada Tabung Haji awal-awal lagi pada harga “tanah kerajaan” seperti yang dibayar oleh 1MDB bila ia membeli tanah itu?
Harga paling mahal di dunia
Kalau sesungguhnya perdana menteri berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung di Tabung Haji 100 peratus orang Islam dan Melayu.
Kedua, sekiranya niat perdana menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York.
Malah ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia. Oleh yang demikian, kami melihat bahawa tindakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada badan kaya tunai Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) berpendirian Tabung Haji perlu diselamatkan dari menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penabung.
BERSAMBUNG
SAMBUNGAN
Oleh itu, kami mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi dan lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan hendaklah dilakukan dengan segera.
Tabung Haji hendaklah dibebaskan dari menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan. Kita tidak boleh membiarkan elemen seperti ini menjejaskan keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini.
Gerakan Selamatkan Tabung Haji menasihatkan supaya penabung mengelakkan diri dari mengambil tindakan yang negatif yang tidak menguntungkan Tabung Haji dan penabung sendiri. Jangan ada pihak yang bertindak untuk mengkrompromi keutuhan Tabung Haji yang telah dibina dari keringat rakyat miskin.
MAHFUZ OMAR pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji dan juga ketua penerangan PAS.
Terima kasih kepada pembocor maklumat'
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
9 Mei 2015
Sinar Online
KUALA TERENGGANU – [DIKEMASKINI] Pemuda Umno Terengganu berterima kasih kepada individu yang membocorkan maklumat sulit tentang pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange.
Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, jika bukan kerana individu tersebut, rakyat khususnya pendeposit TH tidak akan tahu tentang pembelian sebidang tanah yang kini timbulkan rasa tidak puas hati semua pihak.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak pengurusan TH memberi jawapan segera dan konkrit bagi meredakan kemarahan rakyat terutama pendeposit TH, kerana mereka berhak mengetahui bagaimana wang mereka depositkan dilabur.
“Kami faham TH perlu buat pelaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Persoalannya, adakah pembelian ini strategi selamatkan 1MDB?.
“Ini kerana tanah ini dijual kerajaan pusat kepada 1MDB dengan harga RM60 sekaki, tetapi dijual kepada TH RM2,860 sekaki,” katanya.
Dengan pelbagai isu dan persoalan sekarang, katanya, presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan beberapa perkara supaya ia tidak terus menjadi persoalan kepada rakyat.
Perkara itu melibatkan isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, perumahan generasi kedua Felda serta isu GST.
“Pendirian Pemuda Umno Terengganu, jelas. YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan perkara ini kepada rakyat, agar ia tidak lagi menjadi persoalan.
“Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang jadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan penyiasatan atau proses audit, presiden perlu bertindak sekarang,” katanya.
Sebagai sayap muda dalam parti, pihaknya turut memerlukan penjelasan sebagai wakil Umno di peringkat itu untuk memastikan Umno kekal relevan.
Mengulas lanjut, isu-isu yang menjadi persoalan ketika ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada Umno dan kerajaan.
Jelasnya, tiada maknanya segala dasar baik yang dijuarai Umno hanya dilihat rakyat sebagai liabiliti dan menjadi polemik dalam pentadbiran negara.
“Kami percaya sebagai bapa, YAB presiden tak akan terus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan BN,” katanya.
Pemuda UMNO minta Tabung Haji batal pembelian tanah di TRX
09 Mei 2015
PUTRAJAYA 9 Mei - Pemuda UMNO meminta transaksi pembelian aset bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd. daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibatalkan sekiranya masih boleh dilakukan.
Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, Pemuda UMNO bimbang meskipun Tabung Haji boleh memberi justifikasi pembelian tanah itu sebagai usaha pelaburan yang baik, namun kewujudan konflik kepentingan dalam transaksi tersebut telah menjejaskan institusi itu.
“Kalau boleh dibatalkan saya mohon dibatalkan. Bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan kita boleh cari tetapi ini soal persepsi, jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan penyimpan Tabung Haji,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menamatkan larian 10 kilometer pada acara Larian Pekerja Muda ‘9 to 5 Run’ anjuran Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) dan Persatuan Belia Pekerja Muda (BPM) di sini pagi ini.
Para peserta larian dilepaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemuda-umno-minta-tabung-haji-batal-pembelian-tanah-di-trx-1.89801#sthash.gtBlNmdC.dpuf
Orang sama dalam Tabung Haji, 1MDB timbul persoalan
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 8 Mei – Keanggotaan beberapa pegawai atasan Lembaga Tabung Haji (TH) di dalam 1MDB boleh menimbulkan konflik kepentingan dalam membuat keputusan berkaitan urusan perjanjian perniagaan kedua- dua agensi itu.
Berdasarkan semakan di laman web TH dan 1MDB, didapati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Begitu juga Timbalan CEO TH yang juga Timbalan Pengarah Urusan TH, Datuk Johan Abdullah merupakan pengerusi kepada sebuah anak syarikat 1MDB iaitu Edra Energy Sdn Bhd.
Manakala, Ahli Panel Pelaburan TH, Tan Sri Dr Abdul Samad Alias juga merupakan Ahli Panel Penasihat 1MDB.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya, berkata tindakan TH membeli tanah yang dibangunkan syarikat pelaburan negara, 1MDB menimbulkan beribu persoalan kepada
rakyat.
“Tindakan TH ini dilihat hanya sekadar penyelamat kepada 1MDB.
“Ada yang tidak kena di situ. Cara pembeliannya dibuat dengan agak cepat, jumlah harga yang dibayar juga menyamai jumlah pembayaran balik yang perlu dibuat oleh 1MDB terhadap hutangnya.
“Bahkan keanggotaan beberapa lembaga pengarah 1MDB juga merupakan pucuk pimpinan TH.
“Itu semua sangat diragui kerana berlaku ‘conflict of interest’,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Semalam, TH memaklumkan pihaknya membeli sebidang tanah pada harga diskaun RM188.5 juta dalam projek wilayah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang dibangunkan oleh syarikat pelaburan negara, 1MDB.
Sebelum itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam Twitter miliknya menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat kesilapan komunikasi, selepas Johan mengesahkan pembelian tanah itu.
Haji Aminuddin berkata, kenyataan Azeez yang tergesa-gesa menjawab tanpa usul periksa sangat memalukan. Ia tidak harus berlaku kepada organisasi yang besar seperti TH.
“TH merupakan ‘tempat’ yang sangat sensitif kepada umat Islam di negara ini. Di sinilah tempat simpanan orang kampung yang mahu menunaikan haji.
“Jadi sudah pasti setiap pelaburan yang ingin dibuat perlu diteliti dengan sehalus-halusnya.
“Untuk itu, TH bertanggungjawab untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat,” katanya.
Tambah beliau, menjadi persoalan jika benar harga tanah itu murah dan bawah ‘market rate’ kenapa kerajaan tidak terus menjual kepada TH sebelum ini?
“Kenapa perlu melalui 1MDB? Adakah ini merupakan siri-siri strategi untuk menyelamatkan 1MDB?
“GLC mana pula yang akan diambil duitnya untuk menampung kehilangan wang 14 billion oleh 1MDB?,” soal Haji Amin.
http://www.ismaweb.net/2015/05/orang-sama-dalam-tabung-haji-1mdb-timbul-persoalan/
Semua perbincangan ingin menggunakan duit rakyat atas dasar nak menjana duit rakyat dilakukan secara tertutup,rahsia. Penjanaan duit zaman kini terlalu byk yg menguntungkan kapitalis antarabangsa. Pemimpin negara kena bijak jangan terjebak negara tergadai. Ini baru isu syrkt kerajaan. Hati-hati dgn TPPA. Dalami ilmu sejarah dahulu utk pedoman kita kini. Kena fahami struktur demografik sejarah negara. Hiduplah dlm realiti. Boleh bercita-cita besar namun biar ikut kemampuan, sedar diri jaga diri. Amanah besar jaga keselamatan negara.
Post a Comment