Almarhum nenda saya selalu berpesan, sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, dalam dunia masa kini, sifat ini semakin sukar dijumpai.
Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat. Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya.
Nasihat saya kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat. Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.
Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa. Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya.
Akhir kata, saya bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Sultan Ibrahim. Ayahanda saya, Raja saya.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
----------
THE TRUE MEANING OF LEADERSHIP
My grandfather the late Sultan Iskandar used to say, the supreme quality of leadership is integrity. Unfortunately in today's world, there is not much of this quality to be found.
He also said that a cowardly leader is the most dangerous of men, and that one of the tests of leadership is the ability to recognize a problem before it becomes an emergency. He also taught me that great leaders musters the courage to fulfil his vision from passion, not position.
My advice to the leaders in every sector of government, NGOs and organizations in Johor is to lead and inspire the people. Do not try to manage and manipulate people. Inventories can be managed, but people must be lead by example and with integrity.
Remember that the key to successful leadership today is influence, not authority. There is no point having authority if you cannot influence the people. If you have authority but command no influence, it is a sign that you are not worthy of being a leader.
It seems that things I say usually ruffle more than a few feathers, so I say in the context of Johor, which is close to my heart.
Last but not least, I am blessed to have been raised and taught by two great leaders, which is the late Sultan Iskandar, and Sultan Ibrahim. My father, my King.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor
Note: This pertinent and timely message from the Crown Prince was posted on the JOHOR Southern Tiger's Facebook page.
"Pemimping yg pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali" sangat mendalam ayat ni. Macam ada dikalangan kita ni. Bukan aja pemimpin, pengikut yg pengecut pun bahaya juga. Contoh takut hilang punca mata pencarian sanggup menulis benda yang tidak sepatutmya atau menulis untuk mengaburi mata para pembaca umum. Tegur2 lah pemimpin anda yang dah ternyata melakukan kesilapan. Kalu tidak melakukan kesilapan takkan lah sampai perlu buat plan rasionalisasi. Sedar2 lah tu..... sudah terang lagi bersuluh.
ReplyDeletekejap lagi ada lar yang makan cili terasa pedas..mula lar cai-cai blongang melenting..hehehe
ReplyDeleteHati kerajaan di dalam tubuh,
ReplyDeletejikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
- Gurindam IV, Raja Ali Haji
ada juga pepatah inggeris yang mengatakan "Practise what you preach".. :)
ReplyDeleteSalam. Bercakap memang mudah. Modal air lior. Kita suka bercakap tentang orang lain selain kita.....jadi adakah kita sanggup kalau orang lain pula bercakap pasal kita. Pikir habis2. Kerana khalayak ramai menilai kita bukan sahaja dari percakapan kita , tetapi keseluruhanya (holistik) termasuk tingkah laku kita.
ReplyDeleteApsal? Terasa ke? Kalau org bercakap utk kebaikan kita x suka ke? Org ni bukan bercakap pasal hang atau seseorang....org ni beri nasihat umum...awat trasa pedas?
DeleteTu la dia...bila byk wat benda2 x betul, smua benda baik yg org kata pun jadi lain...
???
DeleteJangan hanya berani mengerjakan hasil negara je.
ReplyDeleteada tak agak2nya pemimpin2 dalam UMNO la ni yang mempunyai sifat kempimpinan macam TMJ habak ni bro?
ReplyDelete:)
./mkh
"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat. "
ReplyDeleteI agree with this statement. The PM's habit of being overly cautious and dragging his feet in dealing with certain issues only make things worst. He is hoping the problem will go away on its own. Turns out its getting bigger and bigger and find himself overwhelmed with it.
Take a look at MIC leadership crisis. As BN chairman, he supposed to show leadership to resolve the issue. Instead he just stand there watching the drama unfolds as the problem begins to fester and and now it has become a full blown crisis. To interfere now is a tad too late.
The way he handles the situation is amateurish with no class and tact. In this case, you can't blatantly take side. Both are giants in their own way and have huge followings. You do that, you will alienate a huge number of Indian voters of either side.
At this point in time, he can't afford to be seen as taking side. Instead he should call both of them to turn up at his office at stipulated time simultaneously to state their cases. Listen intently to both of them and weigh in their arguments. Find the root of the problem and points of contention. Samy Vellu can be called in if needed to calm the situation.
The best solution is for Palani be given some time to stay on as President. 1 to 2 years of grace period to put his house in order so he can make a graceful exit rather than being expulsed abruptly which only making the situation tense and ugly. Subra can take over after that. Subra has to show some patient and restrain in this. His time will come. Put it all this in ink. Let it be a smooth transition of leadership without contributing to a lot of ill feelings like what happening now.
Salm kwn2 smua...
ReplyDeleteAda masa tonton "reflections" oleh Imam Suhaib Webb dari USA (special ramadhan-vehicle to Allah-part 1-4) berkenaan tuntutan menggunakan fikiran dan 'kawan yg ikhlas' bukan yg 'dibeli' (sincerity). Astro tv alhijrah
bro,
ReplyDeletei just realized, bukan jibby pok je takut kat ds rosmah, semua MT dalam UMNO sampai ke Tengku Razaleigh kecut teloq ngan kak ros kita ni. LOL
./mkh