KUALA LUMPUR 20 Jun - Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi ini setelah 15 hari menerima rawatan di hospital itu, menurut anak Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain.
"Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Kompleks Lincah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak selepas zuhur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.
Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.
Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri.- BERNAMA
HELLO GOMEN ! CARA UNTUK CREATE RATUSAN RIBU HIGH PAYING JOBS
-
*Hello gomen, hari ini saya terserempak dengan e-poster berikut: *
*190 ribu bebudak PTPTN tak bayar hutang. Lepas itu mereka dapat lagi
bantuan...
18 hours ago
No comments:
Post a Comment