Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Ahli Parlimen Pulai (Johor) selama tiga penggal, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Bahagian Umno Pulai dan antara pemimpin pelapis Umno.
Kata Nur Jazlan,
"Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.
Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.
Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini."
Baca sepenuhnya luahan hati pemimpin pelapis ini di Accountant Speaks
One Last Attempt By Mentally Retarded Biden And Mad British To Start WW3
-
*Just a few days ago mentally retarded Joe Biden surprised the world by
authorising the Ukrainians to shoot long range missiles into Russia. Which
th...
1 hour ago
15 comments:
Mana pemimpin pelapis yang lain. Lena kerana terlampau kenyang atau bagaimana? Jika perlukan telor ayuh ke kedai runcit di simpang bendang atau Tesco di hujung taman.
Johor Darul Takzim sudah bangkit http://www.malaysiakini.com/news/295956
Jazlan ni really a rare species inside UMNO cocoon. Dia tak jadi menteri kabinet, tapi nah ambik kau, semua menteri kabinet kowtow sama dia dalam PAC.
Hope with this open letter, added to the current storm, PM Najib pun terpaksa kowtow sama dia..
Cerita syiok sendiri je le.
Good that PAC wont take forever.
But DAP is exploiting racial issues.
Where will this end?
Did i read it right? Bravo jazlan. I salute you, bro.
Anon 1.19,
How are you macai najib? I beg many more brave and real umno men will come forward to express their dissatisfaction. I am looking forward to have a new premier by october this year.....wallahuaklam
UMNO pada hari ini sudah pun menjadi Kelab SYIOK SENDIRI.
Masih dibuai andaian dan tepuk sorak sesama sendiri.
Hingga sanggup munjulung PM konon. Walau sebillion ahli UMNO sokong ahjibgor, namun yang mengundi di PRU14 adalah rakyat yg dilanda banjir.
"A man does what he must - in spite of personal consequences; in spite of obstacles and dangers and pressures - and that is the basis of all human morality."
Winston Churchill, Prime Minister of the United Kingdom during the WWII years; he also won the Nobel Prize in Literature, and was the first person to be made an honorary citizen of the United States.
NJ,
Please make sure PAC takes centre stage in the 1MDB probe.
Too many cooks, too many cover-ups.
Get it moving NOW, bro.
Hairan jgk...orang yg menumpang bot yang sama ttpi sempat pulak buang najis dalam bot yg sama...huhh
Anon 5:10:00,
'Satu Perahu?' Memang bangang betul lar sdr. ni! Ni lar penyokong yg buta lagi tuli! Sdr tak tahu apa yg sedang berlaku atau dah terlalu bangang utk ambil tau?! 'Perahu' mana yg sdr. rujuk? 'Perahu' yg dah dimuatkan dgn harta rakyat dan yg akan meninggalkan rakyat utk mencuci bebanan yg kalian tinggalkan nanti? Mmg bangang punya Melayu!
Bila otak dipenuhi najis, najis najib baunya semerbak. ini kedudukan sebahagian baghal dalam Umno. kesian orang melayu yang menaruh harapan pada parti keramat kita ini
Umno man can be loud, but when it comes to action...i doubt this nj will do much. Crooks will get away.
Saudara Apanama,
I saw your friend Zaharain the Malaysian Duta in Jakarta licking up to Najib. Tolong maklum pada Duta yang dia adalah diplomat dan bukan macai Rosmah. Yang buat panas dia buat disparaging statement against Dr M's son.
Advice him accordingly saudara.
TTDI
Encik Nur Jazlan had better not be lying ... now investigate Ah Jib's 1MDB like your life depended on the truth!
Post a Comment