SOAL TAK JAWAB
1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.
2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.
3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.
4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.
5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.
6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.
7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.
8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.
9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.
10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.
11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.
12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.
www.chedet.cc
(copy pasted from Tun Dr Mahathir's blog Chedet for obvious reasons ;-) )
tun mahathir is tbe best....
ReplyDeleteSepatutnya DS Najib Menjawab sebagai SEORANG PM yg bertanggungjawab dan berkuasa.
ReplyDeleteCara beliau menjawab seolah2 menggambrkan beliau seorang PESALAH yg mengelak dari tuduhan.
Persoalan Altantuya- kalau saya PM: Saya akan jawab begini, dakwaan tersebut sedang disiasat, Ketua POLIS negara sedang memastikan untuk membuktikan -jika ada pihak yg mengarahkan ****L membunuh atau beliau sendiri yg membunuh secara suka-suka..bla..bla
Bukannya swing semua orang buat salah, dan saya bersumpah tak kenal.
Bagi lah jawapan sebagai seorang PERDANA MENTERI yang adil dan saksama yang diterima AKAL manusia tahun 2015.
Dah la Menteri Kabinet banyak menteri cap ayam yg boikot ayam.
I pray that Tun will be given good health to continue his and our mission to help the country and people. Hopefully the time for the "bad" leader to leave is just around the corner.
ReplyDeleteSaya percaya majoriti rakyat Malaysia berbilang kaum berdiri teguh belakang Tun Dr M.
ReplyDeletePemimpin rakyat yang ikhlas tidak perlukan sepanduk untuk tunjuk kuat.
Semoga Tun dipanjngkan umur dan dikuatkan fizikal untuk mempertahankan kami rakyat biasa.
dr m kalau nak tahu siapa arah sirul, tanya kpn....dulu pun masa dr m pecat anuar ramai ingat dan percaya sebab anuar tahu dr m korup walapun beliau berkali kali kata ianya isu moral...banyak mana org yg masih percaya anuar lagi banding dr m...masalahnya puak pembangkang cuma nak dengar ia najib suruh tembak barulah mereka puas hati. dr m patut lebih arif tanya dan berjumpa dgn atoriti bkn guna media utk mendapat kepastian...dr m sepatut lebih bijak dlm hal ni
ReplyDeleteThe key point here is Najib's attitude towards the life of others. Najib tu PM, perlu ada rasa prihatin atas nasib rakyat. Perlu berusaha cari keadilan. Bukannya membiarkan Sirul lari dan hanya bg jawapan "merepek" bila ditanya mengenainya.
DeleteIngat pembangkang jer ke yg marah ngan si bahlok kangkung ni??? Sya pun dan rmai kkwan umno 1 malaysia ni da meluat, Tau dak...
DeleteSoalan nya siapa arahkan. Takde pun tuduh menuduh. Lain kali faham soalan baru jawab...x ler fail spm/pmr/tadika....
Chedet dah tak dapat dilayari. Mcm biskut seperti biasa bila ada tampalan baru. Org cenderung menuduh org najib punya angkara. Memang kebudak2an siapa yang bertindak menghalang blog chedet dari dibaca. Jika atas arahan, org yg mengarah itulah yang bersikap kebydak2an. Patut dihukum geletek aja.
ReplyDeleteTun tahu dia keseorangan. Mungkin hasil pertemuan dengan blogger pada minggu lepas tidak begitu positif. Walau bagaimanapun sebahagian rakyat masih menyebelahi Tun dan sedar keburukan pimpinan najib. Najib mahu ikut stail presiden amerika tetapi dari segi ketanggungjawaban dia tidak sedemikian. Kalau pembodek najib kata semua orang umno sokong najib, harap maklum bahawa komen ini adalah dari seorang ketua umno cawangan.
Ayahanda Tun
ReplyDelete1. "I luv PM" was and is really childish. If a father wants to be appreciated by his children, then do things that will develop them. Once you do good deeds for them, they will come up and say "I luv U". Kerja di buat tak senonoh nak bagitau satu dunia orang sanjung dia guna placard "I luv U".
2. Just to ask the question "are you ready for BN" nak kena panggil artis luar negara belanja berjuta-juta. Show the results of your hard work for the benefit of the masses, and the masses will be ready to say "luv U'. Ini tidak yang di tonjol cara hidup mewah dan berbelanja sewenang-wenangnya. Hasilnya tak ketara- abih camno?
3. Better to answer to the purported 1MDB, SRC International shady deals satisfactorily, one by one. Barulah telus kalau dapat justifikasi. Kalau tak jawab the allegations, macam mana orang nak hormat dan nak percaya. Any fool can say, "trust me, I will take care of your interests" tapi bikin tak serupa cakap-hilanglah kepercayaan.
4. It's a known practice army personnel have to execute orders without question. So order investigation into the ordering party/parties. The army personnel cannot be solely blamed and punished if justice is to prevail.
5. Kalau bapa melawan takkan anaknya pula nak di jadikan whipping boy.
6. Say ingatkan diri saya sendiri, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun Allah tegur. Tidak pula baginda take it upon the ummah to vent upon such teguran.
7. Ingatkan mati sama, jangan dok ingat nak tongkat langit-takkan boleh punya.
LAA ILLAHILLAA ANTA SUBHANAKA INNI KUUNTUM MINAZZOLIMIN.
Sepatah kata hikmat orang putih:
ReplyDelete"A Fool and his Gold are soon parted."
Tapi kata orang Melayu:
"Tak patutnya membebankan orang lain dengan urusan sendiri. Terutama sekali jika emas kita yang di uruskan, jangan berjemuan."
Saya kena jawap sebagai seorang Perdana Menteri itu kata PM tapidia lupa dia MENTERI KEWANGAN so saya setuju dgn TUN soal tidak di jawap
ReplyDelete"A fool and his gold are soon parted."
ReplyDeleteAh Jib, jangan pula kita terbingung jadi papar kalau anda terbangang dengan kekayaan rakyat. Mana sifat moderation yang kamu memaparkan sedunia kalau diri tidak ada kejujuran?
ReplyDeletePasal 1MDB Najib dah arahkan ketua audit negara jalankan siasatan. Jadi, kita tunggulah hasil siasatan. Najib dah berjanji tidak akan pertahankan jika didapati menyeleweng, termasuk jika keluarganya sendiri. Sabarlah dulu.
Pasal Altantuya Najib dah bersumpah yang dia tidak terlibat. Maksudnya tentulah dia tidak tahu menahu hal itu. Jadi, yang menyoal Najib bertalu2 tu sebab apa? Siapa yang salah kalau soal tak jawab?
Najib menerangkan semua keputusan yamg dibuat kebanyakannya mendapat persetujuan kabinet, jadi, saya sokong Najib!!!
Najib Gor dan Rosmelda telah mencapai tahap pemimpin "banana republic" - faham tak maksudnya?
DeleteIni bukan soal audit. Ini soal kepercayaan rakyat. Tun M pernah mempersoalkn mengapa ditubuhkan 1MDB sedangkan kita ada Khazanah. Bagaimana satu syarikat yg modal RM1juta bole dapat loan sampai 42billion? Adakah kerajaan yg guarantee? 1MDB juga dah berapa kali tukar audit firm. Jawab juga bagaimana SRC, syarikat rm2 bole pinjam rm4 billion. Itu soalannya.. Dari RM42 billion berapa ribu peluang pekerjaan yg disediakan oleh 1MDB?
DeleteRakyat Malaysia dah muak dgn jawapan skema dari Najib dan menteri kabinet. Tanyalah apa pun, jawapan Najib seolah2 mcm rakyat Malaysia ni xde otak nk fikir..
Silalah berundur Najib.. sebagai ahli UMNO, saya mohon sgt2. Prestasi PM yg palinh teruk dlm sejarah..
klau tanya orang salah, aku sumpah aku x buat, smua pakat sumpah ja la...ada ka orang yg salah kata....sumpah aku buat, senangkan mahkhamah, x payah ada pun x apa mahkhamah
DeleteKetua audit negar bukan main garang dgn staff gomen..
ReplyDeleteDlm hal 1mdb..mcm x sama perkembangannya dlm siasatan..
najib blh berpura2 dgn rakyat..
Memburukkan tun bukanlah apa yg rakyat mahu kan...
Umno garang giler dgn tun..
Sy akn pastikan family di rompin boikot umno
Umno patot masuk sekolah semula & belajar political sains...
Kami undi umno bkn semata2 utk kamoooo buat keputusan yg menyusahkan,xde kepastian,asyik kami kena buat bajet,berjimat,disuruh jgn mkn ayam,cucuk tanam sendiri,mcm kami x mengalakkan ekonomi negara...
Sedangkn kamoo beli jet,labur dlm sykt yg kamo x blh beri jawapan jelas dll....
Strategi takot kn org melayu dgn dap mgkn x jd skrang..
Org cina,melayu,india skrang semua terkesan dgn 1mdb...
Kami kan 1 mesia...
Jgn anggap kamu ni tahap dewataraya di kayangan..
Utk org2 rompin dan permatang pauh terutama ahli2 umno, mohon di boikot habis-habisan calon bn kali ni. Memang betul kita x benci parti tapi boleh kata hampir semua pemimpin tinggi parti x ambil peduli hal rakyat. Cakap berputar belit. Bantulah diri sendiri serta anak cucu anda yang merana atas sebab kezaliman pemerintah sekarang!
Delete