Tuesday, 17 March 2015

Apa kata Ku Li di Dewan Rakyat ?

22:30 - Dikemaskini dengan video ucapan Ku Li di Dewan Rakyat.

Hutang Negara, Dewan Rakyat & Tanggungjawab Kita

1. Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.


2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Di Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 
17.3.15.




Site Meter

32 comments:

  1. Kesimpulan....Malaysia perlukan PM baru & PM tidak di benarkan pegang jawatan menteri kewangan

    ReplyDelete
  2. Kesimpulan....Malaysia perlukan PM baru & PM tidak di benarkan pegang jawatan menteri kewangan

    ReplyDelete
  3. Tengku Razaleigh bukan bangang; dia sayangkan rakyat jelata. Sebab dia tidak terbeban oleh projek mementingkan nasib peribadi maka terbelalah nasib rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Tengku Razaleigh is not one to comment too much on any issues but for him to highlight this in Dewan Rakyat shows how urgent and serious the present govt's misadventure has to be reined in. Tengku Razaleigh has added his voice and rightly so cos we want transparency and has the right to know.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya saya amat tidak setuju jika seorang bekas banduan 'Salah-guna kuasa, mengarah Polis' untuk melakukan kerja menyalahi undang-undang, menjadi PM saya. Seorang yang terbukti meliwat dan gila sex, sudah tentu, tidak boleh mewakili saya sebagai PM. Malah yang berkawin lebih dari satu pun saya tak setuju untuk menjadi PM Malaysia.

    Walaubagaimana pun, saya tiada masaaalah menerima seorang 'bujang' seperti Ku li sebagai PM saya. Seorang bujang, baik lelaki atau perempuan, dapat mengurangkan situasi dimana saudara-mara terdekat dari sebelah pasangan mengambil kesempatan'memperkayakan keluarga mereka. Sudah tentu 'Queen/King-Control' tidak ada. Nepotism/Cronyism melampau seperti di amalkan dalam PKR dan DAP, dapat dibendong aatu dikurangkan.
    Dengan hidup bersaorangan, PM dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kebajikan Rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you must be so out dated!!! He has a chinese wife, his former secretary la.

      Delete
    2. Dia dah kawin lama la..Dah ada cucu dah pun but I think you were right in a way. He was single for a very long time. Probably being single well into his 40's.
      In Barry Wain's book, this was one of the reasons why Hussein Onn considered him somewhat lacking in compared to other candidates for nation's top job. His marital status got in the way. It won't go down well with the Malays too having a PM which was unmarried. Imagine attending government official functions where everyone arrives with their spouses but someone very important arrived alone or with a girlfriend with no legal bond what so ever. It surely raise everyone's eyebrows. Hussein picked up Mahathir instead and the rest is history.

      Delete
  6. Sapa pulak kata Ku Li bujang ni....cek baik baik boleh dak.


    ReplyDelete
  7. crap ... so whats new? no fact & figures xcept line 13 - doubtful, source? among longest serving MP mumbling.

    ReplyDelete
  8. Apanama, this is the man for PM's seat. The hunt for a successor is over. Ku Li shows that he is for the country and rakyat.

    ReplyDelete
  9. Ku Li memang pakar dalam kewangan. Namun begitu tidak sesuai menjadi PM sebab terlalu melayan kehendak orang kelantan saja. Perkauman lebih buruk dari kronisma. Apa pun pandangan positif Ku Li amatlah dihargai demi kesejeterahaan rakyat negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju bhg yg melayan bangsa kelantan ni.

      Delete
  10. Masa dia Menteri Kewangan, Ku Li ada kata kalau Malaysia nak cepat maju, boleh. Tapi kaum Melayu dan Bumiutera akan merosot ke belakang. Dia kuat perasaan nasionalisma nya nak tentukan hak dan kepentingan Melayu terjaga. Saya suka.

    Najib nak kejarkan taraf negara maju dengan tak kisahkan sangat hak dan kepentingan Melayu. DEB tak di pesatkan nya, Akta Hasutan yang melindugi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan (yang kesemua nya ada lah hak dan kepentingan Melayu) nak di buang nya. Mana boleh.

    Maka Ku Li pulak kata kedaan ekonomi negara terjejas sekarang - di bawah pimpinan Najib.

    Saya sokong benar pendapat supaya Najib di gantikan.

    ReplyDelete
  11. Please stick to the issue at hand because I believe it has got to do with the future of our beloved nation. Ku Li's martial status is not the issue at hand, I think. Thank you.

    ReplyDelete


  12. Salam

    PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja

    ketua bhg 154 org ada sokong you.

    you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja.

    tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.

    selamat bertugas DS Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak peduli apa? Ketika kangkung masih tumbuh dan ayam pasar murah ... mai jolli dulu mana tahu besok apa nak jadi?

      Delete


  13. Saya mencadangkan agar Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai CEO/Presiden baru 1MDB menggantikan Arul Kanda Kandasamy. Jawatan serta tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh diserahkan kepada orang lain supaya Najib dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada 1MDB. Apa pendapat kalian?

    ReplyDelete
  14. In November last year, Ku Li provided a very detailed open letter to all Parliamentarians on his concerns for the economy.

    It was ignored by the PM snd cabinet.

    The letter is long but worth reading:

    https://dinmerican.wordpress.com/2014/11/12/tengku-razaleigh-hamzahs-letter-to-his-parliamentary-colleagues/

    The critical point is that this letter ties together the social downsides and consequences of economic malaise.

    Many are coming true already, or getting worse.

    It was completely ignored by the PM.

    It is apparent that the PM measures his performance (he is Finance Minister, need I even remind you) by the number of group photos he can take with ketua2 bahagian.

    That is his KPI.

    Malaysia is heading for disaster.

    ReplyDelete
  15. "kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita," kata Ku Li.

    Kata nya lagi: Hutang negara "telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik .. apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia."

    Padat kata kata itu dan mendalam makna atau implikasi nya. Memang bahaya jika menjejas Demokrasi Berperlembagaan. Kesan terburuk nya ... tak berani nak saya mengata nya keadaan bila tiada Demokrasi Berperlembagaan, takut mencecah Akta Hasutan.

    Cukup lah dengan saya menyebut Greece sebagai contoh. Masih Demokrasi Berperlembagaan tapi hampir bankrap dan di ketawakan di dunia antarabangsa. Credit rating sudah demikian teruk, nak pinjam wang dari negara luar tak dapat. Penghabis nya menuntut wang "raparations" akibat kemusnahan yang timbul dari Germany mendudukki Greece di Perang Dunia II. Dan Germany mengata perkara itu dah lama di selesaikan di masa yang lalu.

    Sedih, amat sedih, jika sampai ke tahap ekonomi Greece. Berhati hati lah kita. Laungkan kapada Pemerintah supaya jangan buat apa apa ke arah itu.

    ReplyDelete
  16. Wahai akar umbi saya menyeru
    Anda semua ada kuasa penentu
    Mahukah disumpah anak cucu Gagal menyelamat umat melayu

    Tiada salahnya KBU bersolidariti
    Cukuplah ampu terus berhenti
    Najib nyata gagal wajib diketepi
    Berterus terang suruh berhenti

    Wahai Ketua Puteri remaja
    Termasuklah juga ahli2nya
    Tidak kah anda melihat realiti
    Jangan terus duduk berfantasi

    Ketua Pemuda janganlah tidur
    Gerakkan ahli berani menegur
    Umno dulu bukan yang sekarang
    Dulu kuat, sangat lemah semasa

    Ketua Wanita bangkitlah aktif
    Berani bersuara lagi kreatif
    Sekarang teruk dipandang hina
    Mereka dipimpin terus lena

    Wahai zahid menteri retorik
    Buat keputusan selalu flip flop
    Cannot act try not any magic
    Quit fast make a good hop

    Hishamuddin menteri poyo
    Buka mulut mesti di collaborate
    MH 370 hilang and dono
    No success, high failure rate

    Shafiee afdal exists or not
    Tak menonjol tak ada tribute
    Adakah tidak care we not
    Langsung tak ada contribute

    Wahai muhyiddin timb presiden
    Cukuplah bersabar buka langkah
    Andalah harapan rakyat majoriti
    Come pru14, BN kami pangkah

    Kepadamu Najib rakyat nasihat
    Caramu sumbang walaupun diajar
    Jangan tunggu anda perlu direhat
    THE EXIT DOOR IS WIDE AJAR

    ReplyDelete
  17. Assalamuallaikum semua....

    Saya cukup bersetuju dengan cadangan YB Tengku.

    GST masih dalam kesamaran tentang tujuan sebenar. Oleh itu mesti ditangguhkan atau dimansuhkan.

    Buat masa ini kita sentiasa dimomok-momokkan dengan GST itu membantu rakyat yg kononnya akan mengurangkan pembelanjaan dan memfocuskan kepada needs. Tapi setakat dlm bulan ini, surat2 pemberitahuan dari syarikat berbentuk service sudah diterima mengatakan pembayaran BERTAMBAH sebanyak 6%. Antaranya IWK, health insurance, motor vehical insurance dan sebagainya.

    PERSOALANNYA:
    1) Adakah selama ini syarikat tersebut TIDAK membayar tax kepada kerajaan?
    2) Adakah ini merupakan 'loop hole' untuk Syarikat mengaut keuntungan atau 'instant profit'?
    3) Dimana yg dikatakan 'membantu rakyat'?
    4) Sebab GST pon masih samar... takkan disebabkan negara lain gunakan GST, kita pon nak ikut tanpa usul periksa?
    5) Adakah ini cara yg halus untuk MEROMPAK rakyat?

    Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan doa orang yang disakiti itu makbul.

    ReplyDelete
  18. Skrg GST tak samar lagi. Natijah nya ialah bayar hutang yg kerajaan buat, terbaru 2 juta sebulan nak bayar jet yg tak diperlukan! Period.

    ReplyDelete
  19. I dont know what the hell is going on but certain people, that you know of and of which i assume that you guys must be friends, are making an ad hominem attack on ku li. I guess the guns for hired are firing? Which shows that najibs tentacles are far reaching. I am not making accusations but the top dogs of the blog house seem split? You dont have to release this comment i just wanted to let you know

    ReplyDelete
  20. Tengku Razaleigh kata, "Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut."

    Dari segi ini apa yang dia kata di Parlimen sama dengan apa yang Tun Dr Mahathir kata di blog nya. Ha nya TDM keluarkan so'alan so'alan terperinci. Dan tanya dengan bahasa yang senang dan suara yang agak lantang.

    Tak di sebut nya 1MDB. Tapi nyata apa yang di maksudkan nya merangkumi nya.
    Maka bukan sahaja menjadi tugas Ahli Dewan Rakyat, malahan semua rakyat yang "concerned citizen" menanya dan mendesak supaya mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut.

    Dalam pada itu, saya fikir Najib tidak akan mempedulikan permintaan supaya perlaksanaan GST di tangguhkan. Sebab Ahmad Sabri yang mengelolakan perjumpaan nya dengan 154 Ketua Bahagian telah berkata bahawa mereka semua mmenerima penerangan Najib. Walau pun saya tak nampak banyak gambar mereka senyum atau ketawa salepas perjumpaan itu - saya jarang sekali membaca Utusan.

    Saya percaya kalau Najib teruskan GST dalam keadaan 1MDB masih kabur dan kelam kabut di siasat dek Pasukan Petugas yang di tubuh oleh Peguam Negara, akan menyebabkan merudum lagi imej Kerajaan UMNO/BN.

    Anwar di dalam penjara tapi Najib dalam keadaan menjunam populariti nya. Melainkan dia beri penerangan yang memuaskan. Saperti yang di tanya dek TDM dalam blog nya. Dan di minta dek Tengku Razaleigh di Parlimen.

    ReplyDelete
  21. Lao Tzu said:

    “If you do not change direction, you may end up where you are heading.”

    Rakyat says:
    "If we do not change direction, then this nation will end up where Ah Jib Gor is heading."

    ReplyDelete
  22. To Anon who alerted me about cyberdogs and topdog bloggers launching personal attacks against Ku Li - that is the price we have to pay to tell the truth. I'm sure the likes of Tun M, Tun D and Ku Li wont be cowed by barking dogs. Insyaallah

    ReplyDelete
  23. benar seperti kata ku li...

    gst wajar ditangguhkan kerana hutang isi rumah tinggi...

    kerajaan wajar mendengar rintihan dan kritikan rakyat yang menegur secara lembut...

    cuma kalau masih dengan buat bodoh jer macam selalu takut ianya merebak pula ke jalanan...

    kebanyakan rakyat masih belum rasa kesan gst...

    tapi produk pun dh byk buat re-packaging sekarang...berat dikurangkan...

    itu kesan awal...

    gst juga dilancarkan pada ketika 1mdb kena bayar balik pinjaman...

    wajar siasatan diraja dilaksanakan dalam menangani 1mdb...

    adakah kutipan gst mmg dirangka awal untuk tutup lubang 1mdb?

    6% juga tersangat tinggi..

    kempen goverment dlm media harga brg x naik...tapi kalau berlaku sebaliknya pasti bertambah kebencian pada gomen kerana sekali lagi cakap x serupa bikin...

    gomen nk pau gst tu masaalah negara...1mdb tu problem company...kenapa gomen kena setel problem company?

    adehh...pening tgk gomen skarang...

    cacamarba n autopilot...

    ReplyDelete
  24. Ku Li menggesa ahli2 DR membuat keputusan di antara kepentingan rakyat yang telah diikrarkan dengan ketaatan kepada pemimpin dan parti, yang disifatkan sebagai di.luar Demokrasi BerPerlembagaan. Secara tersirat ucapan ini adalah gesaan bagi satu undi tidak percaya walaupun bukan dalam bentuk usul. Respon terhadap ucapan ini oleh kalangan ahli DR bakal menentukan sama ada usul tidak percaya dibentangkan atau tidak. Secara sepintas lalu kita boleh menduga kebanyakan ahli DR, sama ada pembangkang dan lebih2 lagi kerajaan tidak akan memandang sebelah mata pun terhadap ucapan Ku Li ini, apatah lagi memahami maksud tersiratnya.

    ReplyDelete
  25. Masa banjir tak nampak muka. Menempel je. Ini nak jadi PM. Pooh.

    ReplyDelete
  26. Apanama Sir,

    Could you help to run an opinion poll on the different between:

    1. Najib wants all KBUs and grassroot supporters to stay committed and united to ensure victory in pru14 and.

    If you have to run a story about this, by all means, please.

    Thank you.

    2. Gassroot/rakyat appeal to Najib to step down and KBUs to tell him off that if he resigns, it would ensure victory in pru14.

    ReplyDelete
  27. There's a world of difference between those whose moral conscience is alive and those who are dead. The walking dead will do as they like, for pleasure and profit.

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC