Dibawah adalah tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal 1MDB yang dimuatnaik dalam blog beliau tengahhari ini, namun blog chedet.cc Dr M telah digodam dan digantung oleh anasir tidak diketahui.
Apa kata Dr M?
1MDB
1. UMNO
telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari
Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac.
Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden
parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh
Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh
rakyat. Bahawa perkara ini dibawa
oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk
rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan
1MDB. Mereka bincang perkara ini
dimana sahaja. Jika mereka tidak
puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada
Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan
yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan
Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya
dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap
beberapa hutang IMDB. Oleh itu Kerajaan
tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk
memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak
akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB
bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia
disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus,
siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini
disimpan, dalam bentuk apa.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat
miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan
dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri
Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak
disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan
harta kekayaan dari keluarga Tun Razak.
Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun
Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of
Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi
keuntungan. Tidak mungkin filem
ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar
Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat
dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD
dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang
juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan
gas di Argentina, di Turkmenistan dll.
Apa buktinya? Benarkah JV
dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara
1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak
melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar)
disimpan di Cayman Island? Kerajaan
tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond
dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa
balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara
menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses
yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB
adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di
Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah
public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam
RM 2 billion untuk bayar faedah ini.
Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung.
Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang
sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah
hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan
Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan
berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa
pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga
RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa
harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah
nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang
murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit
untuk beli beberapa stesyen janakuasa.
Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati
tidak lama lagi. Kenapa tidak
tunggu hingga lesen mati sebelum membeli.
Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi
sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa
dipinjam. Laporan menunjuk
komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus
penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90%
dari jumlah yang dihutang. Tetapi
faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan
faedah 3%. Hutang yang diurus oleh
Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion
Ringgit. Faedah keatas jumlah ini,
jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan
dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli
tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum
di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan
tentang pengurusan dan kegunaannya.
Dan jumlahnya juga amat besar.
Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang
banyak ini.
25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak
mencukupi. Mereka yang mendakwa
bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan
terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada
tindakan saman malu. Tetapi mereka
mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat
perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi.
Pembohongankah tuduhan mereka!!
26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara
yang masuk akal. Umpamanya 1MDB
tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar
faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual.
Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.
27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan
CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di
Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian
sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.
28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik
oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan
pengurusan wang 1MDB.
29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat
mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan
merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua
UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi
orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.
p/s Pasti ramai yang akan menuding jari dan tidak akan mengaku terlibat dalam serangan ddos/hacking terhadap blog Dr M tetapi kita boleh agak ini angkara siapa. Ini bukan kali pertama kebaculan sedemikian dipamer untuk tatapan umum.
29 comments:
setuju dgn tun
kalau org biasa dah kena remand polis utk siasatan.
polis kena siasat
Sudah sampai masa untuk Najib dan Rosmah secara terhormat
Riwayat si sewel a.k.a bangang sudah berada di tahap nyawa-nyawa ikan. Dikhuatiri majlis resepsi perkahwinan terpaksa ditunda atau dibatalkan. Ramai yang tak senang duduk dan rasa panas, seperti cacing-cacing kepanasan.
Barangkali ada yang sudah merancang untuk angkat kaki dan lari ke luar negara. Situasi sudah tidak kondusif untuk terus berada lama di dalam negara. Sebagai rakyat mengharapkan siasatan terperinci , berani dan telus untuk membongkar kepincangan dalam dana yang kononnnya berdaulat ini.
berundur secara terhormat sebelum diludah
Jabatan Imigresen mesti menghalang Najib dan Rosmah dpd keluar negara sehingga siasatan 1MDB selesai. Ini bukan masaalah politik atau pribadi. ternampak semacam jenayah terhadap negara.
Saya miss membaca post Chedet itu dan terima kasih Apanama mengeluarkan nya di sini.
Demikian banyak isu yang di keluarkan oleh Tun Dr Mahathir. Siap dengan hujah dan so'alan yang tepat yang mesti di jawab.
Padan lah pos itu di halang pihak yang berkenaan. Nampak begitu banyak penyelewengan. Jika tidak di beri penerangan atau tidak di jawab maka penyelewengan lah makna nya.
Saya harap Pasukan yang di tubuhkan menyiasat 1MDB itu - AuG, MACC dan PDRM - akan geledah semua fail berkenaan dan dapatkan jawapan yang TDM kemukakan.
Sebagaimana TDM sebut di pos nya, sudah ramai akyat bertanya dan berbincang berkenaan kepincangan 1MDB di sana sini.
Tapi bila di kemekukan oleh TDM sendiri, dengan jelas dan tepat, siap dengan satu persatu nya dalam perenggan yang senang di faham, maka lebih ramai rakyat faham dn lebih malu pihak yang mengelilakan 1MDB.
Tapi dayus nya mereka - sepatut nya memberi jawapan, tapi menghalang pembaca lain mengakses blog Chedet itu. Siapa lagi yang menghakang itu jika tidak kaum 1MDB.
Sebagaimana telah di cadangkan dek A Kadir Jasin, bekas Ketua Kumpulan New Sraits Times, Pasukan menyiasat perlu mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa atau Interpol dalam siasatan ini.
Perlu, malahan mesti, di lakukan. Sebab banyak yang di lakukan atas nama atau untuk 1MDB itu ada lah di luar negara. Ramai yang terlibat masih diam di luar negara.
Kita mesti laungkan perkara ini sebanyak mana dan beberapa selalu yang boleh. Supaya dapat yang menyeleweng di tangkap, di tuduh di mahkamah dan di bicarakan.
PM pun telah berkata tidak siapa yang boleh di kecualikan. Ketua Polis Negara pun telah berkata bahawa PM sendiri pun akan di siasat sebab dia Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
1. FAKTA BUKAN LAWAN FIKSYEN
2. MAHATHIR'S MATURITY IS NO MATCH FOR NAJIB'S
3. ABSOLUTE TRUTH IS NO MATCH FOR FALSITY
4. SINCERITY CAN NEVER BE DISPLACED BY HYPOCRISY
Rosmah ooo rosmah ... itu lah ngkau .. ajak saja najib balik kampong ...
Najib perlu turun tahta masa mahyuddin urus ekonomi negara dengan lebih baik...isu aljuburi ...altantuya yg tak relevan...isu sirul...rosmah pun lenyap bila najib turun tahta...rakyat muak dengan isu bodoh aljuburi dan rosmah dan najib yang lemah
....masa untuk bersatu dengan pas dibawah murshidul am pas harun din....mohon harun din fatwa WAJIB jihad ekonomi orang melayu dan islam.....ketepikan isu rasis satu tipu muslihat halus DAP yang cukup rasis sebenarnya....mahyuddin .masa untuk bertindak ...masa untuk najib turun tahta....
Article DR M cuma mahukan penjelasan yang benar dari Najib tentang 1MDB malangnya setiap kali ada kenyataan dari pihak 1MDB kebanyakannya meragukan. Najib cuma perlu buat satu yang 'simple' untuk 'mengkebumikan' masalah 1MDB. Buktikan tertubuhnya 1MDB mencapai matlamatnya. Itu saja. Semoga Allah SW memberi hidayah dan petunjuk pada yang berhormat Datuk Najib PM Malaysia dan membuka hati beliau, Amin.
President Lincoln said:
"Our reliance is upon the love of liberty which God has planted in our bosoms. Our defense comes from preserving the spirit which prizes liberty as the heritage of all men, in all lands, everywhere." (1858)
"Happy is the day, when, all appetites controlled, all poisons subdued, all matter subjected; then the mind, all conquering mind, shall live and move the monarch of the world. Glorious consummation! Hail fall of Fury! Reign of Reason, all hail! (1842)
ANON 9:33 re: "....masa untuk bersatu dengan pas dibawah murshidul am pas harun din....mohon harun din fatwa WAJIB jihad ekonomi orang melayu dan islam."
Pas bukan Islam; hanya ahli PAS yang mengaku sebagai Muslim yang berjuang dalam bidang politik. Banyak kekecohan dan dukacita telah berlaku pada masyarakat Melayu selama berpuluh tahun disebabkan orang ramai salah faham bahawa PAS = Islam!
All trails seem to lead to madagascar hippo.
Bagus jugak isu 1MDB ni timbul. Orang lupa pasal kawan tu yg ada di DALAM. Hehehehe
I think the most damning part of Tun Dr Mahathir's post is his statement that he does not expect the ongoing audit by the Auditor-General to yield much in terms of answers to the public’s many questions on 1MDB's dealings.
I agree with him. It was therefore very good that the Attorney General ordered the Task Force, which included members of the MACC and PDRM as well, to investigate 1MDB fully.
The many questions raised by TDM must be answered by the Task Force in their report. And it must be made public dully the moment it is completed.
Soalnya disini mampukah badan2 berkaitan mampu mnyiasat atau merungkai segala yg dsembunyikan tanpa ada tgan atau arahan dri belakang.
Kdua faktanya rakyat yg bijak sudah thu wujudnya sgala bentuk kepincangan salah guna kuasa dan rasuah dlm kerajaan tp mampukah rkyat biasa menahan segala mcm sogokan wang demi undi yg sudah thu memakan diri. Ayuh bgunla malaysian, negara kita perlukan perubahan . Ini bukan lagi msalah individu, ini masalah sebuah organisasi di peringkat tertinggi.
Too many skeletons in the closet. Evils all around hauntings by the restless mongolian soul probably. The chant by the voodoo women does no good as time is closing in for him to say bye bye.
Jho low must be taken to task
Dilema pengundi tegar bn yang bukan ahli umno
-----------------------------
1. Nak undi bn tapi tak suka najib the clueless
2. Nak undi pkr, tapi parti tak ada kualiti memerintah dan KETUM yang ada rekod jenayah
3. Nak undi dap, tapi parti rasis dan chauvinist. Pemimpin yang coba membunuh kepimpinan melayu islam. Nak jadikan malaysia singapore no.2
4. Nak pas, tapi parti yang mengkafirkan orang islam lain. Pemimpin yang langsung tak ada kredibiliti takut dengan KETUM dan Roket.
5. Bukan tak suka umno, tapi tak suka ketua bahagian yang bangang
6. Bukan tak suka umno, tapi pemimpin UNO yang lemah dan lembik.
JIKA umbo/BN KALAH, salah siapa?
1. pengundi dan penyokong umno?
2. Ahli umno?
3. Ketua bahagian umno?
4. Pesiden umno?
What on earth is Nur Jazlan shaking? His PAC was directed by TDM to start investigations without waiting for the A-G and this should be rightly so. Instead he came out with a statement that he will wait for the A-G's report? Did Jazlan clear this procrastination with the rest of his PAC team? IF the A-G takes 10 years, then after 10 years Jazlan will start? This is completely stupid of him.
I read sabah's DUN speaker just this morning and it tickles me til I pee twice ...hihihi
I wrote this simple poem for him and would like to share it with all readers.
Sabah Sarawak BN fixed deposit states
One has umno but the other has none
Sabah's Salleh Keruak chirps but irritates
Unlike Sarawak cool but confident Adenan
In Suara TV, arrogantly he sang Najib's song
TDM's 1MDB writing to bring down PM
Unashamedly banging hard his bangang gong
Carrying Najib's ball discrediting Tun M
Salleh Keruak I dare you look into mirror
Had it not for your father, don't dream being a Speaker
Trying to defend a lame and clueless PM
Most sabahans hate and you they condemn
Salleh Keruak, keep your comments and lie low
In 1MDB criticism you are no match for TDM
If a crook can fool a PM in the like of J. Lho
You are worth nothing but may be 1 RM
Agree with 9:19:00 pm. Nur Jazlan should have started looking into 1MDB accounts and not wait for the Auditor General Report on it.
But then, he was placed in that post because of what he is, isn't it.
The difference between Tun Dr Mahathir and DS Najib -
TDM's time also had losses, like the foreign exchange losses. But he explained them. He was trying to stabilize the country's currency against attacks by huge currency speculators like the Jew George Soros, and finally managed to get the Ringgit fixed at RM3.20 or thereabout equivalent to the US$.
And he whacked George Soros damn hard, pointing out Soros' similar activities in the region and elsewhere. Even pointing out that it could be a part of the overall Zionist grand design of weakening Muslim-led governments of the world. That jived very well with the sentiments of the majority-Muslim population of the country and quietened criticisms against the losses.
But DSN has not explained the 1MDB huge losses satisfactorily. Saying that the accounts have been audited by one of the Top Four international audit firms has apparently not satisfied many people. Many must have been influenced by the news about Rosmah and DSN's step son buying expensive properties in the US. To the extent that DSN's siblings had to make a statement on their inheritance from the frugal and decent living Tun A Razak.
I support fully DSN's step of taking DAP Tony Pua to court for defamation. But that doesn't preclude him from explaining satisfactorily and providing answers to the many questions raised by TDM in his blog.
People try to hit back Tun Dr Mhathir by saying there were also big losses during his time. Quoting Perwaja Trengganu, Bank Negara foreign exchange losses, etc.
But he explained them, tried to improve the situation. Accused of poor management by the Perwaja CEO, he even got a tried and trusted successful Chinese millionaire, ex-United Works CEO Tan Sri Eric Chia, to run the company. It still failed.
And he whacked and wanked the ruthless and well known international currency speculator and manipulator, the Jew George Soros who attacked our Ringgit. Bank Negara had to pump billions into the financial system to prop up the Ringgit. TDM refused to beg the World Bank and Asian Development Banks for loans, which would have carried strings linked to Anwarul Al Juburi's grand design to come to power - World Bank boss, the Jew Paul Wolfowitz, was a good friend of Al Juburi.
And TDM managed to fix the Ringgit at RM3.20 without WB and ADB involvement and the expected subtle interference in our internal affairs through their lending conditions.
So, you people in 1MDB, do explain the huge losses satisfactorily and what have been done to arrest the situation.
According to media reports, Tengku Razaleigh plans to raise ten issues in Parliament which may make Najib not feel comfortable. The conflict of interest issue, raised by the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal, tops the list.
The issue arises from Najib also exercising oversight on 1MDB in his capacity as Finance Minister, another full-time post held by him. 1MDB, owned by the Finance Ministry, has been touted as a strategic investment company. It also becomes an issue since “the government has no business being in business”, he said. I like that part.
Tengku Razaleigh is also against the idea of tabling a no confidence motion in Parliament against Najib. I also support Tehngku Razaleigh on that.
Whatever it is, Najib and 1MDB must explain the 1MDB problem satisfactorily to the people. UMNO must see to it that he does. Otherwise UMNO/BN power may be gone at PRU14.
the new private is the wedding gift for the daughter la. i am sure!
Assalamualaikum YBhg Tun serta keluarga,
1. Saya sentiasa berdoa semoga Tun sentiasa sihat, dipanjangkan usia dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T.
2. Saya sentiasa menyokong segala usaha Tun demi kebaikan negara, bangsa dan agama.
3. Saya akhir-akhir ini khuatir para pemimpin kita termasuk JERAT, MUSUH-MUSUH NEGARA termasuk jerat IMPERIALIST, COLONIALIST dan STRATEGIST BARAT dalam usaha menakluk NEGARA. Lihatlah apa terjadi pada negara-negara Islam di Timur Tengah, lebih dasyat dari era semasa perang dingin. Saya kadang terfikir kalaulah ada negara yang kuat seperti RUSSIA dan CHINA mampu naik untuk balance the power.
4. Teruskan perjuangan Tun, saya doakan kita semua berjaya.
Post a Comment