So-li-da-ri-ti.... adalah 'perpaduan' dalam Bahasa Melayu |
Mungkin Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah apabila beliau tersinggung dengan blogger-blogger sehingga
mengeluarkan perkataan “bangang” yang dikira amat kesat.
Saya diberitahu ketika beliau mengeluarkan perkataan itu kepada
blogger-blogger, beliau percaya yang mereka ini adalah kumpulan yang menerima
dana dari Umno dan pejabatnya untuk menjalankan tugas mempertahankan kedudukan
parti serta dirinya sebagai Perdana Menteri.
Memang beliau patut marah jika blogger-blogger yang menerima
imbuhan dari Umno dan pejabatnya bertindak mengutuk dan memperlekehkan Umno.
Tetapi kemarahan Najib hanya bertempat jika benar yang
mengkritik Umno dan Perdana Menteri benar-benar menerima
imbuhan tersebut.
Tetapi apabila diselidik, didapati blogger-blogger “bangang”
yang menimbulkan keresahan Najib bukanlah mereka yang menerima dana atau
imbuhan samada dari Umno ataupun pejabat Najib.
Persoalannya bagaimana Najib boleh membuat kesimpulan yang
blogger-blogger ini terdiri dari mereka yang mencari makan dengan Umno/Perdana
Menteri?
Kekusutan ini amat mudah dirungkai dan tidak memerlukan
kecerdikan luar biasa, malahan orang yang bangang pun mungkin berupaya mencari
jawapannya.
Isu pertama – siapakah blogger-blogger yang menerima imbuhan
dan dana dari Umno/Perdana Menteri untuk melakukan tugasan?
Sudah pasti ada pegawai-pegawai Najib yang ditugaskan untuk
melaksanakan tanggungjawab menyalurkan bantuan atau tersebut.
Pastinya, pegawai-pegawai ini mempunyai satu senarai siapakah
blogger-blogger yang menerima bayaran/imbuhan/dana itu.
Jika ini telah dapat dipastikan, apa yang perlu dilakukan
ialah melakukan “cross-check” atau semakan antara senarai blogger-blogger yang
menerima dana dan blogger-blogger yang mengkritik Umno, Perdana Menteri serta isteri tercinta beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Jika blogger-blogger yang mengkritik tersenarai sebagai
penerima imbuhan, maka perlu didedahkan nama-nama mereka kepada umum supaya
perkataan bangang itu tidak terpalit kepada semua.
Keduanya, jika blogger-blogger yang mengkritik tidak
tersenarai sebagai penerima imbuhan, maka Najib harus menarik balik kenyataan
bangangnya itu kerana kalau tidak, blogger-blogger yang menyokong Umno akan
sentiasa di hina dengan panggilan bangang oleh musuh.
Tetapi yang perlu Datuk Najib beri perhatian ialah nama
blogger-blogger yang disenarai sebagai penerima imbuhan tetapi amat tegar
mengkritik.
Jika Najib bersifat gentleman, beliau harus memanggil
blogger-blogger ini dan tanyakan kenapa mereka mengkritiknya sedangkan mereka dibayar
upah bulanan untuk mempertahankan apa saja tindakan beliau.
Disini mungkin Najib akan terkedu apabila mendapati
blogger-blogger yang tersenarai sebagai penerima dana dan imbuhan akan
menyatakan mereka tidak pernah menerima sesen pun dari dana tersebut dan mereka
juga tidak mahu apa-apa imbuhan.
Dalam lain perkataan, mereka adalah blogger-blogger yang
menulis mengikut “conscience” ataupun atas rasa kesedaran.
Saya pasti sumbangan kerajaan atau Pejabat Perdana Menteri
kepada badan bukan kerajaan/persatuan bloggers tidak boleh dikategorikan
sebagai upah, sogokan atau ‘cari makan’ yang disebut Najib tempohari.
Pegawai-pegawai Najib yang menyediakan senarai blogger-blogger
sebenarnya tidak pernah dihampiri untuk mendapatkan dana atau imbuhan.
Pegawai-pegawai ini hanya menyediakan senarai dan
menyertakan blogger-blogger yang tulisan blog, facebook dan/atau tampalan Twitter
mereka menyokong kerajaan, Umno dan Barisan Nasional serta menghentam pembangkang.
Memang benar blogger-blogger yang mengkritik Umno dan Najib
kebelakangan ini kebanyakannya penyokong tegar BN sebelum dan semasa
pilihanraya ke 13 tahun lalu.
Malangnya kerana kelemahan dan ketidak upayaan Najib selepas
PRU13, mereka bertindak mengkritik.
Harapan mereka ialah agar Najib, selaku pengerusi Barisan
Nasional dan presiden Umno, akan sedar yang beliau telah silap langkah kerana
terlalu bergantung kepada “advisor”, konsultan, branding konsultant dan pelbagai macam penasihat yang rata-rata mempunyai
kepentingan diri.
Kontroversi yang menjelma selepas pemansuhan Akta
Keselamatan Dalam Negeri serta flip-flop berhubung Akta Hasutan adalah bukti
nyata kegagalan Najib serta kualiti penasihat-penasihat beliau.
Najib perlu sedar, pegawai-pegawainya yang konon-nya bertanggungjawab
menjaga/membela blogger lebih berminat memperlihatkan berapa ramai blogger yang bernaung
dibawah mereka.
Lebih ramai lebih “impressive” atau menyerlah di mata Najib
dan dengan itu jumlah dana dan imbuhan untuk diagihkan pastinya bertambah
besar.
Malangnya jelas mereka ini tidak amanah.
Apa yang Najib perlu siasat ialah kemewahan yang terserlah
dikalangan pegawainya yang bertanggungjawab.
Jika beliau tidak berkesempatan ataupun lemah hati untuk
menangani pegawainya yang tidak amanah, serahkan tanggungjawab itu kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sudah pasti akan mereka dapati, cara hidup dan kemewahan
pegawai Najib tersebut jauh melangkaui pendapatan mereka.
Satu siasatan menyeluruh adalah amat perlu, terutamanya jika
Perdana Menteri sendiri benar-benar ingin mengetahui kedudukan yang sebenar dan mengelak daripada terus dibangangkan oleh pegawai sendiri.
Najib mungkin ditipu oleh pegawai sendiri. Kesian, seorg PM tidak boleh kawal ada orang buat 'inside trading'.
ReplyDeleteBlogger2 pro-BN banyak sangat hentam pegawai2 DS Najib kot.
ReplyDeletetak yah susah susah, syedoutsidethebox lah...... dah bagi jawatan kat dia dalam sprm lepas tu tembak balik najib he he he.... jawatan tu ada gaji ke...
ReplyDeleteSebenarnya Najib sebagai PM patut membezakan antara kritikan yang munasabah dan betul daripada sesiapa pun dan kritikan yang salah atau tidak adil daripada sesiapa pun. Bukan pasal terima upah punya hal seorang yang berintegriti itu perlu mengkritik! Apanama? Pasal Conscience kan patutnya?
ReplyDeleteA lousy workman always BLAMES his tools.
ReplyDeleteray
syabas.... tulisan berani.... saya harap PMO sedar tuduhan BANGANG tak wajar
ReplyDelete