Berita ini mungkin menggemparkan sesetengah rakyat Malaysia manakala segelintir yang tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu isu itu mungkin bertanya 'salah ker jual tanah kerajaan'?
Terdapat khabar berita dan percakapan dikalangan teman-teman bahawa ada perancangan baru dipihak kerajaan untuk menjual sejumlah tanah milik kerajaan di Wilayah Persekutuan untuk menjana pendapatan.
Katanya perancangan untuk menjual tanah kerajaan ini termasuk rumah serta banglo milik kerajaan dan tanah-tanah yang amat berharga di bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin tanah di Putrajaya dan Labuan juga terlibat sama, saya kurang pasti.
Saya difahamkan penjawat awam yang mengetahui perancangan ini amat gusar dengan tindakan pihak yang konon-nya sedang giat mem- 'bulldoze' rancangan mereka untuk menjual tanah pusaka kerajaan kepada pihak swasta dalam dan luar negara.
Pihak yang dikatakan sedang mem-bulldoze ini juga katanya amat giat menggunakan nama pemimpin tertinggi negara termasuk Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jika benar khabar berita ini, maka menjual tanah milik kerajaan di kala rakyat hebat membincangkan ancaman ketirisan tanah rezab Melayu adalah tidak wajar dan amat membimbangkan.
Lebih membimbangkan apabila nama pemimpin tertinggi negara dikaitkan dengan perancangan ini.
Sebaliknya jika perkara ini tidak benar sama-sekali pihak kerajaan harus tampil membuat kenyataan rasmi menafikan 'khabar angin' ini.
Ini mungkin kerja jahat pihak yang ingin sengaja memburukkan imej Perdana Menteri dan rakan-rakan beliau.
'Khabar angin' ini harus dimatikan kerana ada pihak yang mendakwa kerajaan kita ini sudah hampir muflis angkara salahlaku kewangan yang amat keterlaluan dan kerajaan tiada pilihan lain kecuali menjual tanah pusaka untuk menampung perbelanjaan.
p/s Mungkin, sebagai langkah keselamatan, sudah tiba masanya tanah milik kerajaan ditambah status menjadi Tanah Rezab Melayu. BTW what happened to the Tugu Negara THEME PARK?
WRONG PLACE AT THE WRONG TIME
-
*Here is some news from that Iranian missile attack on 1st October, 2024.
The ayatollahs fired 181 ballistic missiles. Only one missile caused a
human...
2 minutes ago
9 comments:
re: "'Khabar angin' ini harus dimatikan kerana ada pihak yang mendakwa kerajaan kita ini sudah hampir muflis angkara salahlaku kewangan yang amat keterlaluan dan kerajaan tiada pilihan lain kecuali menjual tanah pusaka untuk menampung perbelanjaan."
Kalau cerita ni benar, maka keadaan teruk itu telah merupai jenayah penyelewengan dana amanah rakyat!
Federal Hill Kuala Lumpur ke....
maaang aaii... macam ada agenda "melingkupkan" Umno nii... sebelum yang di sebut " eminent" tuuh selepas puak-puak haramjadah ini melibas dan terus melibas tanpa segan silu lagi !
Sampai kapan ya ?
1MDB: Hikayat Pak Malai Beranak Jantan
http://azmykelanajaya.com/1mdb-hikayat-pak-malai-beranak-jantan
Idea sapa lah nie? Kalau dah mulo jual aset sepeti tanah untuk dapatkan dana, dah sebiji macam bisnes proses syarikat Mas la nie... Lama kelamaan pasti lingkop! Kajaan, kajaan...
Boleh dengaq from Masjid near my house →kera..jaan.
Dataran merdeka bila lagi ye
Brader Firdy, this special officer of the prime minister dato rosdi mustapha whom we know wrote some nasty statements in his blog pasquale and your good friend dato rocky is cleverly promoting rosdi's statement. As friends i'm much offended with such gutter language from the pm's aide.
I know rosdi for a few decades
http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/06/melayu-babi-blogger-pasquale-from.html
Mohd Najib Tun Abdul Razak must employ more officers and aides of such quality to boost his image.
Anonymous
I have the same observation as you. I thought that Datuk Rosdi Mustafa, Datuk Rocky and Apanama are very good friends. What had happened?
Good friend was attacking another good friend because of their narrow political understanding. Or it was about blind loyalty or more than what we know.
I am just a mercenary.
Post a Comment