Wednesday, 31 December 2014

BENCANA BANJIR - Tolong bantu tanpa 'politik'


Bencana alam yang sedang melanda sebahagian besar negara pada masa ini tidak ubah seperti bencana tsunami yang melanda Aceh sepuluh tahun lepas kecuali skala kemusnahan serta bilangan nyawa yang hilang. 

Keadaan di beberapa kawasan di Kelantan adalah teruk dan amat menyayat hati. Keadaan bertambah teruk apabila bantuan tidak sampai dalam kadar waktu yang munasabah. 

Mengapa dan kenapa bantuan tidak sampai dan alasan-alasan yang telah di-utarakan sebelum ini mungkin boleh diperhalusi dimasa depan agar kemampuan sebenar kerajaan tidak dipertikaikan. 

Sebagai langkah pertama, mungkin wajar jika kita mengenepikan fahaman politik demi anak-anak yang kelaparan susu, orang-orang tua yang kuyup kesejukan tanpa makanan dan minuman, ibu-ibu yg sarat mengandung, kanak-kanak yang tak ada pakaian serta keluarga yang telah hilang tempat berteduh. 

Adalah wajar jika kita berhenti bertanya atau menuding jari jika mangsa banjir disesuatu kawasan itu adalah orang dacing atau bulan. Kita lah sehina-hina mahkluk jika bantuan kepada mangsa banjir pun dihulur berdasarkan fahaman politik. 

Bencana yang melanda kita sekarang adalah peluang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Tidak kira kita Islam, Melayu, Pas, Umno, Kelantan, Perak, miskin atau kaya. Sedangkan binatang ternakan mangsa banjir pun telah mula diselamatkan, ini pula kita sesama manusia. 

Saya terpanggil untuk membuat coretan ini hasil pengamatan serta pengalaman peribadi ketika menghantar bekalan makanan, pakaian, minuman ke kawasan Gua Musang/Kuala Krai diKelantan dua hari yang lepas bersama pihak sukarelawan Masjid Saujana Utama, Sg Buloh.  

Video di-atas juga adalah hasil karya salah seorang sukarelawan MSU. Hanya Tuhan yang dapat membalas amal serta jasa mereka ini. 

Visual di-atas adalah BENAR. Ini bukan propaganda atau drama swasta. Begitulah keadaan sebenar di Kampung Manek Urai (Baru dan Lama), Lata Rek, kawasan Laloh dan kebanyakan kampung lain disekitar Kuala Krai. 

Sebagai manusia yang nyata mempunyai sifat perikemanusiaan, kita harus bangkit membantu sesama manusia tanpa mempersoalkan fahaman politik, agama, bangsa atau apa-apa kriteria lain. 

Dikala bencana sebegini, hentikanlah propaganda politik yang sarat dengan putar belit dan kebencian. 

Pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti politik boleh memulakan langkah pertama dengan tidak menuding jari diantara satu sama lain. Dunia sedang perhatikan kita. 

Adalah amat diharapkan agar pemimpin-pemimpin politik dari kedua-dua pihak yang sering menyemai nilai-nilai murni dalam ucapan serta tazkirah mereka kepada umum, mampu duduk semeja untuk membantu rakyat dikala negara dilanda bencana banjir yang terburuk dalam sejarah. 

Hentikan juga penyebaran berita palsu, fitnah dan kebencian melalui facebook, blog, twitter, whatsapp dan sebagainya.

Daripada membazir masa dan tenaga mencipta fitnah serta menyediakan grafik untuk menghina, membenci dan menipu rakyat, baik kita sama-sama bangkit membantu mangsa banjir. 

Tinggalkan lah seketika sifat kenegerian yang negatif sehingga perbandingan berdasarkan khabar angin menimbulkan kebencian yang kadang-kadang tidak berasas samasekali.

Fikirkan lah!


Wallahu a’lam bish-shawabi 

6 comments:

  1. Wakil Rakyat termasuk PM sedang sibuk cetak Gambar atas kampit makanan.

    Inikah dikatakan tolong bantu tanpa politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buruk sangka terhadap orang yang datang membantu. Kalau fitnah, dosa dan hukumannya amat besar.

      Delete
  2. Jangan tuding sana sini.

    ReplyDelete
  3. Pas tak cetak logo kah?jgn hanya salahkan bn.

    ReplyDelete
  4. Salam Sahabat ku Apanama

    Biar apa pun sangkaan mereka
    Sudah menjadi Tradisi Membela Rakyat
    Barisan Nasional mereka bertanggungjawab

    Salam Tahun baru 2015

    ReplyDelete
  5. Bala datang untuk menimbulkan keinsafan, bermuhasabah diri dan mengeratkan persaudaraan ummah, bukan untuk bermusuhan, berburuk sangka dan memecahkan lagi ikatan persaudaraan sesama Muslim.

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC