Saturday, 29 November 2014

Suara hati rakyat MALAYSIA



Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana berani menyuarakan suara hati rakyat, ahli Umno, penyokong Barisan Nasional dan yang lebih utama sekalian pendukung Kerajaan kita.

Terima kasih atas jasa tuan kerana berani bersuara sebagai pemimpin walaupun mungkin ada yang menggunakan ucapan berani ini untuk mengadu domba. Terima kasih kerana sanggup memperjudikan kelangsungan politik peribadi demi kami.

Jika benar ucapan Timbalan Presiden Umno ini telah membuka mata walau sebahagian kecil ahli serta pemimpin Umno, itu adalah satu kejayaan yang amat besar. Ia adalah kejayaan yang amat penting, lebih-lebih lagi dikala pemimpin utama tengah alpa, leka dek pengampu bodek.

Moga-moga yang terasa pedas ucapan berani ini akan kembali kepangkal jalan dan mengatur langkah demi masa depan negara kita.

Kita kini dipersimpangan dan yang menjadi percaturan kini bukan nasib individu atau keluarga masing-masing.

Yang dicatur adalah masa depan negara. Sedarlah sebelum nasi menjadi bubur.

Nota: Ucapan di-atas mungkin agak panjang tetapi cuba hayati intipati serta isi tersurat dan tersirat agar kita tidak hanya menang sorak.

3 comments:

KarimS said...

Muhyiddin for PM! Tan Sri please save Umno & Malaysia us from that hopeless ***** currently in charge

AJK MASJID TANAH said...

Raof setiausaha kerja umno apa kerja sebenar beliau? Ternampak seolah lebih sudu dari kuah. Katanya pihak SPRM pun amat berminat dengan beliau. Big fish khabarnya. Siapa nak siasat? Khabar kata big fish pegang rahsia boss, jadi tidak mungkin ditukarganti walaupun hancing seluruh Menara Dato' Onn. Siapa nak siasat. Bila TSM ambilalih sampah sebegini harus dibuang jauh agar langau serta lalat tidak kekal diwajah umno kita ini.

Zaharuddin Abdullah said...

Hope Muhyiddin can help Malaysia. We are in a dire state. Economy must be deal with tje rakyat in mind and not just numbers.