Wednesday, 4 June 2014

A patriot of an assemblyman

7SOALAN-TENGKU PUTRA HARON

The speech by Kempas assemblyman in Johor has been deliberated, quoted and reproduced by blogger friends and The Mole but it seems that the mainstream media has found it not fit to report the State Assemblyman's speech at the State Assembly, except maybe for Sinar Harian.

Any journalist worth their salt would sense the news value of the brave message delivered by the assemblyman for Kempas. The honourable Umno elected representative was not barking, hurling insults or yelling out aloud like badly brought up DAP's Rayer of Penang.

Datuk Tengku Putra has done a great service by keeping to his oath of office and we, the rakyat, shall stand solidly behind him.

This is what without fear or favour is all about. Not many of our current breed of populist politicians who crave for nothing but publicity and recognition enjoy the guts of this brave state assemblyman.

Well done Yang Berhormat.

Teks Ucapan
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha'ban 1432H

Bismillahirahmanir Rahim.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

1. Izinkan saya bagi pihak rakyat diKempas merakamkan ucapan terima kaseh kami kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di bangunan Sultan Ibrahim tempoh hari.

2. Saya telah hayati dengan penuh keprihatinan titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku. Ternyata DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat peka dengan situasi negara khususnya di negeri Johor Darul Taqzim.

3. Anak Johor terus menjunjung duli bersetia kepada Baginda Sultan.

Datuk Speaker

4. Sejujurnya, saya mewakili rakyat Johor di bumi Kempas mengucapkan syabas kepada Dato’ Menteri Besar yang melafazkan ikrar dan janjinya untuk tidak mengizinkan pembinaan gedung perjudian berupa “casino” di mana-mana tempat di bumi Johor ini.

5. Sebagai rakyat negeri Johor, kami merasa lega dan amat bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang kental jiwa raganya untuk tidak merelakan sebarang elemen kemungkaran berlaku di negeri ini.

6. Namun begitu, adalah menjadi harapan kita agar lafaz ikrar Datuk Menteri Besar diterjemahkan secara total, di mana selain tidak mengizinkan pusat perjudian ala casino dibangunkan, kita juga mahukan sebarang kegiatan perjudian seperti bercorak mesin judi yang masih terdapat di beberapa premis atau rumah kedai segera dihapuskan tanpa sebarang toleransi, samada oleh pengusaha kecil mahupun syarikat2 besar yang sudahpun bertapak di Johor sebagai yang mempunyai lesen dan sudah tentunya berkeyakinan akan mendapat kelulusan dari pejabat daerah untuk berfungsi dimasa akan datang.

7. Kebimbangan saya berputik apabila sejak akhir akhir ini, bumi Johor sudah dilihat sebagai destinasi tumpuan kalangan beberapa orang “Tauke Perjudian” berlesen yang berselindung disebalik melakukan pelaburan hartanah. Jika kita tidak bersiap siaga, ada kemungkinan mereka turut membangunkan perisian perjudian di tempat yang sudah pun berlesen menjual arak secara terbuka.

8. Janganlah mentang mentang tempat tersebut di benarkan menjual arak secara terbuka, kita bagi pula permit membuka tempat "slot machine" dengan izin di tempat yang sama. Ingatlah jangan kita cuba mengalihkan dosa kita kepada kerajaan pusat semata2 kerana lesen itu dikeluarkan oleh mereka. Perlu kita ingat bahawa jika permit tidak di keluarkan oleh pejabat daerah, walaupun ada lesen dari kerajaan pusatpun, mereka tidak boleh beroperasi mengikut kepada undang undang.

9. Sia-sia sahjalah jika kita berusaha untuk menukarkan hari percutian kita kepada hari Jumaat untuk mendaulatkan Agama Islam di negeri Johor ini, jikalau kita benarkan pula tauke perjudian memulakan empayar perniagaannya disini.

10. Bukanlah menjadi hasrat saya untuk menzahirkan rasa tidak yakin di atas kepekaan serta ketegasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, namun ada kalanya kita harus saling tegur menegur dan ingat mengingati antara satu sama lain.

11. Saya ingin menyarankan dalam kita menjanjikan bumi Johor ini terhindar dari sebarang elemen perjudian yang mungkin cuba di bawa oleh pelabur dari luar atas nama pembangunan, seharusnya setiap kegiatan ekonomi hendaklah dikongsi sama rata sama rasa.

YB Datuk Speaker

12. Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama mengamit pelaburan.

13. Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor dari negara mana sekali pun, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing tersebut. Soalan utama yang harus dijawab adalah samada pelaburan tersebut boleh memenafaatkan rakyat Johor seperti menyediakan peluang2 pekerjaan, menjana peluang perniagaan industri kecil, dan sederhana, di sektor perkhidmatan sokongan (support services) melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan sebagainya.

14. Penjualan hartanah kepada pelabur asing tidak dilihat seperti mempunyai nilai tambahan secara langsung maupun tidak langsung kepada rakyat dibumi Johor. Sebaliknya ia hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi tersebut dan sekaligus menghijrahkan Rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan2 luar bandar dan terpencil kerana kos kehidupan dikawasan bandar sudah tentunya akan meningkat kelak. Ini belum lagi diambil kira budaya yang hendak di bawa oleh warga asing yang mungkin tidak serasi dengan Rakyat tempatan, jika mereka berhasrat untuk membanjiri kawasan dan bandaraya yang terlibat.

Datuk Speaker

15. Baru baru ini saya juga terbaca laporan berita di dalam dan luar negara mengenai ujudnya percaturan kuasa asing terhadap untung nasib bumi bertuah ini.

16. Laman sesawang luar negara tersebut menyiarkan berita seorang hartawan hebat dari negara jiran telah memeterai memorandum persefahaman @ MOU dengan pihak tempatan di Johor bagi mengujudkan sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar.

17. Khabarnya syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai” peluang melebarkan jaringan perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan tenaga pengawal keselamatan dengan kekuatan sejumlah enam ratus orang lengkap bersenjata, malahan ia bakal mengujudkan jaringan peralatan serba canggih termasuk sistem perisikan.

18. Pasukan kawalan keselamatan milik jutawan tersebut hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya memperolehi kontrak tersebut.

19. Dan jika tidak silap kefahaman saya, berita tersebut turut menyatakan syarikat milik jutawan negara jiran itu juga, di jangka memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota dan sistem keselamatan dan jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan ibunegara kita Kuala Lumpur atas nama perkongsian intelektual. Fikirkanlah, Wilayah Iskandar, Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic yang boleh menyenangkan kegiatan "international sabotage" jika perlu.

20. Dan jika benarlah seperti yang diberitakan, ini bererti negeri Johor tidak lagi berperanan sebagai benteng utama negara. Malahan negeri Johor berkemungkinan menjadi jambatan terpenting bagi negara ini melebarkan jaringan wilayahnya secara langsung.

21. Dengan menerima pakai sistem keselamatan serta kehadiran gerombolan pengawal keselamatan milik syarikat tersebut di bumi ini nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia kerajaan terpelihara dari sebarang kegiatan intipan? Mampukah pihak berwajib yang bertanggung jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin kesiagaan kita?

22. Janganlah hendaknya percaturan politik serta salah urus tadbir meletakkan untung nasib masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat Johor berada di laluan sukar dan menghampiri suatu jurang kehancuran yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang sebelum ianya terjadi. Insh'Allah.

Datuk Speaker

23. Kempas Menjunjung Kaseh sekali lagi keatas Titah Ucapan KBDYMM Baginda Sultan tempuh hari tentang Pulau Batu Putih. Kita telah pun kehilangan hak kedaulatan kita di atas Pulau Batu Putih yang kini dikenali sebagai “Pedra Branca” kepada Singapura apabila pasukan Peguam Negara yang arif lagi bijak pandai tewas perbicaraan di International Court of Justice di The Hague.

24. Jikalau Pulau Batu Putih yang secara fisikalnya kita boleh lihat, boleh terlepas dari tangan kita, dan terpaksa diusahakan Insh'Allah untuk memenanginya kembali, bagaimanakah dan dimanakah kita merujuk jika kita kehilangan sebahagian atau keseluruhan kuasa dan keselamatan negeri kita kerana perisikan musuh yang tidak boleh dilihat secara fizikal?Adakah kita bersedia untuk kehilangan sekali lagi sebahagian besar dari kedaulatan Negeri kita?

25. Adakah kita hendak berjudi pula dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, dengan memberi kuasa asing yang sudah tentunya tidak ada ketaat-setiaannya kepada negari kita dan memberinya ruang untuk menyusup dan merisik segala rahsia kerajaan dan rakyat negeri Johor ini?

Naudzubillahiminaalzalik.

26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri."

27. Dari itu kitalah yang harus berusaha dahulu untuk menjaga keselamatan negeri kita, sebelum kita bertawakal kepada Allah SWT.
28. Berbekalkan pengalaman serba merencam dan kepelbagaian kontroversi, apakah kehadiran jutawan yang memeterai memorandum persefahaman bersama pihak tempatan itu boleh sekadar dipandang sepi serta tidak wajar dipertikaikan?

YB Datuk Speaker,

29. Dalam kerancakkan kita membangunkan hartanah dan lain2 pelaburan di Johor ini khususnya di kawasan saya di Kempas, saya menuntut agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pentadbiran Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar tidak akan merelakan mana-mana pihak untuk membuat rakyat Johor, khususnya di bumi Kempas menitiskan airmata mereka.
30. Sesungguhnya apabila kita melaungkan “ Luaskan Kuasamu ” yang sudahpun menjadi mantra Keramat kita, Wajiblah Kerajaan Negeri ini menentukan bahawa laungan itu adalah exclusive dan khusus hanya untuk rakyat negeri ini sahaja dan bukan nya suatu undangan terbuka kepada mana2 warga asing untuk Meluaskan Kuasanya dibumi Johor ini.

31. Kempas Berdo'a, Jangan Sampai Rakyat diNegeri Johor Ini Hanya Menang Bersorak Tetapi Negerinya Tergadai.‎ Barang Di Jauhkan Allah.

Akhirkata YB Datuk Speaker, Luaskan KuasaMu! Kempas Mohon Menyokong.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum WBT. - The Patriot 

p/s Ini baru betul-betul Yang Berhormat yang harus disokong dan dihormat.

 

No comments:

Post a Comment

STICK TO THE TOPIC